Friday, April 30, 2010

Karok sampai nak keluar anak tekak

Ni la jadinya kalau suda tension gilosssss. Suda lama kami tunggu masa dan ketika ini. Akhirnya muncul jugak walaupun mula2 rasa cam tak jadi. Hahahahaha... wani, aku taw ko da tak tahan nak karok. Sejak minggu study week lagi, ko da meroyan... memekak melolong nyanyi dalam bilik. Sampai aku plak tension tengok ko...las2 join skali nyanyi... semua buku2 tolak tepi...;p




Ni lahhhh muka2 yang da sangap sangat nak karok



Tak apa wani, kali ni hajat ko tercapai jugak. Tengok2 siapa yang tunaikan hajat ko kalau bukan aku dengan ika. Pergi karok tadi pown da lambat sebab aku main tarik tali pulak....*main tarik tali, malu mahu memulakan... tengok.. tengokk.. aku pown nak start karok da nih... Aku nak kemas bilik sebenarnya mengenangkan barang aku yang banyak nih.


Then, aku decide plak nak gi ikut diorang karok. Orang nak belanja, aku on je. Siapa tak nak kan. Mahu tapi malu, segan tapi mahu... ceit, cam orang nak datang minang plak.. weee~~



Sangat tak sabar nak masuk dalam sampai rasa nak peluk..peluk...;p



Aku tak sangka wani disebabkan kenafsuan ko nak karok tu tinggi, boleh ko hamik bilik yang agak mewah sebab bilik lain suda penuh aka full. Eceli, aku terkejut gak wani, ko decide nak jugak tempah bilik tu walaupun bilik tu sebenarnya untuk lima orang, ko still nak bayar jugak...adeh! Wani, pasni... ko kawen, aku bagi set home theater la. Sukahati ko la nak karok bila2 pown. 24jam sehari pown tak hape...;p




tengok.. tengok.. besar kan bilik nih... ni separuh daripada bilik ni tahu!!!


Masuk bilik ni, rasa cam masuk hotel lima bintang, cuma kitorang tak order minuman, makanan apatah lagi. Mahal kau... telan air liur jela masing2 kalau rasa tekak tu da kering sengau2 cam katak puru. Mula2 masuk blur sebab tak tahu cane nak setting sebabnya, kalau gi karok, bukan aku yang setting, aku tukang punah seranahkan lagu je sampai sumbang seh..


Tekan punya tekan, makkk ai... sonang yang amat, nampak sangat kuno disitu. Tak hape, kita karok dulu sebab semua orang aku tengok da terkinja-kinja dalam bilik tuuuu...



Okeh, wani stat dulu... muka tu nampak sangat teruja sampai muncung2..heh




Aku cool je....lalaalalalalala



Jom stalker ika plak....


Nyanyi sambil pegang remote, sebab dia je tahu cam mana nak tekan butang 'next'... Siot betol ko taknak bagitaw cane...heh



Kepenatan den... Relax jap, kumpul balik tenaga... betol2kan urat2 kat mulut...



Macam2 lagu la kitorang layan, ada yang tangkap lentok, rock, dangdut, goyang2 gelek2 pusing2... Sampai bila tengok tajuk, tak tahu lagu apa, da nyanyi baru tahu...."ooooo................"



Dalam tandas, kamera den kabur bila tangkap gambar. adeh!!! ni semua gara2 aircond yang sangat kuat menyengat sampai urat2 mata aku merah cam mata syaringan dalam naruto tu.



Layanlah.... muka2 bahagia kami lepas keinginan kehendakkan kenakkan kemahuan kami nak karok suda terubat sampai aku pown sakit perut masuk tandas laju2 lepas karok tu.. adeh! diarrhea la sejak akhir2 ni...=_="







































Hihi... secret recipe lagi kaw... lepas karok tu makan... sodap!




*Finally, dapat lepas gian!!! jom sambung kemas barang balik...

Thursday, April 29, 2010

Akhirnya..... akhirnya... finally... finally...heh



SAYA SUDAH HABIS EXAM
SAYA SANGAT SERONOK
SAYA SANGAT SUKA
SAYA SANGAT GEMBIRA
SAYA SANGAT TAK SABAR NAK BALIK RUMAH...




hihi... senyum lebar den..



