Sunday, January 29, 2012

Satay dengan ayam penyet.




Semalam (jumaat) lepas balik keje, pergi makan satay dekat dengan Taman Tasik Titiwangsa. Akak atip yang suggestkan tempat ni.




Kakakss atip.



kak ain, kak mimi dengan kak ifti





sateeeeeeeee... mahal weyh satay ni. 1 cucuk RM1 tapi memang berbaloi la besar gabak. Nak makan kena bukak mulut besar lebaq. Sedap weyh satay ni, kalah satay hj samuri kat kajang tu. P ah try nak taw. :p



Kitorang order 15 sate ayam, 15 satay daging. Dan dan dan, kitorang tak payah bayar sebab kak ain belanja.hihi. Ni yang sonok kuar dengan akak akak ni, duit memang tak keluar la. Tapi aku segan  dow. Arghhhhhhhh. hikhik (Padahal dalam hati gembira sebab ada orang belanja.kehkehkeh)





Esoknya pulak, teman zida pegi KL Sentral sebab dia nak beli tiket balik kedah. Dah alang alang pegi sana kitorang sempat buat kad Touch n Go. Lepas ni takpayahla nak sesak sesak beli tiket bagai. Jalan dekat dekat highway dah tak jeles dah tengok orang pegi lorong touch n go. Ke ko nak pakai smart tag atip? Lagi laju.hihi




Nampak macam tourist tengah sesat jalan.kehkeh.



Check tiket ktm. Selamat balik kampung cik zida.



Lepas tu, kitorang isi perut dekat ayam penyet station. Dekal KL sentral tu la. Lama weyh ngidam nak makan. Last makan masa aku praktikal kat johor dulu. Boleh tahan sedap jugakla.



Ini semua muka frust sebab tak dapat beli barang kat masjid jamek. Gaji memasing tak dapat lagi.huuu. Seriuosly kaki aku sakit sebab banyak sangat jalan.Lagipun dah lama tak gi jalan jalan ni. Besela budak baik. Ehem.



Bai. Nak balik.



Saturday, January 28, 2012

Reunion with my girls.




Cuti raya cina haritu, hampir tiap tiap hari aku keluar dengan kawan kawan sekolah aku. Diorang pun still sempoi macam dulu jugak. Tak banyak pun yang berubah. Maksud aku tak adalah berubah secara mendadak daripada yang kurus jadi gemok, yang gemok jadi kurus. Diorang semua badan mantain tak berubah dari dulu. Aku? Aku kurus, aku taw tu. lalalala~






Susun ikut saiz badan. HAHA. (Mati aku kalau diorang baca tapi diorang tak taw pun aku ada blog, soooo selamat.hihi)








 Aku tak paham apa yang diorang gelakkan.haih. Budak dua orang ni memang tak boleh jumpa, ada je benda nak bahan.



Harini (selasa) last day aku spend time dengan kawan kawan sekolah aku. Sok aku nak balik KL da.huuuu. Eceli, plan nak jumpa petang tapi tukar ke malam. Ckin pun tak siap lagi kek dia masa tu. So, kitorang keluar la, lepak makan minum dekat simpang. Port biasa jugakla kalau nak mengarut, gosip gosip cerita baru sape dah kawen sape dah ada anak, sape yang terkinja kinja lagi. tettttttttttttt... :P


Sebenarnya ckin da janji dengan kitorang nak buat kek red velvet. Rasa seronok lagi sekali. Aku memang dah lama teringin nak makan sebab macam sedap kan. Nak tunggu merasa tu memang lama la baru dapat rasa. Harini ter realisasi impian aku ni.hihi



Red velvet cupcake. Sedap giler ckin buat. Aku siap cakap dekat ckin buatkan kek ni untuk aku masa birthday tahun depan, soooo mesti ada 24 bijik cupcakes. 24? Owh tidak, sekarang aku baru 23. Tapi aku forever 17. lalalala~




Tak berubah seperti dulu jugak, diorang pun giler gamba. Kata geng. Camnilah. hikhik.



















Aku suka gambar ni.hehe. Nampak cam ada seni sket. Ke tak? Ahhhh.. biarlah, aku bukan berseni sangat pun. :P





Thank you korang for the great holiday. Aku tak tahulah bila lagi dapat kumpul macam ni. It will keep in my mind and my heart forever.




 #Perasan tak aku asyik sebut nama ckin. Sian korang tercarik carik dia yang mana. Ckin pakai tudung hitam, baju putih belang merah. Dia pandai masak, sape nak kenal? kehkehkeh.





Tuesday, January 24, 2012

Someone watching over me



Lagu ni aku dedicate khas untuk korang semua. Layan~









"Someone's Watching Over Me"


Found myself today
Oh I found myself and ran away
Something pulled me back
The voice of reason I forgot I had
All I know is you're not here to say
What you always used to say
But it's written in the sky tonight

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

Seen that ray of light
And it's shining on my destiny
Shining all the time
And I wont be afraid
To follow everywhere it's taking me
All I know is yesterday is gone
And right now I belong
To this moment to my dreams

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me

It doesn't matter what people say
And it doesn't matter how long it takes
Believe in yourself and you'll fly high
And it only matters how true you are
Be true to yourself and follow your heart

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
That I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even when it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
That someone's watching over
Someone's watching over
Someone's watching over me

Someone's watching over me







Inspirational song. Sooo, semangat kawan kawan! ^________^



Go! Find this guy!



