Saturday, October 30, 2010

Aku sayang kakak aku




Harini birthday kak ain. Kakak aku. Aku ni ada kakak rupanya. Baru aku sedar. wakakakaakaka. Eceli, aku tak rapat sangat dengan akak aku ni, sebab selera aku dengan dia jauh berbeza. Sangat sangat jauh. Jauh panggang dari api tapi kadang kadang api pun lagi dekat dari panggang taw berbanding aku dengan akak aku nih. ish ish ish. Nak buat cemana kan, orang cakap kalau minat dah lain lain letak sebilik ke letak sebelah ke boleh wat dunno je. HAHA.



Akak aku, tu bukan anak dia, cousin dia. Aku tak saba nak tunggu anak dia. Kawen cepat weyh!



Aku kecik kecik dulu selalo gadoh dengan dia, aku tarik rambut dia, dia tarik rambut aku. Well, tu masa kecik kecik la, skang ni kalo tiba tiba rasa nak gaduh tak ada lah sampai tarik bagai nih. hahahaaa. Setakat perang mulut biasa je. Alah, takkan korang tapernah gaduh sesama sedarah sedaging. Mesti ada punya. Gaduh banyak banyak mana pun korang nak, las las, makan nasik minum air lauk sama je kat umah tu. Air dicincang takkan putus kan kan kan. Aku sayang akak aku weyh. Walaupun aku selalu gaduh dengan dia, tapi dalam hati still sayang dia lagi. Cuma kadang kadang rasa dia macam adik aku je. opppssss


Halamak, kalau dia baca ni, menitik nitik air mata kau sebab dengar luhan hati ke hati adik ko yang selalo ko carik gaduh ni. Mesti ko nangis peluk peluk bantal sebab adik yang kau selalo gaduh ni lah sayang kau sebenarnya. HAHA.


ekau ni memang sempoi laaaa...
lagi satu, dia ni memang suka pakai baju kurung, ko bagi dia jeans memang dia tak pandang la. Memang awal awal tolak tepi lah, sebab tu kalau aku nak pakai baju kurung, aku sebat je dia punya. Korang nampak je dia kecik, tapi mak aku selalo buat baju kurung untuk dia, mesti saiz besar sebab tu aku muat. Terbaikk la mak, nanti buat besar besar taw, nanti adik dia boleh pakai. hak3.



Aku salute akak aku ni satu benda sebenarnya. Dia sangat tak kesah kalau nak belanja adik adik dia. Even, dia tengah pokai, dalam dompet ada singgit je pun, dia tetap akan belanja adik adik dia. waaaaaaaa... Kakak aku baiklah sebenarnya. kahkahkah. Cuma satulah, dia ni boros yang amat. ish. Bila nak berubah nih. Cepatlah ekau habis belajar, cepatlah ekau keje, den tak saba nak paw ekau nih. 



sekali celebrate beday adik aku syafiq. beday dia 4/11.








to my sis,
HAPPY BIRTHDAY
semoga murah rezeki,
dilindungi Allah selalu
cepat cepatlah kawin
den tak saba nak ada anak buah ni
wakakakakaka



seyes nampak macam aku kakak dia. wuhuuu~   =_="



Friday, October 29, 2010

Selamat datang ke SD Jomalina



Korang.. korang... aku baru habis 3 paper. Sekarang ni, aku ada gap dalam 2 minggu. 2 minggu kaw, lama tu, sooo aku decide nak balik rumah esok. Doakan aku selamat sampai ye. Aku balik sorang sorang je. Eceli, plan nak balik dengan naimi, tapi dia decide nak balik arini, maka aku tak dapatla balik dengan dia. So, kesudahannya i'm alone la balik rumah esok. Takpelah, macam tak bese. hihi


Eceli, aku ada dua paper lagi, paper enzim dengan adunan. Masing masing 10hb dengan 12hb. Sooo, korang kira la, aku gap bape lama. Sebab tu lah, aku nak balik rumah, sejak cuti raya aritu, aku tak balik lagi, nangis aku kang tak balik jumpa mak aku. huhu. Aku rindu nak rasa mak masak. Tadi, aku dah siap mesej awal awal suruh mak masak sedap sedap.