TAPI
SAYA SANGAT MALAS NAK BASUH BAJU..heh
SAYA MALAS NAK KEMAS BARANG
SANGAT MALAS MALASSSSSS MALASSSSSS
HAHA



After exam tadi, aku spend time dengan nana kejap, pergi isi perut dekat kafe. Memang aku kebulur tahu. Perut aku menjerit2 since dalam exam hall lagi.



Nasi lemak nana beli ni, buat aku terliur. My feberet la nasik lemak.. Balik umah nak suruh mak masak...heeeeeee~~





Aku rasa cam da kurus la....wahahhahahaa...




KAWAN-KAWAN
JUMPA NEXT SEM
NEXT SEM KORANG SUDA TUA
NEXT SEM KITA SUDA JADI SUPER SENIOR...heeeee~~





Beboiiii semua....




*Giler bosan sangap semua ada lah... MANA KORANG NIHHHHHHHH!!!! Sampai aku pown suda tak ada idea nak mengarut dalam nih....heh

Wednesday, April 28, 2010

"You've got to kiss a lot of frogs to find a prince" Arthur Fry. 3M Scientist



Sebenarnya, apa yang korang paham dengan kata2 kat atas nih. Kalau nak diikutkan aku la, maksudnya sebelum korang dapat yang THE ONLY ONE IN YOUR LIFE, you need to be together2 with many2 one dulu...heh. Apa punya frasa la nih.


Adeh!! goli den...


Tapi frasa ini lecturer aku yang bagi masa dalam kelas PPO. Kelas ni cam ala2 kelas keusahawanan la. Aku exam paper PPO ni esok. So, aku rasa maksud dia, maybe dalam perniagaan kita kena rasa dulu bekerja dengan semua orang, merasa jatuh bangun sebelum mencapai satu kejayaan yang membanggakan.


Aku pulak lepas tengok ayat ni, aku pikir lain da sebabnya, wth... cipta ayat camni sebab kenapa perlu bercinta dengan ramai2 orang dulu baru dapat yang terbaik untuk kita. HAHA... tha2, dalam kelas pikir hape ntah. Ini kan juz qoute sahaja, opkosla ada maksud disebaliknya tapi  bagi aku ni lah maksudnya.. NAK JUGAK...heeeeee~~



Sayalah putera katak yang sebenar...wakakaaka



Tiba teringat pulak cerita dongeng putera katak nih... Haishhhhh. Time kecik2 dulu aku sangat addicted dengan cerita2 dongeng macam nih. Kadang2 pergi library carik buku2 cerita macam ni. Pinjam then bawak balik umah baca sampai khatam. Suda habis baca, boleh tulis dalam buku nilam. Then, pergi library pulang balik then pinjam balik. Sebab boleh pinjam dua buku je. Kalau aku malas pinjam, aku bermastautin kat library, carik buku banyak2. then, marathon, aku baca.heh... Tak cukup buku kat library sekolah, aku carik kat library awam. Hamik kau, sampai ke sana aku pergi.


Aku memang suka baca buku dulu tahu tak. Isi buku nilam sampai berbuku2 akhirnya aku dapat anugerah nilam. Korang dulu buat tak buku nilam tu, ke buat pekasam kat rumah je??? Kalau aku malas baca, aku salin je sinopsis kat belakang tulis dalam buku, tu la kegunaan sinopsis tahu. Ngeeeeee~~~ 


Tiba cam rasa rindu nak masuk library. Library dekat ukm ni pown, berapa kali je aku jejak. Nak pinjam buku memang liatla sebab mana ada orang pergi nak pinjam buku cerita dongeng kalau suda tua bangka macam nih.adeh!



Alololo... comel sungguh ini katak...weeee~



*Aku sebenarnya tak tahu nak baca apa PPO nih. Asal soalan pass year pelik sangat!!!!!!!!!!!!!

Jeles tu tandanya tak mampu



Korang ada tak rasa jeles kat sesiapa??????? Ada tak??? ada tak?? Tipooo la kalau takde, setiap orang mesti ada rasa jeles sama ada jeles tu sebab tak puas ati atau jeles sebab orang tu lagi berjaya dari kita dan lantas boleh bagi inspirasi.

Perasaan jeles aku paling membuak2 masa zaman sekolah dulu. Kalau ada je yang lagi bagus dari aku, mulala aku tak suka tapi aku tak tunjuk la. Maksudnya kat sini bukan aku tak suka budak tu sampai nak belasah berdendam pown tapi aku tak suka sebab dia lagi bagus daripada aku..heh. Masa ni memang aku ingat aku bagus!!


