Showing posts with label Temperature high. Show all posts
Showing posts with label Temperature high. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Tak semua orang suka kita

Setiap orang ada cara diorang sendiri. Aku pun sama. Dan kadang kadang ada cara atau perangai kita yang orang tak suka. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.


Tapi bila kau tak suka dengan perangai or sikap orang tu, janganlah kau menyindir or bajet macam kau bagus sangat macam kau ni orang suci giler dan rasa macam kau je yang betul. Aku seyes tengah panas sekarang ni. Aku tak kesah ko nak tegur aku. Aku terima. Tapi kadang kadang cara kau tegur tu salah.


Kawan kawan aku selalu je tegur aku depan depan dan kadang kadang aku terima je apa yang diorang tegur tu tapi dalam hati rasa macam shit la. Sampai aku pun pernah gaduh dengan diorang sebab kata kata yang menusuk macam tu. Tak salah nak menegur, tapi biar berlapik.







Kadang kadang aku nak sangat ada sikap yang cakap lepas, kalau tak puas hati,  terus terang je sebab aku ni selalu pendam. Kalau aku tak tahan sangat baru aku cerita dengan orang lain sebab bila aku cerita nanti  takut mengaibkan orang pulak.


*Disebabkan ayat macam tu, aku jadi hot sampai macam ni sekali. Seyes mengganggu mood aku. Korang tahu tak dua minggu lagi, aku dah kena submit tesis. Meroyan aku nak wat tesis ni sebab banyak sangat godaan, please lah jangan bagi aku stress sekarang ni. Cukuplah dengan masalah yang aku ada sekarang lagi. Enuf! Jangan ditambah lagi.





Tuesday, January 18, 2011

Ini memang entry 100 degree celcius




Pehhhh... makan dalam gwa arini beb! Dalam sampai rasa dah berlubang lubang da hati nih!
owh! serius memang shit!
Kacau mood aku laaa.. 
lu orang bikin gwa hot tahu tak!!



Mesti korang pikir, budak ni giler ke, tiba tiba terjah masuk terus nak sembur sembur macam sembur febreze dekat bantal busuk sampai wangi sebab taknak basuh nanti hilang la kualiti dia sebagai bantal busuk. Malas la cerita. Tak baik buruk burukkan orang. Tuhan marah. Kalau DIA marah nanti aku sedih. Kalau korang buat hal dengan aku, aku pedulik hape tapi kali ni aku pedulik macam dah rasa nak meletop dah ni.


Sedihla. Sampai tak tahu macam mana nak cerita. Sedih! Panas hati  -_-"


Owh blog, naseb baekla kau ada. Kesian kau blog kena caci maki je dengan aku. Tunggu la blog nanti kita bagi entry bunga bunga kat sini ye blog ye. i lap u lah my blog. for eternity!!!


Siapa ada cangkul? Bak sini aku nak korek lubang dalam dalam. ish!





Ni la satu buat aku hot ni tapi xse hot yang kat atas tadi la. Yang ni 80 degree celcius je. Aku carik mangkuk aku kat tandas tadi tak jumpa.  Bukan mangkuk tandas bai. Ni mangkuk, untuk makan nasi makan megi,  makan mee, makan bubur. Peh sape pulak lah maling yang hamik aku punya mangkuk ni. wei, itu mangkuk murah je. Lu nak amik apasal. Kat bilik lu tak ada mangkuk ke mangkuuuuuuuuuuuuuuukk??


Aku tahu la mangkuk aku comel. Pulangkan lah balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... waaaaaaaaaaaaaaa.... pulangkan laaaaa (sambil hentak hentak kaki) pulangkan cinta hatikuuuuuuuuuuuuuu... owh hentikanlah menghantuiku... *tiba



Korang tak perasan ke entry aku banyak yang sedih sedih je sejak 2 menjak nih. phewww~ 
Tak sukalah!


Jom jom kita bergembira main tarik tali. Lari lari, sepak sepak ke. heh


Monday, January 17, 2011

How come u enset, boleh rosak macam nih !