Disebabkan aku ada gap yang sangat panjang jugakla, aku hapdate satu entry untuk korang ye. Haritu, budak kos aku pergi lawatan kilang dekat Sime Darby Jomalina, Klang. Ini kira lawatan untuk tengok macam mana proses proses yang berlaku dekat kilang la. Lagipun, sem ni kitorang hamik subjek teknologi pemprosesan. Nama lagi proses kan.



ni semua budak final year oleochemistry
not an ordinary chemistry :)


Gerak dalam pukul 8 pagi dan sejam lebih lepas tu sampai la. Sampai sampai je, masuk dalam bilik dengar ceramah. waaaaaaaaaaa, mengantuk aku taw tak. Nasib baik dia ada gelak gelak buat lawak sikit. Kalau tak korang tergelak tengok aku tidur tapi aku jarang tidur kalau dalam kuliah ke hape. Memang tak elok tahu tak. Kawan aku cakap dosa. Kalau tak datang kelas pun dosa. >.<


Bangga sekejap bila ada benda alah ni sambut kedatangan kitorang. hihi




 Dah bape kali aku upload gamba nih, asyik senget je. Habutlaaa, aku memang senget sket time nih, dengan  tido tak cukup. Dalam bas pun membuta je. wakakakakaka~



Lepas habis ceramah, dapat sarapan free, korang tahu tak habis licin budak budak ni kerjakan. Yelah, pagi pagi buta, dengar ceramah dengan perot kosong mana tak lapanya. huhu. Kesian sape yang tak dapat tu, tak cukup korang taw tak. hahahahaha. Air pun licin. Nasib baikla aku dah makan kuih dalam bas before tu, kalau tak memang potpet dah mulut aku ni mengutuk. ish!



 Muka yang tak kenyang sangat.


Dah lah kena tunggu lama nak lawat kilang, sebab kena pakai topi dengan kasut yang disediakan. Supplier topi dengan kasut sikit je. Tak cukup untuk semua. Kalau nak diikutkan bukan bahaya sangat pun kalau tak pakai, just round round kat luar je. Tak hapela, kita kena berjaga jaga kan. Bahaya di mana mana.






 senget jugak!! haha



yang ni pun =_="



 pulak dahhh, semua nak senget. heh



 It's the time to lawat lawat kilang




 sangat besar taw kasut tuh T___T. nasib tak tercabut je. ish.




 perghhh, fokus giler! ;p




 dia 'kakak' saya. HAHAHAHAHAHA






ish, gamba banyak terbalik la. Aku tension nak upload banyak banyak. Nanti da ok, aku letak lagi k. Sebenarnya, seronok lawat kilang ni. Kita boleh tahu macam mana proses dan cara diorang ni bekerja. Serius! Nampak macam penat.



Lainlah yang duduk kat kaunter ni. Hahahahaha. Penat mulut jela, nak jawab orang tanya.





Kalau penat boleh saya tolong. wakakaakakaka.



Sunday, October 24, 2010

Best of luck my friends


Sekarang ni tengah hujan, korang tahu tak waktu waktu macam ni buat mata aku sangat berat, rasa nak tidur. Waaaaaaaa, kenapala mesti nak hujan masa nih. Why?


Esok pagi pagi, dah start final exam. Kau nak final exam sempat lagi ye jari jari kau menekan menekan keyboard tulis kat blog nih. haih. tapi kau orang tahu tak aku tensi. Tensi! Takot! Cuak!


Semoga esok dipermudahkan. Good luck kawan kawan!








Di kesempatan ini, inginku memohon maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa ke. Ceh, macam hari raya pulak. hihi.  Aku doakan korang dapat jawab dengan jayanya. Best of luck korang! XOXO!










Comel tak? Comel tak? Hahahahahaaha. Papepun, SEMANGAT! :)



"Ya Allah, kau permudahkan perjalanan exam aku dan rakan rakanku. Tenangkanlah hati kami, lapangkanlah dada kami. Sesungguhnya yang benar dan baik itu datang dari ENGKAU".



Friday, October 22, 2010

seng ora ono ora, seng ora ono ono




Keadaan semakin kritikal


Yang patut ada tidak ada,
yang ada bukan bukan.



p/s:- Aku rasa sesuatu. Rasa macam bakal terima satu berita yang tersangat buruk. Sangat takut untuk menghadapi kenyataan. T__________T



Ya Allah, sungguh hebat ujian MU


i'm afraid if what i expect is true.