Dulu aku sangat rajin tahu. Buku itu memang sudah jadi makanan aku.



Kalau ada je kawan2 aku yang siapkan kerja sekolah lagi cepat dari aku, aku da jeles. Kalau ada je kawan aku dapat perhatian dari cikgu, aku da jeles da. Even kalau cikgu selalu sebut nama kawan2 dalam kelas pown aku jeles tahu sebabnya aku taknak cikgu ingat nama diorang. Jahat aku, nak suh cikgu ingat nama aku je...;p. Aku jeles kalau karangan kawan aku lagi besh, lagi sedap dibaca lagi banyak patah perkataan then dapat markah tinggi. Lagi aku jeles, bila ada kawan aku dapat selesaikan soalan add math lagi cepat daripada aku. Mulala otak aku nak wat speed yang paling laju supaya tangan ni laju tulis semua formula, kira2 then get the answer. Angkat tangan! Cikgu...saya dapat... Heaven tahu!!

Kalau kawan aku dapat markah paling tinggi aku da jeles da. Kalau ada je kawan aku yang dapat hadiah masa akhir tahun sebab banyak skor, aku da jeles da. Kalau boleh semua hadiah subjek terbaik masa akhir tahun aku nak bolot semua. Pegang hadiah banyak2 dengan muka paling berlagakla.. Okeh, tak bagus disitu...;p

Zaman sekolah dulu, aku memang suka nak fight dengan membe aku tapi aku tak cakapla aku nak fight dengan dia. "Weyh, jom kita fight, siapa dapat 100 subjek blablabla..." takdela sampai cakap macam tu, tapi perasaan iri hati tu ada..heh. Tapi iri hati aku bukan nak bermusuh dengan mereka tapi nak jadikan diri aku ni lagi baik dan cemerlang untuk masa-masa akan datang. Korang takkan takde aim camtu dulu...


Tapi tu semua dulu, zaman era2 dekat sekolah. Since aku masuk matrik, semua tu sudah tak ada. Aku suda boleh terima apa yang membe aku dapat. Maybe sebab fikiran suda matang sket bukan cam budak2 yang bila jeles tengok budak lain dapat aiskrim daripada ayah diorang..heee~~ Kiranya kalau membe aku dapat high mark ke aku tak kesah da. Habut korangla. I accept it. Aku tawakal je. Kita semua sudah berusaha sebaik mungkin kan. Rezeki masing2 lahh.


Bila dekat U plak LAGILA AKU BOLEH TERIMA. Lagi banyak orang memang hebat, mantap , sampai aku pown sentap..heh. Kadang2 aku sendiri salute dengan diorang. Kita takkan berada dekat atas sepanjang masa, ada suatu waktu nanti, kita mesti akan di bawah. Bak kata peribahasa melayu, "kadang2 kita kat atas kadang2 kat bawah" (Cik wani, aku ingat lagi eh peribahasa, BM aku ok lagi..heh).


Memang betul jeles tu tandanya tak mampu sebabnya, kita jeles sebab tak mampu nak dapat macam orang tu, tak mampu nak get what their get but jeles tu bagus sebenarnya, lagi buat diri ni rasa perlukan anjakan paradigma supaya tak jeles dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Kadang2 jeles memang perlu ada supaya korang akan rasa macam ada saingan untuk berjaya tapi jangan sampai dengki dan busuk hati. Pengaruh setan je semua tuuu.


Tryla accept kalau ada orang lagi bagus dari kita dan kalau boleh try la perbaiki diri. Aku dah cuba dan itu je yang aku mampu. Apakan daya, diri ini tidak sekuat dan tak semantap orang lain. Hanya sokongan dan dorongan daripada FAMILY DAN KAWAN2 aku perlukan supaya terus move on walaupun tak sehebat orang lain.


Yang penting...
LIVE LIFE TO THE FULLEST



Saya perlu sokongan anda semua supaya diri ini tidak lalai dan alpa. Tegur saya kalau saya salah, guide saya kalau saya tak tentu arah...;p



*1 more paper...

Tuesday, April 27, 2010

Baby are you down??? down?? down??? YES!!! i'm DOWN!!!



Rasa nak menangis sekarang nih!!!
T____________T



Aku DOWN giler!!!


