Saturday, April 30, 2011

Nak tengok magic tak?



Aku nak tunjuk kat korang satu video ni. Ni masa eksperiment 2nd year dulu. Aku lab partner dengan hakam dengan wani. 

 
Sorry la ye. Baru nak belajar amik video masa ni, so die senget sket. Apa salahnya pandang laptop tu dengan kepala senget sekali sekala. No hal la bro. Kalau tiba tiba mak korang masuk bilik tengok kepala korang teleng mesti dia ingat anak dia penat buat homework sampai teleng kepala lantas pergi ke dapur buatkan air untuk basahkan tekak dan hilangkan keletihan. hakhakhak




Tengok sampai habis taw! Kalau tak, takdapat la tengok magic, korang yang rugi. Sementara loading tu, pergilah buat benda lain dulu, tolong adik goreng telur ke, masak nasik ke.









See... nampak tak magic? Dia ada dua layer. Emulsion. Tu je sebenarnya. ahahahahahaahaha

Friday, April 29, 2011

'Officially' done!


Bapak penat giler nak mati. Balik balik exam tadi, terus kemas barang, sumbat sumbat dalam beg. Akhirnya, aku dah habis exam harini suka giler nak mati walaupun soalan sabun tadi macam @#$%^&*. Pedulik lah, aku malas pikir.


Tak sangka dah 3 tahun aku duduk kat UKM. dan harini adalah hari yang terakhir. Seyes gwa tak sangka beb, rasa macam baru semalam aku siap siapkan barang nak masuk ukm. Tapi tu lah, aku tak ada perasaan langsung nak tinggalkan ukm. Tak  ada perasaan sayu langsung. Maybe aku akan datang sini balik kot. Yelah kan, aku konvo nanti. opkos! Bulan september. Owh! can't wait!



giler muka excited bila exam dah habis



Sekarang ni, aku nak rehat puas puas kat rumah. Top up tido, top up makan semua. hohoho. Aku cuti ni pun tak lama, hari isnin kena gerak pergi johor. Praktikal. dem! Bagilah aku cuti lama lama sikit. Mesra mesra dengan adik adik aku dulu. Ni tak panas punggung lagi, aku dah kena blah. Benci ahhhhhhhhhhhhhh!


Kawan kawan yang tak habis exam lagi, gud luck ye. all the best!! hwaiting!!




Wednesday, April 27, 2011

Stress aku tengok orang kemas barang


Semua orang dah kemas kemas barang nak balik rumah. aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh. Aku stress. Setiapkaliexam, mestiakuhabispalinglambatsekali. Menyesal amik oleokimia. wakaakakakakakaa. Setiap sem lah habis paling lambat sekali, ahhhhhhhhhhhhhhhhh... aku geram, bagilah aku gembira lama sikit. ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... benci!


Asallah paper sabun ni aku rasa macam panjang je masa dia, study pun macam nak taknak. ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. stress!


Nahhhh, untuk kawan kawanku, pergilah balik rumah. SELAMAT BERCUTI. Jaga diri semua. i'll gonna miss u all. Semoga bertemu lagi.




Diddy - coming home






Gratisan Musik







Aku baru tahu aku dapat praktikal kat jabatan kimia. ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... aku stress lagi. Asal tak bagitahu aku awal awal. aku dah confirmkan dekat tempat lain baru nak bagi tahu. aaarhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... stress. BENCI!



Tuesday, April 26, 2011

1 paper lagi



Aku tinggal 1 paper je lagi, soap & detergent. Dah lah paper last ni hari jumaat. Aku stress, kalau paper hari rabu ke khamis ke boleh la aku laju laju baca notes, ni tak aku buat rilex je lagi.


Lepas habis exam ni, ingat boleh la rilex kat rumah goyang goyang kaki tengok tv ke hape. Ada praktikal pulak, aku tak tahu lah nak cakap macam mana rasa nak praktikal ni. Macam tak ada perasaan je. hoho.


 rindu korangla. hoho




bilala dapat jumpa =.='



*Aku tengah nak menggembirakan diri sendiri ni, cane ntah nak buat.