Ya Allah, kuatkan aku!






Wednesday, October 20, 2010

20102010 ::: i'm sick



Tarikh ini memang comel, tapi tarikh ini juga membuatkan aku sakit. Hati sakit! Rupanya sukar untuk menjadi seorang sahabat yang baik. Sungguh sukar. Bila kita baik, orang tak pernah nak hargai, bila diri buat jahat sedikit, orang sudah mula mengata sini sana, membenci dan mengumpat tak kira masa. Fine!


Memang aku tak boleh jadi kawan yang baik. Setiap orang ada kelemahan kan. Sila terima kelemahan aku kalau korang anggap aku sebagai seorang kawan. Bila saya lemah, tolong bantu saya, tolong ingatkan saya.  Mintak maaf kawan kawan. Aku ini hanya manusia biasa, kadang kadang alpa itu perkara biasa. 


Pergilah kau orang semua. Aku bukan kawan yang baik. Pergi!



 



Picture perfect memories scattered all around the floor
Reachin' for the phone 'cause I can't fight it anymore
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now

Another shot of whiskey can't stop looking at the door
Wishing you'd come sweeping in the way you did before
And I wonder if I ever cross your mind
For me it happens all the time 

It's a quarter after one, I'm a little drunk and I need you now
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now
And I don't know how I can do without
I just need you now

woah woaaah.

Guess I'd rather hurt than feel nothin' at all

It's a quarter after one I'm all alone and I need you now

And I said I wouldn't call but I'm a little drunk and I need you now

And I don't know how I can do without 

I just need you now

I just need you now (wait)

Ooo, baby, I need you now




Monday, October 18, 2010

Masa semakin genting



Kalau nak ditolak bahagi dengan makan, minum, mandi, berak, jalan, pusing, cakap, gelak, berapa sangatlah masa yang tinggal untuk nak study. Korang taw kan yang aku dah nak final exam. Eh, korang tak tahu lagilah, aku mana ada cakap lagi kat sini. Aku dah nak final exam dah kawan kawan. Mesti kawan kawan belom lagi kan. Kawan kawan tak kesian ke kat saya yang nak final exam tapi tak ada study week ni. Kesian tahu tak. Tiba baik sangat bahasa kan kawan kawan.


Kalau saya dah baik macam nih, kawan kawan doakan lah saya ye. Doakan saya dapat jawab exam dengan bergaya sekali. Kalau tak dapat jawab pun still bergaya jugak sebab kau boleh ke jadi macam budak UKM, final exam tak ada study week. Budak UKM memang bergaya silala tepuk tangan ramai ramai. Dan korang semua patut bagi award dekat kitorang. Anugerah student yang tak perlu study week untuk menghadapi final exam yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Tengok balik slip periksa rasa nak muntah. Ini first time sejak dekat UKM satu hari ada dua paper.  Masa tu pulak first day exam, 25hb ni. Memang exam blues betollah masa tu. Waaaaa, nak nangis tahu tak! Kalau SPM dulu takpelah kalau ada dua paper. Pagi soklan esei, petang objektif, boleh baling baling dadu je masa tu. Ni tak dua dua paper soklan nak killer je. Aku cuak ni, tahu tak cuak! Aku tak suka kalau bila nak fokus satu subjek, tiba ada satu subjek yang lain ganggu. Tiba subjek yang lain tu nangis kang sebab aku tak pedulik kan dia. Sape suruh nak exam sekali sama sama.


Tapi bila dikenang kenangkan baliklah, kitorang budak oleo ni kira bertuah la berbanding budak pure chem. Kau orang semua nak tahu paper budak pure macam mana. Tak silap aku diorang ada 9 paper kot untuk final, aku 5 je. So, tarikh exam diorang adalah satu paper sehari. Tiap tiap hari ada paper wa cakap sama lu. Ini, bukan setakat muntah darah, dah koma agaknya tahu tak! Kitorang budak oleo ni, adalah lah jugak gap nya, sampai gap lebih 10 hari pun ada tahu tak! Rasa masa tu nak act macam dah habis exam je. hihi.