Asal soalan susah sangat!!!! Setakat ni, ni la paper paling buat aku down, banyak yang tak dapat jawab. Eceli, aku tak boleh fokus tadi... Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........



NAK SEMANGAT BALIKKKKKKKKKK.........



Rindu sama mereka... tsk... tsk...



*Mak dan ayah, tunggula kepulangan anakmu.. Tak sabar nak makan mak masak yang sedap2.....

Monday, April 26, 2010

Kotak oh kotak!! Susah nak carik macam nak carik jongkong emas.


Tadi teman kak ira pergi carik katak... (i loike katak,, ngeeee~~)... kotak..  Merayap2 la satu bangi tadi carik kotak.

Kotak yang dicari ini berfungsi untuk menyimpan barang, perkakas, bekas, mangkuk, cawan, gelas dan sebagainya sebagai pembungkus untuk dimasukkan di dalam stor kerana kami perlu licinkan bilik tanpa sebarang sisa2 pepejal mahupun sisa2 kumbahan disebabkan cuti sem pown sudah bermula. Kolej kami tidak membenarkan pelajar2nya menyimpan barang di dalam bilik sebab ketakutan kecuakan ada manusia2 yang rasa dia malas nak keluar duit poket beli barang, last2 hamik barang orang. Dapat free. UNTUNG!


Iklan jap...

Aku ingat lagi masa first year dulu. Lepas balik dari kuliah setelah penat kerah otak, otak aku jadi penat balik sebab melilau pergi carik selipar jamban aku yang hilang kena curik dengan mamat bangla mana ntah. Adoila~ selipar jamban je pown, bape hengget la sangat. Takkan la sampai nak curik. Cantik sangat ke selipar jamban aku tu. Haisshhhhh. Terpaksala aku beli selipar jamban yang agak buruk supaya tahap kebarangkalian selipar jamban aku dicurik semakin berkurang.


Ok, sambung balik....

Oleh yang demikian kolej kami telah mengenakan bayaran yang sangat mahal untuk menyimpan barang di stor. Diulang lagi sekali, sangat mahal. 3 kotak barang yang disimpan berharga RM15. Kalau lebih kotak kena tambah duit lagi. heh. CEKIK DARAH NI WEYH... grrrrrrrrr... So, aku dengan wani telah mengambil inisiatif mengkongsi duit untuk tempah stor. Kami tidak peduli jikalau kotak kami terlebih dari tiga kerana kami sangat yakin yang teramat sangat orang kolej takkan masuk dalam stor tu nak check satu2 barang mana yang terlebih 3. Kami sangat bijak kan. Ok, tepuk tangan untuk kami...:p


Sudala tha... balik semula pada cerita kak ira nak carik kotak tadi. Yang atas tu pemanas punggung je. Bagi jari jemari ini laju sket taip kat keyboard ni. heh.


After exam PSM yang memang aku sebelum masuk pown suda muntah awal2 sebab aku memang tahu soalan akan banyak dan aku tak cukup masa nak jawab. So, aku memang suda bersedia awal2 la nak tulis laju2 tapi masa jawab tadi tiba blur sekejap dan masa terbuang. Adoi~

Malas nak cite PSM ni. Balik tu, makan banyak2 then kak ira ajak pergi bangi carik kotak sebab barang dia memang berkilo2 banyak sangat and aku rasa akan hamik masa yang lama untuk dikemas. Sabar ye kak ira, kemas sikit-sikit lama-lama jadi licin bilik kita...weeeeeeee~~

Merata jugakla carik kotak. Berapa kedai da explore tapi tak jumpa. Las2 jumpa satu kedai runcit Ah Chong mana ntah. Tapi yang ni kena bayar la. Kak ira da malas nak putar belit carik yang free tak dapat2, senang cite carik je yang berbayar tapi boleh dibeli oleh semua golongan masyarakat la termasuk aku yang kekeringan nih!!!



Tak dapat payung, kotak pown jadila eh sebab cuaca sekarang memang sangat PANAS dan hangat sampai ke hati usus perut semua ada la.




*Uwaaaaaaaaaaaaa.......... tiba tension balik sebab otak aku berselirat tengok mekanisme dalam biosintesis nih..