Ensettttttttttttttttttttt aku rosakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Waaaaaaaaaaaaaaaaa.... *Nangis! Nak cakap rosak sepenuhnya pun tak jugakla. Just aku tak boleh sliding ke bawah. Kalau tak nanti skrin dia putih. Mula la skrin aku tu bergegar. Dia buat gempa bumi dengan 9 skala richter punya. 9skala tsunami tak? Malas nak google. Daripada aku letak wallpaper comel comel. Da rupe cam bangunan tak siap dah. wuwuwuwwu. So, dia sekarang dalam berkeadaan sliding ke atas dan orang cakap kalau biarkan dia slide ke atas macam tu, nanti makan bateri. Pedulik lah. Asalkan die tak buat hal dengan aku.


Haritu aku pergi warta, usha usha la hanset baru, bajetmacamnakbelipadahal-takbelipun. Lama jugak aku bertapa dekat kedai uncle tu tanya macam macam sampai dia pikir memang aku nak beli. Sorry la uncle. Uncle beria cite saya dengar jela. Saya pelanggan u, kang pelanggan lari kang, bungkus lu kang. Nangis anak bini nak makan apa? hikhik.


Yela beria dia promote enset CSL kat aku. Dah lah dengar ura ura orang cakap jangan pakai CSL. Bukan aku taknak support barang Malaysia tapi enset ni masih baru, banyak kekurangan dia. Murah memangla murah sebab tak ada cukai berbanding sony nokia kan obersea. Alah, dah lama masuk Malaysia pun nak cukai banyak banyak, sikit sikit dah lah. Kalau camtu, aku pergi indon la nanti beli enset, murah pun murah. Alang alang boleh pergi bali. Berendam main main air. Berlari larian di tepi pantai yang indah sambil melihat matahari terbenam. Fuyoooooo.. Gaya cam honeymoon nih.


Lepas ni, aku takkan beli dah handphone slide slide bagai ni. Lagi lagi kalau brand sony ericsson. Cis! Indah kabar dari rupa. U menipu i ye sony! Korang pun tak payah la gatal nak beli enset slide brand sony ericsson, kalau nak jugak sliding bila orang kol masuk macam ala ala james bond, (james bond pakai enset slide ke? layannnn~ HAHA) better beli nokia la even korang rasa design dia buruk giler. Korang JANGAN BELI la enset sony ericsson yang slide punya! Jangan beli weyh jangan beli ! Jangan beliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. don't buy sony ericsson slide phone. DON'T!!! Aku cakap jangan! janganla. sekeh kang. HAHA. da besar gabak da aku tulis nih, nak kasi warning awal awal !


Kebanyakan aku tengok enset sony ni girl je yang pakai, kalau guys, ramai pakai nokia. (Peh, aku men belasah je buat andaian sendiri, ntah betul ke tak tu! ikut pandangan aku la weyh) Yela, girl kan suka beli enset sebab design dia comel! Eee... eeee.. comel la enset ni. Boleh shake shake kalau nak tuka lagu, lampu lip lap lip lap kalau men musik. Fuyooo.. nak laaaaaaa... Tak pasal pasal aku bikin dialog sendiri. hahahaahaaahha.


Lagipun, guys pentingkan function kat dalam tu. Kalau nokia kan boleh support banyak sofware. Ko letak jela apa pun, kebanyakannya boleh bukak. Cuba try sony, pehhh. macam harammmm. Macam macam la dia tulis dekat skrin tu buat aku rasa macam nak baling. HAHA. Aku pikir duet beratus aku melayang je, kalau tak memang aku dah baling dah. heh.


Rasa nak pakai enset baling beruk pulak lepas ni. Ada tak?



TERINGAT !



my first handphone ever
last day bersama enset kesayangan. sayang giler enset ni weyh. sayangggggggg!!!!!



Aku beli dengan titik peluh aku sendiri dan berbekalkan sedikit duet biasiswa di tangan, aku gagahkan diri pergi beli. Masa tu aku form 4. Orang pakai enset, aku nak jugak kan. Time ni kalau ko ada enset, memang kau dah boleh tunjuk bagus dah even kau pakai enset baling anjing je. Aku beli enset ni pun opkos sebab design dia. Pehhh, comel giler. Keypad dia pun sedap tekan. Laju je aku taip.



