Showing posts with label sportlist yang aku suka. Show all posts
Showing posts with label sportlist yang aku suka. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

Korang semua cerita pasal piala dunia 2010. Aku pown nak cerita jugak



Sekarang ini semua orang tengah giler dengan world cup 2010. Korang ingat aku tak layan bola ke haaa? Aku pown layan tahu tak. Ini semua gara-gara adik2 aku yang giler bola sampai aku pown sanggup tak tidur  malam nak tengok bola. Dulu, ayah beli astro, tak ada channel bola nih tapi disebabkan ayah aku termakan dengan pujuk rayu adik aku, sooo, dapatla channel supersport nih. Hoyehhh!! Aku pown nak jugak sebenarnya..;p


Kau orang tahu tak bila channel ni wujud je kat rumah aku, adegan merebut remote control pown berlaku. Adeh!! Aku nak layan KBS world, adik2 aku nak tengok bola. Well, mesti yang muda kena hormat yang tua, so akulah yang berkuasa. HAHA. Besh jadi yang anak-anak tua ni. Sila hormat kakak2 anda ye. Kalau tak siapa yang nak masak nasik kalau perut korang lapar.


Tapi kali ini tak hape sebabnya, kakakmu ini pon giler bola jugak, sooo remote control tidak akan disentuh oleh sesiapa pown sebab semua telah mengambil kata sepakat. hihi.


Kadang-kadang, adik aku sanggup ni beli jersey semata-mata sebab minat dengan team tu. Sampai pakai dalam rumah sambil nak tengok bola. Comel tak adik aku? Comel tak? Tengoklah siapa kakak dia kan. HAHA.






Kalau korang nak tengok schedule, klik kat  LINK NI, SCHEDULE WORLD CUP 2010. Baik tak aku siap bagi link lagi, macam lah korang tak reti carik sendiri. Ish3.


Malam ni sudah start match. Aku nak tengok macam mana? Rasa macam nak hamik je kuali kat kafe tu buat piring astro, letak dekat bilik. KAH3


Ada 32 negara yang bertanding. Mana yang akan menang? Banyak orang buat andaian negara mana yang menang world cup. Status dekat fb bersepah2 pasal world cup. Gaduhla korang kat fb tu. heh. Kalau aku.. siapa yang menang nanti, tu la yang aku sokong. wakakakaakaka.



*Tengah2 buat esaimen tadi, tiba2 laptop hang, aku pulak TAK SAVE KERJA AKU. Korang rasa patut tak aku hantuk kepala kat dinding, apa pasal tak save awal2. Nasib baik boleh restore balik laman web. Nak gugur jantung den tadi. =_="



Wednesday, April 14, 2010

Kalau penat study, jom kita exercise


Phewwwww... Saya suda penat study tahu!!! Sok ada satu paper lagi. Meh sini aku nak bagi korang2 semua jadi cergas cerdas dan pintar2 belaka. Otak korang yang memang sedia blur tu mesti lagi blur kalau sumbat banyak2. So, better korang muhasabah kan diri... hahhahaahaaa supaya tidak menjadi gila gara2 study tak dapat2 nak masuk dalam kepala, study banyak pown still rasa cam tumpo je. Apa tumpo tu?? aku pown tak  taw sebenarnya men belasah je. hahhaahaaaa.

Penyelesaiannya, meh aku nak ajar korang satu senaman yang ringkas dan cukup berkesan ini.



Haaaaaaaa... cuba buat.. cuba buat. Boley tak korang buat. Jadi tak sebijik sebijon macam ni. Ntah2 baru nak angkat kaki sikit korang da tergolek2 kat lantai...:p



Kalau korang lagi hebat, buat camni plak. SELAMAT MENCUBA..hihi



Adeh! bengkak bengkok badan aku gara2 nak wat camni. Sakit urat tahu.


Disebabkan ketensionan yang tak sudah, lebih baik korang wat senaman ni kejap. Tak payah susah2 nak pergi jogging ke hape, kalau buat selalu konfem boley kurus!! Aku taw korang memang pemalas nak gi jogging. Sayang betul dengan lemak korang yang berkilo2 tu.. haishhhhh..




*Aku cilok gamba ni kat majalah rapi..hik3. Belila majalah rapi kalau nak sihat sentiasa dan tubuh badan cantik cam aku ni. KAHKAHKAH..

Sunday, April 11, 2010

Perasaan aku ni kalau gulung2 boleh jadi cam bola


salam semua :) 

Adakah anda2 semua sihat walafiat di samping ibu bapa, atok nenek, pak ngah mak ngah???

Harini perasaan aku bercampur baur... Macam-macam ada......... semua lengkap la. PAKEJ!


Gembira
riang hati sebab kak ira bagi kata2 semangat bila tiba2 aku masuk bilik dapat benda alah ni.


tq kak ira ^_^



Lagi gembira
cam nak lompat bintang sampai kurus!
sebabnya, noghoghi eden monang perlawanan akhir bola sepak TM PIALA FA malam tadi menentang Kedah. Kedah masuk final?? Nasib baik je tuuuu... hahahahahaaahaha



terima kasih encik google bagi aku cilok gamba nih..