Sunday, April 25, 2010

Kejadian Allah buatkan hatiku yang resah jadi tenang

Waaaaaaaaa.... tension aku tengok PSM yang sungguh comel ni. Jom2 korang aku tunjuk kat korang semua kejadian Allah yang sangat unik lagi menakjubkan ini. Seyes!!! First time i saw it, terus rasa macam sungguh takjub dan rasa macam speechless.













































Sangat cantik kan korang. Eceli setiap gambar ni ada description cerita dia. Tapi aku busy nih!!! Sok  aku exam. Sehari aku tak hapdate blog, da giler meroyan. So, aku wat mana yang mampu dulu. Aku just upload gamba je. Kalau free aku letakla cerita dia.



*Saya mahu study balik... Chayokkkk korang!!!!!!


SALAM...:)

Saturday, April 24, 2010

Air soya boleh kurangkan rambut gugur


Aku gembira rasa nak tepuk2 sampai dengan kaki2 sekali sebabnya aku jumpa fakta baru nih!! Adeh! benda lain aku nak carik, aleh2 benda lain aku jumpa. Aku nak carik pasal testosteron dengan progesteron sebenarnya. (Apa kes tha carik benda alah dua ni, aku da tak hamik bio da. Adala... adala... secreto.. wakakakakaka). 

Tak mengapa ye tuan2 dan puan2, saya da jumpa ni, soooo saya nak kongsi dengan anda2 semua yang menjadi pembaca setia blog aku walaupun di mana anda berada di utara selatan timur dan barat ku jejaki......oh. lupa suda lagu lama2 ni... korang sambung la kalau tahu.

Korang taw tak soya kaya dengan protein? Takkan tak tahu beb, aku rasa masa aku sekolah tadika da tahu kot sebab  soya ni da jadi minuman rutin aku sebab masa kecik2 dulu diri ini selalu disogokkan dengan air soya. Sebab soya ni ada protein, so boleh reinforce or stimulate the growth of your hair. Senang cerita, makin banyak korang minum or makan kacang soya kebolehupayaan rambut korang tu nak tumbuh tinggi, takdela nampak botak cin. 

Bila badan kita menguraikan isoflavones daripada soya, satu sebatian yang terhasil akan menghalang testosteron yang dikenali sebagai DHT (Dehydrotestosteron) yang berhubung dengan keguguran rambut dan kebotakan. Dadah untuk mengurangkan keguguran rambut seperti Propecia juga buat benda yang sama jugak menghalang penukaran testosteron kepada DHT. So, takkan la korang nak hamik dadah even tu adalah sejenis ubat, better korang minum soya boley kenyang perut suka hati sikit.



Air soya peneman setiaku..ahaks


Aku baca artikel ni, ada sorang doktor ni cakap "what you put on your plate not put hair on your head, but it can help the hair you do have remain healthier longer"

HAHA.. lawak je kata2 ni, tapi memang betul jugak sebenarnya. Benda yang korang makan bukan boleh wat rambut korang tumbuh pown just nak bagi maintain je taknak bagi gugur.


Ni aku bagi lagi kelebihan soya

Thyroid problems, including weight gain, lethargy, malaise, fatigue, hair loss, and loss of libido 
•Premature puberty and other developmental problems in babies, children and adolescents 
•Cancer 
•Brain damage 
•Reproductive disorders 
•Kidney stones 
•Weakened immune system 
•Severe, potentially fatal food allergies



Selain soya, korang makanla benda alah ni..


  • Silica is found in the outer coverings of potatoes, green and red peppers and cucumbers. Bean sprouts are also high in silica. Eat whole foods including sprouts.
  • Vitamin C improves the absorption of iron. Include a good serving of fruits and vegetables in your diet.

  • Vitamin E is important for healthy hair growth. Eat avocados, nuts, seeds, and olive oil on a regular basis.

Caution: Excessive intake of Vitamin A can cause hair loss.



Malas aku nak translate ke BM, korang paham2 sendiri la... MUET semua band 6 kan? Wakakakakaka...



Banyak kali da aku tuka syampu sebab taknak bagi rambut gugur banyak2, haritu baru beli syampu baru, kalau syampu ni tak jadik jugak, kang aku hamik soya ni kisar lumat2 bubuh je kat rambut. Bia kepam2 baru basuh. Jadi ke tak aku tak tahu la, korang cuba sendiri la kalau nak tahu...:p


Renung2kan dan Selamat minum air soya!!!
Adiosssssss...

Friday, April 23, 2010

Owh maggi! Kau penyelamat perutku



Aku lapar la,

Tak hape kan makan maggi, ni je stok yang aku ada sekarang. Tinggal sebungkus je lagipun. Kira las kopek la ni.