Nak taw satu benda? Bila aku start je pakai enset sony, nak taip pun rasa macam kura kura jalan lagi laju. Budak kecik 3 tahun pun boleh pandang slack je tengok, asal kakak ni, tak reti pakai enset ke? Meh saya ajar. Saya tak taip, saya gigit je. Cis! Yela, kan keypad sony dengan nokia kan lain lagi2 tang space tu. Nak tekan space je, kuar tambah '+'. Kadang kadang rasa nak letak je tambah tu, korang paham paham jela, aku kan baru beli enset baru. kahkahkah.


Aku sayang giler dengan enset ni tapi dia rosak terpaksa aku trade in. Aku rasa menyesal pulak trade in enset ni. sebab rasa macam ada something yang takternilai harganya, sentimental value la. Enset ni banyak berjasa dengan aku. wuwuwuwuwu. Apasal la aku pergi jual dulu.  Rasa macam nak ketuk kepala kat dinding. -_-". Aku rasa macam nak pergi mines, carik balik enset tu. Tapi mesti dah ada orang beli sebab dah lama da aku trade in. da setahun ke 2 tahun camtula.


Korang tengok budak budak zaman sekarang. Sume set set pakai iphone pakai bb je. Tengokla. Budak sekolah rendah da dapat enset da sorang satu. Contoh yang paling dekat adik aku yang kecik sekali tu. Enset nak mahal tak beragak. Butthurt la macam nih. Aku dulu mana dapat. Nak tepon membe gayut gayut berjam jam sampai panas telinga pun guna tepon rumah je. Memang dah selalo kena spy dengan mak aku tengok bila aku nak stop. Naseb baek aku ni pandai cover cover. Nak tepon tu, bawakla sekali buku. Masa cakap tu, tengok tengok sekali buku tu, baru mak aku pikir aku cite pasal homework kan. Aku budak baik weyh, mana maen gayut gayut lama lama cite pung pang pung pang.. tak ada hala tuju ni.


Aku kol memang aku tanya keje sekolah je. Yang laen tu aku selit sikit sikit je. Kalau tak mesti dah melambung dah bil telepon. Aku jugak nangis tak boleh nak bergayut kang. Sebenarnya, tepon rumah aku tu, tunggu masa nak kena potong je aku rasa. Kesian dia tidak dipergunakan lagi. Tuan ko sume dah berpaling tadah.kihkihkih


Sape nak belanja aku beli enset baru? U belanja i enset, i gayut lama lama dengan dengan u sampai pecah gegendang telinga pun takpe. huahuahua


Asal aku rasa panjang giler aku cite ni. Pasal enset je pun. Kecoh 1 kampung. HAHA



Thursday, August 5, 2010

Jiwa kacau


Ok lah.. ok lahhh, memang jiwa tak tenteram sekarang ni. Nak marah orang pun ada jugak. Siapa rasa bermurah hati nak pinjamkan telinga dia, aku nak marah dia sampai merah merah.


Bila rasa marah macam ni, rasa nak solat, zikir banyak banyak tapi kalau i solat sekarang i dosa, sooo sekarang ni kena muhasabah diri, kena banyak banyak bersabar. Memang selalu malang tak berbau betollah, cuba kalau malang tu berbau memang semua orang taknak dekatdekat dengan aku, bau sampah je. heh



Muka ini up sikit dari minah indon, nak jadik bibik pun mahal gajik



Kau orang bagilah aku kerja apapun sekarang ni memang aku tak akan dan taknak dan takmahu buat. Geram sungguh aku. Banyak sangat bad luck sejak akhirakhir ni. Wth happen eceli, aku pun tak tahu. Memang hell la. hell hell..


Rumah tu memang dah panggil aku balik sekarang ni. Kau tunggulah rumahku aku sampai kejap lagi, kau bukan ada kaki nak gerak kan.


Apa korang akan buat kalau jiwa kacau? Makan? Tidur? Lari? Makan? Lagi makan. Oklahhh, kalau aku, aku memang makan banyak banyak lah sampai aku dah terberak berak dah ni. I memang suka ternak lemak, lemak pun tahu i sayang dia.



