Monday, June 27, 2011

Boleh tak, taknak jumpa hari isnin. wuwuwuwu~



Aku rasa malas je nak gi kerja esok. Kalau tiba hari isnin mesti aku rasa takut. Tak tahulah kenapa. Tapi tak apa lah, aku tengah try nak meng cool kan diri aku. Arghhhhhhhhhhhhhh... Padahal dalam hati takot yang amat! Rasa sedih pun ada. huuuuuuuuuu~ 


Aku nak puasa esok! Aku ada 7 hari lagi kena ganti. Kena cepat ni! Kang tak pasal pasal kena bayar fidyah pulak. Harap harap semuanya OK esok! :)



Wednesday, June 22, 2011

Takpe Allah kan ada


Kadang kadang rasa macam hidup sorang sorang je atas muka bumi ni. Kadang kadang sampai tak tahu nak mengadu dekat siapa masalah sendiri. Kadang kadang rasa sedih yang teramat sangat bila masalah datang, tak ada tempat nak mengadu. TAK PE ALLAH KAN ADA!


Sedih bila pikirkan tak putus putus masalah datang. Aku jadi takut sangat sampai kadang kadang tak boleh nak keluarkan air mata sebab dah terbiasa. Mata dah sangat penat nak menangis. Hati dah terlalu keras untuk sedih. tapi apakan daya, aku ini manusia. Sedih bila banyak masalah datang menimpa. Aku takot kalau aku tak kuat. Aku takottttt sangat Ya Allah.



Terima kasih Ya Allah kerana selalu ada di sisi disaat diri ini amat memerlukanMU. 


Yang penting, aku kena kuat! Allah takkan uji hambaNYA kalau kita tak mampu. Selagi ada Allah, aku akan tetap bertahan.




Tuesday, June 21, 2011

Yeay dah dapat buat oreo cheese cake.

Hai korang!


Macamlah ada orang baca. Aku tengah private blog kot. Saje je, nanti kalau aku dah tak privatekan, korang bacalah. Mana tahu ada segelintir umat yang nak godak godak blog aku, dipersilakan. Aku takder hal tapi tolong la klik nuff aku (kelik la weyh, aku private blog, tak ada orang nak kelik) wuwuwuwuwu~


Aku tengah sindrom demam sekarang ni tapi tak adalah teruk pun. saje je nak bagitaw. har har har. Besela nak mintak simpati. Sampai kawan aku pun sponsor ubat sakit tekak. Aku hisap separuh jalan je sebab tablet ubat tu tak sedap. hoho. First time kot makan ubat sakit tekak tablet punya.



Aku tengah rindu kau orang semua. Kau orang rindu aku tak?




Tadi baru gotong royong buat oreo cheese cake. Tak sabar nak rasa esok. Esok baru dapat rasa sebab kena sejukkan dalam peti ais dulu. Mesti sedappppppppppp! Lemak berkrim disukai ramai. hihi. Kan dulu aku eksaited nak buat. Akhirnya tertunai jugak hajat aku yang satu ni.




Saturday, June 18, 2011

Akhirnya terisi jugak hari minggu aku.


Weekend minggu lepas aku rasa macam badak je sebab duduk dalam bilik terkurung tak pergi mana mana. Rasa stress pun ada jugak. Kawan kawan aku sume busy balik rumah lah apa lah. Aku pun kerja kerja hibernasi. Macam tak biasa plak kan hibernate ni. tapi hibernate cara macam ni kadang kadang boleh jadi giler aku taw tak!


