Monday, May 31, 2010

Den addicted lagu nih!!



Aku tengah addict lagu ni sekarang ni. Sampai aku sudah boley hafal satu2 muka ahli kumpulan SNSD nih. Serius mula2 tengok muka diorang sebijik sampai aku rasa diorang ni kembar sembilan.. heh. Suara pown lebih kurang sepesen. Korang ni buat plastik surgeri untuk suara hape. ish3..





Girls Generation (SNSD) - Star Star Star


Saturday, May 29, 2010

Saya mahu seseorang yang selalu ingatkan saya tentang ALLAH & akhirat


Macam ni..

Carilah kemanisan dalam perjuangan,
perjuangan mengejar cinta dari Tuhan


BAWA HATIMU KEPADA TUHAN
di sana menanti SYURGA idaman


Hati tersentuh bila baca ayat ini...^_^


Friday, May 28, 2010

Di kala hujan lebat, kilat sabung menyabung.....



Lepas lunch hour tadi, aku, adib dengan ee.. terperangkap di dalam hujan yang sangat lebat.



Sampai payung yang dibawa ini tidak dapat digunakan kerana ketakutan kecuakan, kilat akan meyambar



Oleh itu, kami telah men'decide' untuk membuat sesi mem'promot' kolej za'ba. Kolej tumpah darah kami. Kami selaku duta kolej, akan mempersembahkan kepada anda beberapa fasilitis yang wujud di sini.



Kedai asas
Walaupun mahal sampai tercekik2 tapi tetap mak laku kerana kedai ini yang selalu mencurik perhatian berbanding kedai lain. Tapi aku lagi suka kedai abang besar sebab dia mesra rakyat. kikikiki..



Street IT
Sesiapa yang rasa laptop dia sudah berkarat atau berkulat, hantar la kat sini.
Beli kat sini kalau ada sale je, kalau tak lagi baik pergi pc fair



Telefon awam
Kesian telefon ini sebab dia tidak berguna. Hanya dicari bila kredit kong.
Korang je bukan aku.
So.. lebih baik vandalisme... wakakaakka..



Sedang asyik... asyik.. asyiknya bercinta... *tiba. Asyik mem'promo'. Datang kelibat manusia ini



Dia mempunyai niat yang tidak baik kerana ingin merompak... ish3
Jangan tiru aksi di atas...;p



Oleh itu, datang seorang rakan datang menasihati supaya buat jahat jangan sekali, buat baik berpada-pada.



Hujan lebat membuat perut berbunyi meronta mahu diisi lagi. 
Rasa sangat rakus mahu menerkam ini roti..heh



Daripada mencuri, lebih baik ke surau kan?? ^_^



Itu sahaja iklan promosi dari kami.
Ada masa ketemu lagi, kami akan mempromot benda lain pulak... agagagaga




*Sangat suka bila hujan...^_^


You're my hero




Selamat Hari lahir ayah
You're my true hero
Moga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki
Sihat selalu



He's my dad


Korang semua nak tahu tak ayah aku sangat garang dulu. Sebab tu la aku tak rapat sangat dengan ayah aku. Tali pinggang, hanger, rotan, semua tu aku pernah rasa masa kecik2 dulu. Korang pernah ke? Pernah ke?  Disebabkan aku ni seorang yang degil dan tak dengar cakap, memang aku selalu kena dengan ayah aku. So, aku memang sudah lali. 


Ayah aku memang tak manjakan anak2 dia. Dia nak anak2 dia berdikari. Kalau nak bandingkan ibu bapa sekarang dengan yang dulu. Jauh sangat berbeza, ramai yang terlalu manjakan anak2 mereka sampai anak2 boleh pijak kepala.


Kadang2 masa kecik2 kena rotan ke hape, mesti pikir ayah sudah tak sayang aku. Tapi bila sudah besar gedabak macam ni, aku rasa memang patut ayah buat macam tu supaya aku ni tahu buat kerja, tahu berdikari, tak bergantung dengan orang lain.