Monday, April 25, 2011

Nak update sikit



Aku rasa macam nak menaip tapi tak tahu nak tulis apa. huhu. esok aku ada satu paper, surface chemistry. pagi pulak tu exam. Aku kalau pagi pagi ni macam blur blur sket. adeh!


Sejak dua menjak ni, aku rasa lost giler. tibatibadengantidaksemenamena.   



Doakan aku kawan kawan.



OK bai, nak tido.


Good nyte manusia yang comel comel! 


;)




Saturday, April 23, 2011

Loser



Aku tak tahulah, aku rasa aku manusia yang paling loser sekali. Entah syaitan mana yang masuk dalam badan aku ntah. sikit sikit nak emo, sikit sikit nak moody, aku tak tahulah kenapa aku jadi macam ni. Aku jadi macam cepat terasa. Even benda tu simple je, aku dah terasa. What's wrong with you nurul fatihah. wake up!


Semua benda yang aku buat, semua nampak salah dan kadang kadang aku maen redah je ikut emosi aku.  Keras kepala nak mati! Mana ntah nurul fatihah yang dulu, yang selalu simpan emosi dia sorang sorang sampai diri sendiri merana sebab taknak bagi orang lain sedih. 


Aku tak pandai nak cerita masalah aku dengan orang lain. Selalu aku simpan dan pendam. Kadang kadang bila dah meletop, semua orang jadi mangsa. Sorry sangat sangat. Sebab tu  aku sedih sangat bila orang lain tegur aku itu ini. Terima kasih atas teguran itu. Seboleh bolehnya aku nak jadi kawan yang baik. Aku tengah berusaha, sokong aku sepatutnya, jangan kondem aku!



Tabahlah wahai hati. Lepas ni kalau ada masalah, simpan sorang sorang je. Takpayah nak susahkan orang laen! Ingat tu nurul fatihah! Tak payah nak gedik sangat!


*aku tengah pms sekarang ni, sebab tu kot aku jadi macam ni. facepalm!
caution: if i'm in pms, please beware!!!


i'm sorry for yesterday, my mistakes! Semoga bertemu lagi kawan kawan yang aku sayangi. :(

Friday, April 22, 2011

Saya demam, saya OK.


Aku demam. Kepala aku kejap pening kejap ok. Kejap pening kejap ok. Mata berat. kuyu. Bila bila masa je boleh terlelap bahkan aku menaip ni pun rasa nak tutup mata tapi aku nak tulis jugak sebab nak kasi tahu kau orang semua. Kang kesian korang kang takdapat update terkini daripada artis. lalalalalalala~







Esok pagi kawan kawan aku ajak pergi berjimba dekat sungai tekala. Eceli, aku dah pernah pergi sungai tekala dulu, ni kali kedua aku pergi. Kalau nak ikutkan hati aku, aku tak suka pergi tempat yang sama banyak banyak kali, aku suka explore tempat baru. Baru seronok! Tapi demi rakan rakan ku relakan jua. ecececece. 


Sebenarnya, aku ada paper kosmetik tadi. So, aku dah lepas 3 paper. Tinggal dua paper lagi. Serius rasa tak sabar nak habis. Ada kawan kawan aku dah habis dah, sebab tu beria ajak pergi berjimba. Kalau nak diikutkan urat saraf pundi hempedu aku ni, memang malas nak pergi. Yela, orang dah habis exam, kita belom lagi. Feel tu tak come come to me. ish!


Saya tak habis exam lagi, orang lain dah habis, saya OK.


OK lah, nak makan panadol, lepas tu nak mimpi indah indah, esok nak main air terjun, walaupun suhu tubuh badan tak mengizinkan. Degil ko ye nurul fatihah.   



Tuesday, April 19, 2011

Dating dengan kak ira




Haritu, kak ira datang ukm. Saje je dia nak tengok ex rumet dia yang comel ni. kehkehkeh. Then, kak ira ajak aku pergi rumah kawan dia dekat klang, nak tengok baby baru lahir. Owh aku suka kot baby baby ni. Rasa geram sangat nak cubit cubit. hihi. Tak sabar nak ada anak sendiri. lalalalalala~ Kalo anak sendiri mesti lagi comel macam mummy dia. tapi rasanya mummy dia lagi comel kot. *taknak  kalah. wahahahahahaha.



 kak ira & saya



Perjalanan dari bangi ke klang dalam satu jam lebih jugakla. Sampai sampai je, tengok muka budak kecik haziq.



 haziq yang hyperactive giler giler










Haziq ni gatal weyh. dia suka bila ada perempuan datang rumah dia. hihi. patotlah hyper semacam.







