Showing posts with label hobbilicious. Show all posts
Showing posts with label hobbilicious. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Dapat jugak aku melempiaskan keinginan untuk karok selama 3jam




Aku dengan wani dah lama plan nak karok sama sama, akhirnya dapat gak karok dekat metro point. 1 kepala rm10 untuk 3jam. Berbaloi baloi. Sejuk bekulah aku dalam bilik tu dengan kekuatan aircond yang sangat tinggi tidak setanding dengan cuaca di luar. Diorang ingat kita ni ikan ke nak letak dalam ais biar tak reput di telan zaman. heh


Aku tak hamik gamba dalam bilik karok tu sebab eksaited nak nyanyi je sampai tak ada masa langsung nak bergambar, karok lagi penting tahu.


Lepas tu, tiba tiba sakit sakit badan sebab dah terlompat lompat dan terkinja kinja dalam bilik karok tadi kan. Jumpa je kerusi urut terus duduk tanpa memikirkan orang orang di sekeliling yang aku tahu mereka nak jugak duduk dekat kerusi tu tapi malu sebab dia open giler, semua orang boleh pandang keterujaan korang dengan duduk di kerusi urut. Sambil di dalam hati mereka berkata, "macam best je kerusi urut tu, budak tu macam feel giler." HAHA



rasa nak angkut bawak balik rumah



 rm1 = 3minit



 kan betol aku cakap feel giler, tengok wani sampai dah ternganga mulut da.. kahkahkah




 tengah feel ni, rasa macam ada gundik tengah urut badan gwa



Lepas tu, kitorang pergi makan dekat kopitiam.



















 asal aku rasa sejak dua menjak ni, gambar aku sume nak ayu ayu, aku tak ayu weyh, aku brader. alalalalalla~



ini adalah cenderamata before pulang. Kami sematkan di dinding kopitiam supaya bila dah bercucu dan bercicit nanti bolehlah war warkan pada mereka, nenek dia yang comel lagi cool ni pernah datang buat liputan jalan jalan carik makan dekat sini. HAHA



Lepas ni nak try karok sampai setengah hari la. Agaknya keluar dari bilik terus beku.

Tuesday, February 22, 2011

Dah 2 kali pergi danau tapi tak dapat swim. cis!

Bukan takdapat sebab orang kat sana tak bagi swim. Motif budak comel macam aku orang nak menidakkan malah mestilah kena mengiyakan dan menyetujui segala niat dan permintaan aku. haha.



 rasa macam nak terjun je tengok pool tu =.="



Masa first time gi pun dah lambat dah sampai sampai pun dah nak dekat pukul 7 sebab kat sini dia tutup pukul 7. so, tak sempatlah nak menunaikan hajat yang suci murni ni. Kali kedua pulak, memang sah sah dah lambat sebab before tu hujan so memang dah bajet takdapat mandi tapi nak datang jugak. Lagipun aku rasa nak beriadah, jalan jalan cuci cuci mata dalam ukm ni best jugak. Banyak free show. HAHA.





 dan 2kali jugak pergi dengan atip, dua dua takdapat berenang. tapi atip da pernah swim da. Aku pun nak jugak. nakkkkkk!!



Kalau kali ketiga takdapat swim jugak, aku rasa aku patut bukak tempat swim sendiri




Saturday, June 26, 2010

Jom bakar lemak

Aku dekat rumah sekarang. Seronok! Petang macam ni, adik aku ajak main badminton. Bila tengok adik2 main badminton, teringat zaman kecik2 dulu, setiap petang lepas balik dari sekolah agama, mesti kumpul semua jiran2 main sama2 dan salah satunya main badminton.





Rupanya badminton, tidak luput ditelan zaman. Masih lagi ada yang main walaupun nak kira usia, memang lagi tua dari aku. heh


Ok adib, aku rindu kau


Jangan lupa bersukan untuk jaga kesihatan. wakakakaka. Lagi satu, taknak gemok, bersukan lahhh, geram je kalau duduk rumah, asyik kumpul lemak.


Ok lah, aku nak pergi main badminton. weeeeee~~

Monday, June 21, 2010

Picnic dekat jeram toi sangat seronok!



