Showing posts with label my working life. Show all posts
Showing posts with label my working life. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Aku otw nak ganti. Kau orang dah ganti ke belum? Ke kau orang dah habis ganti. hikhik. Pegi tepi sudut tutup muka. *malu.




Aku rasa lega gila sebab baru abis ganti puasa sehari. Ada 9 hari lagi. Arghhhhhhhhh... bapak banyak lagi. . Baru habis ganti sehari dah kecoh.hahahahaa. Korang ingat senang ke nak istiqamah puasa even sehari je pun. Kiri kanan buat aku tergoda. Lagi lagi time rehat. Dahlah tak kuar rehat, officemate yang chinese pulak bawak bekal makan dalam opis. Bau diaaaaaaaaaaaa perghhhhhhhhhhhh. Memang menusuk kalbu. Kalau boleh nak mintak sikit makan sekali. 


Tapi kan, aku curious jugak ni, adakah diorang semua tengah makan babi? Aku dah lah terliur kemain. Astaghfirullahalazim. GILO. Macam mana la nanti bulan ramadhan. Kadang kadang bila rehat, ada je macam macam aroma dekat opis tu. Pilih je nak apa, aroma petai pun ado.


 Jap jap selingan jap.



 ini buat masa birthday ayah haritu. 28/5

comel kan. aku taw comel. sedap pun sedap. nanti nak buat lagi.hihi



Eceli, aku terlupa bape hari kena ganti. Last last, aku decide nak ganti seploh hari. Lagi afdhal. Biarlah lebih pun yang penting jangan kurang. Sebabnya kenapa aku ganti seploh hari kerana due period aku paling lama pun seploh hari. Macam tu la tambah tolak bahagi darab.


Yang aku sedihnya, tempat mak cik yang aku selalu beli nasik petang petang lepas balik keje tu tutup pulak. Rasa macam nak duduk hentak hentak kaki je kat situ biar mak cik tu dengar aku nak beli nasik dekat dia. Dah lah aku memang tak ada mood nak masak. Dugaan. Seyes memang dugaan. 


Last last, aku masak bubur je. Main campak je sume dalam periuk. Lebih air sekilo dua kilo. Jadilah bubur aku.wahahhahahaa.

Alhamdulillah.. kenyang pun. Terima kasih Ya Allah.


#Seyes! Aku mengidam McD skang ni. (Memang betol betol perot naga+gajah, sampai haousemate aku pun terkejut tengok aku makan banyak gile.)



Saturday, May 12, 2012

Kerja memang sampai bila bila pun tak sudah



Sekarang ni, dah 5 bulan lebih aku keje. Bosan tu memang bosan sebab tiap tiap hari mengadap benda yang sama je, jumpa orang yang sama, mengumpat orang yang sama. wakakakakaa. Dah siap keje harini, esok dapat pulak keje yang baru. Tak siap keje harini, memang bertimbunlah keje kau nanti. =,="


Aku kalau bosan bosan keje, selalu lepak lepak borak dengan nizam,kak lina dengan eri tapi kadang kadang selalu kena marah dengan manager. Bajet bukak pintu bilik filling dengan cekak pinggang, "fatihah....bla bla blaaaaaa..." argggggggggggghhhhhh, aku pun dah lali. Aku buat muka dengan bangangnya keluar dari bilik.HAHA.


Serius aku cakap life keje memang bosan. Life sebagai student lagi seronok. Kalau dah keje banyak sangat benda kau kena pikir. Macam macam benda kau nak beli dan patut beli. Itu ini semua tak ada. Kadang kadang rasa serba salah sebab asyik mintak tolong orang lain sebab kita serba tiada. Cari rumah sewa bagai nak gila. Scroll mudah.my dengan ibilik.com banyak banyak kali kalau kalau ada orang post bilik kosong. Last last tersilap mesej orang nak carik bilik jugak. Finally, carik rumah sama sama dengan pencarik bilik tu jugak.HAHA.


Kadang kadang rasa macam papa kedana. Selalu menghitung hari bila gaji nak masuk supaya kaya balik. Arghhh, memang hidup ni macam roda. Kejap kaya kejap miskin. Nak kaya hari hari takboleh ke?


Kepada kawan kawan yang dah grad dan bakal grad. Please prepare ur mental n physical. Ya, memang seronok bila dah grad. Rasa macam dah lepas 1 beban yang sangat besar tapi kau tak akan tahu apa yang jadi dekat kau lepas ni melainkan kau sendiri yang mengalaminya. Paham? Tak paham tak apa sebab kau belum mengalaminya.


Owh, ini selingan. Jom amalkan doa ni ye kawan kawan.