Muka masing2 gembira giler, korang takkan monang kalau takdo penyokong cam den ni haaaaaaa...:p Untuk pemain2 bola sepak noghoghi ku yang terchenta. Anda semua mantapp.. HOBIN JANG HOBIN!


Sedih
tak dapat balik umah masa minggu exam ni,
aku rindu nak jumpa family aku sebenarnya, even kalau aku balik tak wat apa2 pown, aku dapat tengok muka parent aku yang suci murni tu pown da buat hatiku ini tenang. Mak ayah, doakan saya ye, moga2 dapat jawab exam kali ini.


Cuak,
rasa cam jantung den baru lepas berlari gara2 kena kejar anjing giler,
esok aku exam korang (sempat gak aku hapdate blog walaupun cuak! hahahaahahhaaa)



Tak tentu hala
sampai rasa nak tawaf bilik ni lapanbelas kali =_+"
aku takut apa yang aku baca tak sama dengan apa yang keluar sebabnya, kadang2 dato' wahid suka bagi soalan spot tapi sebenarnya2 soalan spot tu bukan soalan real punya, kalau tak pown bagi mechanism yang memang tak ada dalam buku or lecture dia. *adeh! OWH...MECHANISM I LAP U BERY2 STRONG LA....uwaaaaaaaaaaa,....


Terkejut
sambil gosok2 mata cubit2 pipi takut ini hanya mimpi tapi bukan ianya realiti!!!
sebabnya aku nak beli pen kat kedai tadi tapi memang ternganga besar2 sampai nak tersembol bijik mata sebab pen2 semua dah licin, yang tinggal gel pen je. First time tu weyh, selama ni aku tengok pen kat situ tak terusik pown. BIAR BETUL!!! Korang2 ni semua memang la, MEMANG @#$%^&*...Time exam ni beria pulak korang beli pen. grrrrrrr!!!!. Kalau tak bila pen habis rembat aje membe punya, da abis guna memang tak pulang balik, masuk aje dalam pensil case. UNTUNG!  Exam ni cane nak rembat membe punya! da la pen aku ni nyawa2 ikan. Harap2 ko tak wat hal esok eh. Aku belai ko sket malam ni.


Perasaan malu tapi mahu... ahaks!~
bukan malu apa tapi aku nak emo sket kat sini. Korang kalau terasa ke hape sediala tisu sekotak ke hape eh.


Dear all my beloved friends yang memang kepala otak korang den suko,
TIN, NANA, YAN, WANI, ATIP, DIB, UNA, EE.. and sesiapa la yang rasa berkenaan...


Tangga ni kami punya!



Ini dekat DAM. Bukan pemadam tapi dewan..:p



aku sangattttttttttttttttt sayang dengan korang semua. Korang selalu ada dengan aku. Kalau ada sorang yang tinggalkan aku, mesti ada sorang lagi disisi temankan aku. Even, kalau korang semua tak ada kat sisi pun tapi korang ada dalam hati aku.


*peringatan untuk tin, ko jangan nak geli geleman eh..:p


Banyak benda aku kongsi dengan korang dari perasaan gembira di awang awangan, soal hati perasaan, sedih, frust tertonggeng tonggeng ke, aku cerita kat korang. Aku tahu kadang2 aku tak selalu dengan korang. Yela, kita banyak tak sama kelas. Da tak selalu jumpa. Da tak selalu makan sama2. Da tak selalu nak sakat2 korang. Da tak selalu berebut2 carik mangkin macam dulu. Sem ni takde mangkin da weyh. Da pupus semua.. haishhhh...

Even, kadang2 aku rasa diri ini annoy pown ada gak, merepek tak tentu hala, korang terima yola kawan korang yang sorang ni eh. Dia memang begitu. Tapi korang kena taw aku sayang korang banyak2.

Di kesempatan ini dalam cuaca mendung nak hujan ni, memang sama dengan emosi aku sekarang ni, aku mintak maap banyak-banyak kalau ada salah silap terkasar bahasa, terkutuk sana sini, terngumpat korang ke, tertibai makanan korang ke,  korang taw kan diri ini memang kuat makan, tak makan sekali da bising kat telinga korang aku lapar tahap cipan, sooo korang kena laju2 bawak aku gi kafe beli makanan. Aku harap korang terima jela eh. U ol know me. THA kan... ahaks!!!

Terima kasih banyak2 sebab terima aku seadanya walaupun kawan korang ni hanyalah sekecil manusia yang memang kadang2 banyak buat silap, tak perasaan buat silap, memang tak buat silap dan buat2 silap sambil buat silap mata.

Sebelum diri ini mengundur diri, aku nak wish kat korang


GOOD LUCK FOR THE FINAL EXAM
DO ALL YOUR BEST..
JAWAB BETUL2.
KITA BOLEH!!
KALAU TAK BOLEH JAWAB,
BUAT2 BOLEH..
NGEEEE~~~




Yang benar,
tha yang cumil lagi cute lagi gojes

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...