Sebenarnya datang bukan nak tengok haziq, nak tengok akmal sebenarnya, adik si haziq ni. tapi yang aku layan haziq bukan akmal. Akmal asyik membuta je. Aku pun malas nak snap gamba dia. hohhohoho. 


Lepas tu, gerak pergi balakong, jumpa eshan pulak. eshan ni anak kak nurul. Malangnya, anak kak nurul pun tidur. adeh! Time time macam ni lah dia nak tidur. Bila lagi la dapat bersua muka dengan eshan ni. Aku tinggal beberapa hari je nak tinggalkan UKM ni.



ni la eshan. aku cilok gamba kat blog kak nurul. hohhoho.



Lepas kak ira bawak pergi hospital putrajaya amik adik dia. Adik dia doktor sakit puan Lama kot tunggu adik dia off keje. Aku dengan kak ira apa lagi. Snap gamba banyak banyak. wehuuuuuuuuuuuu...





















ok.. jom balik. kakiku sudah penat. adeh!





Sunday, April 17, 2011

Cerita ziarah kubur



Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau 40-an telah diperhatikan jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari.



Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada sesetengah orang beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang jirannya bertanya ' Awak ni terlalu cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian. " Sebenarnya sebelum Maznah meninggal, beliau berpesan pada saya, kalau hendak kahwin pun tunggula sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Jadi saya perlu siram kuburnya supaya cepat tumbuh...."




*Aku tengah bosan ni. benci betol aku buat esaimen tak jumpa jumpa isi nak tulis apa. adeh!

AYUH!!!! belajar bahasa jopun





01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI



perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanyalah kebetulan sahaja. sekian.





Saturday, April 16, 2011

Kisah pak cik driver bas



Aku sekarang ada dekat rumah. Wehuuuuuuuuuuuuu. Seronok tak terkata tahu, rasa macam seploh tahun aku tak jumpa famili ku yang tercinta. Balik rumah macam macam soklan aku kena serbu. Macam artis buat press conference pulak. kehkehkeh. Seriously, aku happy giler!!! Dapat tengok muka mak ayah aku, adik beradik aku. Juz adik aku yang bawah aku je tak balik. Akak aku ada sebab dia study week sekarang ni, aku pulak dah lepas dua paper. Ada seminggu gap, then 3 paper menanti. adeh!


Aku nak cerita masa aku naek bas tadi, aku ni selalu bukak citer pasal pak cik driver bas. Masa aku syok syok duduk dalam bas tu, aku terdengar la pak cik driver bas tu meluahkan perasaan.chewaaaaaaahhh. Bukan luah perasaan kat aku la. ish! Pak cik tu tengah emo pasal rumah tangga dia. Aku bukan nak cakap jaga tepi kain orang masalahnya pak cik tu punya cerita, sampai satu bas boleh dengar. Peh yang aku tak tahan tu, habis satu bas dengar cerita dia. *geleng geleng kepala.


So, dia dok cerita la dekat co-driver, selama ni mana ada co driver dari seremban ke bahau tiba tiba arini ada pulak. tapi tu lah naseb bek ada co driver kalo tak maw eksiden dengan emosi pak cik bas tu. Habis sume orang dia marah marah.  Pak cik  driver pun satu, nak sound pergi lah cakap kat tingkap kereta orang tu, ni tak dia bising dalam bas. Aku layankan jelah. Rupa rupanya lah kan aku baru tahu lelaki ni emo jugak sebenarnya. Aku ingat girl je yang emo. Lelaki pun sama LAGILAH emo.ish ish ish


Tiba tiba, naek sorang mak cik cantik. Peh! Pak cik ni tiba tiba tak jadi emo, dia pergi layan mak cik cantik ni. ahahhahahaahahahaha. Sabor jela. ish! Naseb baek lepas tu dia tak bising dah. tapi hangin dia tu ada lagilah bila mak cik tu turun bas. haih pak cik ni, sabor jela.