Lagipun, ni first time dalam minggu exam, aku makan maggi. Bak kata wani, maggi akan react after 2 weeks. After 2 weeks, opkos aku suda habis exam. Owh, i'm counting that day, cepatla habis!!!!


Aku memang suka maggi yang kembang2. SODAP!!


Lepas makan, baru aku boleh study laju2 balik.


Enjoy studying eh korang....


*Tq ye cik wani tolong masakkan air untuk aku. Jasamu dikenang! Lepas ni jangan rembat kettle aku lagi....heh

Thursday, April 22, 2010

First award ever :)

Waaaaaaaaaaaaa....... aku sungguh tak sangka sampai kelip2 mata banyak2 kali, setelah berabad berkurun aku wat blog ni, for the first time ever, aku dapat award. Thanks to ee bagi aku award ni.







Anda suruh jawab, meh sini saya jawab....


1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
Aku tak boleh buat apa2 la, opkos aku da mati time nih!! takpun masuk ICU. Siot!!! siapa yang berani2 tikam belakang aku nih!! aku taw semua kawan2 aku baik2 belaka and aku hanya berkawan dengan orang yang baik je. Yang jahat aku tolak tepi. Ahaks!~


2. 7 orang dihati anda?
Ramai beb, aku bagi group2 eh..:p
  • Family come first
  • kawan baik aku... siapa2 sila mengaku..kikiki
  • my gang since zaman sekolah
  • kucing aku, mikayau... walaupun dia bukan orang tapi aku sayang dia and walaupun aku jarang bagi makan dekat dia even dia selalu gesek2 badan dia mintak nak makan.HAHA
  • siapa2 la rasanya dia ada dalam hati aku ni. Belahlah dada, tanyalah hati...:p
  • Owh, siapa lagi ni... siapa... siapa...?? jeng... jeng... jeng...:p
  • Suami aku.. HAHA. gatal...muntah semua... weeeeeeeks... aku tak kawen lagi. tulih je ni. sebab tu letak las sekali kalau tak mesti paling atas. KAHKAHKAH.


3. Anda rasa anda kacak comel?
OPKOS. Absolutely 100%. Korang tak payah muntah sebab aku sendiri rasa nak muntah sebab aku terpaksa terima begitu ramai yang cakap aku comel. So, aku memang terpaksa terima hakikat ni. TERIMA KASIH.



4. Single or taken?
Lalalalala.... i'm flying without wings... Owh, lagu westlife sangat sedap ye.. jom2 download lagu2 mereka banyak2...:P


5. Blog mana anda suka?
Blog yang merapu. Aku memang suka merapu meraban ni.. kalau tuan blog tak post aku plak meraban nanti.haha. Jap2 sebenarnya, aku suka baca blog yang bagi info kat aku.


6.Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Halamak!!! ni pown nak tanya ke??? Jemput2 datang bilik aku....heeeeeeeeeee~~


7. Lagu yang terakhir anda dengar?
You're not sorry-taylor swift. Sebab aku tengah meradang marah sampai nak bannned satu orang nih!!! Lepas ni, jangan ganggu aku la. Pergi main jauh2.


8. Last text message?
Daripada Athiah, kawan baik aku masa kat matrik. Dia cakap tak jadi nak keluar after exam sebab ada program. heh. Ko ni cam menteri, payah tol nak jumpa. Bila la dapat jumpa mak cik sorang nih!!


9. Last phone call?
Nana. Aku ingatkan ko nak call tapi ko miskol je. Haishhhhhh... dia telan tak kredit ko???? HAHAHAHA.


10. Hari terakhir anda menangis?
Aduh, soalan sensitip nih.


11. List 5 warna kegemaran anda?
  • First yang bertakhta dihati adalah warna putih
  • lepas tu hitam
  • pink, tiba2 suka
  • baru2 ni aku minat warna hijau
  • opssss, ada 4 je, yang kelima tu kelabu taik kucing kot. HAHA.

12. Orang yang terakhir anda ber'YM'
NANA... aku selalu ym dengan dia je sebab kawan2 aku yang lain semua suka wat invi. BAIK TAKPAYAH ONLINE.................