Kepada kawan kawan pure chem aku sekalian, bersabarlah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Speechless! Masing masing merungut dan sampai ada yang nangis tahu tak! Stress weyh macam nih. Jangan ingat student ni macam robot, give us some space boleh tak! Kesian korang. Sabarlah korang, kalau tak tahan sangat pergi mintak dengan pihak pengurusan. Lagi satu kalau result jatuh please jangan salahkan kitorang.


Even, korang nampak macam cool je tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tahu korang boleh buat. Korang boleh!


Dengan study week tak ada, korang paham tak situasi yang sangat genting sekarang ni, bukan rasa macam telur dihujung tanduk tapi telur tu dah merekah nak pecah dah kot. This sem is very the worst la dengan pengurusan yang tak teratur. Macam mana nak hidup weyh kalau tak ada study week. Minggu ni kira macam study week jugaklah tapi still ada kelas. Apakah? Aku nak rasa, nak feel study week tu. Nak! Tahu tak aku nak. Bangun pagi, seperti luar biasa sangat aku bangun pagi ngadap buku. Dah tak ada study week, cane aku nak bangun pagi, even kelas dah banyak habis pun still rasa macam ada kelas lagi. I want that feeling when i in study week. Lain weyh rasa dia.lain sangat!



Untuk kawan kawan pure chem sekalian, good luck korang!

Sunday, October 17, 2010

Summary: celebrate birthday kawan kawan kesayangan



Lepas habis kitorang semua present proposal untuk tesis, kitorang rancang nak celebrate birthday kawan kawan kesayangan aku. Eceli, memang plan on the spot dan aku rasa itu lagi baik daripada plan bagai nak rak. Mostly memang tak jadi -_-". Lagi baik macam ni, even simple tapi seronok.



ini dia beday girl, atip, una,wani & nana
Happy birthday korang!



kawan kawan kesayangan



Nanti aku story d mory k, esok aku exam instrumentasi kimia. Kawan kawanku good luck!


Wednesday, October 13, 2010

Sama ada esok aku hidup ataupun mati !




Esok adalah harinya. 
kena present proposal untuk tesis
Rasa macam menunggu hari untuk dibicarakan je. heh. 

Seriously takut! 
Cuak! 
Ketaq!


muhasabah untuk dapat soalan yang bertalu talu



wish me luck!



Tuesday, October 12, 2010

Jangan pernah mengalah


Deep in my heart, i'm too afraid!
Too afraid to go to the next stage,
everyday become complicated.
why when the happiness comes, the ugly sad thing will comes along.
why??????????


You must be strong right now!
because things will get better.
it might be stormy now, but it can't rain forever.
Kuatkan semangat tha!


When there are no people around, ONLY Allah will always stay by ur side.


i want my mom right now!
so badly!
HEADACHE  >.<



Sunday, October 10, 2010

10.10.10



Walaupun aku tak ada cerita yang menarik hari ni, tapi aku nak post something jugak. sebabnya, mana nak dapat lagi tarikh macam ni, takkan jumpa dah, esok lusa tulat tahun depan ke. Harini je dapat.


So, aku cerita pasal sheikh muszaphar lah, bertuah dia aku cerita pasal dia. wakakakaka. Dia kan kawen arini. Memang pandai betul pilih tarikh. Eceli, aku suka giler babeng gamba pra-perkahwinan dia yang di ambil oleh kukubesi manipulasi. sebab tu lah tanpa segan silu aku like je butang kukubesi manipulasi nih.  Tanpa pikir sesaat dua pun sebab aku tak suka benda benda alah yang aku like menyemak dekat home aku sebab tu kalau aku like mane mane group aku like yang aku betul betul suka je. Korang baca ayat aku tu dalam satu harkat. hihi. 


Mula mula aku konpius, pe jadah dia letak nama kukubesi bagai ni, macam penjajah pun ada jugak. heh. Tunggulah, kang aku kawen, aku offer kukubesi amik gamba wedding aku. bahahahahaahahahaha. Dreaming tu bagos!


Jom kita layan gamba sheikh muszaphar.


terbaek wa cakap sama lu, big applause la kukubesi



Comel weyh gamba ni. waaaaaaaaaaaaaaa... Nak nangis aku tengok. heh



Macam dekat angkasa lepas taw tak.



Dalam banyak banyak, aku paling suka yang ni!!!!!!!!



