Wednesday, March 31, 2010

Selamat tinggal kuliah


Rasa cam sedih plak bila da abis kuliah untuk sesi ini. Lepas ini aku akan bergelut pulak dengan exam yang memang aku tak sedia lagi sepatah haram... lallallaalalaaa~~



Aku rindu nak jalan2 ramai2 gi kuliah dengan korang... korang semua. Lepas ni da tak sama kelas da... T___T



Rasa macam tak sangka pulak, kuliah da abis.


::: TOP::: 
Yang memang top, ni folio kitorang untuk kelas kaedah pemisahan. COMEL TAK?? *kredit tu zira dengan ayu, sebab bersusah payah buat benda ni sampai guna bulu penyapu tu. TERBAEEKKK!



Selamat tinggal labku... i'll miss you damn much..:p



Adakah kita semua akan jadi mastermind kat tangga ni lagi!!!!


Aku rindu nak makan ramai2 dengan korang kat kafe pusan. Gelak besar2 kat situ sampai tak pedulikkan orang lain. Nak ngumpat sana sini. Nak bedal makanan korang. Nak sakat korang. Nak bersiar2 dengan korang. Nak kejar bas sama2 gi kuliah sebab masing2 tido mati bangun lambat pagi2. Ceit, aku ni macamla nak blah terus dari ukm. Ni baru abis kuliah, belum abis betol3 lagi. ngeeee~~


GAMBATTE KUDASAI rakan-rakanku sekalian!


* Nak balik umah ke tak ni??? kalau balik konfem den tak study, kalau tak balik cam bosan lama2 dalam bilik ni. Kalau tak balik balik, MAU kena hamun dengan mak aku kang... ahaks!~

Tuesday, March 30, 2010

Your birthday is your prank day


HARINI BIRTHDAY KAWAN BAIKKU YANG SORANG NI... NUR FATIN. Den panggil dio tin jo. Bukan tin susu, tin milo ke hape tapi memang TIN.

Yang aku sukanya bila kitorang rancang ramai2 nak kenakan dia on her birthday. Rancang pown las2 minit, tak teratur sangat pown tapi yang penting tin memang terkejut beruk sampai banyak kejutan ko dapat. Padan muka ekau... kah3. Den bab kono mengonokan orang ni memang den suko.


Hamik ekau kono baling dengan tepung and telur. Kena simbah air sebaldi. Sodap tak tin???



Ini kami... geng2 yang sungguh jahat itu... Terbaekkk la korang, pasni kita wat lagi dasat!!!!


to TIN





HAPPY BIRTHDAY TO YOU
EVEN YOU'RE DARKER THAN FLOUR
SMELLY LIKE GOAT (selalu tak mandi!!)
POT PET like BURUNG MURAI
YOU'RE ALWAYS BE MY BESTIE
(abisla aku! tak memasal kena blasah dengan tin kang! cuak ni... lalalalalaa~~~)




Jangan marah eh tin, amik ni aku bagi flying kiss spesel punye..:p




Jom potong kek... tin dalam ati da terliur nih...kah3



Manja btol.. sapo yang suap tin nih! goli den..:p



Yang tak boley bla tu, den pown kono jugak baling dongan topong... tak pueh ati btol! asal korang semua lari lintang pukang mengalahkan lipas kudung tak memasal den kono jugak. Naseb bek malam2 buto, orang tak nampak kita kejar2 sambil baling2 topong, naseb bek lagi takdo hantu pocong join sekaki men baling topong.



Semua buat muka riak sebab da berjaya. Mission accomplished!!! :)



* TIN.... LU KENA BEB!!!!

Monday, March 29, 2010

Dengarlah nasihat orang yang lebih berpengalaman


Tadi pergi jumpa mentor aku, Prof Zuriati. Sebenarnya, terpaksa kena pergi jumpa sebab nak amik slip masuk periksa (waaaaa.... da nak final exam... cam tak caye je..heh!). Kalau tak, sampai tumbuh janggut pown aku takkan pergi jumpa prof. 

Siapa wat sistem suh pergi jumpa mentor nih. Memang den tak suko! haish... Den konola siap sedia telinga den ni dongar mentorku ini bercerita dan beri nasihat, motivasi bagai. Eceli, da lama giler aku tak dengar kata2 sebegitu daripada orang yang lebih dewasa.

