Monday, February 28, 2011

Tak semua orang suka kita

Setiap orang ada cara diorang sendiri. Aku pun sama. Dan kadang kadang ada cara atau perangai kita yang orang tak suka. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.


Tapi bila kau tak suka dengan perangai or sikap orang tu, janganlah kau menyindir or bajet macam kau bagus sangat macam kau ni orang suci giler dan rasa macam kau je yang betul. Aku seyes tengah panas sekarang ni. Aku tak kesah ko nak tegur aku. Aku terima. Tapi kadang kadang cara kau tegur tu salah.


Kawan kawan aku selalu je tegur aku depan depan dan kadang kadang aku terima je apa yang diorang tegur tu tapi dalam hati rasa macam shit la. Sampai aku pun pernah gaduh dengan diorang sebab kata kata yang menusuk macam tu. Tak salah nak menegur, tapi biar berlapik.







Kadang kadang aku nak sangat ada sikap yang cakap lepas, kalau tak puas hati,  terus terang je sebab aku ni selalu pendam. Kalau aku tak tahan sangat baru aku cerita dengan orang lain sebab bila aku cerita nanti  takut mengaibkan orang pulak.


*Disebabkan ayat macam tu, aku jadi hot sampai macam ni sekali. Seyes mengganggu mood aku. Korang tahu tak dua minggu lagi, aku dah kena submit tesis. Meroyan aku nak wat tesis ni sebab banyak sangat godaan, please lah jangan bagi aku stress sekarang ni. Cukuplah dengan masalah yang aku ada sekarang lagi. Enuf! Jangan ditambah lagi.





Wednesday, February 23, 2011

Dapat jugak aku melempiaskan keinginan untuk karok selama 3jam




Aku dengan wani dah lama plan nak karok sama sama, akhirnya dapat gak karok dekat metro point. 1 kepala rm10 untuk 3jam. Berbaloi baloi. Sejuk bekulah aku dalam bilik tu dengan kekuatan aircond yang sangat tinggi tidak setanding dengan cuaca di luar. Diorang ingat kita ni ikan ke nak letak dalam ais biar tak reput di telan zaman. heh


Aku tak hamik gamba dalam bilik karok tu sebab eksaited nak nyanyi je sampai tak ada masa langsung nak bergambar, karok lagi penting tahu.


Lepas tu, tiba tiba sakit sakit badan sebab dah terlompat lompat dan terkinja kinja dalam bilik karok tadi kan. Jumpa je kerusi urut terus duduk tanpa memikirkan orang orang di sekeliling yang aku tahu mereka nak jugak duduk dekat kerusi tu tapi malu sebab dia open giler, semua orang boleh pandang keterujaan korang dengan duduk di kerusi urut. Sambil di dalam hati mereka berkata, "macam best je kerusi urut tu, budak tu macam feel giler." HAHA



rasa nak angkut bawak balik rumah



 rm1 = 3minit



 kan betol aku cakap feel giler, tengok wani sampai dah ternganga mulut da.. kahkahkah




 tengah feel ni, rasa macam ada gundik tengah urut badan gwa



Lepas tu, kitorang pergi makan dekat kopitiam.



















 asal aku rasa sejak dua menjak ni, gambar aku sume nak ayu ayu, aku tak ayu weyh, aku brader. alalalalalla~



ini adalah cenderamata before pulang. Kami sematkan di dinding kopitiam supaya bila dah bercucu dan bercicit nanti bolehlah war warkan pada mereka, nenek dia yang comel lagi cool ni pernah datang buat liputan jalan jalan carik makan dekat sini. HAHA



Lepas ni nak try karok sampai setengah hari la. Agaknya keluar dari bilik terus beku.

Tuesday, February 22, 2011

Dah 2 kali pergi danau tapi tak dapat swim. cis!

Bukan takdapat sebab orang kat sana tak bagi swim. Motif budak comel macam aku orang nak menidakkan malah mestilah kena mengiyakan dan menyetujui segala niat dan permintaan aku. haha.



 rasa macam nak terjun je tengok pool tu =.="



Masa first time gi pun dah lambat dah sampai sampai pun dah nak dekat pukul 7 sebab kat sini dia tutup pukul 7. so, tak sempatlah nak menunaikan hajat yang suci murni ni. Kali kedua pulak, memang sah sah dah lambat sebab before tu hujan so memang dah bajet takdapat mandi tapi nak datang jugak. Lagipun aku rasa nak beriadah, jalan jalan cuci cuci mata dalam ukm ni best jugak. Banyak free show. HAHA.





 dan 2kali jugak pergi dengan atip, dua dua takdapat berenang. tapi atip da pernah swim da. Aku pun nak jugak. nakkkkkk!!



