Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Seyes! aku tak saba giler nak balik rumah



Kalau nak ikutkan hati, minggu ni jugak aku nak balik. Lepas tu ponteng je kuliah 4 hari sebab lepas tu ada cuti seminggu. Seyes gwa tak sabar bai! Lu orang sabar la sebab dah selalu balik rumah. Aku jeles giler dengan rumet aku. Tiap kali weekend memang tak akan melekat la dekat bilik. Memang tinggal aku sorang sorang dalam bilik, jangan sampai aku jadi macam hantu mak limah dah la. Sedap ke weyh cerita ni, mana mana aku pergi, even dalam bas rapid pun nak cerita pasal mak limah ni. Bagus sangat ke sampai sana sini orang cerita. Tapaham aku.


Aku ni kalau cerita melayu memang outdated la. Cerita korea aku outdated ni kan cerita melayu. Lagi haram. Malas aku cerita panjang. Korang jangan bagi aku start menaip, kang kalau print taipan aku ni maw 10 pages dapat kang. Hantar dekat pertandingan menulis karangan mana tahu boleh menang. HAHA


Aku rindu family aku. Itu je. Orang lain aku tak rindu. Pergi main jauh jauh. 



antik tak gamba? saje je aku nak bagi nampak macam aku dah lama tak jumpa diorang.


Yang dekat sebelah tu akak aku. Jangan tanya kenapa muka aku dengan dia tak sama. Aku penat lah nak jawab. Korang tanya mak aku lah dia mengidam apa dulu sampai aku comel macam nih. hahahahahaaha. Yang muka taknampak mulut tu, adalah satu satunya adik perempuan aku dan tak ada yang lain selain dia sahaja. Bukan aku sengaja crop, dah gambar ni amik macam ni. Aku ni bukan photoG yang hebat amik gambar sendirik-bajet-sume-dapat-masuk-kan. Dia baru lepas habis SPM. Nak ngurat, pergi tanya dia sendirik dah berpunya ke belum. Yang lelaki sebelah aku tuuuuuuuuuuuu....



 ni kat bawah ni gambar dia



Mana mana tempat aku bergambar, mesti ada budak kecik ni, tapaham aku. Suka betol ngendeng dekat akak dia yang comel ni. Ko tu comel sebab amik gene akak. Ingat tu!




Hati wa dekat rumah, badan wa dekat sini




Thursday, December 30, 2010

Nak celebrate new year dekat rumah



Aku dekat rumah dah ni. Korang tahu tak, aku balik tadi takdapat duduk langsung. Naik rapid, naik ktm, naik bas memang tak duduk. Lepas tu, dapatla duduk sekejap je masa dekat dekat nak sampai bahau tu. heh. Letih mak nokkkss. Aduh! Memang sakit kaki wa cakap sama lu. Da la kaki aku tengah gatal gatal ni. heh. Tiba tiba je ada ruam ruam merah. Gatal woooo, kalau aku garu dengan kadaran yang terus tanpa songsang songsang memang boleh melecet ahhhh. ishhh!!!



korang tahu tak aku tertinggal menatang ni dalam keta nana. cis!! cis!!



Korang tahu tak menatang apa tu. Budu tu wei, buduuuuu. Giler feberet aku tu. Dah lama dah lidah aku tak rasa benda alah ni. ish! Tapi sesampainya aku kat umah, aku tengok ada botol budu atas meja. Halamak, rasa macam nak meloncat macam beruk je. Aku pun apa lagi, basuh tangan, amik pinggan, cedok nasi penuh sepinggan, bubuh lauk, amik budu sket. fulamakkkkkkk, rasa nak nangis dapat makan budu. HAHA. kempunan punya pasal. Lepas tu, aku tambah lagi sepinggan nasik penuh.