Kalau dulu masa dekat sekolah, ada je kem motivasi untuk meningkatkan lagi semangat den ni nak blaja. Kat U ni mana ada. Kalau ada pown, atas kemahuan sendiri nak pergi ke tak. KONFEM! memang tak pergi sebab tak suka dengar benda2 macam tu. Ngantuk.... ngantuk! Kalau nak ikutkan memang perlu pown benda ni, supaya aku ada semangat sket, ada orang tegur salah itu ini.

Tapi, seyes aku cakap, daripada nasihat mereka2 inilah membuatkan kita tak lupa tentang tanggujawab kita kat sini. Jangan banyak main woi! Kita ini harapan ibu bapa. Adoi~ cane nih??? ngeeee...

"Da berapa lama kamu tak datang jumpa saya ni". Perghhh, aku plak terpaksa wat  muka seposen cam nak mintak simpati supaya dia tak marah...marah.

Aku kagum sebenarnya dengan mentor aku ni. Sangat2 berdikari. Korang bayangkanla dia seorang je malay dalam organisasi tertinggi kat Institut Kimia Malaysia sebagai secretary. Yang lain semuanya dikuasai oleh kaum cina. Dia je ada untuk memperjuangkan nasib orang melayu kat situ. SALUTE TINGGI..TINGGI!!!

Fuhhh!!! sangat sonok bila dia da sign kad mentor, lepas keluar je dari bilik dia. Terus gi berlari laju2, amik slip periksa. Bangga tunjuk kat akak pejabat tu den da dapek sign Prof.

*Aku ada cerita pasal mentor aku ni kat ENTRY INI dulu.

Cerita 'perangkap tikus' ni buat aku tersedar seketika!


Tiba-tiba dapat satu emel from my ex-rumet, Leli. Korang bacala cerita kat bawah ni. Saja aku nak kongsi. Banyak sangat pengajaran.


**********************************************************************************

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam 
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, 
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...." 



Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, 
" Ada perangkat tikus !" 

Sang Ayam berkata, 
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, 
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. 
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata 
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. 

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. 

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. 
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Doa Ketika ditimpa Musibah
 




Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."



SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN 

MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
 
FIKIRKANLAH SEKALI LAGI !

**********************************************************


Kalau kawan2 korang nak mintak tolong ke hape, janganla segan silu nak tolong. Kat dunia ni bukan kita sorang je yang ada. Selagi boleh bantu, tolongla kawan korang tu sedaya mungkin walaupun sekelumit sebesar kuman sekalipun. KONFEM! akan diingat lainla kalau kawan korang tu, takde hati usus nak terima kasih ke hape.

Sunday, March 28, 2010

My feeling is unpredictable


Recently, my mood become suspicious. I don't know what's wrong with me. Even kadang2 perasaan aku cepat berubah. Dari rasa happy giler cam ayam baru dapat anak tiba2 bertukar kepada bad mood. Aku tak taw kenapa. Aku rasa maybe sebab masalah yang membelenggu jiwa. So, anda2 semua jangan berani2 wat hal dengan aku. Jangan sampai aku sembur korang banyak2.

Exam just around the corner. Yang paling dekat ni, mid sem exam pengurusan industri kimia (PIK). Macam mana aku nak blaja, study, stado kalau perasaan tak tentu hala. Siapa nak tolong belasah aku laju2. Dipersilakan! Dengan rela hati taw tak.

Kadang2 rasa nak lari jauh2 masuk hutan, jadi orang canibal pown takpe. Asalkan jiwa dan raga terasa happy menggila. Bohongla kalau hidup ni sentiasa happy je. Best ke hidup macam tu.

Perasaan macam ni la yang membuatkan selera aku makin membuak2 naik sampai rasa cam nak meletus. Huh! tak suka kot.


*Lalalaalalalaalala~~~~ silala jadi mengong kembali!~

Saturday, March 27, 2010

Jungle trekking is my best hobbilicious


Baru balik dari FRIM (Forest Research Institute Malaysia). Kira cam hutan simpan la jugak. Eh2... aku rasa cam hutan simpan je... Betolla hutan simpan penyelidikan. Banyak orang datang sini buat research.. Aku memang excited giler kalo bab2 masok hutan nih!!! rasa cam nak lompat bintang banyak2 bila taw dapat gi jungle trekking untuk simulasi ko-k kali ni.