Yang penting, aku pernah tengok angkasawan negara ni depan depan.  Masa tu dia  bagi ceramah masa minggu orientasi dekat UKM, dia kan budak UKM dulu. So, dengan mudahnya lah ukm dapat jemput dia, kalau u lain kena berbaris dulu lah. hak3. Dia lemah lembut yang amat, bukan aku nak cakap dia ni auwwww, bukan! Dia bukan ala ala sutun tu. Dia jenis lelaki yang berbudi bahasa la camtu, bila bercakap, perggghhhh, ada gaya, mutu, keunggulan.



sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Happy wedding for both of you.



Asal tiba tiba aku beria cerita pasal sheikh muszaphar nih, aku pun tapaham. wakakakakaka. Maybe sebab aku giler tengok gamba pra wedding dia nih. haih. Tengokla, lepas ni turn aku plak. KAHKAHKAH.


Kalau korang nak like page kukubesi klik lah kat sini, kukubesi manipulasi. Memang kukubesi kena hamik gamba wedding aku, aku dah promote ko dekat sume orang ni. kehkehkeh.


Saturday, October 9, 2010

i adore dengan mat jenin


Tadi aku kelaparan giler-giler. Perut memang dah mendendangkan macam macam lagu. Dari pagi tadi makanan aku hanyalah prison break. Aku tengah addict cerita ni sekarang. Korang try la tengok jadi addict macam aku  sampai tak bangun bangun, malam baru nak mandi, malam baru nak terhegeh hegeh cari makanan, orang semua sibuk bercengkerama dekat luar, aku bercengkerama dalam bilik. wahah! Saya budak baik, cuti cuti duduk bilik je. nama lagi weekend kan. Semua malas. 


Lantas aku terkedek kedek pergi kafe dengan perut menjerit minta di isi sambil mengumpat itu ini. hik3. Tengah tengah sibuk mengumpat, terkeluar cerita pasal impian lepas belajar. Wah! Tiba terkenang balik masa lepas habis matrik, mana arah tuju nak pergi lepas tu. Nak kawen ke, nak belajar ke, nak tolong mak masak kat dapur je ke. heh. Memang aku asyik terkenang kenang je. Tapi kali ni lain, sebabnya, wat happen to me after i grad. U all know? Serius terpaku paku aku pikir nak jadi apa. Las las terkeluar cerita pasal mat jenin.


Kali ni memang tajuk entry ada kaitan dengan cerita aku, memang aku sangat adore dengan mat jenin. Sebabnya, DIA ADA IMPIAN! Dia tahu apa yang dia nak untuk masa depan. Dia tahu apa dia nak buat tapi dia tak berusaha just angan angan je. but, angan angan tu adalah salah satu langkah untuk grab that impian. Kiranya itu adalah first step untuk mencapai target dia. Bagus tu, sebab mostly orang yang berjaya pun ada impian masing masing kan.


 


tapi tu lah, satu je yang menampakkan dia orang paling bodoh sekali sebab dia berangan atas pokok kelapa. Mana tak matinya. Kalau tak, mesti mat jenin dah jadi billionaire sekarang.


So, from now on, silalah anda berangan. Berangan dulu untuk capai impian korang tu. Tak apa kalau dah berusaha tak dapat, yang penting korang dah berangan nak jadi macam tu. Kira macam dapat jugalah even bukan di alam realiti pun.


Selamat berangan kawan kawan. Just make an effort to make your dream comes true, tapi jangan berangan atas pokok kelapa. Korang berangan lah atas katil, paling koman pun jatuh katil je. Tak mati pun, badan je sengal sengal. Takpun kena simbah air sebaldi sebab berangan tak sudah. kehkehkeh.


i adore u sangat sangat mat jenin!

Make ur first step by creating ur own dream!



Tangan dah berhenti menaip, fikiran menerawang, jom berangan! ^_______^


Friday, October 8, 2010

Happy birthday mummy




Tadi baru lepas kol mak. Alasannya nak wish birthday dia. Air mata aku bergenang sebab dah lama tak cakap dengan dia. Dah lama tak bersua muka. Dah lama tak balik rumah. Rindu! Aku jarang kol mak, tapi ketahuilah ibuku, anakmu ini sentiasa mendoakan kebahagiaanmu. Kamu sentiasa dalam ingatanku.