 


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." 

(Surah Ibrahim: ayat 40-41)



Apa apa pun selamat bekerja kawan kawan. Pada yang belum keje selamat mencari keje dan be prepared. Bila kau dah kerja, macam macam ragam orang yang kau akan jumpa. Tak kiralah tua dengan muda. Cina ke melayu ke india ke bangla ke indon ke. Semua jadi kawan kau. Tadehal. Belajar dulu, environment kau dengan orang lebih kurang sebaya je. Dah keje, macam macam umur, perilaku orang kau boleh jumpa. Nak taw, tryla keje. Good Luck dari i untuk uollllllsss.hehe


*Tqa, happy convocation! ;)




Sunday, April 1, 2012

My first working experience




Kalau korang nak tahu, ini memang first time aku keje. Before this, aku tak pernah bekerja. Masa lepas SPM dulu pun, berbulan bulan aku dok perabih boreh dekat rumah sambil goyang goyang kaki tengok tv. Lepas matrik pun sama, aku tak keje. Ada yang sama macam aku? Yeah! Kita geng. Give me five!


Mula mula rasa macam shock jugakla. Dah lama lama, rasa macam pergi kuliah, masuk lab sume kan. Dan lagi lagi lagi lagi lagi lama, BOSAN DOW! Buat benda sama tiap tiap hari. Hadap benda sama tiap tiap hari. Adoiyai. Tapi takpe, aku keje dapat duet, belajar takdapat duet. So, baik keje. Agak agak, bila boleh naik gaji. HAHA.


Ini first gamba aku time tengah keje.hehe. Lain maksudnya dengan gamba masa first time keje. Keliru? Ce baca betol betol balik. Takpaham pegi masuk tadika. Saje nak tunjuk kat korang. Taw korang rindu. Tak payah nak geleng geleng cebik bibir, aku taw dalam hati kata ya.hihi



Lab coat ni maseh bersih dan suci je. Sekarang ni, mak datuk, bagi free kat orang pun taknak kot. Cepat betol kotor. Kadang kadang aku bantai je pakai tak basuh.lalala~ Haritu basuh pakai  vanish, tak hilang pun. Kwanghajar punya vanish, nak kena aku ajar ke camne nak buang kotor kotor semua. Bagi berus nak?haha.



#Aku bermusuh dengan vanish sekarang. :P




Benda yang aku pegang dalam gamba kat atas tu namanya soothing fluid. Tempek la kat muka korang. Sejuk je rasa. Nak rasa? Belilah.haha




Dah 3 bulan aku keje. Harini masuk bulan ke 4.



Sunday, February 19, 2012

Duet itu jadi sangat bermakna bila dari hasil titik peluh sendiri.





Sekarang ni, aku dah dapat rumah sewa. Rumah ni rumah teres, environment pun ramai orang melayu. Rasa macam secure jugakla. Lagipun aku baru duduk sini dalam seminggu lebih. Sewa bulanan boleh la lagi aku nak hadap. Cuma yang sakitnya, aku kena bayar deposit untuk 3 bulan. Oooooooo... memang papa aku sekejap. Dahlah aku ada beli barang untuk parent aku ni. Kiranya, first gaji aku haritu, aku bagi something la untuk parent aku. Baik tak aku? Aku memang baik weyh. Baik sangat. Jomla kawan dengan aku. lalalalala~ :P. Ok, lari topik.



So, bila aku beli something untuk parent aku, adalah benda yang bermakna sikit untuk first gaji ni. Sian aku, baru merasa gaji pertama. Aku tak saba nak rasa gaji kedua ni. Cepatlah 1hb, aku nak duet ni. Pokai gwa sekarang ni. Pokai. Rasa macam tiap tiap hari kena makan megi je.haha.



Sejak dah kerja ni, memang banyak sangat nak pakai duet. Itu ini nak beli, yela duduk rumah sewa dengan duduk asrama masa belajar dulu lain. Kalau belajar dulu, bila lapar, jalan kaki je pegi kafe beli makanan, katil tilam almari, semua dah ada. Sekarang ni, semua kena beli sendiri, mana tak habisnya duet gaji aku macam tu. Arghhhhhhhhhhhhh. 


So, kawan kawan pandai pandaila berjimat. Seriously, aku memang kena berjimat sekarang ni. Beli mana yang perlu je. Kalau nak ikutkan hati yang selalu dihasut setan ni, macam macam benda nak beli. Makan nasik masa tengah hari pun kadang kadang nak capai seploh hengget. Dem!



Hargai duet anda. Jangan biarkan ia melayang!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...