Tuesday, November 30, 2010

blur la




Aku tak tahu
aku pun tak tahu apa yang aku tak tahu
blur ni..
blur..
blurrrrrrr
blurryyyyyyyyyy...
ish!




Monday, November 29, 2010

Tak kesahlah tajuk apa apa pun



Dah lama aku tak hapdate weyh. Sian blog ni terbengkalai. Korang nak taw tak! aku da dapat da rambutan. hihi. Seronok tak terhingga. Rasa nak bagi korang semua hadiah je. 



Masa gi lembah pangsun haritu, kalo aku ada mood, aku hapdate la cite pasal benda ni. Kalau tak, biarlah terkubur begitu saja



 flying fox seronok weyh.


Malas mandi. Aku nak tidur.

Saturday, November 20, 2010

Nephelium Lappaceum L. mana aku nak carik kau nih!



Problemo.. problemo... problemo... aduh! Mana aku nak carik rambutan ni. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... T____________T. Tension camnih weyh. Tension!!!


Eceli, i'm working on my thesis right now. Aku tengah cuti sem sekarang nih. Exam pun dah habis. Sesiapa yang tak habis lagi tu, good luck ye kawan kawan. Aku habis dulu dari korang sebab UKM start awal seperti luar biasa. Haih. Sempatla aku bersenang lenang kat rumah ni tapi dalam hati resah gelisah memikirkan biji rambutan. Nak tidur pun pikir biji rambutan. Tengok movie pun pikir biji rambutan. Nak mandi pun pikir biji rambutan. Nak makan minum pun pikir biji rambutan tahu tak!!!! Tengok tv pulak, rasa macam semua macam rambutan. heh


Berbalik pada tesis aku, bila cuti, aku kena masok lab, tapi masalahnya sekarang nih, sampel takadamacammananakmasoklab. uwaaaaaaaa.. Sebenarnya, aku kena carik biji rambutan untuk hasilkan sampel minyak untuk buat sabun. Tesis aku untuk final year projek ni, penghasilan sabun daripada minyak biji rambutan. So sekarang aku kena carik biji rambutan. Mana nak carik weyh. i have no idea sebab sekarang bukan musim rambutan.




aku taknak isi, aku nak bijik je. Sila la bagi aku!!!





Aku dah simpan dulu biji rambutan tapi berkulat, maybe sebab tak jemur. Letak dalam plastik macam tu je. Rugi.. rugi.. rugi...  Then, aku ada sikit je biji rambutan sekarang ni. Tak cukup nak hasilkan minyak pun. Sedih weyh. sedih!!


 Nangis aku macam ni. Korang ada rambutan tak? ada tak? Korang kasi aku biji je pun takpela, aku nak biji je, isi korang makanlah!


 I need rambutan seed sooo damn much! i demand on it.




comel!~ hihi




Aku lagi nak biji rambutan daripada berak tiap tiap hari tahu tak!!!!!!




Wednesday, November 10, 2010

lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji




STRESS!
DOWN!
tiba tiba je, sebab exam tadi mungkin.

p/s:- aku tak suka potong bawang merah!



btw, tajuk tu tak ada kaitan pun dengan emosi aku sekarang. Aku dapat peribahasa tu (eh, peribahasa ke tu? erk?) daripada adik aku yang paling kecik sekali. Malam tu tiba tiba dia kol aku. Rindu katanya, suruh aku balik cepat. Kalau nak diikutkan hati memang taknak balik UKM. hush!


Tengah cebok cebok berak, eh silap, tengah sebok sebok borak, adik aku terkeluarkan peribahasa tu. Comel tak dia. Dia memang comel! Adik, kak aty rindu!


Tapi bagi aku, tak semua manusia berpegang pada janji.

 

Sunday, November 7, 2010

Jangan kau ingat orang yang suka gelak ni tak ada masalah




Bila tanya orang lain, eh ko rasa kan, aku ni macam mana? Baik ke jahat ke? Selalo tolong orang ke, selalo buli orang ke? Macam pembunuh bersiri ke, macam detektif ke? Macam superman otomen ke? Bengis, beku, muka tak ada perasaan ke? Dan rata rata, ini jawapan yang aku dapat. Ko ni HAPPY GO LUCKY la tha. Ko suka gelak, ko suka senyum.


Kau orang tahu tak, aku pegang pada prinsip senyum itu sedekah. Masa sekolah dulu, ustazah aku ada cakap, banyak cara kamu nak bersedekah dah salah satunya adalah senyum, dan itu yang aku amalkan sampai sekarang. tapi janganlah senyum tak bertempat beb! Orang tengah dalam mood tak stabil, tiba tiba kau pulak sengih sampai telinga. Kang tak pasal pasal, kau pulak jadi bahan amarah dia. 