Rasa cam tak penat pown sebab aku memang da biasa buat benda2 macam ni. Sejak zaman sekolah lagi, aku memang suka aktiviti yang lasak2 ni. Akhirnya dapat lepas gian!!!! heeeee~~

FRIM....here I come!!!!!! 


Ok, before masok hutan, kita amik gamba di sini



Dr. Mashitoh, pensyarah yang iring kitorang masok dalam hutan sinun. Memang mantapla dr. ni. Sempoi giler. Memang patot pown. Dia major dalam alam sekitar. Memang da selalu sangat masuk hutan. Da tak heran da berbanding kitorang yang terkinja-kinja ni.



Sebelum tu... aku nak kenalkan korang dengan guider yang guide kitorang masok hutan ni.



Yang kat tengah2 tu... Abang Dino nama dia. Sodap nama ko bang! Nama betul ke tu?? Cam bukan je... ngeeee!~ abang ni sangat  baik kot. Sepanjang dalam hutan tu... Asyik nak ikut bontot dia je. Yela.,aku suka dengar dia bagi explanation... Banyak yang aku taw dari dia... Orang da ada experience kan... Da 9 tahun kerja kat situ... Salute ah!



Ok....lets go masuk hutan.



Haaaaa.... tengok... tengok... kan aku ikut je belakang abang dino ni.... Jangan jeles... kah3... owh! abang dino... sekejap!!! tunggu.... tunggu....


Macam2 spesies ada dalam hutan belantara tu sebenarnya... banyak sangat info yang aku dapat... Jom kita roll on kamera. Aku tunjuk kat korang alam flora dan fauna yang ada kat hutan asli ni.



Ikan Arapaima... besar giler ikan ni... sampai boley makan seekor monyet... dengar je monyet... rasa cam nak tangkap masa tu jugak... aku rasa cam nak ternak sekor arapaima kat za'ba ni supaya makan semua monyet di sini... malangnya... susah nak dapat ikan ni... dalam kolam tu ada 3 ekor je pown... tu pown abang dino cakap nyawa2 ikan da tu, sebab dia macam tak boley survive dalam persekitaran kolam tu. ikan ni diimport dari Amazon, so dia tak boleh survive sangat kat sini sebab bukan natural habitat dia.



Buluh ni sebenarnya spesies rumput... baru aku taw.... padahal aku ni ada gak asas biologi cane boley terkezutt bila taw... haish... buluh ni spesies yang paling besar kat asia tenggara... import from China lagi... ini buluh bukan sebarang buluh taw tak.... dia hanya berbunga setiap 60 tahun sahaja... kalo nak ikutkan tahun 2049 nanti baru dia berbunga... kat mana aku masa tuuuu???? heh.. lagi satu, kalau buluh ni stress, mesti dia akan berbunga... tapi lepas tu akan mati... kalau begitu... aku belasah buluh ni laju2 mesti dia stress, konfem berbunga! nak je buat... kang tak memasal aku kena bayar RM25,000.....O_O



Tongkat ali... nak kenal tongkat ali...senang je... tongkat ali ni hanya sebatang je... ingat tu! hanya pokok kayu yang berdiri tegak sebatang.... kalau ada akar timbul2 kat bawah tu, bukan tongkat ali eh... jangan mudah terpedaya.... nak kenal daun dia, korang ramasla daun dia sebanyak kali mana pown, dia takkan koyak... kalau korang sengaja koyakkan tu lainla.... tongkat ali ni, semua orang boley makan tapi kalau kacip fatimah hanya wanita sahaja yang boleh makan lagi2 wanita yang baru lepas bersalin... kalau golongan lelaki makan kacip fatimah, mereka akan terkacip! ok...faham2 sendiri... jangan gatal2 nak makan.



