Saturday, March 31, 2012

Kemon! Stress je pun.HAHA




Masalah tu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Walau apa pun yang berlaku ingat DIA, minta tolong dengan DIA. Allah tidak pernah menolak setiap doa daripada umatnya. Cuma balasan doa itu cepat ataupun lambat. Kalau cepat, bersyukurlah. Kalau lambat, DIA ada perancangan yang lebih baik untuk kita.


Stress dan tekanan tu perkara biasa bagi aku, kadang kadang sampai dah lali. Yang penting, tarik nafas panjang panjang, ingat DIA. InsyaAllah, dia sentiasa ada untuk menolong. :)



Sumber: fb ustaz don daniyal




" Hasbunallahuwa ni'mal wakil"



Jom amalkan.

^____^







Friday, March 30, 2012

House painter




Lepas makan double cheese burger mcD, aku sambung keje yang tertunggak haritu. Aku pegi cat dalam bilik. Aku bosan taktaw nak buat apa. Aku amik tangga cat bilik.  Kadang kadang macam rasa pekerja pembersihan tingkap bangunan pencakar langit. Giler high imagination sampai ke situ aku pikir padahal tak ada la tinggi mana aku panjat.hikhik.


Kadang kadang rasa tangga bergoyang goyang nak jatuh. Aku macam cool. Padahal dah cuak giler babeng. Yang penting bilik aku dah cantik. Cepatlah bagi tepukan gemuruh.hikhik. Tapi malangnya, tengah tengah tunjuk berani, cat pulak habis. Adoiyai. Kacau mood betol la. 


Seluar tight kesayangan aku habis kena cat. :( Takpe cat ni senang tanggal, jangan nak degil lagi dah la. Padahal dulu dah rendam dalam vanish pun takluak jugak. Takpaham aku, vanish ni tipu eh. Ish! Jangan percaya iklan dalam tv tu. Banyak tipu maaa.. :P


Tangga yang aku guna ni tuan rumah punya, dia tinggalkan masa rumah black out haritu tu. Bila ntah nak amik balik, nanti nak ambik, jangan lupa bawak peti ais. Bila ntah nak bagi. (Sebenarnya kan, tangga ni dah penuh dengan cat, aku tak lap pun.huahuahua)


Malam ni sorang sorang sebab housemate semua balik rumah.huuuu





Sunday, March 25, 2012

I'm on twitter. Yeehuuuu




Tadi aku bosan giler, tak taw nak buat apa. Aku pegila buat twitter. Bajet nak artis la kan buat twitter bagai. Dah habis edit profile kat twitter semua. Aku post 1 tweet. Then, dengan bangang nya, aku pegi deactivate twitter. HAHAHAHA.


Dah buat twitter, pastu deactivated balik. Yeay! Aku memang bebal. Yeay! Kalau aku nak log in balik pun boleh sebab dia ada lagi. After 30 days, baru akan delete permenantly. Kalau nak ikutkan hati aku, memang nak delete terus je. Tapi takboleh plak macam tu. Ntah ke apa bongok sangat aku ni baru buat bape minit nak delete dah.


Aku memang macam ni, kadang kadang buat keputusan tanpa pikir panjang. Kadang kadang tu pulak, dah pikir panjang pun tak reti jugak nak buat keputusan. Serius bebal!


Paling koman pun, aku dapat gak post 1 tweet. Kau ada? *Mood bangga. Wahahahha



Aku lapar!



Saturday, March 24, 2012

Miserable





Aku rasa miserable giler skang ni. Rasa macam kosong je. 


It's just like this song.






"Welcome To My Life"


Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place,
Like somehow you just don't belong
And no one understands you?
Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room
With the radio on turned up so loud
That no one hears you're screaming?

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more
Before your life is over?
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
And no one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
You never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like (What it's like)

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life





Serabut weyh. Serabut!




Friday, March 23, 2012

Plan nak balik rumah tak jadi.



Sepatutnya, aku plan nak balik rumah harini. Tadi thumbprint tepat tepat pukul 6 sebab nak gerak pergi ktm kajang. Before nak balik tu, aku kol ayah aku  dulu, tanya sempat tak nak sampai seremban before pukul 8.30. Ayah aku cakap tak sempat, :( pastu tanya akak aku pulak, dia kata sempat. Aku pun rasa sempat tapi jalan tengah jam, memang tak sempatlah gamaknya. Masa tu kan semua orang balik keje. huuuu. Sedih aku.