Aku share note yang kawan aku post dekat fb. Thank you ee. ^^

 

Suatu petang yang damai.. Di sebuah Taman Tasik yang dipenuhi orang awam yang datang beriadah.. Kelihatan sepasang kekasih sedang ber'dating'..

Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…

Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

Nora Elena : Hmmm.. Yelaa...

Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

Nora Elena : Ermmm....

Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!

Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.

Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

Saya sayangkan awak, tapi..

Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…)

Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..)

Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…)

Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…

Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke?

Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...

(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)




Selamat mencari kawan kawan. :)





Monday, January 23, 2012

Meet up with them.



Aku tengah cuti sekarang ni. Soooooooooo.... aku nak online sampai lebam. lalalala~ tapi cuti tak lama pun, sampai hari rabu je. huuuuuuuuuuuuuu. Sedihla camnih. Sedih tapi takpela aku redha. Dapat gak cuti dari tak cuti langsung. Kan kan.


Eceli korang semua, aku memang dah kerja. Nanti la aku cerita macam mana life kerja aku tapi bukan sekarang la.


Korang tahu tak, minat aku nak berblog dah makin berkurang. Seyes weyh. Apa patut aku buat? Adakah sebab aku dah meningkat dewasa, sooo aku dah tak ada mood nak menaip dan act like sarcasm. Tujuan utama aku berblog sebab nak luahkan segala isi hati yang terbuku dalam sanubari. It's look like diary la blog aku ni. Dah tua nanti boleh tengok balik zaman muda dulu kan. Tunjuk kat anak cucu sume.hihi. 


Aku memang jenis tak cerita masalah aku dekat orang lain. Jadi, aku wujudkan blog ni sebagai pendamping aku di kala duka. Ececece. Sebab tu jugak aku tak bagitahu kebanyakan kawan kawan aku, aku ada blog, follower pun memang sikit la tapi terima kasih banyak banyak sape yang still baca lagi blog aku. You are rock bebeh. kahkahkah


Aku rasa, aku takkan terus berhenti berblog. Maybe, aku akan update jugak tapi jarangla. Maybe sebulan sekali. I hope so. Kalau ada cuti panjang macam sekarang ni, aku up la satu story untuk korang. Haaaaaaaaaaa.. camtula gamaknya. :P


Now, aku nak cerita benda lain. Sisa sisa cuti ni, aku banyak spend dengan kawan kawan aku jugakla. Memang dah lama giler babeng aku tak jumpa diorang. 



Them. ot, ckin dengan alilah.



Diorang ni kawan sekolah aku. Aku kenal diorang sejak masing masing pegi sekolah free hair lagi. Lama kan lama kan. Aku harap kita still in connection even korang semua dah bercucu cicit nanti.hikhik. Rumah kitorang memang dekat dekat tapi nak jumpa memang payahla sebab memasing merantau. Bila dapat jumpa memang seronok. Korang pun paham kan perasaan aku bila dapat jumpa kawan lama kan. Sooo paham paham jela.


****************************************





Then, kitorang sempat pegi jeram tengkek, batu kikir, n9 bermandi manda, bersukaria. Banyak jeram, air terjun dekat n9 ni selain Ulu bendul yang popular tu.



 excited! hihi









 Air sejuk giler sebab masa mandi tiba tiba ujan. Aku ajak diorang keluar air tapi diorang taknak. Memang dasar kebal betul la korang ni. Balik rumah, terus badan sengal sengal. Rasakan. HAHA










 Nanti ada masa, korang datangla sini. Bes jugakla tapi best lagi jeram toi kot, yang aku pernah cerita dulu.


 ******************************************



 Then, attend kawan aku tunang. Melambak kawan aku dah tunang ni, aku bila lagi? Ehem. :P

 

Aku rasa aku ayu giler dalam gambar ni. Korang tak rasa ke? Please, rasa la jugak sama cam aku. HAHA. 
Masa ni aku attend majlis tunang ani. Majlis tunang ayu hari sebelumnya.




Ok ok lagi satu, gamba keayuan aku. lalalalaala~





p/s: Kalau aku tutup blog ni, korang nangis tak? hehe

p/s/s: Aku baru letak shoutbox baru. Shoutmix yang dulu kena bayar pulak. Ceit! Pegila menjerit kat shoutbox tu. Jerit tu kuat kuat sket, senang aku nak dengar. :P.





Monday, January 16, 2012

Bz.




Korang korang semuaaaaaaaa... 
Aku busy giler nak mampos ni! Memang berkurun la nak update lagi. 

Nak online pun payah dah. 
Banyak benda I nak cerita ni u ollllllllllssssssssss. 


Banyak sangat!!!!!!!!!


Bai. Nak buat keje.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...