Pokok simpuh gajah.... tengok betul2 gamba ni... ada rupa gajah tak???? kalau tak nampak... tunggula... dua kali jumaat lagi! :P  yang akar terkeluar tu kan nampak macam belalai dia... batang pokok ni hollow (kosong) sebenarnya... so, tak sesuai la untuk wat rumah ke hape... wat umah pondok2 pown tak boley... roboh kang... tapi, boley wat chopstik... berapa banyak chopstik dapat nih! giler!! buah dia pulak, boley buat ubat sakit tekak... tapi tak dapat tengok buah dia sebab bukan musim.



Cendawan biru aka cendawan avatar... dia bagi nama cendawan avatar sebab boley glow in the dark... tengok avatar tak korang??? kan ada masa jake sully jalan, dia pijak pijak tu... kan ada glow2... sebab tu la bagi nama cendawan avatar.... peringatan! cendawan ni tak boley makan eh... lagi satu, kalau cendawan tu warna dia makin gelap, konfem tak boley makan... jangan kebulur sangat nak makan... banyak lagi benda lain!



Cantik tak.... cantik tak... masa jalan2 dalam hutan tu... tiba2 abang dino suruh semua dongak kepala pandang atas.... aku ingat dapat apa2 ke, hadiah ke hape... tapi ni lagi bagus dari hadiah... saat kepalaku mendongak ke atas, ada satu perasaan yang menakjubkan. OMG! sungguh hebat alam ciptaan Allah... buat aku terpesona, terpukau, memukau, terpaku... kalau korang semua ada kat situ mesti rasa seperti macam aku rasa... lagi satu, daun2 ni memang terbentuk secara semulajadi macam ni... memang takde orang ngada2 gi panjat pokok tu, bagi dia terbentuk cam pokok2 lain yang ada kat tepi2 jalan yang selalu orang gunting bagi bentuk orang, rama2 ke hape ntah... ni nature taw! abang dino cakap, daun2 pokok tu cam ada cas dia... sebab tu la dia terbentuk macam tu... kalau tengok waktu malam lagi cantik sebabnya ada cahaya bulan terpancar... korang boley bayangkan tak cane??? CANTIK SANGAT!!!!



Kat belakang tu macam hutan hujan tropika yang selalu ada kat dalam  buku2 kajian tempatan kat sekolah tu.



Pokok tarzan... apa ntah nama saintifik dia... ni la yang selalu tarzan naik nak selamatkan awek dia tu... kalau korang korang kehausan ke hape... belah je pokok ni... minum la air dia... tak payah susah nak bawak air berpuluh2 botol. pokok ni tak ada daun... dia hidup pown meliar je... suka hati nak menyelit kat mana2. naseb baik ko kecik wani... boley naik atas tu cam ala2 tarzan.


Sebenarnya banyak lagi... flora dan fauna tapi ada yang tak tangkap...so, aku random je cerita kat sini eh.

Pokok kulim - pokok dia bau garlic..jadi yang terkezuutt bila masok2 je hutan pikir siapala masak dalam hutan ni sampai bawak garlic... adala pokok kulim kat sekeliling anda tu.

Pokok tembaga suasa - pokok ni, banyak ada kat putrajaya.. heh.. saja nak mention disitu.. bak kata abang dino, tak payah susah2 nak bawak first aid kit sebabnya moist kat daun dia boley rawat orang cedera...  dan elak daripada bleeding yang berterusan... sebab tu la.. kalau masuk hutan tak bawak pape pown korang boley survive... macam macam ada... cuma kena taw cara guna je... blaja2 la masuk hutan ye..

Pokok Engkabang - haaaa.... benda alah ni ada dalam lipstik korang...  kat bahagian mana ntah dia amik... dia yang bagi lipstik korang semua ni long lasting and shining taw... tengok! korang nak make up dalam hutan pown boley taw..:p

Buah langkat -  siapa nak mati cepat???  frust menonggeng ke??? silala makan buah ni.... konfem mati terus... ahaks~ sebabnya... sekali da makan buah ni... dia tak nak turun masuk perut tapi melekat dekat esofagus... kat tekak la... jahat kau buah... pokok dia macam ala2 pokok kelapa sawit and buah dia segugus cam buah pinang.... abang dino cakap kalau nampak buah tu lonely and tak terusik, so buah tu memang tak boleh makan... INGAT! tu kalau dalam hutan la... takkan la korang tak nak makan buah rambutan yang lonely berterabur kat rumah korang tu.