Kalau korang nak taw, bas las seremban-bahau pukul 8.30 malam. Kenapalah dia cepatkan. Dulu pukul 9malam skang dia ubah awal setengah jam. Camnila camnila, saja taknak bagi aku balik rumah. :(


Kajang-seremban ambik masa lebih kurang 1 jam. So at least pukul 7 tu aku dah kena naik ktm. So, tak balikla aku harini. Sedih sebab habis kerja lambat, kalau nak balik lepas ni, aku kena balik sabtu.


Kebosanan la aku gamaknya cuti ni. Adoi. Kak hawa balik rumah, nurul pulak ada OT esok. huuu :(


Asal sabtu ahad je mesti bosan. :"(





Saturday, March 17, 2012

Cat rumah sewa




Harini aku cat umah sewa aku. Aku cat dengan nurul dengan tunang nurul sekali. Ramai sikit cepat siap kan. Housemate aku lagi sorang kak hawa takde sebab dia keje. Harini budak plkn last day kan. So, dia busy sikit. Owh lupa, kak hawa jurulatih plkn. Dia dah lama dah dengan plkn dekat 8 tahun. 


Aku dengan housemate aku decide pilih kaler purple cair dengan purple gelap. Cantik kaler dia. Kaler cair tu nampak macam smooth tapi yang pekat tu nampak terabur sket bila di cat. Dia macam kena buat 2 lapisan tapi serius memang cantik giler. Rasa macam dapat rumah baru.hehe. Kitorang beli 3 tong cat dengan harga seratus, murah tak? Lagipun uncle jual cat ni tengah buat offer, so memang langkah kanan la masa tu kan.


Lepas dah habis cat dekat living room, aku pegi la cat dalam bilik aku. Eceli memang rasa dah penat tapi aku enjoy. Lagipun baju dengan seluar dah kotor kena cat, aku pun teruskan perjuangan mengecat. Nampak eksaited giler babeng.


Aku cat purple cair dalam bilik aku. Tengah tengah syok mengecat, cat habis pulak. Adoi.  Nurul pulak dok cabut rumput dekat luar sebab dah panjang giler. Nanti apa pulak jiran cakap kan. Yang duduk anak dara tapi rumah serabai macam bangla yang duduk.HAHA.


Bila cat dah habis, aku nak bukakla cat baru. Payah yang amat sampai aku tertores ibu jari aku. Cuak bai masa ni, sebab dia tak sakit mula mula. Last last aku terus basuh tangan takut banyak darah keluar. Bila darah keluar aku rasa macam nak pitam, tekak rasa loya nak muntah. Nurul cakap maybe aku mabuk darah. Ye kot, maybe certain situation aku tak boleh tengok darah, kadang kadang rasa semacam.


So, perjuangan aku nak mengecat terbantut. Adeh. Esok aku sambung. InsyaAllah.



Sunday, March 4, 2012

Alkisah masa present speech com dulu



Ini cerita lama. Masa awal awal second year dekat UKM, aku amik subjek speech communication.


Setiap student yang amik speech com, diberi tugasan, buat satu presentation, tak kesahlah tajuk apa. Kisah ko dengan nenek ko pergi mancing ikan ke, kisah kau dengan beruk ke, kisah ko pergi kedai nak beli barang tapi las las lupa nak beli barang apa ke. Suka hati kau la. 


Yang aku pulak, buat tajuk pasal "how to get rid from a person admire you" camtulah lebih kurang tajuk dia. Best tak tajuk aku? Best kan? Yang lagi best, aku just edit sikit sikit je slide dia sebab ini slide kitar semula punya. Aku pernah buat tajuk ni masa first year dulu dalam kelas English for Science and Technology (EST). Aku dah amik est kat sekolah dulu, kena hamik lagi. cis! EST adalah subjek yang aku amik masa SPM dulu dan disebabkan EST, aku tak dapat straigth A's. Dem!


Masa kelas tu, kitorang buat tajuk ni, tapi by group la. Membe aku punya edit slide tu jadi cantik giler babeng, ada kartun gerak gerak. comel! Sape taknak tengok slide camtu kan.


So, aku dengan muka tak malunya guna balik slide tu untuk present speech com aku. Sorrylah puan lecturer (apa ntah nama lecturer aku tu, lupa suda, yang penting dia punya senyum aku ingat), saya dah taktahu nak pikir tajuk apa. Baik aku amik tajuk yang orang memang suka nak dengar ni. Sape taksuka tajuk pasal love love ewww ewww ni kan. Even, adik shin chan yang kecik tak pandai jalan tu pun tahu dah cinta cinta ni. Gatal! memang dah sah keturunan shin chan. 