Perghhh, memang aku dah tak pikir dah bape banyak lemak aku nak ternak nih. dah la haritu baru timbang, terkejut aku dalam guardian tu bila tengok berat. cis!! Orang sekeliling gelak je. cis! Lek lu der.. lek luuuu... macam tak bese berat 51kg. lek ahhhh.. takde hal lah. Bukan susah pun nak turun balik. Berlagak giler! heh. 



 before balik rumah tadi, makan laksa lagi. yeay!!




 cendol jugak



sedap weyhhhhhh!!



Korang kalau datang bangi, singgah la makan laksa kat sini. Kalu budak ukm tak tahu pasal laksa ni, takyah mengaku la ko student ukm. Popular kot benda alah ni. Gerai dia biasa biasa je. Dekat dengan hutan ukm. Kalau korang tengah dok menjelajah hutan tu, tiba tiba tak jumpa jalan keluar, try la carik bau laksa, kejap lagi jumpa exit tu. kehkehkeh. Best makan kat sini sebab surrounded dengan hutan kat sebelah dia. kalau panas tu rasa sejuk je.



Dah bape juta kali dah aku makan kat sini. Tak muak pun. Seyes! Bila lagi la dapat makan. Aku ada sem ni je. Bape bulan je lagi. Mana lagi aku nak carik laksa sebaik dekat sini. heh



 tengokla sampai atip pun teruja.. bila la dapat makan sama sama lagi





olololo, comelnya.. mana datang hangin ntah budak ni tiba tiba ajak makan laksa. heh




aku taw la najib bagi cuti. soooo, korang yang balik kampung nak sambut new year tu bawak slo slow ye. berhati hati di jalan raya.
 comel signboard ni taw tak! kabur la yang slow la tu.



Dah lah dalam bas nak balik rumah tadi berdiri, pehhh pak cik tu bawak macam roller coaster. cis! Nak terkeluar sume barang barang dalam beg aku nih. Nasib tak eksiden je. Aku dah mengucap banyak kali dah dalam bas tu.


Thursday, November 4, 2010

My wise lil bro, wishing you a happy birthday

Apa aku nak cerita sempena birthday adik aku yang sorang nih. Eceli, aku memang tak rapat sangat dengan dia. Dalam banyak banyak adik aku, ceh.. macam banyak sangat la pulak adik aku nih!, dia paling senyap sekali. Dia tak banyak cakap. Orang gelak dia gelak, orang marah dia lagi senyap la. Just follow the flow lah gitu kan.





Lagi satu, dia memang dengar cakap. Kalau aku suruh dia buat something dia akan buat, tak kira la cepat atau lambat. Bagus budak ni. Dengar cakap. Kehkehkeh.


For my lovely lil bro,


 ada rupa tak? hihi



Happy birthday
wish you all the best untuk SPM tahun depan
kurang kurangkan la main game tu ye. ish!
Semoga dilindungi Allah selalu





*Dulu kau kecik je, aku boleh buli buli, tapi setiap kali aku balik rumah, tinggi melangit. Galah pun kalah.

Saturday, October 30, 2010

Aku sayang kakak aku




Harini birthday kak ain. Kakak aku. Aku ni ada kakak rupanya. Baru aku sedar. wakakakaakaka. Eceli, aku tak rapat sangat dengan akak aku ni, sebab selera aku dengan dia jauh berbeza. Sangat sangat jauh. Jauh panggang dari api tapi kadang kadang api pun lagi dekat dari panggang taw berbanding aku dengan akak aku nih. ish ish ish. Nak buat cemana kan, orang cakap kalau minat dah lain lain letak sebilik ke letak sebelah ke boleh wat dunno je. HAHA.



Akak aku, tu bukan anak dia, cousin dia. Aku tak saba nak tunggu anak dia. Kawen cepat weyh!