Siapa nak amik gamba kat sini.... sila la... abis je amik gamba abang dino cakap... "tepuk tangan semua, sebab anda sudah masuk dalam tandas semulajadi" siot betol abang dino kenakan kitorang! pokok ni memang selalu dijadikan tempat untuk membuang... naseb baik ni hutan reserved, semua pelawat tak dibenarkan wat macam tu... kalau tak memang betol2 aku masuk dalam pokok tu... wangi lagi kat situ tak bau hancing busuk pown. Ini pokok kayu Ara sebenarnya dengan akar dia gila membesar macam daun pintu yang terbuka.


Owh... stop sekejap... tak larat... tak larat...




Then, gerak ke canopy walk... memang semua sungguh excited giler babun.... tak saba2 nak naek... saya dulu... saya dulu... aku beratur dulu, korang belakang... lawaks las korangs nihs! 



Buat2 muka cool padahal da menggelabah ni... naseb baek aku tak gayat sangat... sempat lagi aku amik gamba suasana bandar raya Kuala Lumpur dari atas kanopi ni taw... mantap!!!




Haaaa.... cun tak... korang boley tengok dari atas kanopi ni.... TERUJA!!!!




Akhir sekali kitorang gi air terjun... air terjun dia biasa je... takdela macam air terjun yang tinggi2 tu... so, kitorang tak mandi pown kat situ... tak syiok jugak tapi takpe.... kitorang memang da enjoy masok hutan tuh! 


Muka-muka kepenatan + kegembiraan.... kitorang takkan lupakan this moment


Overall, memang sangattttttt besh.... rasa macam all out je harini... da tak ingat semua masalah yang membelenggu jiwa raga... rasa happy sahaja... rasa cam nak hold je time ni.... akan ku jejakkan kakiku ke FRIM lagi!!!! tunggula... mana taw, lain kali aku datang... pokok buluh  tu da berbunga....ngeeee~~~


*Panjang giler! da boley wat jurnal ni.... kalau jual kaya aku! lalalaalalalaaa~~~~

Friday, March 26, 2010

Saya rindu sama kamoo!


Setiap kali hari jumaat buat aku teringat kat FAMILY ku.... aku tahu aku jarang berhubung dengan mereka... tapi bukan bermaksud aku tidak sayang sama mereka... mereka ini yang membentukku, mereka ini yang menunjukkanku arah jalan yang betul... mereka ini yang selalu membuat hari2ku bahagia... tanpa mereka ini, aku bukan siapa... siapa....


Untuk mak dan ayah... adik aty rindu sayang sama kamoo!!!!!
      

(jangan jeles, aku kat rumah semua panggil aku...adik even aku yang besar gedabak kat umah tu) haish...


my lil bro


my sis



Tak saba aku nak tengok muka-muka ini bila balik kampung..... they are cousins... yang belakang tu adik aku!



*Sila kembalikan MOOD aku untuk pergi FRIM esok!...heh

Thursday, March 25, 2010

GET ::: "go green go together"


ulang balik.... GET... "go green go together"............ semangat sket rasa bila cakap kuat2 nama syarikat yang kitorang tubuhkan untuk membuat syampu kereta HIGET yang terbiodegradasi ni....

eceli petang tadi pukul 2 petang, semua budak2 oleo second year kena buat presention untuk PPO ni... kiranya untuk finalise kan semua usaha gigih dan keringat yang kami gunakan selama ini di depan pensyarah...



suasana rehearsal.... 1 hour before presentation tu... 



sebelom present muka masing2 macam cuak gilos sampai angin kus-kus semua nak keluar dari badan sebabnya bukan present depan sorang lecturer je... tapi ada 4 lecturer taw tak.... mana tak cuaknya... present plak kat dalam bilik mesyuarat FST (fakulti sains & teknologi) yang memang eksklusif.... rasa cam kena present depan orang yang sangat besar kuasanya..