Kalau kali ketiga takdapat swim jugak, aku rasa aku patut bukak tempat swim sendiri




Monday, February 21, 2011

Bagilah aku nak mengarut kejap



Aku tak tahu mana datang angin, tiba tiba rasa nak meradang. Nak kata pms, aku baru je lepas period ni. Takkan ada simpton selepas pulak kan. Nak kata lapar, aku baru je lepas makan nasi ayam yang sedap dengan nasik banyak giler babeng tambahan lagi murah.


Korang gi lah carik kedai nasi ayam tu, dekat dekat dengan uniKL MFI. Dekat area bangi jugaklah. Cariklah sendiri, pusing pusing jumpa jugak. Baik korang pergi carik. Pergilah! Maseh nana bawak aku gi sana. Lepas ni bawak la lagi. Nak makan nasik lemak pun boleh je, takpe bangun awal pun semata mata nak makan nasik lemak, aku tak ada hal la. Laen la ko ajak aku jogging pagi pagi buta, tu aku rasa macam kena pikir banyak banyak kali, tahun depan baru bagi jawapan. ahahahahahha.


Masa makan nasik ayam, aku bajet nak pakai sudu la makan. Lagipun, ayam yang aku dapat pun, part isi, kalau pakai sudu pun tak ada hal la. Makan still licin lagi macam pakai tangan. Aku tak suka sangat part isi, aku suka wing. Kalau makan chicken wing, lagila, aku prefer pakai tangan. Lagi satu, aku ANTI CHICKEN DRUMSTICK! euwwww... euwwww.. ;p


Masalahnya, mana ntah datang angin taufan tiba tiba nasik aku terbang sini sana. Terpelanting nasik aku. Kesian dia menangis! Sorryla da kena bakteria, tak boleh nak kutip makan. Aku 'rasa' macam tak ada orang nampak la. Kalaulah ayam aku yang terpelanting tadi,  nak aje aku bangun terus pergi dekat kereta. Masuk dalam kereta tutup muka. hahahahahaha


Sebenarnya, aku bukannya malu sangat pun tadi, macam tak biasa makan pakai sudu, nasik sepah sini sana. Aku lupala sekejap, aku ni orang melayu. Even, chopstick tu pun aku tak reti guna. Ada la dulu aku try guna, las las, aku give up, makan pakai sudu. Daripada tunggu mee tu nak sangkut dekat chopstick, alamatnya sampai esok aku kelaparan agaknya. Mana taw boleh turun 1 kg.


Korang nak tahu, masa dekat matrik dulu, ada program apa ntah. Dapatlah bungkusan nasik free dalam polistrin. Sudu tak bagi pun. Tengah syok syok aku makan tu, mata aku tak berkelip pandang sorang chinese ni. Korang tahu kan chinese mana makan pakai tangan. Boleh pulak dia patahkan bahagian penutup polistrin buat sudu. Umang aiii, aku pun tak terpikir nak buat macam tu. Pastu, dia cedok la makan nasik. Aku gigih je perhati dia makan sebab aku nak tengok cemana dia makan ayam tu. Takkan pakai penutup tu kot. Memang tak lut la. Las las, aku tengok, dia amik ayam seketul, hala ke mulut, gigit! ahahahahaha. Memang seksa giler bai. Ko nak makan pun nak seksa diri ke. Apa guna ada tangan. Gunalah. Nak berak, boleh pulak cebok guna tangan. haih. Tu nasib baek chinese, kalau malay, memang aku dah sumpah seranah dekat situ dah.


Aku taw la korang ni lagi lagi yang lelaki ni, order makanan mesti mintak nasi tambah. Aku jeles sebenarnya bila diorang mintak nasik tambah. Yela, kalau lelaki mintak nasik tambah, tak adanya orang nak pandang slack. Mata hitam ke tubir mata sipi sipi nak keluar je, ingat aku tak nampak korang nak jeling jeling. Nak usha ayat depan depan la. Ada bran? *tiba. Cuba kalau perempuan yang mintak, maw dia tengok aku dari atas sampai bawah. Mengucap banyak kali kang tengok aku makan banyak giler yang memang tak sesuai dengan saiz badan. Suka hati aku lah, badan gwa, bukan badan lu. Gwa berak tiap tiap hari.