Aku kecik kecik dulu selalo gadoh dengan dia, aku tarik rambut dia, dia tarik rambut aku. Well, tu masa kecik kecik la, skang ni kalo tiba tiba rasa nak gaduh tak ada lah sampai tarik bagai nih. hahahaaa. Setakat perang mulut biasa je. Alah, takkan korang tapernah gaduh sesama sedarah sedaging. Mesti ada punya. Gaduh banyak banyak mana pun korang nak, las las, makan nasik minum air lauk sama je kat umah tu. Air dicincang takkan putus kan kan kan. Aku sayang akak aku weyh. Walaupun aku selalu gaduh dengan dia, tapi dalam hati still sayang dia lagi. Cuma kadang kadang rasa dia macam adik aku je. opppssss


Halamak, kalau dia baca ni, menitik nitik air mata kau sebab dengar luhan hati ke hati adik ko yang selalo ko carik gaduh ni. Mesti ko nangis peluk peluk bantal sebab adik yang kau selalo gaduh ni lah sayang kau sebenarnya. HAHA.


ekau ni memang sempoi laaaa...
lagi satu, dia ni memang suka pakai baju kurung, ko bagi dia jeans memang dia tak pandang la. Memang awal awal tolak tepi lah, sebab tu kalau aku nak pakai baju kurung, aku sebat je dia punya. Korang nampak je dia kecik, tapi mak aku selalo buat baju kurung untuk dia, mesti saiz besar sebab tu aku muat. Terbaikk la mak, nanti buat besar besar taw, nanti adik dia boleh pakai. hak3.



Aku salute akak aku ni satu benda sebenarnya. Dia sangat tak kesah kalau nak belanja adik adik dia. Even, dia tengah pokai, dalam dompet ada singgit je pun, dia tetap akan belanja adik adik dia. waaaaaaaa... Kakak aku baiklah sebenarnya. kahkahkah. Cuma satulah, dia ni boros yang amat. ish. Bila nak berubah nih. Cepatlah ekau habis belajar, cepatlah ekau keje, den tak saba nak paw ekau nih. 



sekali celebrate beday adik aku syafiq. beday dia 4/11.








to my sis,
HAPPY BIRTHDAY
semoga murah rezeki,
dilindungi Allah selalu
cepat cepatlah kawin
den tak saba nak ada anak buah ni
wakakakakaka



seyes nampak macam aku kakak dia. wuhuuu~   =_="



Friday, October 8, 2010

Happy birthday mummy




Tadi baru lepas kol mak. Alasannya nak wish birthday dia. Air mata aku bergenang sebab dah lama tak cakap dengan dia. Dah lama tak bersua muka. Dah lama tak balik rumah. Rindu! Aku jarang kol mak, tapi ketahuilah ibuku, anakmu ini sentiasa mendoakan kebahagiaanmu. Kamu sentiasa dalam ingatanku.


Mak cakap tak apa. Belajar lagi penting. Waaaaaaaa... lagi sedih! Aku takut untuk menghadapinya.



Comel. Ini emak aku. Like emak like anak. ^___^



Happy birthday emak!
Moga kamu sihat sentiasa
Murah rezeki
Akanku balas jasamu satu hari nanti


i miss you mom


with love,
adik aty



Sunday, October 3, 2010

Happy birthday my big bro


Ceh, entry macam nampak aku nak wish beday abang aku je. HAHA. Eceli, harini beday adik aku, hilmi. Aku just called dia army je. Bajet nak macam ala ala army betul betul je ko suh den eja cam tu kan. 


Dalam banyak banyak (ceh, banyak la sangat) adik beradik aku, aku rapat dengan dia. Beza umur pun setahun je. Nasib baik dia tak lahir bulan 10 tahun yang sama dengan aku, kalo tak dah kembar dah tu. Wahah! Aku dulu berangan nak ada kembar, nampak macam seronok je sebab benda kita buat, kita pakai semua sama. Macam ada klon pulak. hihi.


Disebabkan aku tak ada abang, so aku dah anggap dia macam abang aku, walaupun ko macam adik aku je, ala ala budak hingusan. Aku banyak kongsi masalah dengan dia. Orang kata sharing is caring kan, so aku banyak share dengan dia lah. hihi. Abang tak ada, adik pun jadilah. 