Please bagi budak muka tabesalah ni balik umah jumpa makbapak dia.



Jangan jadi macam aku lah korang. Tak best pun. tak selonok pun. Meluat lagi adalah. haktuih... tuih... tuih.. Sebok je nak bagitahu semua manusia jiran kambing lembu ayam tok nenek, jiwa tengah diblender halus halus sekarang nih.


Sudahlah taksuka emo emo ni.

Tuesday, June 29, 2010

Aku benci kau!



Kau tak pernah paham perasaan aku

Tak pernah bertanya dengan setiap tindakan yang aku buat

Kau terima je seadanya, sampai aku rasa kau giler

Terima kasih sebab kau pernah hadir dalam hidup aku dulu

Terima kasih sebab banyak ajar aku, banyak tolong aku walaupun pertolongan kau tu kecik je

Yang penting, aku benci kau!



Saturday, May 22, 2010

Aku pergi UK!


Lepas abis test tadi, terus keluar dengan kawan2 kesayangan aku. Korang taw aku pergi mana?? UK... beb.. Korang pernah ke sampai sana... Haaaaaa... pernah tak? pernah tak? Jeles tak dengan aku sebab sudah sampai sana. On the spot je pergi tak payah rancang2..


Before pergi UK, aku hamik test yang buat aku sangat cuak semalam. Alhamdullilah. Semuanya berjalan lancar. 49/50 tuuuu... wakakakaakkaa. Aku sangat hangin dengan orang yang serve kitorang tadi. Kau tu status adik kot bagi kitorang ni. Gaya kau ni macam bapak2 orang yang nak marah anak dia sebab tak pakai kasut pergi test. Woi, pergi test je kot, takkanlah sampai kena pakai kasut. heh! Hangin satu badan tadi. Ko mintak den RM2 pown aku nak taknak pown bagi, tapi disebabkan aku rasa ko macam kebulur tak makan pagi, sooo aku bagi jugakla ko duit aku tu. Sedekahlah. Beramal jariah.


Lagi satu buat aku hangin satu badan, tunggu punya tunggu nak balik, last2 tertinggal van. Terpaksa balik naik ktm. heh. Rugi duit den. Siot betul. Seyes aku tengah pokai giler babun sekarang nih!! Tapi keterujaan kenafsuan untuk bersukaria tu tinggi. Jadi, aku keluar jela kan walaupun berbelanja sedikit pown tidak hape.



Ini makanan waktu tengah hari bersama kawan2 kesayangan




Campur cendol... syiokkkk!!



Teruja dapat makan cendol




Then, solat kat masjid ukm. First time dapat naik tangga ni...;p



Lepas tu, barula kitorang semua bersiap sedia untuk bertolak ke UK. Kena tunggu malam sebab tiket flight dapat malam. heh. Penat tunggu! Sangat excited masa ni...hihi..


Disebabkan tiket flight lambat lagi, kitorang hamik kesempatan menikmati keindahan dekat ukm ni. Takut rindu kan. Lama ni nak pergi UK.



Ukm pown ada tempat cam ala2 i-city taw.




Tengok ni... tengok ni.. ada cahaya lip lap lip lap




Owh.. tiang. i sayang u lebih la. *tiba




Sampai sakit urat aku. Adeh!




Then, baru bertolak ke UK. Banyak betul makanan kat UK nih.. Sampai rambang mata nak makan yang mana satu.




Mereka berdua pikir menu apa nak makan arini.




Menu dekat UK





Kredit to tin sebab amik pic ni..^_^




Nanti korang datangla UK ek. UK = Urat Keting. Restoran urat keting kat bangi je pown. Semua orang boleh pergi. Nak naik flight pown boley. Wakakakkaakaka...;p




*Kekenyangan... thanks to tin sebab belanja kitorang satay.. Sangat sedap. Kalah satay Kajang.


Wednesday, May 12, 2010

Hey girl!! jangan ikut hati bad mood kau tuh!!



Aku tak suka berurusan dengan pekerja perempuan. Leceh korang tahu tak. Banyak songeh je. BENCI DEN!!! Kau ingat kau sorang je ke bad mood. Aku lagi bad mood layan pekerja macam kau ni. Cuba kau senyum2 sket. Cakap elok2 sikit.