Ada la sekali haritu, aku pergi makan pecal ayam dekat kajang. Peh, seyes memang nasik tak cukup. Aku rasa macam nak mintak nasik tambah je. Ada la sorang mamat ni, siap order mintak nasik tambah lagi. Masa tu, aku tengah makan, nak je aku panggil si pembawa kertas order mintak nasik tambah. Bila berada di alam nyata, tak jadilah nak tambah, dengan orang sekeliling macam paparazzi. Aku kan artis. lalalalala~ Ish! Hanginlah camnih makan tak kenyang! Gwa tak boleh buat keje kalau perut gwa lapar. Perut gwa pun tahu nak memberontak seiring dengan nafsu makan. Kalau dekat rumah, maw 3 pinggan aku bedal nasik. Tak caya? Cayolah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi ke tak percayaan.



pi es:  Lepas ni kalau makan kat luar, aku nak bawak bekal nasik la... ahahhahahahahaa


pi es es: sebenarnya kan aku dah lama nak post entry ni, sooo korang anggap je lah memang emosi aku sekarang tak stabil walhal ok je sebab baru lepas merempit tadi. pehhhh... masyukkkkkk!!


pi es es es: rindu giler dengan mak aku! rindu weyh! Kalau mak aku ada, tak payah susah guna sudu, tangan mak aku tu lagi best dari sudu. Rindu mak suap nasik bila nak makan. T____T





Monday, February 14, 2011

Aku nak bagitahu ni

Minggu ni aku ada exam... mid sem exam.
Tak sukala exam ni.
Kenapala mesti ada exam. why? why?


Jadual final exam pun da keluar
phewwwww~

Papepun esok cuti, seronok!



Selamat menyambut Maulidur Rasul  ^________^

Wednesday, February 9, 2011

Aku buat katak sendiri

Aku nak tunjuk kat korang hasil kerja aku sebenarnya.


jeng jeng jeng...


katak buatan sendiri


yang ni before dijahit



dah jahit tapi tak gam lagi mata dengan mulut dia



Dan sampai sekarang aku tak dapat carik gam lagi. Mana datang gam zaman U sekarang ni. Asal lah dekat U ni tak ada assigment main tampal tampal macam kat sekolah tu. haih. Nak aje aku pergi pejabat pos, pinjam gam.




lokasi pembuatan katak room made. Bilik atip.
  

Aku ambik masa tak sampai satu jam pun nak buat. senang giler. Korang hanya perlukan kain felt, kapas , benang, jarum dengan gunting. Semua bahan  membuat katak ini adalah tajaan sepenuhnya oleh atip. hihi. Maseh atip. Lagi satu kalau korang tak ada skill menjahit pun tak apa. Main belasah je. Bukan susah pun. Benda senang.


Selamat mencuba! ^^


*Atip dengan wani, aku tunggu katak dari korang pulak. Buat comel comel! Ini ugutan!


Wednesday, February 2, 2011

Adakah semua ini yang ku inginkan ataupun hanya mengejar dunia semata-mata, ku harap ku masih percaya




Owh tidak!  Lagu ni best giler!
 Layannnnnnnnnnnnn~~








Sungai Lui – Aizat Amdan

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x )










Gratisan Musik


Tuesday, February 1, 2011

Muhasabah diri

Tiba tiba aku rasa macam perlu betulkan diri aku balik
Bila kenang masa lalu, memang tersangat jauh berbeza dengan sekarang
( aku rindu masa lalu, sangat rindu! )
Kalaulah ada mesin masa, nak je kembali ke masa dulu
bila dulu, hanya perkataan belajar belajar dan belajar ada dalam minda
benda lain memang tak ku hirau
tapi sekarang! kenapa benda lain itu yang selalu aku hirau, selalu aku pikir. dem!







Sangat sedih bila setiap yang kita nak buat, ada je halangan
Kadang kadang rasa useless -_-"
Apa pun yang berlaku, life must go on!
Jangan pernah mengalah
Kuatkan semangat! Kuatkan hati!


Ya Allah, kadang kadang rasa diri ini jauh dariMu. Maafkan aku Ya Allah.
HambaMu ini hanya manusia lemah yang tidak akan lari dari kesilapan.
Kuatkan aku dan tabahkan hatiku Ya Allah.
InsyaAllah, you'll find the way. InsyaAllah.




*Tiba tiba dapat mesej daripada MB N9. wow! *excited!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...