Panjang pulak mukadimah nih, ok lah, aku nak stat lah ni, disebabkan aku duduk kolej paling ulu sekali, aku terpaksa bersiap macam lipas kudung. (Lambat bangun tu perkara biasa) Nak pergi fak kena naik bas, tertinggal bas, memang kena tunggula, tapi aku pernah je jalan kaki dari kolej ke fak. Masa tu, nak exam tapi bas tak ada. T__T


On that time, aku main sarung je baju kurung kat badan aku yang comel lote nih. Aku tak gosok kot baju tu sebab baju tu memang set set tak payah gosok. Memang baju kurung feberet aku la tuh. Padahal baju kurung tu aku tibai akak aku punya. kehkehkeh. Daripada baju kurung dia banyak banyak terbiar buat pekasam, baek aku pakai kan.


Dengan konfidennya berbaju kurung, aku pergilah kelas, nak present slide aku yang agak dinanti nanti jugak tajuknya. kahkahkah. Sampai sampai je, nampak puan lecturer nak masuk bukak pintu. Masuk bilik, gelap! sebab nak present slide kan. Kang tak nampak. So, orang tak nampak sangat la baju kurung aku. Dahlah warna hitam. Feberet lagi!


Dan, sampailah turn aku present dengan berpakaian baju kurung ayu ayu. Cerita punya cerita, sampai habis aku present. Puan lecturer suka tengok slide aku. Dia gelak lagi! Ini mukadimah lagi lah korang. Adeh!


Dah habis present, aku jalan lenggang lenggok tali kecapi senang perut suka hati pergi ke bus stop. Ok, inilah kemuncak cerita aku ni. Tengah tengah tunggu bas sampai mata melilau tengok orang lalu lalang, usha pakwe ensem, tiba tiba aku terasa nak usha kain aku. Pandangla bawah. Korang tahu tak aku nampak ape? tahu tak? Punyalah terkejut sampai rasa nak jerit biar sampai pakwe ensem pandang aku. 


Ok, aku nak tanya korang lagi tahu tak aku nampak apa kat kain aku tu? KAIN YANG AKU PAKAI TERBALIK BEB! lagi sekali. TERBALIK!!! Rasa macam nak sorok muka dekat longkang je masa tu. -_-" Memang aku tak senang berdiri masa tu, otak ligat pikir apa nak buat. Kalau buat cool je biar je kain terbalik macam tu, nampak cam orang serabut pulak.


Las las, dapat idea bernas, aku pergi carik tandas, terbalikkan balik kain tu seperti keadaan asal. Tak! aku tak pergi tandas, aku pergi surau dekat kolej UO masa tu. Sebenarnya masa nak masuk surau tu pun macam nak taknak sebab masa tu pagi lagi siapa yang baik hati sangat pergi surau time macam ni. Aku tak kira, dalam kepala aku, pikir nak bukak kain-terbalikkan-pakai balik tu je.


Fuhhhh!! Lega yang amat bila dapat terbalikkan kain. Rasa macam dapat kain baru. kehkehkeh. Masa tu, baru boleh jalan dengan ayu menggoda...;p Aku tak tahu la kawan kawan aku perasan ke tak masa dalam kelas tu. Aku bernasib baik sebab masa  present bilik tu gelap, so tak nampak sangat kain aku terbalik. selamat! Lagi selamat, nasib baiklah, kain tu terbalik ke tak terbalik ke nampak macam sama jugakla cuma bahagian yang terbalik tu nampak pudar  dengan ada kesan jahitan tapi kalau tengok betul betul, memang aku pakai kain terbalik. heh. Entah apa agaknya aku pikir, sampai kain pun aku pakai terbalik.


Nasib baik aku sendiri yang perasaan. Kalau tak, mahu tak malunya aku kalau orang lain yang tegur! Sejak haritu, memang setiap kali pakai baju kurung, memang aku tengok betul betul.


Nasib baik lagi aku pakai kain yang terbalik, kalau lah aku pakai baju yang terbalik, bukan setakat nak sorok muka kat longkang, memang kena sorok muka pakai kuali sebulan.


BTW, aku dah beli kipas. ngeeee.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...