Friday, May 28, 2010

You're my hero




Selamat Hari lahir ayah
You're my true hero
Moga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki
Sihat selalu



He's my dad


Korang semua nak tahu tak ayah aku sangat garang dulu. Sebab tu la aku tak rapat sangat dengan ayah aku. Tali pinggang, hanger, rotan, semua tu aku pernah rasa masa kecik2 dulu. Korang pernah ke? Pernah ke?  Disebabkan aku ni seorang yang degil dan tak dengar cakap, memang aku selalu kena dengan ayah aku. So, aku memang sudah lali. 


Ayah aku memang tak manjakan anak2 dia. Dia nak anak2 dia berdikari. Kalau nak bandingkan ibu bapa sekarang dengan yang dulu. Jauh sangat berbeza, ramai yang terlalu manjakan anak2 mereka sampai anak2 boleh pijak kepala.


Kadang2 masa kecik2 kena rotan ke hape, mesti pikir ayah sudah tak sayang aku. Tapi bila sudah besar gedabak macam ni, aku rasa memang patut ayah buat macam tu supaya aku ni tahu buat kerja, tahu berdikari, tak bergantung dengan orang lain.


Sekarang ni, bila masing2 semua sudah besar sikit, ayah sudah tak garang sangat. Sudah cool!!!! ^_^



TERIMA KASIH AYAH
kerana tahan dengan perangai anakmu yang degil ini







SAYA SAYANG AYAH SAYA



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...