ni la biliknya... first time aku tengok membe aku masok semua terbeliak bijik mata sampai nak tersembul keluar... ak cool lagi sebab da pernah masok...:p



juri yang datang... dari kanan... Prof Jumat, Dato' Wahid, Prof Emeritus Ikram... eceli sebelah prof ikram tu ada sorang lagi En. Firdaus tapi dia terselit kat tepi tiang sooo aku tak boley nak amik gamba dia sekali... sorry ye en. firdaus..:)


lama giler aku dengan ahli group tunggu giliran untuk present.... tak suka present last2 sebab rasa cuak tu makin menebal... untuk hilang rasa cuak tuu.... jom kita bergambar...



ni dengan melly merangkap bendahari syarikat



pei wen= setiausaha, ka chun= bahagian formulasi



cik nana kita penolong aku untuk bahagian R&D... kalo sape2 nak carik promoter, sila upah dia... memang terbaeeekkk punya.... ngeeeeeeeeeee~~~~~



benda ni sebenarnya aku nak tunjuk kat anda semua.... replika or model syarikat kami.... comel kan siap ada kereta kecik kat depan dengan kura2 comel kat belakang...



lagi satu aku nak tunjuk.... bijik buah jatropa yang digunakan sebagai bahan utama dalam produk syampu kereta ni.... buah ni tak boleh pegang dengan tangan... sensitif... bahaya kot... aku pown tak taw kenapa...kih3



ok... sekian... SENGAJA wat muka gewdiksss sebab da abis present....


overall lecturer cakap semua group present dengan bagus sekali... tapi kebanyakannya stereotype.... habutla... nak present syarikat semua sama je kot... ala2 formal gitu sampai aku rasa nak tertido terbaring dalam bilik tu.... naseb baik memang ada group yang selitkan lawak2 yang boley wat aku gelak  takdela sampai guling2....

berakhir sudah kemelut yang melanda jiwa dan perasaan bila kitorang semua da abis present untuk produk syarikat ni....jap2, blom abis lagi... aku nak cite lagi... kalo korang nak bentuk satu syarikat tu... bentukla dengan orang2 yang memang korang da kenal hati batu kawan2 korang... kalau macam kitorang ni... group ditentukan oleh lecturer sendiri sooo opkos ada yang tak sehala bila berjalan.... sebab tu la ada je masalah yang timbul...

tapi takpela bak kata prof jumat, rupa2nya budak2 oleo ni versatile rupanya.... persembahan MANTAP!!!!!!!!! terima kasih untuk kerjasama daripada ahli group semua sebab aku rasa aku pown ada wat onar jugak... kah3... jahat ko tha....:p

harap2 juri bagi markah banyak-banyak ribu-ribu lemonnnnnnn......................


*peringatan, misi untuk matlamat masa pendek.... visi untuk matlamat masa panjang.. slalo konfius benda alah dua nih!!

Wednesday, March 24, 2010

The finallious lab


suka tajuk entry nih!!!! ^_^..... arini last lab for my second year study.... lepas ni takde lab da... harap2 da tak jumpa si booolat itu lagi!!! tinggal nak exam je... uhhhhh... cuak plak!!!! arini lab mengenai HPLC (high pressure liquid chromatography).... aku malas nak citer untuk HPLC ni banyak2.... i'm not in good mood right now...

aku malas cite panjang sooo... aku bagi korang tengok cane bentuk lab report aku.... muka depan je ni...



ni la dia cover page.... poyos sampai cover page pown aku nak letak!!! wat sendirik taw cover page ni...



* baju apa aku akan rembat ni untuk dinner kolej malam ni....

Tuesday, March 23, 2010

Agak-agakla sikit kalau KAU tu pelepas


Ok.... kali ni aku guna term pelepas... tu je yang cam best ayat dia... aku memang anti dengan orang yang pelepas ni... pelepas ni cakap lepas la.... suka hati mak bapak datuk nenek KAU je nak sembur orang cam tu je... orang tu ada hati ada naluri ada jiwa ada hidung jugak... bukan KAU sorang je... kalau KAU rasa KAU da hebat tak pe la nak mengutuk mencaci orang pown... lagi2 kalau orang yang KAU caci tu, jenis yang tak membalas... lagila KAU dengan bermaharaja lela nak sembur dia...