So, arini aku dapat jenjalan. Macam budak kecik di bawak mak bapak dia pergi jalan jalan kat shopping mall macam tu la.  



 bunga comel.



 ni bunga dalam gamba aku kat atas tu




 mak bapak aku. besela. aku budak kecik. COMEL lagi tuh, memang tak boleh dinafikan. HAHA




 As dengan nana



Kitorang pergi jusco tebrau eceli. Aku first time pergi kan, jakun la sekejap. Baru nak mengenal johor kan. Eceli aku suka shopping dekat jusco sebab dia selalo buat sale. tapi tu lah masalah nya money  money money. haih. bilala nak kaya ni. =.=


Then, kitorang melantak dekat johnys. Ni first time jugak aku masuk johnnys. Aku ingatkan mak bapak aku ni nak makan steambot punyalah beria aku ajak. Las las makan masakan panas je. Layan jela. Anak kan kena dengar cam 'ibu bapa'. ;p



 ni air aku. honeydew milk shake. sedap wooooooooo. licin den minum memang tak pandang kiri kanan. Aku suka honeydew sebab dia apa? sebab diaaa bessssssssssssstttttttttttttt. ^^



 ni air as, ice lemon tea. tak habis habis dengan teh dia. aku penah try minum teh ais dengan makan nasik masa lunch. perghhhhhhhhhh... memang sakit perut sebab selalonya aku minum air kosong je, takpun aku takbeli air. Balik bilik baru minum.









 ni aku punya, thai bihun



ni as punya, bihun tomyam



ni nana punya thai beef rice. camtu kot nama dia. aku pun lupa men belasah je ni.




Lepas balik je, aku ajak diorang jogging dekat tasik UTM. Ada jugak orang nak teman aku jog. Yes! Nanti aku update masa jog pulak. hihi


Bai! Good nite my dear friends~




Friday, June 17, 2011

I need space for myself


Mesti peminat setia blog aku terkejut aku private kan blog. Sori la kawan kawan. Aku private kan sekejap. Saje bajet macam artis la kan private blog. hihi 


Nanti aku on la balik sebab takkan selama lamanya aku nak private kan. Baik takpayah buat blog kan kalau macam tu. 


Eceli, aku tak sabar nak tunggu weekend. Jumaat hari yang paling aku tunggu sebab weekend aku boleh ceria balik. huhu.


Eceli, cepatlah habis praktikal ni. Aku tak sabar nak menganggur kat rumah. Makan banyak banyak tanpa hiraukan badan akan naek seperti sekarang. duh! Berganda ganda naik badan aku nanti. Matik!



Tuesday, June 14, 2011

Selami jiwa, selami akal, selami lautan dalam. HAHA


Akhirnya, aku dah dapat balik laptop aku. Laptop tu bagaikan nyawa aku tahu tak! tapi tu la selalu bikin masalah dengan aku. aku dah jaga kemain lagi tapi dia selalu buat hal dengan aku. please lah jangan noty noty. Ketuk kang baru tahu nangis. HAHA.





amy! kalau dah beli polaroid, jangan lupa ajak aku bergamba. hehe



Sometimes I pretend to be happy, just so I won't have to explain why I'm not.


"I want to be a good Muslim in the eyes of God. And being a good Muslim in the eyes of God often means being condemned in the eyes of people.




bai! selamat malam! tidur nyenyak nyenyak. tak payah nak mengigau sangat lah. angau je korang nih. ish!





Monday, June 13, 2011

Tak dapat jogging photoS pun bolehlah.

Haritu lepas balik keje, aku lepak dekat taman belakang jusco. Niat aku memang nak jogging tapi pintu bilik aku kunci sebab cik siti nuratiqah takbalik lagi. so, terhapus niat suci murni aku nak jogging petang tu. Mesti lemak dalam badan ketawa berdekah dekah sebab aku takjadi nak hancurkan dia. Jaga kaw lemak! Nanti aku kerjakan kaw jugak.


Disebabkan aku takdapat jogging, aku pun apa lagi, keluarkan kamera, bajet macam ala ala model. Mari kita berphotoshoot. HAHA.




























as, maseh hamik kan gamba aku. nanti hamikla lagi. lalalalala~


korang tahu tak aku gi petik bunga dekat pokok tu. pandang kiri kanan, persetankan kalau ada orang nampak, aku tak kira nak jugak hamik bunga. taktaw la kalau ada cctv kat situ. alaaaa, petik bunga je pun. apa ada hal. 








 efek waktu senja. cantikkkk!






saja nak test. sakit dow. orang cakap kalau jalan atas batu ni, kalau rasa sakit, mesti ada penyakit. duh!



ni la bunga yang aku petik tadi. cantik kan kan kan. aku rasa boleh buat jambangan bunga masa kawen nanti. wangi pun wangi. hihi





Bai! gwa blah dulu. 