Haritu makan KFC dengan wani and ika pown sama. Yang tukang hamik order tu perempuan. Cakap macam nak taknak je... heh. Aku taw la muka kau lawa, manager bagi kau jaga depan supaya orang ramai datang beli sebab tengok muka kau yang comel tu. Aku lagi comel lah....;p


Korang tak tahu nak senyum eh






Haaaaa... senyum camni. kan comel tu nampak gigi putih berseri2







Cakaplah dengan bahasa yang elok walaupun aku tak nampak muka korang pown. Apa jadahnya orang bagi kau kerja kalau layan pelanggan macam tu. Lari semua pelanggan kau nanti. Daripada nada kau pown aku tahu kau malas nak melayan. Kalau macam tu, tak payahlah jadi promoter, receptionist ke hape ke kalau kau ni jenis yang tak pandai kawal perasaan sendiri.


Kononnya kau gaduh dengan boypren  ke hape, kau moody, last2 orang lain jadi mangsa kau. Tunggulah, jap2 lagi kau kena buang kerja...;p


Cuba kalau pekerja lelaki, layan je sesiapa tak kira usia, tua muda, cantik tak cantik pown, still diorang akan beri perkhidmatan yang cekap, telus dan saksama. Bagi aku pekerja lelaki lagi bagus kot. Senang untuk berurusan.




*Tak sabar nak tunggu sabtu ni....weeeee~~

Sunday, May 2, 2010

Mak cik o mak cik... boley senyum2 kambing sikit tak!


Kau orang tahu tak aku tengah marah sekarang nih!!!!
MARAH TAHUUUUUUUUUUUUUUUU...


Tadi aku pergi check in bilik sebab aku hamik short sem. Daripada aku membazirkan cuti aku, tak ada nak buat apa2 dekat rumah tu, tahu menyepahkan rumah je, lebih baik aku bagi otot2, otak2 aku ni bekerja walaupun rasa suda penat tak larat tapi tak hape, itu tugas aku, kalau aku tak buat, aku rugi, aku akan letih nanti third year sebab schedule aku mesti pack giler babun.. Dengan thesis lagi....heh

Pagi2 buta atip suda mesej aku, dia cakap da sampai za'ba dari rumah dialah. Lagi sekali aku cakap dia daripada rumah. Aku??? Bila nak balik rumah nih!!!!! Kau orang tahu tak apa perasaan aku, terpaksa menempatkan diri disini, dikala semua kawan2 aku bersuka ria dekat rumah. Mak aku pulak buat kenduri doa selamat pown aku tak dapat tolong. Memang mak aku da lama niat nak buat, asyik tanya aku je bila aku free, tapi time dia buat, aku tak dapat tolong.... T______T. Kau orang tahu tak cane perasaan aku!!!!!

Yang lagi buat aku geram, masa nak check in bilik tadi. Da la beratur bukan main lama. Tak adalah sampai berjam2 pown, tapi lama jugak aku tak tahu bape lama sebab aku tak sempat pakai jam tadi sebab bangun tidur terus sarung baju, pakai tudung, keluar bilik dengan tak mandi.. oppppsssss... Kau orang bukan tahu aku tak mandi. Ish2.. tapi aku cakap jugak nih...;p

Masa tulis nama, aku da dapat agak da, aku akan dapat tingkat atas sekali. ATAS SEKALI.... TAHU TAK!!!! TINGKAT EMPAT!!! AKU TAK SUKA.. kau orang nak bagi aku kurus ke????????? Lepas tulis nama tu, aku dengan atip pergi masuk pejabat balik nak mintak tukar bilik lain.  Da la ada sejarah hitam kat TINGKAT EMPAT NIH!!!!! SERAM DEN...


Tak hape kau taknak bagi aku tuka bilik, tapi kau buatlah muka paling comel sekali sambil cakap elok2... barulah hati aku yang membara ni tak rasa nak maki hamun kau orang dalam hati batu aku nih!!! Aku hingat lagi muka mak cik tu, mak cik ke??? disebabkan kau buat aku marah, title ko sekarang mak cik walaupun muka ko memang cantik giler babun, kulit licin yang amat tapi disebabkan kau tak serve aku macam aku ni kaum lelaki yang boleh main kenyit2 mata...*tiba.



