Wednesday, November 23, 2011

Yeke?




Sebelum tu, congratz Malaysia menang final sea games lawan Indonesia. Aku tengok sekali lalu je. Maknanya sekali lalu, takdela aku duduk terpacak depan tv tu sampai habis match seperti sebelum sebelum ni. Owh, nazmi faiz! Kau heroku. walaupun kau bukan star malam tu, kau tetap comel. muahahahahahaa.









Lepas ni kalau orang nangis, mesti aku nak tengok air mata celah mana keluar dulu. Lagi lagi kalau tengok cerita korea.




#Kalau fake crying macam mana pulak? *wondering* ahahahaha



#Malam ni., malaysia lawan syria pulak. Good luck. :)




Bai. Aku nak layan cerita korea sekarang.




Monday, November 21, 2011

Something wrong somewhere.




Tiba tiba kan malam ni, aku rasa macam serba tak kena. haih. Rasa macam tak sedap hati lah senang cerita. Aku nak buat kerja lain, benda lain yang aku buat. Kenapa ntah. Arghhhhhhh.


Serius tak boleh nak tidur. Maw sampai ke subuh ni kang. haih.



Arghhhhh... tak sedap hati. Arghhhhhhhhhh...



Sambil sambil duduk melayan rasa tak sedap hati yang bertandang di kalbu. Aku pergi dengar lagu korea. Lagu ni adik aku yang suruh dengar. So aku dengar lah even dalam keadaan terpaksa sekalipun. Sekali melekat. Hamek kau! Memang aku putar lagu ni jela 24/7. Aku kalau dapat satu lagu baru, memang aku akan dengar sampai naik pekak telinga aku ni baru aku berhenti tapi esok sambung baliklah. Sampai dapat lagu baru or lagu lain. 









Dah. Aku nak layan lagu ni. Tak sedap hati weyh. SERIUS! wuwuwuwu~



#Rasa macam nak makan nasik 2pinggan penuh.






Tuesday, November 15, 2011

Wahai ukhti yang disayangi.


Wahai ukhti yang disayangi,
jagalah hatimu wahai saudari,
kerana hati itu mahal sekali,
pagari ia tinggi-tinggi,
jangan biar ia dicerobohi,
oleh rasa yang datang tanpa disedari,
oleh insan yang bernama lelaki.

Wahai ukhti yang disayangi,
jangan mudah memberi hati,
jangan mudah mengungkap janji,
jangan murahkan harga diri,
pada dia yang bernama lelaki.







Ketahuilah wahai ukhti,
bila hati sudah dicemari,
dosa tiada terkesan dihati,
maksiat mula sebati dalam diri,
hati mula mengeras hilang sensitiviti, 
baca Al Quran rasa berat sekali,
kemajlis ilmu malas sekali.

Ketahuilah wahai ukhti,
kelak kamu yang makan hati,
kelak kamu yang merana sendiri,
kerana hati itu sudah jauh dari Illahi,
kerana rasa itu Allah tidak diredhai,
kerana rasa itu cuma dibalut nafsu hati.

Wahai ukhti yang disayangi,
jadilah seperti Khadijah,
cintanya agung, menjadi kesayangan Rasulullah.
jadilah seperti Aisyah,
seorang yang bijak, pendamping setia Rasulullah.
jadilah seperti Fatimah,
rasa cintanya terhadap Ali dirahsia,
hingga mereka disatukan oleh Allah.

Sumber: Tumblr




#Well said bebeh. :)


Sunday, November 13, 2011

Owh matlutfi.. You always made my day. ALWAYS.



Salam kawan kawan seperjuangan sekalian. Selamat malam, selamat makan malam selamat tido. Aku taw kau orang semua rindu giler dengan penulisan aku yang tak seberapa ni. Aku lagi rindu dengan penulisan dan coretan serta carutan (oooopppssss) aku sendiri. Aku rasa memang dah trend aku akan update sekali sebulan. Nampak tak aku macam busy mengalahkan Lisa Surihani. Apa ada pada lisa surihani? Comel aku lagi. kahkahkah.


Tapi aku on air di sini (owh.. ku ke udara lagi... owh owh owh... ahahahaa) bukan nak cerita pasal Lisa Surihani. Aku bukan lesbo dowh. Aku muslimah sejati. ececece. Aku nak cerita pasal si pujaan hati aku, mat lutfi (Peh! tak menahan, pujaan hati.) Matlutfi tu macam adik la kot. Tak silap aku umur dia 21 tahun. Dah dia tulis kat youtube matlutfi90. Aku dapat agak la dia umur 21tahun. Kang trend memang selalu letak tahun lahir kat belakang nama. haih. Benda dah biasa orang buat. Aku 22 kot. Adoi! Apasal la keluar awal sangat aku ni. Nak buat macam mana mak ayah aku dah create aku awal awal lagi, pagi pagi buta aku keluar. 3.50 pagi. Eh.. tak pasal pasal aku cite benda alah ni. HAHA.


Korang ni, macam tak kenal aku. Mukadimah kalau tak habis 10 perenggan memang tak sah weyh. Tapi aku taw korang korang memang malas nak baca. Membe membe aku yang tahu blog aku ni pun dok merungut malas nak baca aku tulis. Suka tengok gamba je. Dem! Aku apa lagi, kurangkan la letak gamba. wakakakaaka.


Aku kalau tengah bosan atau moody, aku suka carik benda yang boleh hiburkan hati aku. So, aku tengoklah video mat lutfi ni. Rupa rupanya dia baru je post video ni. Aku baru nak tengok. Poor me! =.="


Yang aku geramnya, mana satu ntah dia punya offial fanpage. Memang tak ada eh? Yang aku like dulu ntah mana hilang ntah. Jadah betol mat lutfi ni. Kau memang tak ada fanpage ke weyh. Pegi buatlah. Aku peminat tegar ni nak like page kau. Tengok aku dah tak up to date haaaa.







Ni latest video dia. Perghhhhhhhh. Memang terbaek wa cakap sama lu. Tiba tiba aku terlupa nak maki hamun orang disebabkan tengok video dia. Sakit perut aku gelak weyh. HAHA.




Ada lagi satu video dia yang aku suka. Ni haaaaaaaa






Ahahahaahahahahaa. Memang video dia sume best best weyh. 



*Kalau korang nak tahu, aku dulu taksuka mat lutfi ni. Orang dok canang sana sini aku buat bodo je. Kesian kau matlutfi, aku takpandang kau langsung. Kesian. kahkahkah. Aku mula kenal Anwar hadi, pastu baru matlutfi. Sebab tu aku malas tengok dia. lalalala~ Aku tertengok video dia pun sebab kawan aku yang ajak tengok, kalau tak, memang sampai sekarang tu aku takkan tengok. But now, aku pulak dok tergila gila. haih. 



**Hai mat lutfi. \(^_^)/





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...