Sunday, June 12, 2011

Pictures will tell us everything

Gamba ni dah kepam lama. layan jela.







arghhhhhhhhhhhhhh... da temok! da temok!!! euwwwwwwwwwwww. sejak bila aku tulis macam ni. arghhhhhhhhhhhh... da GEMOK!!!!!!!!!!!!!













 cantik kan! hihi



 homaigod!
























OK bai. aku blah dulu. ;p




Saturday, June 11, 2011

i'm sorry, i can't be perfect



Setiap orang ada pandangan sendiri. even kadang kadang pandangan kita tak sependapat dengan orang lain. Aku pun ada pandangan dari kaca mata aku sendiri. Kalau aku cakap orang tu buruk, orang lain cakap macho. Memang betol kita tak boleh sependapat dengan orang lain dan sampai bertegang lidah. Takpun masing masing senyap membatu. 


Kadang kadang aku stress dengan orang sekeliling aku. Mula la aku buat konklusi aku sendiri. Apa sebenarnya yang korang nak! Aku tak paham!


Kejap korang OK! Kejap korang tarik muka! Mana mana aku pergi semua macam tu. Aku ni bawak bala ke apa. Sampai macam tu sekali aku pikir. Please la. Aku pun ada perasaan. I'M NOT PERFECT! Memang aku tahu aku banyak buat silap. Aku banyak sangat kekurangan sampai aku rasa loser giler!


Seyes weyh aku rasa macam nak lari jauh jauh bawak diri. Serius aku tak suka perasaan macam ni. Janganlah buat aku dihimpit dengan perasaan yang macam ni. Rasa nak sepak taw tak! Giler bapak tak macho. Lu ingat gwa boleh tahan ke der. 

sorry aku emo sikit!
sorry kalau ada yang terasa, memang sini tempat aku luah perasaan.
sorry kalau aku ada buat salah kat korang semua! Penat nak puaskan hati semua orang.

Wednesday, June 8, 2011

Walau apa pun yang berlaku, PLEASE! be urself

Monolog dalaman...


memang dunia kadang kadang tak adil. Benda yang kita nak, tak semua kita dapat.

we just need to be PATIENT!

that times will come soon.



Bertahanlah. Jangan bersedih. Allah sentiasa ada di sisi. Just keep moving on!

Saturday, June 4, 2011

New experience! Apa yang new tu aku kena senyap jela, nanti ada orang mara. Aku rilex je. lalalala~




Hai engkorang engkorang semua. Bertemu kita kembali dan aku hapdate live daripada rumahku yang tercinta dengan titisan titisan air hujan menjunam di atap rumah. Daun daun yang kering menjadi segar bugar, pokok pokok yang kekuningan kembali menghijau, tanah tanah yang tak ada cacing tiba tiba ada cacing. Syukur! Hujan ni nikmat taw tak! Kejap lagi den rasa cam nak tido ni haaaa. kehkehkeh.


Aku baru je sampai rumah malam tadi. Dalam pukul 12 lebih camtu la sebab bas lambat sampai. Dari skudai ke rumah aku ada la dalam 5jam. Dalam bas aku dok membuta je. Ngantuk kot. Balik rumah, terus aku bedal nasik sebab aku lapar nak matik! Kebulur aku lepas bangun tidur. Da lepas makan, aku tidur balik. kahkahkah.






Aku cuti tak lama pun. sampai ahad je. Aku pikir macam nak ponteng je isnin tu memandang SV aku takde kan tapi takpelah. Ku turutkan jua walaupun kehendak hatiku tidak memahukannya. Tapi aku manusia biasa yang hatinya lembut di dalam keras lagi berbisa. Alahai, aku nak terai guna ayat hiperbola ni weyh. Dia macam ada double meaning, tu yang aku suka tu. Baru berkerut kerut sikit dahi korang nak pikir kan. ;p




ce teka mana beg aku. ce teka!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...