Ni haaaa bilik baru, penat aku dengan atip punggah katil masuk dalam bilik... eh2 bukan alih katil tuuu rapat2 sebab kitorang nak bermesra-mesraan... wakakakaka...



Korang2 semua, cuba tengok dekat2 hotel ke hape ke?? diorang servis kau orang macam mana. Diorang akan cakap elok2, buat muka paling ayu, paling manis sampai aku yang marah ni pown boleh jadi taknak marah, yang lelaki pulak sampai giler bayang tengok senyuman korang sampai terkenang2, terbayang2, ngigau2.


We are your customer. Please serve us with your good attitude kalau tak nak semua pelanggan lari. Kadang2 aku rasa bagus giler kau punya servis sengih2 tiap2 hari layan pelanggan yang macam2 ragam. Pelanggan tu penting tahu. Tak idup pown perniagaan kau tu, kalau kitorang ni takada. Bankrap!!!!


Kalau boleh, nak je aku cakap, tak apalah, tak jadi nak duduk sini sebab saya rasa tempat lain perkhidmatan lagi bagus lagi mesra alam walaupun tempat tak seGAH dan tak mahal macam tempat kau nih!!!!

Ughhhhh... tak apa, tak apa, aku baik... aku baik.. aku marah kau kat sini je. Kalau kau baca besh sikit sebab nak bagi kau panas hati sampai menggelegak hati sebab aku kutuk kau.

Aku penat dah ni, barang tak habis punggah lagi. (-_-")



Tiba2 lapar balik rasa cam nak makan benda alah ni sebab turun naik tangga banyak2 kali macam kena ragging...heh



*To atip.... thank sangat sebab tolong aku angkut barang2 nih!! Kang aku belanja neslo... ^_^

Wednesday, April 7, 2010

Jangan lupa daratan


Sejak aku da masuk dalam dunia FB ni. Baru aku kenal macam2 ragam manusia. Dulu aku kuno sket (sket je!) sebab tak buat FB. Beria semua membe aku suruh buat FB. Aku plak buat2 bodo, buat2 telinga kuali. 

Besh sangat ke FB ni?? Sampai orang cakap boley tak ingat nak makan minum la, tidur apatah lagi, sanggup ni bersengkang mata nak layan FB, sampai  berjam2 duduk kat kerusi tu sampai lupa rupa2nya matahari pown da dua kali terbenam, sampai korang lupa nak siapkan esaimen esok nak hantar, sampai korang boleh bercucuk tanam bagai dalam tu. Kalau nak ikutkan, nak ke korang bercucuk tanam secara REAL punya. Konfem! korang tak nak punya.  Zaman sekarang ni orang nak kerja duduk dalam aircond je dengan kerusi empuk yang boley wat tidur. Mana nak, pegang cangkul tengah2 panas terik matahari atas kepala nih!!! (Aku ni memang suka betul ulang perkataan yang sama...heh!)

Sebenarnya, ada motif orang nak buat FB salah satu sebabnya, nak carik balik membe2 masa zaman hingusan dulu. Seyes! Memang aku jumpa. Macam program jejak kasih disitu tapi takdela sampai meleleh air mata. Yang beshnya, siap kitorang decide nak wat reunion lagi. Tak sabarnya!!!!!!!!!!!!!

Aku just panas hati je dengan certain2 membe aku ni. Memang sangattttttttttt annoying. Da berubah kot.  Bukan kot memang totally berubah! Aku tak nak cerita la siapa kan sebab tak baik mengaibkan orang.

Silala ingat asal usul kau tu. Tak payahla susah2 nak ubah diri sendiri. Kalau ubah diri sendiri ke arah kebaikan tak hape jugak. Ni tak. Kau memang pembajet gilos. Aku terus terang kat sini AKU MEMANG TAK SUKA KAU!

