Sejak dua empat menjak ni, aku semakin rasa tawar hati dengan fb. Sebenarnya, rasa nak tutup fb terus pown ada jugak, tapi disebabkan ramai kenalan lama aku jumpa dekat fb, aku terpaksa menahan hati supaya tidak tutup. Kadang-kadang rasa fb melalaikan, kadang-kadang rasa banyak manfaat.
Aku rasa macam nak tutup je fb. Aku mahu beri tumpuan yang sepenuhnya pada blog. Sebab bagi aku, blog lagi dekat dengan jiwa aku, tak ada hipokirit hipokrit bagai. Kalau mood aku sedih, aku sedih, kalau mood tengah marah memang aku marah.
Tengah2 berhajat nak tutup fb, tiba-tiba muncul sekumpulan mak cik aku atau lebih tepat lagi adik kepada mak aku, sudah mula berjinak-jinak dengan fb. Adeh!! Gi mana dong. Selalu aja ada halangan. Mestila aku nak selalu hapdate cerita dengan mak cik aku nih. Gwa sayang mak cik gwa beb!!
Apa-apa pown blog ini tetap nombor satu walaupun tak ramai yang tahu aku ada blog. Sebab tu aku lebih telus dengan blog. Aku sayang blog aku!!
2 comments:
aku pon sayang..!! hehehehe
yeah!!! kite serupa..:)
Post a Comment