Thursday, March 31, 2011

Popeye tak sedap!




Popeye the sailorman... huhuhu. Lama giler tak tengok cerita kartun ni. Popeye adalah salah satu cerita kartun feberet aku. Haritu aku keluar dengan nana pergi mines dan kitorang singgah kat popeye nak makan untuk lunch. First time pun aku makan kat sini dan serius TAK SEDAP! ahahahahhaahahaha. Jahat aku, sukati aku la selera aku kan tapi habis jugak aku makan sebab kebuluq kan.



 aku teman nana gi pet shop sebenarnya sebab dia nak carik makanan untuk anak anak dia, budak ni memang giler pet. Ko memang boleh bukak pet shop sendiri lepas ni.





 sos melimpah ke ladang gandum


 kitorang makan benda alah ni sejibik macam snack plate KFC. Tapi KFC punya tetap d best!





aku paling suka kentang putar dia yang belah kiri, tu yang sedap












tang gamba aku je, mesti kabur. layannnnnnnnnnnnnnn~



Baju aku melambak weyh kat dalam bilik tu, ada la dalam 2 bakul. Kalau basuh tangan maw patah pinggang aku ni. Aku malas betol nak angkut baju tu, kalau setiap aras ada washing machine kan best. Tak adil betol. DUNIA NI MEMANG TAK ADIL! haih.



Wednesday, March 30, 2011

My heart always aching


Kalau korang nak tahu, aku tak sabar giler nak tinggalkan UKM. SERIUS! Gwa tak tipooooooooo. sebab aku rasa, sejak aku masuk sini lagi, banyak benda sedih je yang aku rasa. Because tears always be my bestfriend rather than happiness.. T_______T. SERIUS! Aku tak tipoooooooooo. Sebab tu aku selalu cakap, aku nak kembali ke masa lalu, masa zaman aku sekolah menengah dulu. SERIUS! Aku suka!


Kejam tak statement aku sampai rasa nak keluar dari UKM sekarang jugak!! Hahahahaahha. Aku ni kadang kadang kalau nangis pun boleh gelak. SERIUS. Aku tak tipoooooooooooo.


Banyak lagi aku nak hapdate kat blog ni. Korang tunggulah ye. Sampai korang rasa juling dekat dashboard tengok sume entry daripada aku. SERIUS. Aku tak tipoooooooooooooo. ahahahahahaa


Korang terima jela, aku tengah giler sekarang. lalalalalalaalala~




*Hoi ain! Macam mane ko boleh jumpa blog aku ni. Waduh waduh! =,="

Saturday, March 26, 2011

Bila dapat award ni, aku rasa eksaited balik nak tulis blog..hohoho


Haritu kak nurul bagi aku award. Aku dah lama tak dapat award sejak dapat interesting blog award. Yang interesting tu aku boleh terima lah tapi ni stylish. Celah mana stylish aku ni. HAHA. tapi takpelah orang nak bagi aku terima lah. Terima kasih lagi sekali kak nurul, *TERHARU* Dah lama tak dapat award bagai nih. Ni yang rasa nak tulis blog selalu ni. Ada sesape nak bagi award lagi tak? ahahahahahahaha.


Kalau dulu tiap tiap hari, ada je post yang aku buat, tapi sekarang dah kureng. Rupa rupanya makin 'muda' ni makin busy rupanya. haih. Tunggulah, kalau kerja aku semua dah setel, kalau boleh aku nak post tiap tiap hari. InsyaAllah. Rasa macam pelik bila aku tak post apa apa sebab blog ni dah macam diari hidup aku. Tunggulah weyh nanti aku hapdate banyak banyak.






1. Thank and link back to the person who gave you the award.
2. Share seven things about yourself.
3. Award 15 recently discovered great bloggers.
4. Contact these bloggers to tell them about their awards.
 

Dah dapat award, aku kena buat 4 benda alah kat atas tu. 1 dah buat. Yang no 2 pulak..


This is 7 things about myself.