Sekarang ni, bila masing2 semua sudah besar sikit, ayah sudah tak garang sangat. Sudah cool!!!! ^_^



TERIMA KASIH AYAH
kerana tahan dengan perangai anakmu yang degil ini







SAYA SAYANG AYAH SAYA



Thursday, May 27, 2010

Jangan tanya aku lagi



Jangan tanya kenapa aku suka hapdate blog. Kalau boleh tiap2 hari nak hapdate. Tak bukak blog sehari aku rasa macam orang giler.


Jangan tanya kenapa aku tak war2 kan dekat kawan2 lain aku ada blog. Aku malas nak bagi tahu. Korang tahu2 sendiri sudah lah.


Apa guna aku sign up nuffnang kalau tak ada yang tahu aku buat blog. Biarlah, aku tak kesah pown. Aku tahu ramai blogger kat luar sana, buat blog, sign up nuffnang, sebab nak dapat duit. Itu mereka bukan aku. Kalau duit nuffnang aku makin meningkat walau sedikit sahaja, aku sudah bersyukur. Terima kasih rakan2 yang telah meng'klik' nuff saya. Saya amat hargai.


Aku buat blog sebab aku nak tulis apa yang aku rasa, apa yang aku pikir dari sudut pandangan aku. Daripada aku bising2 cerita dekat kawan2 aku itu ini, itu ini. Sampai korang pown muak nak dengar. Lebih baik aku bising dekat blog ni. Paling koman tak berbunyi pown.



*Lebih baik bising dekat blog daripada bising kat luar...heh

Wednesday, May 26, 2010

Our first family outing



Harini adalah hari yang akan aku ingat sampai bila2. Aku takkan lupa. Korang tahu tak apa perasaan bila dapat keluar berjalan2 dengan kawan2 kesayangan. Makan2 bersama, shopping2 bersama. Sebenarnya, kitorang sudah lama rancang nak keluar bersama. So, hari inilah masanya cuma ada seorang je yang tak ada, Nana. Tak apalah, nana family outing dekat rumah je. Lepas ni, semua mesti ada taw. heeee~~



We all like this pic

*************************************************************




Sampai2 je terus pergi beli tiket wayang. Shrek 3D kau!! Aku tahu korang excited giler nak tengok 3D. Macam tak biasa.. ish3. Then, terus laju2 pergi isi perut dekat Rasamas. Kali ni dapat diskaun sebab kitorang ada kupon rasamas. Lamo den simpan kupon ni sampai aku rasa macam satu khazanah alam yang tak ternilai harganya.

MAKAN DEKAT RASAMAS










 Aku rasa gamba ni boley jadi iklan rasamas lah. Seyes cantik



Muka semua giler kenyang lepas makan. Masing2 macam badak sumbu.


*************************************************************

SHREK 3D TIME





HAHA... aku rasa lawakla tengok gamba nih!!!






*************************************************************



SHOPPING TIME










Sudalah... malas nak cerita banyak2, yang penting we all really2 enjoy it

Tuesday, May 25, 2010

Boleh jadi pengganti Lee Chong Wei la camnih


Tadi main badminton dengan kawan2 kesayangan. Seyes, lama giler tak bersukan rasa macam urat2 sendi semua sudah berkarat lemak2 semua sudah tepu sampai tak boleh nak pecah dah. heh.


Disebabkan kitorang semua tak ada raket dekat sini, terpaksa pergi beli di bandar membeli raket yang kitorang rasa mampu bertahan untuk jangka waktu yang singkat je. Nak raket mahal2 tunggu kitorang jadi pengganti lee chong wei dulu. Sangat tak puas hati bila lee chong kalah teruk. Sangat teruk dia dibelasah. ish3. Jadi, kami disini telah mengambil inisiatif untuk menajamkan skill bermain badminton supaya dapat ganti lee chong wei dalam piala thomas nanti,....;p



Inilah mereka yang excited nak ganti lee chong wei.



Sebelum bergerak dengan lebih pantas dan tangkas, kita buat senaman regangan dulu.