OK lah. chowwwwwwwwwwww... nak pergi makan nasik banyak banyak. lapar nih. hihi


Friday, April 15, 2011

Wahai Adam



Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.



Sumber:


Tuesday, April 12, 2011

Yeay!! tesis dah siap jilid


Aku rasa kembang hati kembang badan kembang hidung bila tengok tesis yang dah siap di jilid. Akhirnya penat lelahku selama ini telah membuahkan hasil walaupun tak adalah sehebat orang lain pun tapi aku bersyukur sangat sangat Allah berikan aku kekuatan dan dorongan supaya aku dapat siapkan kajian aku ni dengan jayanya. Ceh, macam copy paste ayat penghargaan je. ;p




 nampak tak tulisan italic tu, rm5 tu kena tambah sebab tajuk ada italic. cis! pandai naaaaaaaa carik duet.




Dahlah banyak aku berhabis duet nak jilid benda alah ni. Maw beratus jugak duet aku melayang. haih. naseb baek dapat diskaun. hikhikhik. i loike!! :)




aku buat 3 copy, satu untuk pusat, satu untuk prof, satu untuk simpanan anak cucu cicit aku nanti. Granny dia yang comel ni, buat sabun rupanya dulu dulu, patutlah awet muda. *tiba














Esok aku nak anta dekat Prof mamot. Tak taw la dia komen apa. Tawakal jela. huuuuuuuuuu~



*Fuhhh baru lepas 1 paper. 4 paper to go. chayokkkkkkkkkkkk!! ^^

Friday, April 8, 2011

Mengidam Tree daturas!


Aku sekarang tengah study week. Minggu depan hari isnin aku dah stat exam. Banyak lagi tak setadi nih. Hadoooooooooiiiiiiiiiiiiiiiii! Tengah tengah aku dok study, aku jumpa benda alah kat bawah ni. ce tengok.


aku cilok gamba ni dekat note bio organik (first paper.. woooooooo cuak)



aku gi  lah google bunga nih. semangat giler sebab aku rasa bunga ni unik. Kalo tanam kat rumah cantik ni weyh, sebab dia tergantung macam tu. Owh tidak! aku dah mengidam! Cuba korang bayangkan dapat berjalan di bawah bunga bunga ini. suweeeeeeeeeeeeetttttttt. kehkehkeh.




nama dia tree daturas. cantik!


Nak cakap macam bunga raya pun boleh gak tapi ni versi tergantung. Sape boleh bagi aku bunga nih weyh! Serius aku nak! Naaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!

Btw, doakan aku dan rakan-rakanku dapat jawab exam dengan baik. Good luck korang. ^^


Tuesday, April 5, 2011

Dear music


Benci giler aku duduk sorang sorang dalam bilik ni macam mayat hidup. Bila rumet aku nak balik ni. Aku tiba tiba rasa macam nak balik rumah jugak.




Aku tak ada mood lagi nak study. haih



 

Sunday, April 3, 2011

Secret garden


Tengok cite ni weyh. SERIUS BEST! Abislaaaaaaa aku. Dahlah banyak keje ni, boleh pulak aku dok melayan cerita ni.






style la Gil Ra Im ni. hohoho








ni sinopsis dia. baca ahhhh. best best best!! cerita ni kelakar. sakit perut aku gelak. ahahhahhahahahahaha


 
Cast: , , , 
Plot: Ha Ji Won plays , a humble young stuntwoman who lives in a shoddy part of town with her roommate  (played by ). Hyun Bin plays rich chaebol , a department store owner who is the cousin of an aging Hallyu star Oska (Yoon Sang Hyun). Oska is still in love with  (played by Kim Sa Rang), who dumped him ages ago because he wasn’t the rich kind of man she was looking for.  comes back in his life, not to reunite, but to marry his cousin Joo Won. Joo Won couldn’t care less for Seul, because against his will, he has fallen for the intimidating and eternally sullen and complicated Gil Ra Im. Kim Joo Won can’t accept Gil Ra Im for his woman since she is not of his social class, but he keeps seeking her out because he can’t get her out of his mind anyways. Gil Ra Im, on the other hand, ignores her feelings towards Joo Won and focuses on Oska instead, whom she has been idolizing for years. Oska, for his part, is flattered by her attention and seeks her out to spite Seul.
One day, Oska and Joo Won decide to race each other. Ra Im joins them. In the middle of the race, Ra Im loses her way in the forest. Nearing the end of the race, Joo Won keeps looking backwards to find Ra Im, but cannot see her. He hears a scream in his earpiece, and it seems to be coming from Ra Im. He stops in his tracks and goes into the forest to find her, while Oska organizes a search for her. He finds her in the mysterious forest, and they come upon an old dilapidated cabin. An old woman serves them food and gives them wine. After leaving the forest, the two of them think of each other and their complicated relationship, and drink the traditional wine.
When they wake, Joo Won finds himself in Ra Im’s body in a women’s sauna. Ra Im finds herself in Joo Won’s body, in his hotel room, sleeping beside her beloved Oska.