Agak2 la sket manusia... bukan KAU sorang je atas muka bumi ni... ramai lagi... selalu orang macam ni memang ramai tak suka walaupown dalam hati, bangga KAU ramai kawan... tapi sebenarnya kawan2 KAU tu terpaksa menerima KAU sebab rasa simpati kat KAU sebab rasa KAU ni perlu ada kawan supaya KAU tak lebih lagi jadi pelepas tahap dewa tertinggi.

memang ada jugak orang cakap... bagus gak jenis yang cakap lepas... senang nak sound orang, kalau macam tu takpe la... memang KAU buat kebaikan sebab da tolong orang lain supaya orang tu ingat sampai bila2 kata-kata semburan KAU supaya dia insaf tak buat lagi... yang ni memang aku nak join sekaki je rasa ... tapi aku ni pelepas lembut la (ada eh camtu...layan~~) bukan cam orang lain yang pelepas kaw2 punya... 

Jagalah hati kawan anda! kalau anda rasa dia buat salah, tegur baik2 bukan dengan cara semburan yang berapi2... patutla aku selalu tengok, banyak persahabatan yang putus tengah jalan sebab anda tidak reti bahasa nak jaga hubungan tersebut... kadang-kadang musuh atau pengkhianat lagi bagus dan terbaik dari kawan sendiri! Our life cannot alive without friends...

OK ... sekian sahaja... terima kasih sebab baca!


*siapa yang makan cili dia yang rasa pedas, even KAU tak makan cili pown still rasa jugak.

Monday, March 22, 2010

Tidak sabar menunggu hari bahagia


hihihi.... entry cam rasa tak sabar nak kawen.... aku tak sabar gilos nak attend event yang aku rasa gempak giler babun yang bisa mengalahkan kenduri kawen mawi taw!!!! ni reunion dengan kawan2 sekolah masa diriku dalam era kedarjahan... zaman sekolah rendah la... teruja sangat  sebab dapat banyak feedback yang positif daripada membe2 masa zaman sekolah rendah... 

aku tak sangka dapat jumpa mereka dekat FB... rupa2nya FB yang orang selalu cakap melekakan ni... ada kebaikan sebabnya ramai kawan2 aku masa zaman hingus meleleh sampai tak sapu, aku jumpa balik.... ada yang cun melecun, ada yang ganteng...:p ada yang totally berubah... memang aku rasa cam orang lain....




kredit to sai sebab buat banner nih!!!! comel... comel....



kalau nak cerita pasal zaman sekolah rendah, memang seyes aku cakap.... only 30% je kot aku ingat... memang aku banyak da lupa.... even budak kelas sendiri pown da tak ingat... apa yang aku ingat, aku memang comella masa zaman tu....

yang aku ingat... aku gi sekolah naek basikal warna hijau ada raga depan.... gi la sekolah ramai2 dengan sekutu, geng2 sume... berlumba2 sambil racing.... pagi2 buta membe aku da terpacak depan umah ajak gi sama2.... kalau tak pown, ayah anta naik moto... aku ingat lagi... lepas balik sekolah... mesti singgah kedai mak capik beli kopok lekor... pergghhhh... memang tyme tu sesak giler dengan bau peluh korang yang tak saba nak makan kopok lekor panas sebab takot abis because ramai sangat peminat kopok lekor disitu sambil minum air soya... (owh, korang baca dalam satu nafas!!!) ni feberet aku time sekolah dulu la.....

event ni diorang rancang nak buat hujung tahun ni... lama tuuuuuuuuuu nak tunggu... yela... selalu event yang rancang awal2 mesti tak jadi... takot benda lain je yang jadi... rancang bagai nak rak... las2 putus punah di tengan jambatan.... aku harap semua organizer bersatu hati supaya event ni menjadi dan berjalan dengan lancar dan sukses....:)


*can't wait.... can't wait....

Sunday, March 21, 2010

Something wrong


aku rasa macam ada benda tak kena arini... tiba2 rasa macam sedih... adeh! wat happen to you tha...  adakah bad thing akan berlaku!!! selalo camnih, tiba jah ada satu perasaan tidak enak.... habutlaaaaaaaaaaaa.... malas pikir... (+_+)


aku suka weekend kali ni sebab banyak lepak dalam bilik... banyak rest2... banyak makan...:p tu yang penting....heee~~



*setelah berjam2 lamanya baru dapat burger delivery.... heh!