Okeh, aku sambung balik lepas entri sebelum ni. Keesokan paginya kitorang dijemput oleh aimi pagi2 buta. Pagi2 lagi sudah hon depan rumah. Nasib baik aku memang eksaited, sudah siap awal2 taw, siap tolong goreng kentang dengan siapkan perasa untuk bbq tapi yang ni mak aku buat lah. Terima kasih mak, tolong anakmu ini supaya dapat makan ayam bbq dengan lebih sedap bila mak buat perasa ayam tu. hihi




Jeram toi... here we come
Aku tak ada dalam gambar ni...T_T



Ini muka eksaited bila kau orang sampai. Well, aku sudah pernah datang sini malas je nak kecoh2...;p



Mula2, aku ditugaskan untuk carik port sebab aku tahu kan. Hoi, budak lelaki semua kau orang pown tahu tempat ini memang sengaja mahu aku panjat dulu. Last2 aku hamik port paling atas sekali. Rasakan korang semua kena panjat sampai atas. Sape suruh datang lambat.


Eceli, kitorang sudah boleh sampai awal tapi disebabkan semua guys ni bangun lambat gara2 main futsal sampai 2 3 pagi. Apa jadahnya korang main futsal sampai tak tido then tengok world cup kalau tahu esoknya nak berjimba. Adeh! Ni nak marah ni!!


Sampai2 je, port dekat air terjun sudah ada orang reserved. Ni yang haku tak suka ni. Naseb baik aku carik port cantik punya..hihi


Then. terus bentang tikar. Keluarkan semua lauk pauk dan makaaaaaaannnnnnnnnnn.. Aku melantak dulu la, penat tahu!! Nanti makan lagi. kah3




Semantara aku makan, diorang yang lain siapkan tempat bbq. Cian korang ye, sampai hitam tangan kena arang, aku tolong tengok je...;p

Tak hape aku tolong korang cocok hot dog ye.. weeeee... Pandai aku cocok, ada macam jambatan tak. Boleh la tolong semut-semut lalu nak rentas sungai...*tiba



Sudah penat, muka panas tolong diorang masak,  aku sudah tak tahan dah tengok air terjun tu macam memanggil manggil aku pergi dekat dia. Aku pun apa lagi. Terjun!!!



Pssssstttt...psssssssttt, korang korang meh sini aku nak cerita, aku main2 air tak tolong diorang tu masak ayam ada  sebab sebenarnya, aku dengan budak2 kecik semua ada niat suci murni nak kacau pasangan2 couple yang sengaja nak free2 bikin dosa, saje2 buat free show dekat situ tak payah susah kitorang susah nak pergi tengok dolphin buat aksi. motif dolphin? hihi


Kau orang ni tak tahu malu ke haaa?? Budak2 kecik pun geli tengok kau orang ni kan aku yang besar gedabak ni. Kitorang apa lagi pergi tempat diorang mandi, kacau diorang... wakakaakakaka. Pasangan pertama tewas sampai naik ke darat kau. HAHA. Padan muka!


Pasangan kedua sipi2 hampir nak berjaya sebab diorang buat maksiat dekat bawah jambatan. Sooo, kitorang decide just tengok diorang secara beramai2 je supaya diorang rasa malu sikit. Ish3, malu la sikit, budak kecik tengok ni.



Aku tak pahammmm... tak pahammmm.. kau orang ni memang tak tahu malu ke hape? Aku mengucap banyak2 kali tengok manusia zaman sekarang. Mintak jauhlah ye kawan2. Seronok agaknya buat maksiat dalam air. ish3.. Setan je semua tuuuuu!!!


Bila misi sudah berjaya kitorang tukar port mandi dekat bahagian bawah. Kat sini ada air terjun. Besh sikit. Seronok tak tahu nak cakap apa la. Tiba2 tengah mandi nampak katak gemok gedempol!! Perghhhh, orang cina yang mandi banyak tattoo tu mesti rasa nak tangkap, panggang, buat makan. heh. Nasib baik aku sudah blahhh awal2 time tu.


Orang mandi dengan katak, kitorang snap gamba la... yeay!!














Sudah penat, makan lagi, bergamba lagi











Then sampai manusia2 ini bawak tempat bbq. wth, kitorang sudah siap masak baru korang sampai.ish2. Siap bawak tempat masak ayam bbq lagi.


Aku bedal semua ayam korang, sape suruh datang lambat. heh. Nasib kau oranglah dapat kawan kuat makan macam aku ni. Rasalah kau orang kaki ayam.. wakakakkaaa.








Lepas mandi jeram, korang makan kat kedai. Adeh!! memang kebulur mereka ini, lepas aku bedal ayam diorang. HAHA


Yang penting, aku sangat seronok hari tu, lupa semua masalah yang terbeban di dada. Rasa dunia ini luas dan banyak lagi aku belum teroka. Aku wish nak pergi pulau la lepas ni.


