Tuesday, May 25, 2010

Boleh jadi pengganti Lee Chong Wei la camnih


Tadi main badminton dengan kawan2 kesayangan. Seyes, lama giler tak bersukan rasa macam urat2 sendi semua sudah berkarat lemak2 semua sudah tepu sampai tak boleh nak pecah dah. heh.


Disebabkan kitorang semua tak ada raket dekat sini, terpaksa pergi beli di bandar membeli raket yang kitorang rasa mampu bertahan untuk jangka waktu yang singkat je. Nak raket mahal2 tunggu kitorang jadi pengganti lee chong wei dulu. Sangat tak puas hati bila lee chong kalah teruk. Sangat teruk dia dibelasah. ish3. Jadi, kami disini telah mengambil inisiatif untuk menajamkan skill bermain badminton supaya dapat ganti lee chong wei dalam piala thomas nanti,....;p



Inilah mereka yang excited nak ganti lee chong wei.



Sebelum bergerak dengan lebih pantas dan tangkas, kita buat senaman regangan dulu.



Mula2, pusing kepala kiri kanan dulu. Kalau korang hebat, pusing la sampai ke belakang... waakakaka



Dongak kepala tinggi2 sambil berangan tengah berlawan dengan lin dan



Tarik tangan tu kuat2 sampai lenguh urat sendi...;p



Then, tunduk tapi jangan sampai keluar angin kus2



Lari sekuat hati seperti kena kejar dengan anjing gila





Lepas sudah buat semua2 ni, barulah korang boleh start bermain.

Let's go to play


Ada dua kesalahan yang dilakukan oleh budak dalam gamba ni. Yang pertamanya, ada ke patut bersukan pakai selipar. Ish3. Yang keduanya, dia tidak melakukan senaman ringan tadi. Den sudah buat awal2 korang je tak tahu....;p




Bermain dari matahari keluar dari celah bangunan



Dari awan berarak mendung



Sampai lampu2 jalan terbukak


Sampai golap gelita dah ni. Sudah2 jom balik kawan2. Kita sambung lagi nanti.


Sebelum balik, aku nak memperkenalkan pada anda2 semua pasukan2 yang bertanding.



Kumpulan merah. 
Korang ingat merah bajet garang ah! Owh... tidak2, kami semua tidak takot..



Kumpulan kuning.
Gaya je lebih mereka ni.. wakakaaka



Ini dia kumpulan yang paling hebat di alam ini. 
Kumpulan hitam = gagak hitam =  paling digeruni


Itu sahaja laporan setakat ini. Kita berjumpa lagi di lain waktu.


*Rindula nak berjogging

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...