Saturday, March 20, 2010

tetamu tidak diundang


eceli, kalo nak taw dan sebenarnya aku cam takde entry nak post apa harini... lepas tu tiba2 petang tadi dapat idea nak post apa... disebabkan serangan daripada tetamu yang tak masuk beri salam ni... men sergah2 je... aku terus nak post benda ni...

yela... aku tengah khusyuk wat kerja... tiba2 datang... kalo ko ensem takpe jugak... dapatla aku cuci mata... ni da la hitam golap, tak mandi pagi, gigi ko je nampak, taik gigi ntah bape inci ntah.. aku ingat ko datang nak belajar dengan aku ke hape... las2 ko nak nak carik gaduh lak... ape kes!!!! 

aku pown apa lagi... kalo da nak gaduh.. aku set je, memang da tak kesah da spesies aku ke tak... kali ni senjata aku selipar. ko! senjata apa... setakat tunjuk muka yang gerun tu... si MONYET.... aku tak takot... ceit!!!




 ko bajet nak tunjuk terer la eh... boley panjat sini sana... showtime la ni petang2...


ko ingat aku takot! padahal aku memang da gigil kepala lutut time tu... lemah longlai rasa.... seyes weyh... ok! tuka mood marah kepada ketakutan plak... yela, aku da la sorang2 dalam bilik tadi... monyet ni datang je... terus melaung panggil wani... cepat2la wani datang tengok kenapa... mana la taw aku nak bagi jongkong emas ke hape kat dia ke... sorry la wani... tunggu aku kaya dulu...

tapi, si wani ni... bukan nak tolong aku halau... tolong aku jerit je... aku yang tak berani ni... tiba2 lak kena berani... ni sape yang ketakutan ni... ko ke aku?? ahaks~ 

aku pown apa lagi... senjata time tu hanyalah selipar dengan berperisaikan daun pintu... senjata alaf baru nih!!! memang aku syorkan... kalo tak, takkan boley halau punya... monyet degilos nih!! selepas beberapa balingan selipar sampai selipar jamban bersepah2 dalam bilik aku... selipar jamban kak ira jatuh bawah, tak memasal kena jogging turun bawah amik... penat wooo..... oksigen.... oksigen.... ngeeeee



disebabkan wani kesian kat ko... dia bagi makan biskut tiger nak bagi ko lari laju...  supaya orang tak cari ko masuk jail... tapi, demand giler kot boley dia wat dunno... korang taw... boley dia gi belasah amik oren kat  mangsa lain, pandai ko eh! bajet ko nak jaga kulit je, nak makan oren yang ada vitamin c yang boley halang ko dari demam... takpe2... ko memang tricky punya monyetta... 



kalo ada jodoh kita jumpa lagi eh!!! padahal dalam ati da memang tak nak da... aku ingat da takde da serangan monyet ni... sebab da lama tak nampak... mesti korang... (cehhh, korang... cam kawan ko lak tha..:p) da jumpa port baek punya... malangnya datang lagi... sooo, moralnya, aku kena tutupla tingkap petang2... giler sesak kot nafas... haish...



benda comel harini...



alarm clock wani baru dapat guna setelah ko bertungkus lumus nak masukkan bateri tak dapat las2 bila masuk bateri, kuar ayam kokok... ni kalo ko tak bangun pagi jugak ni aku tak taw la...




kak ira bagi.. dia dapat adiah membe kawen... comel2... poyo giler tha benda alah sapu tangan kocik ni pown nak upload... sukati... sukati... sebab dia comel2... ayu2 gitu... hik3



eh2, jap2 ada lagi benda comel aku nak tunjuk... ni lagi comella... 

jeng.. jeng... jeng..



ni dia... ni dia.. comel tak.. comel tak... agak kabur disitu sebab wani kena sorok2 tangkap belakang aku takot dia perasan ada mamarazzi kat situ...heh.. aku terserempak dengan dia masa teman kak ira gi alamanda semalam.. kak ira nak beli hadiah kawen untuk membe dia... kalo la dapat pakwe camni sorang tak pandang lain da... hahahahahaa... demand2... dia pak arab celup mat salleh... memang terbaek punya 'gene' la weyh... sapa tak nak... kah3... memang mata aku pandang dia je... gatal ko tha... sejak bila ni....:p


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...