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20
SEMOGA PANJANG UMUR
BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
MURAH REZEKI
 Kalau murah rezeki, boleh belanja akak ko yang sengkek ni. Adeh!




 


BELAJAR RAJIN RAJIN
KO AIM DEKAN KAN SEM NI,
HARAP HARAP DAPAT LA YE.. Wahah!
 GOOD LUCK ADIKKU!!
I LAP U BERY BERY STRONG... HAHA
 
 

Monday, September 20, 2010

Kisah malam raya & 1 syawal



Lepas habis berbuka je, terus aku tercongok depan TV. Alasannya, aku nak tengok pengumuman raya. Aku tak mahu terlepas! Bagi aku, pengumuman raya itu adalah satu agenda yang sangat penting dan perlu di masukkan di dalam diari kehidupan setiap tahun. Sesiapa yang tak tengok pengumuman raya, sangat rugi! rugi! Tahu kenapa? Sebabnya, korang takkan jumpa lagi pengumuman seperti ini. Korang kena tunggu setahun lagi untuk berjumpa dengannya. Wahah! itu, bukan alasan yang kukuh! ;p


ishh, korang ni, bagi aku lah, kalau tak tengok pengumuman raya tu, rasa macam raya tu tak ada feel la, macam ada something wrong. Paling koman pun, korang dengar je da cukuplah.


Cepat! pergi hamik pen, conteng dekat kalendar 2011, korang nak tengok pengumuman raya. Masalahnya, kalendar 2011 dah ada yang produce ke? kahkahkah. Korang gunakanlah cara apa sekalipun, asalkan raya 2011 korang MESTI TENGOK pengumuman raya.


Punyalah lama aku tunggu bila dia nak umumkan, sampai aku rasa nak terberak pun aku tahan dulu. Korang tengok betapa gigihnya aku nak tengok sampai rutin harian aku hold dulu semata mata nak tengok rutin tahunan. haih. Jangan tiru aksi aku ye, kang tak memasal, berak yang dari 5 minit, bertukar jadi 5 jam kang gara gara korang tahan berak lama sangat, so tak jadi nak berak, postpone pulak untuk esok, las las berak keras. Wakakakakaka. Tak pasal pasal aku cerita pasal berak. btw, lepas aku dengar pengumuman raya tu, aku terus pergi berak lah. KAHKAHKAH.


Dan seperi biasa malam raya macam ni, kitorang kemas kemas rumah siapkan mana yang patut, tak payah siapkan mana yang tak patut, contohnya assigment! Motip sangat nak buat assigment waktu waktu macam nih. Kang tak memasal jadi stress kang.


Tengah tengah dalam kesibukan menyiapkan persiapan raya, terdengar satu suara comel yang gemersik lagi merdu di kejauhan.............



"Emakkkkkkkkkkkkk!!! adik aty lupa beli tudung raya."


"Macam mana ni mak????"



Emak aku dah hangin dah time nih!! Saje je anak dia nak bikin panas kan. Terimo yola omak, den ni memang macam ni.


Inilah salah satu rungutan yang mak aku terpaksa terima di malam raya. HAHA.


Aku dah gelisah dah. Habis aku tawaf satu rumah bagitahu semua mahkluk yang wujud dalam rumah itu bahawasanya aku terlupa nak beli tudung. Maksudnya di sini, aku bukan terlupa, aku bajet macam nak pergi beli lambat lambat sikitlah, malas nak beli awal sangat. Yang aku nih, memang dah nak nyawa nyawa ikan nak raya dah baru pikir nak beli. adeh!


Habis aku kena lecture sekali dengan mak aku. wakakakaka. Aku apa lagi, pergi geledah almari baju mak aku. Tengok kat bahagian tudung, aku selongkar satu satu. Mak aku tak tahu. hihi. Masa tengah tengah dok cari tu, tiba tiba................


jeng jeng jeng..............





jeng......... jeng........





jeng..........................................




wakakaakakaka... saje bagi saspen.