 
 ini director apa ntah nama dia. tapi dia cool. huhuu


 



 
 suweeeeeeeeeeeeetttt ^^




ok bai. aku nak sambung tengok balik. sekarang ni baru episod 8. semua sekali ada 20 episod. Aku tak saba nak abiskan ni. haha



*abislaaaaa abisssssslaaaaaaaaaaa. bila nak buat esaimen ni. =.='




Saturday, April 2, 2011

This is the facts about me







Kan dalam entri ni aku kena buat 7 things about myself. So, aku tengah merajinkan diri. Keluarkan semua fakta fakta tentang aku. Yang baik sila ikut, yang tak baik jangan ikut (eh ada ke yang tak baik, mana ada mana ada ;p).


1. Aku sekarang ni tengah belajar lagi dekat UKM. Final year student. Sape tak taw apa tu ukm. gi masok gua. Dalam lebih kurang seminggu lagi aku final exam.  Lepas tu nanti, aku praktikal. Dan aku dah sahkan pun tempat praktikal aku. Aku tak tahulah betol ke tak decision aku pilih tempat tu. Yang lagi dua aku terpaksa tolak even ada satu yang dekat dengan rumah aku. Aku tak tahulah, kadang kadang aku tak reti nak buat keputusan sendiri. Kadang kadang aku rasa keputusan yang aku buat tu salah lagi lagi kalau parent aku tak suka *SIGH*


*AKU TAK SABA NAK HABIS NI WEYH! SEBULAN JE LAGI. SEBULAN!


2. Aku lagi suka makan nasik daripada fast food
aku kalau makan nasik, takpayah cakap la. 3 pinggan penuh aku boleh habis. Serius aku tak tipu. Tipu seksa mati seksa kan. Benda ni akan terjadi kalau aku balik rumah, memang tiba tiba selera aku mencanak naik. Selera gajah aku dah mai dah. Kat bilik aku mana jumpa biskut biskut bagai nih. Kalau tiba aku rasa nak makan barula aku terhegeh hegeh beli.


3. Aku suka makan chicken wing
Dulu kepak ayam adalah part yang aku paling benci sekali. Memang aku tak suka tapi sekarang ni, kalau pergi kafe memang wing yang aku cari. Tu tandanya aku nak kena fly kot. hihi. BTW, aku ANTI-DRUMSTIK ye. Take note please!!! Bukan anti tak makan langsung tapi kalau boleh aku nak elak sebab ada orang tak reti masak, kadang kadang ada lagi warna merah darah kat tulang tu. heh


4. Aku tak reti nak order air kalau dekat kedai makan
Setiap kali pergi mapley ke warung mana mana ke, aku memang blur setiap kali nak order air. Lama giler aku pikir. Sampai si waiter-abang ensem (saje nak bagi dia tunggu lama lama sebenarnya-boleh cuci mata. HAHA) boleh terduduk duduk tunggu aku order. Kalo makan dekat kolej, mostly air kosong je aku minum sebab tu kot aku selalu berak.