Mula2, pusing kepala kiri kanan dulu. Kalau korang hebat, pusing la sampai ke belakang... waakakaka



Dongak kepala tinggi2 sambil berangan tengah berlawan dengan lin dan



Tarik tangan tu kuat2 sampai lenguh urat sendi...;p



Then, tunduk tapi jangan sampai keluar angin kus2



Lari sekuat hati seperti kena kejar dengan anjing gila





Lepas sudah buat semua2 ni, barulah korang boleh start bermain.

Let's go to play


Ada dua kesalahan yang dilakukan oleh budak dalam gamba ni. Yang pertamanya, ada ke patut bersukan pakai selipar. Ish3. Yang keduanya, dia tidak melakukan senaman ringan tadi. Den sudah buat awal2 korang je tak tahu....;p




Bermain dari matahari keluar dari celah bangunan



Dari awan berarak mendung



Sampai lampu2 jalan terbukak


Sampai golap gelita dah ni. Sudah2 jom balik kawan2. Kita sambung lagi nanti.


Sebelum balik, aku nak memperkenalkan pada anda2 semua pasukan2 yang bertanding.



Kumpulan merah. 
Korang ingat merah bajet garang ah! Owh... tidak2, kami semua tidak takot..



Kumpulan kuning.
Gaya je lebih mereka ni.. wakakaaka



Ini dia kumpulan yang paling hebat di alam ini. 
Kumpulan hitam = gagak hitam =  paling digeruni


Itu sahaja laporan setakat ini. Kita berjumpa lagi di lain waktu.


*Rindula nak berjogging

Macam rusa masuk kampung




Korang tahu tak, for the first time ever, aku menjejakkan kaki ke kolej rahim kajai. Gelaklah kalau nak. heh. Suda berapa tahun aku duduk ukm ni, ni baru first time aku datang kajai.


Nak cakap aku ni cam duduk kat zaman batu pown ada gak. Nampak sangat tak keluar pergi kolej lain. Kajai jauh lah, nak pergi kena ada stamina yang kuat. wakakaakkakaaa. Disebabkan tadi ada stamina yang kuat dengan kekuatan kuasa kuda motor miza, so sampailah aku kat sana...;p




Gayat giler den bila bukak beranda bilik miza








Sebab ada pokok "sakura"... heeee~~



*Yeay!! malam ni nak buat makaroni...^_^



Monday, May 24, 2010

Saya mahu pandang ke depan bukan ke belakang lagi




Jangan ingatkan aku lagi pasal kisah dulu.
AKU TAK SUKA!!



;(



let's gone be by gone



Saya sayang kamu


Korang ingat senang2 je ke perkataan sayang boleh kuar dari mulut aku. Dulu aku geli geliman bila dengar orang cakap perkataan sayang. GELIIIIIIIIIIII.. Even dari kawan perempuan aku pown aku geli jugak. SERIUS!


Rasa nak menyumpah kat situ jugak sebab aku meluat giler tapi dululah, sekarang aku sudah boleh terima. Maybe sebab aku pown sudah matang. Yeke? So, ini adalah cara untuk mengekspresiasikan bahawa saya sayang kawan saya.


Tapi sekarang entah kenapa entah, aku sudah boleh cakap sayang tu but for girls only. Kalau untuk guys jangan harap la kau. If aku cakap jugak. You take the special place in my heart! 




Sunday, May 23, 2010

Motorsikal berkuasa tinggi -----> saya minat




Masa dengar ceramah tadi, aku nampak ada sorang budak ke akak ke mak cik ke aku tak tahu la., dia bawak  motorsikal berkuasa tinggi. Motor berkuasa tinggi ni kiranya lebih dari 500cc la. Tak pown, kalau nak amik  lesen, kena amik lesen Bfull. Mana boleh guna lesen motor yang biasa2 nih... heh.


Aku berhenti sekejap tengok dia bawak motor tu. Tiba rasa macam kagum kat budak tu. Mana datang minat ko bawak motor camnih. Aku pikir, mesti dia sudah ada motor sejibik macam tu kat rumah sebab nampak macam sudah expert je.