Nantilah aku tulis, esok esok ke. Aku KIV dulu yang ni. hohohoo


3. Award 15 recently discovered great bloggers.
4. Contact these bloggers to tell them about their awards.
 
 


No 3 dengan 4, amy  ko buatlah, ko kan suka tulis tulis blog ni.



 

Thursday, March 24, 2011

Oh yeah!! Tesis dah hantar. Rasa macam badan dah semakin kurus je bila beban tesis dah tak de. TAPI........





Ada VIVA pulak lepas ni. OHHHEMMMMJAYYYYYY... TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK!!! 


Aku lega weyh tesis dah anta. 

Bila tengok je tesis aku sudah menjadi buku dah di 'combine' kan. Rasa macam. OWH!!! Penat tu rasa dah hilang.


Tapi kau orang jangan ingat aku bersenang lenang goyang kaki sekarang ni.


Tak habis dengan tesis, lecturer bagi esaimen kemain banyak lagi. ish!!



Jadual tidur aku dah berubah sangat sangat gara gara tesis


tambah lagi esaimen ni, pehhhh!!! memang tintong aku weyh.


tintong!!


Ok bai. Nak buat esaimen.





Saturday, March 19, 2011

Tesis under progress... cepatlah siap aku tak sabar nak jerit ni!!!



Aku ada dinner kolej aritu. Jap lagi aku hapdate ye. Lepas aku hantar tesis ni semua. ;p





Cepatlah siap tesis ni semua. Meroyan aku ntah bila bila ntah nak siap. cis! Aku rasa macam nak kuasa kuda je, supaya aku boleh siapkan tesis ni dalam masa 1 hari ni jugak. hohohohoho


Semangat tha!!! ^^





Tuesday, March 15, 2011

Tips macam mana nak berjaga malam gara gara kena buat esaimen yang kena hantar keesokan harinya



Ini adalah tips yang sangat berguna daripada aku. Jarang jarang aku bagi tips ni. Korang patot rasa bertuah lagi terharu. HAHA. Kalau best sila amalkan, tapi aku rasa MEMANG best pun.kihkihkih. Jom cekidaut!


#1. Yang pertama tama sekali, mestilah niat. Korang dah niat awal awal memang korang nak berjaga tengah malam. Kalau tak ada niat memang tak jalanla, otak tak seiring dengan hati. Bila tak seiring, putus di tengah jalan dan mesej tak sampai. Sebab tu orang kapel selalu putus kot sebab niat hati tak sampai ke otak. kahkahkah. *tiba.


#2. Sediakan muzik atau lagu lagu yang menaikkan kesegaran mata. Korang janganlah layan lagu faizal tahir yang selamat malam tu. Selamat malam sayang, selamat malam kasihhh.. ohhh tidurlahhhh. Peh, tiba dah kuyu mata. heh. Memang sah sah la tak sampai lagu tu abis korang dah bikin peta dekat bantal. ish! Layanlah lagu rock rock sikit. Carik lagu yang musik dia giler giler gedegang punya, bila pakai earphone sampai teleng teleng la kepala korang. Kaki pun bergoyang rasa nak menari. haha. Cariklah sendiri lagu, nak aku bagitahu susahlah. Lagu lagu M. Daud Kilau pun ok gak. zzzzzzzzzzz....


#3. Ajak membe join skali. Yang paling dekat sekali rumet korang. Ajak diorang berjaga sekali, kalau diorang taknak korang offer la nak support makan untuk seminggu dua. Peh, kalo ada kawan camnih, bukan setakat 1 malam aku sanggup bermalam malam pun boleh. HAHA. Tak pun, kalau rumet taknak ajak membe laen, takde hal kalau dia jauh, guna medium YM. Kalau ko rasa dia nak tido ko buzz dia bagi sound yang paling kuat dan nyaring sekali. Konfem terbeliak bijik mata tak jadi tido.