13. Game yang anda paling suka?
Perggghhhhhhh... lama giler aku tinggalkan dunia game ni. Den cam suko men DOTA dengan PES. Korang ingat aku tak reti, RETI tengok  bila adik2 aku main. To adik2 ku tersayang, balik ni kita main pes eh, aritu main den kalah, tak ape, kali ni den kumpul strategi...kikikiki


14. Adakah anda peminat MCR?
Lagu MCR apa eh? da lupa. HAHA. aku sekarang layan lagu korea. daripada anti tiba da suka. Pengaruh rakan sebaya itu sangat kuat ye. Rakan2ku pengaruh aku benda elok je taw..:p


15. Apa perasaan anda masa jawab tag ni?
TERUJA SAMPAI NAK GULING2 sebab ni first time aku dapat benda2 alah macam ni.



16. Anda rasa tag ini best?
Best woooo.. asal soalan senang sangat!!!!! Bagi la aku soalan kimia yang aku nak exam ni. Boley score. Haishhhhh...



17. Tag lagi 10 orang.
Aku ni da la tak ramai pengikut, tak ramai yang aku ikut. Aku senaraikan jela, tak cukup sepuluh tak hape kannnnnn.... Ko la ee, semua membe kita ko da tag, haishhhhhh....

Aku tak taw la korang da dapat lom award ni, korang da lama kan wat blog...:)
 Ada 3 je, yang lain semua ee da tag, korang kalau rajin wat la eh, puas aku pikir nak bagi siapa nih!!




*Kalau ada aku nak tag sape2 lagi kang aku tambah eh....heeeeeeee~~~

Wednesday, April 21, 2010

Office Monavie sangat CANTIK!!!!

Tadi aku pergi bangsar dengan nana. Walaupun mula2 tak tahu route, tapi sangat senang ye, budak darjah satu pown lagi expert. heh.



Yeay!!! kita lupakan exam untuk hari ni. esok stress balik. HAHA



Eceli, nana nak tengok office Monavie. Bisnes baru yang dia join venture, ceit... macam nak join jadi pemegang saham pulak...kikiki. Pejabat ni baru launch kat Malaysia, first time masuk giler teruja. Sangat cantik beb. Lain dari yang lain cam pejabat style oversea.




Ni la product monavie tu, sangat bagus untuk kesihatan.



Yang penting aku dapat minum free tadi. Sodap woooooo, berpatutan la dengan harga dia tu. Main ingredient dia adalah buah acai. HAHA. Aku rasa nak gelak besar2 je kat situ ada gak nama buah acai sebabnya, ada sorang membe aku nama acai. Acai... acai... rupa2nya nama anda ini sejenis buah ye. Buah acai ni ada kat hutan amazon. Buah dia cam ala2 buah anggur tapi saiz dia kecik sikit. Sangat berkhasiat buah ini sebab tu la jadi ingredient dalam produk monavie.



Then, balik tu kitorang melantak kat secret recipe...



Owh, muka sangat teruja ye cik nana





Sebenarnya aku suda keletihan sangat time ni, mata suda merah2 ngantuk da tapi disebabkan aku rasa nak makan, tak mengapa, aku gagahkan diri jugak sebab perut aku ni kena isi. Aku sangat sayang perut aku. Korang2 yang tahan makan tu tak sayang perut apa. Perut tu penting taw tak.




Jemput makan....weeeeeeee




Terliur den...:p



Air aku ganti dengan aiskrim, mana tak muaknya. haishhhh




Seyes memang muak dan aku terpaksa hamik masa yang lama untuk habis makan. Bak kata nana, CHAIYOKKKK... adeh! ko wish macam aku nak amik exam. Ok, ko bagi semangat, den pown habiskan. Kalau tak habis makan tu bukan aku la tu.




Aku rasa kura2 lagi laju kot makan.




Haaaaa... tengok pinggan tu, licin kan... licin kan...:p




Eh, sekejap, aku nak promot kat korang benda alah ni.



Cendawan goreng daripada KFC. Bukan kentucky fried chicken tapi Kelantan fried chicken.



Seyes memenuhi taste aku sebab sangat pedas meletop letop. TRY LA. Tak payah susah2 carik kat kelantan sinun.. Kat bangi pown da ada. Korang carik la sendiri area mana. Pusing2 bangi jumpala sebab sesat pown still jumpa tempat sama gak.agagagagaga.





Kaki ini sangat letih sebab malam baru sampai bilik



Sampai bilik terus mandi laju2.



*Chowwwww... aku mahu tidur!!!! GOOD NYTE semua!!! Have a great dream...:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...