Aku ni tak banyak duit nak bagi sedekah dekat orang, so aku bagi senyuman sebagai ganti.  Dapat pahala taw, asalkan niat kita ikhlas. Kadang kadang sedih tengok orang mengemis tepi jalan, lagi lagi yang bawak anak kecik, aku rasa macam nak nangis! 


Memang kau orang akan gelak gelak sebab setakat prinsip macam ni, semua orang boleh buat. Kau orang try la buat macam aku. Senyum walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Be a happy go lucky girl. Susah tahu tak! Korang ingat senang ke haaaaa.



sape rasa dia yang kena crop tu, sila angkat tangan! wakakakkaa



Meh sini aku nak bagitaw kau orang semua. Jangan ingat orang yang happy go lucky ni, tak ada masalah. You are absolutely wrong la kalau cakap orang macam aku ni tak ada masalah. Sebenarnya, ini adalah cara aku menutup masalah aku. This is my way, i hiding my problem. So, kau orang tak payah nak serabut serabut dengan masalah aku, selagi aku boleh setelkan sendiri, aku buat sendiri. I'll solve it with my own. 


*Pergi kat satu sudut, nangis banyak banyak. Ini yang selalu aku buat.


Kalau korang tengok aku tiba tiba jiwa kacau bagai tu, itu kiranya masalah aku tak dapat nak dibendung lagi. Owh, pelisss laa tolong aku waktu waktu macam tu. Masa tu lah aku perlukan korang supaya bagi aku semangat dan dorongan. Orang pun cakap, kalau ada masalah jangan simpan sorang sorang, merana nanti. At least, cerita la dekat kawan korang, even dia pun tak dapat nak bantu apa apa. Once kita dah cerita, kita dah bongkar, korang rasa macam satu beban dah kurang even tak selesai lagi pun. 


Kalau tak pun, aku akan berdiam diri. Memikirkan nasib dan masalah yang menimpa. Bak kata kawan aku nih, "i'm talking to the moon", Pikir pikirkan kalau aku boleh selesaikan sendiri. Memang dah nasib badan.haih. Sebenarnya, Allah sedang menguji kita. Just only find the way whether it's easy path or not.


Last but not least, apa guna ada blog, kalau aku tak cerita masalah aku kat sini. kan? kan? kan?


Untuk kawan kawanku sekalian, start your day with a smile. Kalau haritu bakal membuatkan ko down ke hape, try to smile, serius memang payah tapi cubalah untuk pujuk hati. 








KALAU SAYA SENYUM, AWAK PUN MESTI SENYUM. MESTI!
SMILE AND THE WORLD WILL SMILE BACK AT YOU!




*Sekarang ni, mood aku rasa macam nak gi karok je even tinggal dua paper lagi. Wish me luck! Setiap kali masuk dewan exam, i'm afraid of something, bukan takot kalau dapat soalan susah, BUKAN! tapi benda lain yang aku risaukan. Doakan aku kawan kawan :)



Saturday, November 6, 2010

Bagusnya! kecik kecik lagi dah pandai carik duit sendiri



Aku baru sampai nih. Sampai bilik, terus terjelepok atas katil. Penat! Rasa macam seharian berpuasa. Sampai sampai je, aku terus tidur lepas solat asar. Bangun pening kepala sebab tidur lepas asar. Sape suruh kan tapi aku dah penat aku nak tidur jugak. Aku tak kira. Then, mintak balm dekat rumet, dia selalo sponsor minyak angin kalau aku pening kepala. Terima kasih rumet. Sem depan dia dah blah dah. Siapa plak bakal rumet aku kan. Tapi itu cerita sem depan punya, tunggulah sape rumet aku tuh. Aku nak cerita benda lain nih.



Kejadian nih berlaku dekat ktm seremban. Punya lama lah aku tunggu. Ktm rosak tengah jalan ke? Nasib baik ada port untuk aku duduk. Tiba tiba datang seorang remaja lelaki, bawak beg kaler hitam, besar! Eh kejap, baru aku perasan, budak tu memang serba hitam, dari atas sampai bawah. Dia suka kaler hitam kot! Aku pun suka!


Motifnya, memang aku nak cerita pasal budak lelaki tuh. Aku tak boleh nak mengagak lah umur dia berapa. Aku dengar dia berbual dalam telefon, suara dia macam tak cukup umur lagi. Kira tak pecah lagilah bahasa mudahnya. Dia cakap kuat sangat, lantas aku dengar la dia berborak dalam fon tu. Aku tak tahu lah dia tahu ke tak aku dengar dia berborak sebab masa tu aku pakai earfon dengar lagu yang membe aku bagi berulang ulang kali. Aku memang suka dengar lagu yang sama banyak banyak kali. Baru feel.





Suara budak tu, lagi kuat dari sound lagu yang aku dengar nih. Perghhh, double sound. So, aku decide, off walkman, aku dengar je dia cakap, sape suruh cakap kuat sangat. Lagipun, perbualan dia menarik minat aku. Sebab tu lah aku lagi prefer dengar apa yang dia bualkan.