#Gara-gara nak siapkan tesis. Aku jadi macam ni. -_-"


#4. Lagi satu, tak payah la minum kafein kafein ni tak elok pun. Tengok aku, jadikan aku sebagai contoh. cehhh cehh cehhh... poyo giler. Korang ingat aku berjaga malam sebab minum kopi ke? No brader no! Aku memang tak minum. Bab bab kopi ni kureng la. Tak minum kopi pun mata aku kuat lagi nak berjaga. Taw macam mana nak buat? Masa first day tu, tahan la sampai pukul 2. next day pulak, tahan sampai pukul 3 dan seterusnya. dan next day lagi, korang jadi zombie. Korang ni, buat slow slow la, tak payah paksa diri.


* Amaran keras! Korang jangan berjaga malam kalau esoknya nak exam, lagi lagi kalau tak pernah or tak biasa buat. Kang exam yang tengok korang kang. Baru putih mata. Jangan salahkan aku kalau lecturer tanya kenapa, korang salahkan blog aku, popular blog aku nanti. kahkahkah.


Aku dulu pernah minum kopi time exam, pehhhh... memang tintong wa cakap sama lu. Aku bajet nak try la, nak tengok jadi tak, jadi tu memang jadi, tapi time jawab exam tu memang aku lost giler. cis!


#5. Pergi mandi. Seyes ko akan rasa segar giler! Aku kalau serabot serabot tengah buat esaimen ke apa, kadang kadang pukul 12 tu aku redah je pergi mandi sebab aku dah tak tahan sangat. Rasa macam rambut dah ala ala hantu kak limah da. Better aku rapikan rambut, wangi wangikan diri. Baru seronok! Rasa macam banyak giler input masuk dalam kepala.


Aku rasa macam banyak lagi je, tapi cukup ni jela, kang banyak sangat kang ada orang nak amik aku jadi pakar motivasi kang. Boleh keluar 1 buku. Kaya mok cik. lalalalaalalalala~


Peh, aku tak sangka boleh hasilkan tips yang sangat berguna macam ni. Rasa macam nak nangis! HAHA. Cepatlah bagi award kat aku. Aku rasa macam boleh dapat anugerah je. kahkahkah


*Korang tahu tak harini aku dapat 3 esaimen sekaligus. peh! peh! peh! Tesis pun tak anta lagi, tiba tiba dapat esaimen pulak. Dah lah due date lebih kurang sama. Ingat aku ni robot ke? waaaaaaaaaaaaa... benci ahhh benci!! *EMO*




Sunday, March 13, 2011

Today my life begins


Ee, lagu ni aku dedicated kat ko. Janganlah serabut serabut. Aku selalu je serabut.  Keserabutan memang selalo menemani aku di mana mana sahaja. hihihihihii. Yang penting tahan je k. Biasalah tu, hormon dewasa semakin meningkat. Aku tahu ko kuat!




Bruno mars - today my life begins


i've been working hard so long
seems like pain has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learn how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...












*Lagu lagu bruno mars memang ooooosemmm.. i salute you. huhu




Saturday, March 12, 2011

Tesis ooo tesis!



Jom buat tesis jom!

Jommmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Jom jom jom! jom buat tesis!


HAHAHAHAHAHAHA



meroyan~




*macam rugi je tak pergi majlis kawin anak prof mamot (supervisor aku untuk fyp) tadi, mana taw kalau pergi, tesis aku boleh dapat A. kahkahkah




Thursday, March 10, 2011

i can't sleep. HELP!




Korang nak tahu tak aku tak boleh nak tidur. Adoi! Sape rasa dia baik hati, meh la dodoi aku biaq sampai  lena. ahahahhahahaahhaa. Aku seyes tak boleh tidur ni weyh. Apa jadah entah aku buat sekarang ni. Aku pun tak paham.


Boleh tak aku nak try tak tidur sampai pagi esok. Aku ada kelas esok ni pukul 8. Aku macam nak try je. Aku kan brader, mesti tahan punya (gaya berlagak). Rasa macam nak bet je dengan sesape, kalau aku berjaya tahan belanja aku makan. Roti canai pun jadi la tapi seploh keping. hihhii


HAHA. cam nak try je. Mana alarm bomba? Mana mana?



Masalahnya, aku tak tidur dok hadap tesis 24/7 tak apa gak, ni tak buat sikit berhenti buat sikit berhenti. Berhenti tu mengalahkan masa buat tesis. cis! Hangin aku camnih.