Aku jumpa satu tudung lama corak corak. dan aku rasa itu bukan tudung lama sangatlah, aku tapernah tengok pun mak aku pakai tudung ni. Nampaknya, anak dia yang comel ni lah yang pakai...;p



haaaaaaaaaaaaaaaa... comel? comel? comel tak? ;p




tengok dari gamba nih, nampak macam aku bau songkok adik aku kan. haih. -_-"



Masa ni, baru balik dari kubur, rupa rupanya, dah 8 tahun arwah wan tinggalkan kami dan sudah 9 tahun arwah atuk tinggalkan kami. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. amin.



ini anak cousin aku, wani. soooo, kira dua pupu aku lah. kupu kupu pun bolehlah.





yang pakai baju merah mak ngah kat belakang tu, sepupu aku, kak ayu. eh kejap, dia memang anak mak ngah aku pun. kebetulan!



Korang agak agaklah, padan tak dengan baju raya aku yang kaler peach ni? Kejap aku tengok ok je, kejap macam tak! Takpelah, aku belasah je pakai. Asalkan aku ada tudung, itu kira tudung raya la jugak kan sebab baru first time pakai. hihi.



Dah! itu je nak cerita sebenarnya. wakakakakakakaa.




fyi, tahun ni, family aku tak balik kelantan. SEDIH! dah dua tahun dah tak dapat balik.T__________T

Sunday, July 25, 2010

Happy birthday my dear adik




Harini hari kelahiran adik aku yang bongsu ke 12 tahun. Sudah besar rupanya ini budak. Setiap kali aku balik rumah, mesti dia ukur ketinggian dengan aku, tengok siapa lagi tinggi. Well, tinggi aku lagi lah kan. hihi. Rilek adikku, beberapa tahun lagi, kamo tinggi melangit lah, macam adik adik aku yang lain. Geram! Aku pendek. cis!



Muhammad Al-hafizi


Kalau aku dekat rumah, mesti dia duduk dekat dekat dengan aku tanya kerja sekolah. Kadang kadang, aku yang kena buatkan kerja sekolah dia. adeh! Aku suka bila dia dapat homework buat karangan, dia akan set masa, buat sepantas kilat supaya tak kalah dengan masa and he always done with it.


The fact is dia memang suka bergambar macam aku. Like akak like adik kan. Very very camwhore.







Ok lah adik sempena hari baik ni, i wish


Belajar rajin rajin, make your parent proud of you.
Good luck untuk UPSR, kak aty tahu adik boleh buat! Gambatte!!
May Allah always bless you
Kak aty sayang adik



Bila tengok gambar gambar dia, aku rasa dia dah makin besar, bukan macam dulu dulu aku selalu dukung, air milo aku kena buat, telur aku kena gorengkan. Pergi tandas aku temankan. Sekarang ni semua dia buat sendiri.



Rambut sekarang mana main sikat tepi, dah terjongket jongket dah.
Rambut memang always keras!



You're roxxxx!!!




i loike this pic.
Matang giler muka ko adik



Friday, July 9, 2010

Budak kecik pun tahu.........

Harini aku nak buat entry comel boleh tak? Nampak sangat tak ada kerja nak mengarut apa.



Ini budak kecik.





Budak kecik pun tahu solat itu tiang agama.




Budak kecik pun tahu kalau solat jemaah dapat pahala 27 kali ganda





Budak kecik pun tahu melepak




Budak kecik pun tahu hamik gamba dekat cermin.




Budak kecik pun tahu nabil tu raja lawak. Lawak ke? Boleh laaaa




Budak kecik pun tahu apa itu cinta. Belajar dulu budak2 semua. heh




Budak kecik pun tahu pakai spec besar2, letak kat kepala




Budak kecik pun tahu macam mana nak buat kakak dia gelak




lagi



dan lagi



Dahlahhhh, memang sah2 aku mengarut. Geram aku tengok pic adik aku ni. Nasib kau lah adik, sape suruh letak gamba dalam lappy akak. HAHA



Saturday, June 26, 2010

Jom bakar lemak

Aku dekat rumah sekarang. Seronok! Petang macam ni, adik aku ajak main badminton. Bila tengok adik2 main badminton, teringat zaman kecik2 dulu, setiap petang lepas balik dari sekolah agama, mesti kumpul semua jiran2 main sama2 dan salah satunya main badminton.