Aku dengar setiap inci patah kata apa yang dia cakap. Memang betul betul pasang telinga. Benda yang dia bualkan berkisar pasal kerja yang dia buat. Aku dalam hati, bagus budak ni, kecik kecik lagi pandai carik duit sendiri. Sebelum tu, aku dengar dia kol ayah dia, nak inform maybe, nak bagitahu dia nak balik dah.


Yang dapat aku tangkap dari perbualan dia, dia nih kerja hotel. Jadi apa tu aku tak tahulah. Kejap dia cakap pergi dekat banquet then berlari lari pulak dekat coffea house. Memang banyak kerja dia. Habis dia cerita pengalaman kerja dia dengan kawan dia. Aku rasa kawan dia tu girl, maybe adik or kakak or awek dia. Tak tahulah kan.






Ini yang aku dengar, "ko kalau nak kerja, kerja betul betul, kalau supervisor marah ko, ko diam je, jangan lawan balik. Wat muka kesian (ni aku tambah je.hihi) Ko dengar je apa dia marah marahkan. Dia cakap memang dia malu bila kena marah depan orang ramai, tapi dia cakap, dia tahankan je. Kalau tak, angkat kaki dia tak dapat kerja situ lagi. Lepas tu, nak pujuk hati, dia cakap, supervisor tu marah marah, nak bagi kita rasa apa yang dia rasa dulu. Maybe supervisor tu, selalu kena maki hamun dulu kot. Kiranya pembalasan semula lah ni. Ish! kat tempat kerja pun ada, ingatkan kat sekolah je buli buli nih.


Then, berbual lagi. Dia cakap dia penat. Kerja tak berhenti. Masuk kerja pukul 7 pagi sampai 3 petang. Gila kaw! Aku tak tahulah dia berehat ke tak tu. Nampak sangat dia memang rajin. Betul firasat aku. Lepas tu dia cakap, dia dapat jadi pekerja permenant after 3 month dia kerja. Kalau orang lain, bertahun boleh jadi permenant employee. Dia hanya ambil masa 3 bulan je disebabkan sikap dia yang berdisiplin dan dedikasi tu. Padahal kerja hotel je. 


Tiba-tiba tren sampai, tiba aku rasa bengang sebab aku nak dengar lagi apa dia cakap. Aku ikut dia masuk gerabak yang bukan koc wanita punya. Lagipun, masa tu orang sangat ramai berebut rebut, masuk koc wanita ke tak, sama je. Malangnya, dia jauh duduk di sana, tak dapat aku nak dengar lagi. Dari jauh, aku nampak dia pegang lagi fon dia letak dekat telinga. Lepas tu, dia hilang dari pandangan sebab orang ramai sangat. Tak dapat dengar da. huuuuu~


Btw, budak yang aku cerita bagai nak rak ni, bukan sembarangan budak taw, sebab aku rasa dia kecik lagi. Nak cakap dia budak sekolah dah kerja pulak. Kesimpulan aku, maybe dia baru lepas SPM. Then, terus tekad cari kerja. Bagus budak ni! Kakak salute ko lah. Tiba rasa macam dah ada tips macam mana masa kerja nanti. Yang penting dengar cakap bos! Buat je apa yang dia suruh. Kalau kita baik, dengar cakap, bos suka, senang nak naik pangkat.





*Korang doakan aku dapat tempat intern ye. Aku tak wat follow up lagi. Baru nak pilih tempat. Orang lain dah dapat dah. =_="

Cukuplah mencintai dalam diam

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..


karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..


karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah


karena dalam diammu tersimpan kekuatan ...
kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?


dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...


jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...


biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


NB. Postingan temannya Aldiansyah(Share by: Arytha Rusianty)



SERIUS! suka giler dengan ayat nih, sampai aku copy dalam blog. Kredit to Siti Nor Syahidah Ismail aku cilok kat fb dia. [LINK]

Thursday, November 4, 2010

My wise lil bro, wishing you a happy birthday

Apa aku nak cerita sempena birthday adik aku yang sorang nih. Eceli, aku memang tak rapat sangat dengan dia. Dalam banyak banyak adik aku, ceh.. macam banyak sangat la pulak adik aku nih!, dia paling senyap sekali. Dia tak banyak cakap. Orang gelak dia gelak, orang marah dia lagi senyap la. Just follow the flow lah gitu kan.





Lagi satu, dia memang dengar cakap. Kalau aku suruh dia buat something dia akan buat, tak kira la cepat atau lambat. Bagus budak ni. Dengar cakap. Kehkehkeh.


For my lovely lil bro,


 ada rupa tak? hihi



Happy birthday
wish you all the best untuk SPM tahun depan
kurang kurangkan la main game tu ye. ish!
Semoga dilindungi Allah selalu





*Dulu kau kecik je, aku boleh buli buli, tapi setiap kali aku balik rumah, tinggi melangit. Galah pun kalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...