Tadi, aku kebuluq nak minum air panas. Nak dijadikan cerita, rumet aku bagi pinjam kettle dekat membe dia. Peh, time genting macam ni lah dia bagi pinjam pulak. Mana aku nak cekau kettle pepagi buta macam ni. Nak gi bilik membe aku, konfem konfem dia dah buat taik mata, dah berangan kawen dengan putera katak mana ntah tu. So, aku redha jela. Naseb baek aku ada rice cooker.


Dengan kebijaksanaan otak aku ni, aku gunalah rice cooker masak air. HAHA. Style tak! Beselah, i orang bujang. Bilik = dapur = bilik air. kihkihkih. Owh, rice cooker naseb baek ada u, u ni memang selalo berjasa dengan i la. Selalo tolong i time perot i lapa. Nanti i guna u sampai i kawen la. u jangan noti noti. kahkahkah.


Aku seyes nak try tahan mata sampai subuh ni. Seyes! Tak tipoooo ini betol betol punya. ;p




 

Wednesday, March 9, 2011

Dinner dengan En. Hasan, lab assistant yang paling BEST dekat UKM


Haritu, tak ingat bila tapi baru baru ni, belom 10 tahun lagi, cite panas lagi, aku dengan kosmet aku pergi dinner dekat Tasik Idaman, Bangi. Eh, ke dengkil. ntah ntah. haha. Tempat ni best jugaklah, kalau yang kapel kapel tu pergilah sini. Aku syorkan. Kalau tengah perang dingin tu, bawak awek pergi sini, sejuk la hati dia tu. Kalau dia baran jugak bagitahu aku bak sini aku simbah dengan air tasik tu. HAHA


Kitorang pergi ni pun on the spot je, carik carik tempat makan mana yang best best, terus reserve tanpa pikir panjang. Sebab memang nak makan makan je takdenya party party belon belon bagai ni. En. Hasan kan baek dia belanja kitorang yang lab di bawah jagaan dia makan makan.  Kadang masa kitorang tengah letih letih buat lab, dia belikan kitorang makanan. Baik tak dia? Baik tak? Tepuk tepuk tangan semua.



Kitorang buat tema merah putih masa tu. Comel kan kan kan


Aku tak ada time ni sebab aku yang amik gamba. Tu aku wakilkan beg comel aku tu. Kira aku jugakla tu. ;p




Chinese kosmet




Eh korang tak semua kosmet aku pergi taw sebab yang bertuah je dapat pergi. Yang lain gigit jari je. HAHA. Untung dapat bawah En. Hasan ni.  dah lah baek, peramah, sempoi.






 ni la en. hasan



En. Hasan ni best weyh. Best! Best giler borak dengan dia. Macam cerita dia ada. Semua la. semua. Siap aku cakap apa dengan dia, nanti kalau saya kawen, en hasan datang taw! konfem saya jemput. Tak dekat mana pun rumah saya n9 je. Korang tak rasa dia best sampai aku nak jemput dia time aku kawen nanti. hihi





Kat gambar ni aku ada, nampak tak aku yang comel tu. HAHA




Dengan kawan baik aku.



JOM KITA MAKANNNNNNNNNNNNNN. jemput! jemput!


telur dadar




sotong salut tepung. peh sedap!




ikan siakap sweet sour. tak sempat aku nak snap pic dah licin dulu. -_-'




amik kau sampai sekali dua aku upload ikan siakap.



itu nasik



ni berebut nasik ke apa ni



Ada lagi kailan ikan masin dan ada tomyam sekali tapi lambat sangat sampai aku tak sempat snap jugak sebab dah kebulur sangat. Sampai bertambah tambah nasik weyh. Siyes banyak giler aku makan mengalahkan lelaki. Orang dah abis menguyah aku tak abis lagi. HAHA. Aku kan brader. kahkahkah



Dessert makan buah je dengan air oren



Kalau nak makan sini better makan ikut package sebab lagi murah, 1 package dalam rm100 untuk 5 orang tak silap. Kalau datang ramai ramai la. Kalau korang datang berdua je amik package, maw meletop perot. haha


Dah lepas makan buat apa kawan kawan. ahaahahahhaa.