Mak cakap tak apa. Belajar lagi penting. Waaaaaaaa... lagi sedih! Aku takut untuk menghadapinya.



Comel. Ini emak aku. Like emak like anak. ^___^



Happy birthday emak!
Moga kamu sihat sentiasa
Murah rezeki
Akanku balas jasamu satu hari nanti


i miss you mom


with love,
adik aty



Thursday, October 7, 2010

Everything happen for a reason


Sejak akhir akhir ini, diri ini banyak di uji. 
Mungkin luar nampak tenang tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
Bila satu masalah sudah selesai, masalah yang lain pulak yang datang.
 T_______T

Be strong tha!!
Semua yang berlaku ada hikmahnya.








Monday, October 4, 2010

Aku nak wat entry kutuk girl. boleh tak? kahkahkah



Aku sebagai perempuan pun kadang kadang aku benci yang amatlah bila diorang utarakan masalah masalah ni. Padahal aku sendiri pun sama. BATANG HIDUNG AKU SENDIRI PUN TERKENA. sebab tu lah dengan beraninya aku nak kutuk ni. Kadang kadang aku rimas, masalahnya semua benda sama, korang tak perasan ke? Aku dah lama perasan dah. Saje je malas nak cerita tapi aku nak cerita jugak, aku tak kira.



1. Masalah jerawat
Cuba hang habaq mai kat cheq siapa yang lompat lompat bintang suka bila diri ditumbuhi jerawat. Bagitaw sikit sape? Meh sini aku nak belanja mekdi. Girl dengan jerawat memang tak boleh dipisahkan. Dah sebati. memang betul jerawat tu penyeri wajah, tapi kalau dah banyak sangat tak ke bahana namanya. Buruk yang amat! lagi lagi kalau ada kawah. Buruklah. T____________T


Bila jerawat dah mula menguasai diri, mula lah tak tentu hala, dalam bilik pun rasa nak tawaf lapanpuluhlapan kali. Tengok cermin setiap satu saat kalau kalau ada jerawat naik lagi. Ok! aku nak pergi tengok cermin kejap. wahahhahahaha.





2. Simpton PMS

Haaaaaaa... korang semua tahu tak apa benda alah pms ni. Kalau korang tak hamik bio masa sekolah dulu takpelah, dimaafkan, alah kalau korang tak hamik pun korang taw jugak kan benda alah ni. pms=premenstrual syndrome atau bahasa ibundanya sindrom pra haid korang lah. Kiranya simpton yang korang dapat masa sebelum period. Lain orang lain simpton nya tapi yang paling obvious sekali lah, rasa nak marah orang. Kalau ikut skala aku lah, daripada 10 orang girl, 8 orang mesti ada masalah ni. Betol tak korang nak cepat marah? betol tak? Kalau aku pun memang betol! Aku baru je dapat simpton ni eceli gara gara berjangkit dengan membe aku. haih. tak sangka simptom pms boleh berjangkit rupanya. Kalau korang nampak aku lain macam tu, cepat cepatlah lari ye, gunung berapi dah nak meletus!



i tengah ada simptom pms skang ni. Jomlah nak gaduh..;p


3. Alamak! badan aku dah naik lah! Saya sudah gemok! waaaaaaa... T__T

Kalau badan naik 1 kg je, nak kecoh bagitahu semua orang. siap post kat fb lagi.  Korang berat aku dah naik lah, seluar aku pakai tu rasa dah ketat je. Dah tahu badan ko tu dah naik, nak badan selim selim, yang kau pergi bedal ayam goreng tiap tiap hari buat hape. Ni yang aku nak hangin ni. Jogging malas, badan nak kurus macam ala ala model je. Model tu kurus tulang korang tahu tak! nak nangis aku tengok badan diorang tu, nak je aku hulur ayam goreng dekat diorang suh makan banyak banyak sikit. Tak cantiklah. Badan pun tak ada shape.


Tengok shape badan paris hilton dengan adik dia. Zero cantik! -_-"



Tengok pulak kawan kawan kesayangan aku. Perghhhh!! 100% CANTIK!


4. Shopping

Orang lain nak shopping, kau pun sibuk nak shopping. Baju dalam almari kemain banyak lagi tak pakai. Orang ada baju baru, kau pun nak. Orang ada  kasut baru, kau pun nak! orang pakai selendang polkadot, kau pun nak jugak! memang copycat betollah, just be yourself lah, beli mana korang mampu je.