Kau ni memang kacang lupakan kulit! Ingatla kawan-kawan yang kau kenal dulu zaman kecik2, main sama2, gi sekolah sama2.  Kongsi cerita  sama2. Sama2 selekeh pakai baju. Butang baju pown tak betul, senget sebelah. Sama2 berdiri dalam satu barisan sambil semangat nyanyi lagu Negaraku kuat2 kalau suara tak kuat kena marah dengan cikgu. Sama2 kena tahan, sebat dengan cikgu. Bab2 kena tahan cikgu ni, aku tak termasuk eh, aku budak baik kot kat sekolah, tolong cikgu tahan budak tak reti bahasa nak ikut peraturan lagi... ngeeee~~

Bila tengok komen2 dia yang sangat annoy tu kat FB wat aku rasa jijik. Hamik ko!!!!! GRRRRRR!!!!!!! geram sungguh!!! Nak je aku bagitaw siapa mamat tu kat sini biar semua orang taw kau tu macam mana. Memang bagus kau tak ada dalam friend list aku! Wat semak je!

Aku harap korang sabar jela dengan manusia sebegitu. Jangan amik port la dengan setiap isi patah kata dia tu. Tak luak pown and tak berbekas pown. Nasib baik aku ni memang bukan kawan baik kau! Kau ada kawan baik ke??? 

Tak payah nak ubah diri sebab nak ikut orang. Memang betulla orang cakap takkan nak berada di takuk lama macam katak bawah tempurung tapi berubah tu biar bertempat jangan sampai kawan lupa kawan sampai jadi macam si tanggang tapi ni lain kawan yang tak ingat kawan.

Kawan-kawanku sekalian, sahabat-sahabatku sekalian,  jadi diri sendiri sudala. Tak hape nak berubah, tapi jangan berubah sebab orang lain. INGAT! berubah dengan seikhlas hati bukan secara paksaan.



* Banyak betul simpulan bahasa disini supaya nak KAU ingat simpulan bahasa cikgu ajar dulu-dulu.

Tuesday, March 23, 2010

Agak-agakla sikit kalau KAU tu pelepas


Ok.... kali ni aku guna term pelepas... tu je yang cam best ayat dia... aku memang anti dengan orang yang pelepas ni... pelepas ni cakap lepas la.... suka hati mak bapak datuk nenek KAU je nak sembur orang cam tu je... orang tu ada hati ada naluri ada jiwa ada hidung jugak... bukan KAU sorang je... kalau KAU rasa KAU da hebat tak pe la nak mengutuk mencaci orang pown... lagi2 kalau orang yang KAU caci tu, jenis yang tak membalas... lagila KAU dengan bermaharaja lela nak sembur dia...

Agak2 la sket manusia... bukan KAU sorang je atas muka bumi ni... ramai lagi... selalu orang macam ni memang ramai tak suka walaupown dalam hati, bangga KAU ramai kawan... tapi sebenarnya kawan2 KAU tu terpaksa menerima KAU sebab rasa simpati kat KAU sebab rasa KAU ni perlu ada kawan supaya KAU tak lebih lagi jadi pelepas tahap dewa tertinggi.

memang ada jugak orang cakap... bagus gak jenis yang cakap lepas... senang nak sound orang, kalau macam tu takpe la... memang KAU buat kebaikan sebab da tolong orang lain supaya orang tu ingat sampai bila2 kata-kata semburan KAU supaya dia insaf tak buat lagi... yang ni memang aku nak join sekaki je rasa ... tapi aku ni pelepas lembut la (ada eh camtu...layan~~) bukan cam orang lain yang pelepas kaw2 punya... 

Jagalah hati kawan anda! kalau anda rasa dia buat salah, tegur baik2 bukan dengan cara semburan yang berapi2... patutla aku selalu tengok, banyak persahabatan yang putus tengah jalan sebab anda tidak reti bahasa nak jaga hubungan tersebut... kadang-kadang musuh atau pengkhianat lagi bagus dan terbaik dari kawan sendiri! Our life cannot alive without friends...

OK ... sekian sahaja... terima kasih sebab baca!


*siapa yang makan cili dia yang rasa pedas, even KAU tak makan cili pown still rasa jugak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...