Rupanya badminton, tidak luput ditelan zaman. Masih lagi ada yang main walaupun nak kira usia, memang lagi tua dari aku. heh


Ok adib, aku rindu kau


Jangan lupa bersukan untuk jaga kesihatan. wakakakaka. Lagi satu, taknak gemok, bersukan lahhh, geram je kalau duduk rumah, asyik kumpul lemak.


Ok lah, aku nak pergi main badminton. weeeeee~~

Sunday, June 13, 2010

Kenapa aku rasa macam sudah lama tak balik rumah.


Yeay!! Aku kat rumah. Home. House. Tempat tinggal. Tanah tumpah darah. Tempat aku main guli, tempat  aku main getah, tempat aku main kejar2, kau jadi polis aku jadi perompak, kau kejar, aku lari, kau lari...., larilaaa, aku malas kejar. heh. Tempat aku membesar dari pendek kepada panjang. Daripada gemok kepada kurus. hiihi . Apa lagi.. apa lagi.


Kau orang tahu!! Sampai rumah je, ada sepinggan karipap mak aku buat. Giler mabelles. Sebab bagi aku rumah ni heaven makanan, walaupun rasa macam tak ada makanan, aku akan geledah jugak, paling koman pown aku dapat sisa2 biskut, kenyang makan dengan teh o panas time hujan2 ni... weeeee~~ Ok, atip, aku sudah terpengaruh dengan gelak kau. heh


Mak!! Lepas ni nak nasik lauk sardin. Nak ikan bilis goreng. Yang penting nak nasik lemak!! Sangat mengidam nasik lomak sekarang ni. Mak punya nasik lomak yang paling terbaikkkk pernah aku rasa.


Mesti adik aku gembira sebab aku bawak balik lappy dia. Aku pinjam lappy dia sekarang ni sebab laptop aku masuk ICU. Ada ke patut orang yang repair laptop aku tu cakap skrin rosak sebab aku letak little2 froggie kat laptop banyak2, jadi dia tak boleh nak tutup rapat. heh


Tidak!!! Mahal dow aku beli little froggie tu... Terpaksa buang macam tu je... T_______T. Eceli, masalah kecik je kot, takkan sampai wayar putus. Aku rindu laptop aku, tak sabar rasa nak godam laptop aku. Habis laptop adik aku ni aku kerjakan. Mampus aku kalau ada cacat cela. Sudah la adik aku ni alert giler pasal laptop dia. Harap2 dia tak perasan apa2. Boleh aku pinjam laptop dia lagi...;p


Oklahhh... gwa mau tido dengan bantal busuk. Mesti sekarang dia wangi, esok pagi mesti busuk balik. HAHA


Friday, May 28, 2010

You're my hero




Selamat Hari lahir ayah
You're my true hero
Moga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki
Sihat selalu



He's my dad


Korang semua nak tahu tak ayah aku sangat garang dulu. Sebab tu la aku tak rapat sangat dengan ayah aku. Tali pinggang, hanger, rotan, semua tu aku pernah rasa masa kecik2 dulu. Korang pernah ke? Pernah ke?  Disebabkan aku ni seorang yang degil dan tak dengar cakap, memang aku selalu kena dengan ayah aku. So, aku memang sudah lali. 


Ayah aku memang tak manjakan anak2 dia. Dia nak anak2 dia berdikari. Kalau nak bandingkan ibu bapa sekarang dengan yang dulu. Jauh sangat berbeza, ramai yang terlalu manjakan anak2 mereka sampai anak2 boleh pijak kepala.