Idaman hati....;p




Korang tahu tak dulu, aku selalu kutuk orang  yang bawak motor ni. Harap je besar gedabak tapi boley naik sorang je. Kan ada motor macam ni yang naik sorang je. Tak syiokkk la kan. Mana nak campak bini atau suami.. hik3. Lagi satu, aku tengok kebanyakan yang bawak motor ni adalah orang tua2 bangka. Mana la pak cik ni dapat tenaga sekuat harimau nak tolak motor berat macam tu. heh.



So, sekarang ni aku berangan2 nak bawak motor ni. Tunggulah satu hari nanti. Pasti akan tiba. Walaupun tak dapat beli, dapat sewa round satu Malaysia pown tak hape. Motor macam ni kan selalu orang buat konvoi. Boley aku join sekali. Owh tha! Harapan tinggi menggunung. Tak salah kan...hihi



*Sangat banyak angan2 rupanya....^_^


Kadang2 apa yang kita harapkan, kita takkan dapat





Sedih bila ingat balik cerita dulu.
saat diri ini terumbang ambing, ada yang membantu
saat diri ini leka, ada yang kejutkan
saat diri ini terlupa, ada yang ingatkan


Sangat penat untuk berharap lagi
T_________T


Saturday, May 22, 2010

Aku pergi UK!


Lepas abis test tadi, terus keluar dengan kawan2 kesayangan aku. Korang taw aku pergi mana?? UK... beb.. Korang pernah ke sampai sana... Haaaaaa... pernah tak? pernah tak? Jeles tak dengan aku sebab sudah sampai sana. On the spot je pergi tak payah rancang2..


Before pergi UK, aku hamik test yang buat aku sangat cuak semalam. Alhamdullilah. Semuanya berjalan lancar. 49/50 tuuuu... wakakakaakkaa. Aku sangat hangin dengan orang yang serve kitorang tadi. Kau tu status adik kot bagi kitorang ni. Gaya kau ni macam bapak2 orang yang nak marah anak dia sebab tak pakai kasut pergi test. Woi, pergi test je kot, takkanlah sampai kena pakai kasut. heh! Hangin satu badan tadi. Ko mintak den RM2 pown aku nak taknak pown bagi, tapi disebabkan aku rasa ko macam kebulur tak makan pagi, sooo aku bagi jugakla ko duit aku tu. Sedekahlah. Beramal jariah.


Lagi satu buat aku hangin satu badan, tunggu punya tunggu nak balik, last2 tertinggal van. Terpaksa balik naik ktm. heh. Rugi duit den. Siot betul. Seyes aku tengah pokai giler babun sekarang nih!! Tapi keterujaan kenafsuan untuk bersukaria tu tinggi. Jadi, aku keluar jela kan walaupun berbelanja sedikit pown tidak hape.



Ini makanan waktu tengah hari bersama kawan2 kesayangan




Campur cendol... syiokkkk!!



Teruja dapat makan cendol




Then, solat kat masjid ukm. First time dapat naik tangga ni...;p



Lepas tu, barula kitorang semua bersiap sedia untuk bertolak ke UK. Kena tunggu malam sebab tiket flight dapat malam. heh. Penat tunggu! Sangat excited masa ni...hihi..


Disebabkan tiket flight lambat lagi, kitorang hamik kesempatan menikmati keindahan dekat ukm ni. Takut rindu kan. Lama ni nak pergi UK.



Ukm pown ada tempat cam ala2 i-city taw.




Tengok ni... tengok ni.. ada cahaya lip lap lip lap




Owh.. tiang. i sayang u lebih la. *tiba




Sampai sakit urat aku. Adeh!




Then, baru bertolak ke UK. Banyak betul makanan kat UK nih.. Sampai rambang mata nak makan yang mana satu.




Mereka berdua pikir menu apa nak makan arini.




Menu dekat UK





Kredit to tin sebab amik pic ni..^_^




Nanti korang datangla UK ek. UK = Urat Keting. Restoran urat keting kat bangi je pown. Semua orang boleh pergi. Nak naik flight pown boley. Wakakakkaakaka...;p




*Kekenyangan... thanks to tin sebab belanja kitorang satay.. Sangat sedap. Kalah satay Kajang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...