5. Aku tak reti nak ikat bungkusan guna getah. Pelik tak? HAHA
seyes aku tak reti. Ada masa tu, aku nak beli bihun sup. Boleh aku cekau sorang kawan aku, tolong bungkuskan kicap pedas untuk aku sebab aku memang FAIL bab bab ikat ikat ni. Aku penang try ikat laju laju macam orang buat tu. Seyes fail! Sampai skang aku tak pandai. phewwwww~



6. Aku mandi lama
Seyes aku mandi memang lama giler. Kadang kadang kena perli dengan membe aku. Apalah yang ko buat dalam shower tu. Ko masak nasik ke goreng pisang. Macam tu lah lebih kurang. Kadang kadang tu, bila aku bangun lambat nak gi kelas, siap membe aku dah warning awal awal, ko takpayah mandilah tha. Jawabnya nanti, ko gi kelas dalam bilik air jela. Sebab tu kadang kadang kalo aku bangun lambat, aku tak gi kelas. Nanti aku tak mandi, tak syok wooo, belajar belajar tak mandi. Rasa macam blur blur je.


7. Aku tengah try nak main gitar ni
Aku ada gitar kat bilik tapi aku simpan buat pekasam. ahahahaha. Ni pun kes selalu perli dengan membe aku sebab aku peram je gitar tu bukan nak main. Nantilah, aku tak ada masa. SEYES! Aku minat dengan gitar dah lama dah. Tunggulah tiba masanya aku goreng sama itu gitar. hohoho

 
8. Makan sangat banyak
Bila kau orang tengok pinggan yang di isi dengan nasik dan lauk tanpa melihat siapa si pemilik juadah tersebut, mesti korang takkan percaya itu adalah hak milik mutlak seorang gadis yang comel.  Point ni macam sama dengan no.2 je tapi belasah lah aku malas nak edit dah.


9. Aku tak suka belajar sorang sorang
Ini bertentangan dengan aku masa zaman sekolah duu. huhu. Maksudnya kat sini, bila aku tengah study, aku suka ada kawan sebelah aku sebabnya, bila aku konfius or blur dengan benda yang aku tak paham, aku boleh tanya. Kalau sekolah dulu takpe, semua cikgu dah suap, so ko takpayah susah tanya membe ke hape.. tapi tu lah, sampai sekarang pun aku belajar sorang sorang. huuuuuu~


10. Aku suka window shopping
Kalau korang nak tahu, aku boleh berputar dekat shopping complex tu selama berjam jam tanpa beli apa apa pun. ahahahahahahaaa. sengal tak! Sian kawan kawan aku kena teman budak comel ni. Naseb bek aku comel kalo tak, mesti korang taknak teman. kan kan kan! ahahaa. Sampai membe aku cakap apa, habislah suami ko nanti tha oi! Boleh kurus gara gara ikut ko pergi shopping. lalalalalalala~ KESIAN! ;p


11. Aku giler katak
Bukan katak hidup tu weyh. Korang nih, agak agakla. Aku geli gatal hidup gerutu gerutu tu. Aku suka patung katak yang comel comel tu. Serius cute giler!! Rasa nak picit picit. Owh comel comelsssssssssssss... Lepas ni kalau nak bagi hadiah birthday, janganlah kejam sangat bagi katak macam dalam cite ali setan tu. Kang aku ishtyharkan perang dingin dengan korang kang.

 


Macam dah lebih 7 je ni. Pedulik ahhh.



Friday, April 1, 2011

Menggila dengan atip




Aku tak sangka tiba tiba atip ajak pakai selendang dan menggila depan webcam. Terkezuuutttt aku. Aku kalau bab bab amik gamba ni memang bagi aku la. ahahahahahahahaa. Besela tengah tengah stress even dah lepas viva pun. Owh lupa nak bagitaw, aku baru je lepas viva sebenarnya.huhu. Walaupun dah habis, aku meroyan lagi. Benci ahhhhhh. Dah jom layan gamba kami menggila. HAHA.



Gamba tak cantik sket sebab pakai webcam. Aku belasah je, asalkan boleh hamik gamba.






saya boooolaaaaaaaattttttttt... boooooooolaaaaaaaaatttttttt. TERIMA KASIH ;P




















 















 mak aihhh muka aku... ahahhahahaahaaa















HAMBEK KAU... INI MEMANG TENGAH BETOL BETOL GILEWWWWWWWWWWWWW... AHAHAHAAHAHAHAHHAHAA...SESAPE LAGI NAK AJAK AKU BERPHOTOSHOOT. JOMLAAAAA. LALALALALALLAA~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...