Cuba kau orang tengok sang arjuna kat luar sana, baju takde, tak basuh, apa susah, pinjam membe sudah, harini aku pakai baju ni, esok pulak kau pakai. Patotlah, kadang kadang aku lalu sebelah lelaki busuk je bau. hapak! Tak pun, wangi bila kau sembur minyak wangi hugo boss ke 1 dozen dekat baju kau tuuu. padahal tu baju membe kau pakai semalam. haih. Tak pun, pinjam boxer membe, harini sorang pakai belah luar, esok sorang lagi pakai belah dalam. Goli den! Eh, aku nak kutuk girl bukan guy, korang tunggula aku wat entry khusus kutuk lelaki pulak. baru adil dan saksama. wakakakaka. sesiapa terasa padan muka...;p


Sem ni, aku dah jarang shopping. Giler SENGKEKLAH! Duit aku banyak dilaburkan ke arah lain. Nasib baik untuk pelaburan seumur hidup. i girl kan, mestilah nak shopping! hihi



5. Muka gelap tangan gelap

Weyh, cuba kau tengok muka aku ni, belang dah weyh, macam kuda belang pun ada jugak. Ada tak korang cakap macam tu, ada tak? Mesti ada punya. Cuba ko tengok tangan aku ni haaaaa, putih lagi tangan minachi agaknya. waaaaaaaaaaa... dah gelap!! kahkahkah,. Gelak! Muka gelap sikit je dah kecoh bagitahu semua orang, korang tak perasan ke? tyra banks tu gelap jugak relax je boleh jadi model dengan saiz badan s lagi tu. Tapaham aku!


6. Baju raya

Sempena mood raya ni, aku nak cerita laaa. Mesti penuh kat jalan tar tu dengan perempuan pergi carik baju raya. Tak caya pergilah tengok sendiri nanti. Yang sebok nak beli baju raya girl je, guy relax relax je. Baju raya tak ada sebat jela atok nenek punya ke. Janji ada baju, kuar jalan raya, perut kenyang. Contohnya ayah aku, kitorang punyalah cuak nak beli baju raya apa , ayah aku steady je tak ada baju raya, dia tak kesah pun. Las las, aku yang belikan untuk dia.


7. Air mata

Asal nak nangis je, point dekat girl. asal cerita sedih je point dekat girl. Contoh aku bagi, bila tengok cerekarama dekat rumah, hari sabtu pukul 10, kan ada banyak cerita sedih sedih. Bila part sedih je, aku jeling dekat mak aku, perggghhhh, dah bergenang, tunggu nak tumpah je tuuu, toleh ayah aku pulak, memang tak ada perasaan, boleh dia cool je cabut janggut seciput guna duit satu sen. Makin laju adalah, sampai hilang dah janggut dia. wakakkakakaa.


Kadang kadang aku pelik jugak, lelaki ni tak ada perasaan ke hape. Punyalah si girl tu menangis giler babeng punya sedih, dia boleh cool je. Alah, cool kat luar je tu, dalam hati banjir dah tu. kihkihkih.  Eceli, guy tak suka tengok girl menangis. Lelaki lemah dengan air mata perempuan, lagi lagi kalau girl tu dia sayang. kan? kan? kan?





8. Bilik bersepah

Ini lagi satu masalah, cuba try masuk bilik girl. Perghhhh... kemas! licin! tak ada kulat! Cadar tegang! Cuba masuk bilik guy! Dah masuk satu langkah, terpaksa keluar balik. Itu kalau girl yang masuk, kalau kawan lelaki diorang selambek je sebab bilik diorang pun sama. Sebenarnya, aku tak suka bila membe perempuan masuk bilik, kutuk cakap bilik kau bersepah! TAK SUKA! Bilik aku, aku punya suka lah. Kau tak suka duduk jauh jauh. Bukan aku nak cakap bilik aku bersepah ke hape, masalahnya, takkan bilik kau tu bersih licin berkilat for 24hours, mesti  ada time tunggang langgangnya.