Ni semua budak budak under en.hasan tapi ada je yang tak datang, kalau aku dah makan free, ribut petir pun aku nak datang jugak.kahkahkah











ada nampak macam ala ala ict tak. ahahahaahahahahahahahaahahahahahahahaa



Dahlah penat aku nak upload banyak banyak. Kat fb pun aku tak upload. MALAS! haha. Blog lagi best. Fb suam suam kuku je. blog best! BEST!


Nanti aku cite lagi pasal makanan eh. Bagi korang terliur sikit.

Saturday, March 5, 2011

Cepat betol mood berubah



Aku nak cerita ni, meh la dengar. Taknak dengar pun bacalah, dah alang alang bukak blog aku, bacala weyh, setakat bukak blog tengok tuan blog comel ke tak, tak comel terus tekan pangkah. cis! 


Aku ada satu tabiat. Mood berubah rubah tu tabiat ke? Ahhh, belasah! Aku sorang je ke ada tabiat macam ni, ke korang ada jugak. 


Kadang kadang bila aku rasa gembira, ada pulak yang buat aku sedih. Ni yang part aku paling tak suka ni, bagilah aku happy sekejap, ni tak sampai setengah hari, aku dah sedih. Terima kasihlah kepada awak awak yang telah membuat saya sedih. 


Kadang kadang aku rasa macam nak diet, tapi bila dah tengok makanan. Peh!!! Tak tahan gwa beb! Rasa macam nak beli SEMUA. Adoi! Cane nak lawan nafsu makan?


Kadang kadang bila aku rasa macam nak marah orang, tiba tiba tak jadi. Kadang kadang orang yang buat aku marah tu buat aku rasa happy, tu lah orang cakap, air dicincang tak akan putus, asallah buat peribahasa guna air, gunalah ikan ke ayam ke, kan putus tu kalau cincang. ish!


Kadang kadang bila aku rasa sedih, rasa macam useless giler, tiba tiba rasa gembira bukan kepalang. Terima kasih kepada mereka yang telah membuat saya gembira. Jasa anda dikenang! Pandai u buat i gembira. Meh meh i belanja roti canai.


Kadang kadang rasa macam nak beli je barang tu, usha bukan main lagi, las las tak jadi. HAHA. Kesian tuan kedai. Sape suh bisnes, aku tak suruh pun, sape suruh layan aku, aku tak suruh pun. kahkahkah. Terima kasih kepada awak awak yang meneman saya di sisi padahal saya tahu awak bosan sebab awak pun tahu saya takkan beli. Dah awak tahu, sape suruh tak halang. Ni ikut serta lagi, lagila aku teruja.



Kadang kadang aku rasa aku comel. Kadang kadang aku rasa aku LAGILAH comel! lalalalalalalalalalalalalalalalalala~


Kadang kadang aku rasa macam nak jadi artis. Kadang kadang, tak jadilahhhh. ahahaahahahahahahaaa



Aku tengah eksaited nak tengok sixth sense ni. Diorang nak datang kolej aku. Peh! Peh! Peh! Dah meroyan ni. HAHA. Kapreza (Karnival Premier Zaba) yang lepas aku tak datang, aku pergi mana entah. Bizi jugak aku ni rupanya kan. Aku bizi weyh, bizi! Rasa macam nak bagi je kebizian aku ni pada kucing kucing yang berkeliaran dekat luar. Lagi lagi dekat kucing yang hampir nak curi ayam aku. Aku dah bagi betis, ko nak paha pulak kan kucing. cis!


Kepada kawan kawan aku yang telah membelot, silala datang kapreza untuk menunjukkan sokongan dan 'kesayangan' anda pada kolej za'ba. Ada kentang besar punya!!! ahaahahahahahaa... Jangan nak cakap jauh! Nak seribu daya, taknak suka pulak beralih alih.


Kapreza best!!!! Menunjukkan semangat kekolejan walaupun selalu tak ada air.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...