Thanks u ollllz for the great weekend!! ^_________^



Thursday, June 3, 2010

First time aku bawak motor ada clutch



Aku teruja giler petang tadi sebab for the first time ever, aku belajar bawak motor ada clutch. Dan.. dan.. dan.. aku berjaya bawak, pusing2 satu ukm. HAHA. 


Korang jangan ingat aku tak reti bawak motor. Aku reti taw tapi selama ini aku bawak motor biasa je takde clutch2 ni. Susah giler kau bawak motor ni. Asyik mati tengah jalan je. Berpeluh satu badan nak bawak. heh


Jumpa pak cik polis, buat senyum paling menawan sebab takut kena tahan sebab tak pakai helmet. Selamat.. selamat!!!



Aku pakai seluar kat patung beruang sebab aku teruja sangat sampai tercabut...;p



Yang aku tak sangka, boley atip bonceng motor yang aku bawak ni. Berani ko atip naik motor dengan aku. wakakakakaka. Sayang ko lebih la atip sebab percaya aku.. hihi


Lepas jalan2 pusing2, kitorang pergi tengok sunset kat tasik kejut.


Lawa siot!!



Masa ni, kitorang terpaksa set masa nak hamik gamba sebab kitorang datang berdua je...;p
Gambar aku spoil, macam nak berlari je.. heh



Aku suka gamba yang ini sebab lampu tu comel, lampu je bukan atip. HAHA



Nampak macam pasangan kekasih tak?? Wakakakakakaa...;p



Ini pown cantik!!


Ingat nak hamik banyak2 lagi, tapi langit sudah semakin menggelap, menandakan semua setan setan akan keluar, so kami terpaksa laju2 start motor balik. Lagi pula kena beli ais untuk kawan2 kesayangan yang lain sebab mereka puasa.


Nanti nak bawak lagila motor tu atip. Boleh bawak lumba. Laju beb!! ;p



Tuesday, May 25, 2010

Boleh jadi pengganti Lee Chong Wei la camnih


Tadi main badminton dengan kawan2 kesayangan. Seyes, lama giler tak bersukan rasa macam urat2 sendi semua sudah berkarat lemak2 semua sudah tepu sampai tak boleh nak pecah dah. heh.


Disebabkan kitorang semua tak ada raket dekat sini, terpaksa pergi beli di bandar membeli raket yang kitorang rasa mampu bertahan untuk jangka waktu yang singkat je. Nak raket mahal2 tunggu kitorang jadi pengganti lee chong wei dulu. Sangat tak puas hati bila lee chong kalah teruk. Sangat teruk dia dibelasah. ish3. Jadi, kami disini telah mengambil inisiatif untuk menajamkan skill bermain badminton supaya dapat ganti lee chong wei dalam piala thomas nanti,....;p



Inilah mereka yang excited nak ganti lee chong wei.



Sebelum bergerak dengan lebih pantas dan tangkas, kita buat senaman regangan dulu.



Mula2, pusing kepala kiri kanan dulu. Kalau korang hebat, pusing la sampai ke belakang... waakakaka



Dongak kepala tinggi2 sambil berangan tengah berlawan dengan lin dan



Tarik tangan tu kuat2 sampai lenguh urat sendi...;p



Then, tunduk tapi jangan sampai keluar angin kus2



Lari sekuat hati seperti kena kejar dengan anjing gila





Lepas sudah buat semua2 ni, barulah korang boleh start bermain.

Let's go to play


Ada dua kesalahan yang dilakukan oleh budak dalam gamba ni. Yang pertamanya, ada ke patut bersukan pakai selipar. Ish3. Yang keduanya, dia tidak melakukan senaman ringan tadi. Den sudah buat awal2 korang je tak tahu....;p




Bermain dari matahari keluar dari celah bangunan



Dari awan berarak mendung



Sampai lampu2 jalan terbukak


Sampai golap gelita dah ni. Sudah2 jom balik kawan2. Kita sambung lagi nanti.


Sebelum balik, aku nak memperkenalkan pada anda2 semua pasukan2 yang bertanding.



Kumpulan merah. 
Korang ingat merah bajet garang ah! Owh... tidak2, kami semua tidak takot..



Kumpulan kuning.
Gaya je lebih mereka ni.. wakakaaka



Ini dia kumpulan yang paling hebat di alam ini. 
Kumpulan hitam = gagak hitam =  paling digeruni


Itu sahaja laporan setakat ini. Kita berjumpa lagi di lain waktu.


*Rindula nak berjogging

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...