Cuba kau orang tengok bilik guy, macam tongkang pecah! even bersepah, relax je study, even banyak baju tak basuh sebulan dua bulan ke. Bilik bersepah pun, diorang pointer 4 flat jugak! Apa kes! Lepas ni, kena buat sepahlah dalam bilik, baru boleh dapat 4flat. Wahah!






9. Baju tak gosok

Weyh, kau tengok girl tu pakai baju tak gosok, tudung tak gosok, euuuwwwwwww!!! Dah lah, malas nak cerita part ni. sesi kutuk mengutuk je ni tapi yang aku perasan guy je yang jarang gosok baju. Malas katanya! haih.


10. Bila bergaduh, merajuk, tak puas hati antara satu sama lain


Benda ni dah lama aku tengok  dan perhatikan. Girl kalau bergaduh dengan membe dia, memang tragis, takdelah tragis sampai nak bunuh bunuh. Maksudnya, diorang akan menyalahkan antara satu sama lain.  Tikam kawan dari belakang. Banyak je contoh aku nak bagi sebenarnya, dengan kawan kawan di sekeliling aku. -_-". Berapa lama lagi kau orang nak bergaduh merajuk bagai haaaaaaa. Tak ingat ke dulu dia pernah buat baik dengan kau, selalu tolong kau, selalu ambil berat pasal kau.

Sebenarnya, aku respect dengan kaum lelaki, bagi aku diorang amat pentingkan kawan. REALLY! tapi mana tahulah kan ada je yang sebaliknya kan. Hati manusia siapa yang tahu. Aku suka tengok guy bila diorang berjumpa tepi jalan. Diorang akan hulur tangan dan bersalaman. Boleh jugak aku katakan di sini... chewahhhh... "guys are like the ants" korang tahu maksudnya? Korang pernah tengok tak semut dari dekat? Diorang akan beratur macam budak sekolah then bila diorang selisih dengan semut yang lain, diorang akan bersalaman dan bertegur sapa. Bagus bukan? Tak caya. korang pergi carik semut sekarang. Cepat!

Aku mula terpikir, kenapa girl tak buat macam tu haaaaaaa... Jumpa kawan tepi jalan then bersalaman,  tapi diorang hanya senyum dan hye hye bye bye je.



hihi... comel ^^



Girl yang tengah baca entry aku mesti tengah panas je sekarang ni. Mendidih kau! Jangan risau, aku pun ada alami masalah yang sama. Kalau dah namanya perempuan takkan lari dari benda benda ni, ye dak??


Sebab tu lah orang cakap girl ni komplikated. Banyak sangat benda kena jaga. Buruk sikit orang dah mengata kaw kaw punya. Kadang kadang aku pernah wish nak jadi lelaki. wakakakakakaa. as simple as that. tapi sebenarnya, hidup lelaki lagi komplikated.


Muhasabah diri. Jangan nak asyik salahkan orang lain je.  ^_____^


Sunday, October 3, 2010

Happy birthday my big bro


Ceh, entry macam nampak aku nak wish beday abang aku je. HAHA. Eceli, harini beday adik aku, hilmi. Aku just called dia army je. Bajet nak macam ala ala army betul betul je ko suh den eja cam tu kan. 


Dalam banyak banyak (ceh, banyak la sangat) adik beradik aku, aku rapat dengan dia. Beza umur pun setahun je. Nasib baik dia tak lahir bulan 10 tahun yang sama dengan aku, kalo tak dah kembar dah tu. Wahah! Aku dulu berangan nak ada kembar, nampak macam seronok je sebab benda kita buat, kita pakai semua sama. Macam ada klon pulak. hihi.


Disebabkan aku tak ada abang, so aku dah anggap dia macam abang aku, walaupun ko macam adik aku je, ala ala budak hingusan. Aku banyak kongsi masalah dengan dia. Orang kata sharing is caring kan, so aku banyak share dengan dia lah. hihi. Abang tak ada, adik pun jadilah. 





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 20
SEMOGA PANJANG UMUR
BAHAGIA DUNIA AKHIRAT
MURAH REZEKI
 Kalau murah rezeki, boleh belanja akak ko yang sengkek ni. Adeh!




 


BELAJAR RAJIN RAJIN
KO AIM DEKAN KAN SEM NI,
HARAP HARAP DAPAT LA YE.. Wahah!
 GOOD LUCK ADIKKU!!
I LAP U BERY BERY STRONG... HAHA
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...