Kadang2 masa kecik2 kena rotan ke hape, mesti pikir ayah sudah tak sayang aku. Tapi bila sudah besar gedabak macam ni, aku rasa memang patut ayah buat macam tu supaya aku ni tahu buat kerja, tahu berdikari, tak bergantung dengan orang lain.


Sekarang ni, bila masing2 semua sudah besar sikit, ayah sudah tak garang sangat. Sudah cool!!!! ^_^



TERIMA KASIH AYAH
kerana tahan dengan perangai anakmu yang degil ini







SAYA SAYANG AYAH SAYA



Sunday, May 9, 2010

She's the one who bring me to this such a wonderful life

 
 
 
Happy mother's day mom!!!



She's my mom


Untuk mak aku yang tersayang, Selamat Hari Ibu, mak!! Kamoo insan yang sangat aku sayang, sangat aku hormat, sangat aku hargai.


Pengorbanan kamoo terlalu banyak. Kalau cerita 1 hari pown tak habis.


My mom:-

First of all
MAK AKU CANTIK!!!!!

Rajin 
(Adeh! hope aku rajin macam mak aku)

Pandai masak
(Aku akan berguru dengan mak aku suatu hari nanti)

Pandai menjahit
(Aku pernah belajar menjahit dengan mak aku, tapi part menggunting baju aku fail.. tsk...tsk..)

Sangat pentingkan agama.
(Satu rumah bergegar kalau kitorang tertinggal solat or malas nak mengaji)

Pandai mengaji
(Dia sangat teruja kalau ada pertandingan tilawah)

Sangat pentingkan pelajaran anak2 dia.
(Sebab tu lah kami adik beradik pandai2... yeay!!!)


Mak aku memang kuat berleter.. adeh!!



Aku tak sabar nak berbakti dekat mak aku pulak. Supaya dia tidak bersusah payah lagi uruskan kami adik beradik yang degil2 nih..heh.


Mak aku comel taw, dia suka curik2 tengok apa aku buat dalam bilik, ataupun lebih tepat lagi, dia suka curik2 tengok aku study. Mak aku pown pandai stalker2 nih..kehkehkeh..



i love you, mom



*Aku buat kek coklat untuk mak aku. Nanti aku cerita kat korang eh cane nak buat.

Thursday, May 6, 2010

Duduk rumah memang tak tahu nak buat apa


Yeay!!! Akhirnya.. Aku sampai jugak di rumahku yang terchenta.. hehe.. gumbira sekejap tapi busaaaaannnnn... wawawawawawa... seyes tak tahu nak buat apa. adeh!!



Tak senang duduk aku kat rumah ni gara2 tak dapat nak online. Wayar telefon rumah aku putus. Sekarang ni sudah ok. Aku suka. Bila orang telekom sambung je wayar tu balik, laju2 aku hapdate blog ni.. wakakaka..



Oleo.....*tiba




Tiba rasa macam adik2 aku suda tinggi gedabak.. waaaaaaaaaaaa.. macam mana adik boleh lagi tinggi dari akak dia.. owhhh tidakkk..  Korang makan apa nih adik2ku!!!



 Ko muda lagi tapi nampak cam sudah meced



Tak boleh nak upload gamba banyak2 la. Tenet slow.. T_T  Then, dapat jumpa kucing kesayangan. Lama da tak jumpa.



Ini kucing. Nama dia Mikayau. Nape mikayau? Tanya adik aku lah, mana dia dapat. heh



Sampai je dekat rumah, terus aku isi perut banyak2 sampai dua pinggan penuh aku melantak. HAHA. Heaven!! Memang berat badan aku naik macam dipam2. Haritu jumpa membe sekolah, dia cakap aku sudah gemuk.. Waaaaaaaaaaaa.. Tak boleh dietlah dekat rumah. T__T Godaan.. godaan..




*Aku tak boleh nak jelajah blog orang, sebab internet slow giler. Aku makan lagi laju tahu! Adeh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...