Monday, October 4, 2010

Aku nak wat entry kutuk girl. boleh tak? kahkahkah



Aku sebagai perempuan pun kadang kadang aku benci yang amatlah bila diorang utarakan masalah masalah ni. Padahal aku sendiri pun sama. BATANG HIDUNG AKU SENDIRI PUN TERKENA. sebab tu lah dengan beraninya aku nak kutuk ni. Kadang kadang aku rimas, masalahnya semua benda sama, korang tak perasan ke? Aku dah lama perasan dah. Saje je malas nak cerita tapi aku nak cerita jugak, aku tak kira.



1. Masalah jerawat
Cuba hang habaq mai kat cheq siapa yang lompat lompat bintang suka bila diri ditumbuhi jerawat. Bagitaw sikit sape? Meh sini aku nak belanja mekdi. Girl dengan jerawat memang tak boleh dipisahkan. Dah sebati. memang betul jerawat tu penyeri wajah, tapi kalau dah banyak sangat tak ke bahana namanya. Buruk yang amat! lagi lagi kalau ada kawah. Buruklah. T____________T


Bila jerawat dah mula menguasai diri, mula lah tak tentu hala, dalam bilik pun rasa nak tawaf lapanpuluhlapan kali. Tengok cermin setiap satu saat kalau kalau ada jerawat naik lagi. Ok! aku nak pergi tengok cermin kejap. wahahhahahaha.





2. Simpton PMS

Haaaaaaa... korang semua tahu tak apa benda alah pms ni. Kalau korang tak hamik bio masa sekolah dulu takpelah, dimaafkan, alah kalau korang tak hamik pun korang taw jugak kan benda alah ni. pms=premenstrual syndrome atau bahasa ibundanya sindrom pra haid korang lah. Kiranya simpton yang korang dapat masa sebelum period. Lain orang lain simpton nya tapi yang paling obvious sekali lah, rasa nak marah orang. Kalau ikut skala aku lah, daripada 10 orang girl, 8 orang mesti ada masalah ni. Betol tak korang nak cepat marah? betol tak? Kalau aku pun memang betol! Aku baru je dapat simpton ni eceli gara gara berjangkit dengan membe aku. haih. tak sangka simptom pms boleh berjangkit rupanya. Kalau korang nampak aku lain macam tu, cepat cepatlah lari ye, gunung berapi dah nak meletus!



i tengah ada simptom pms skang ni. Jomlah nak gaduh..;p


3. Alamak! badan aku dah naik lah! Saya sudah gemok! waaaaaaa... T__T

Kalau badan naik 1 kg je, nak kecoh bagitahu semua orang. siap post kat fb lagi.  Korang berat aku dah naik lah, seluar aku pakai tu rasa dah ketat je. Dah tahu badan ko tu dah naik, nak badan selim selim, yang kau pergi bedal ayam goreng tiap tiap hari buat hape. Ni yang aku nak hangin ni. Jogging malas, badan nak kurus macam ala ala model je. Model tu kurus tulang korang tahu tak! nak nangis aku tengok badan diorang tu, nak je aku hulur ayam goreng dekat diorang suh makan banyak banyak sikit. Tak cantiklah. Badan pun tak ada shape.


Tengok shape badan paris hilton dengan adik dia. Zero cantik! -_-"



Tengok pulak kawan kawan kesayangan aku. Perghhhh!! 100% CANTIK!


4. Shopping

Orang lain nak shopping, kau pun sibuk nak shopping. Baju dalam almari kemain banyak lagi tak pakai. Orang ada baju baru, kau pun nak. Orang ada  kasut baru, kau pun nak! orang pakai selendang polkadot, kau pun nak jugak! memang copycat betollah, just be yourself lah, beli mana korang mampu je.

Cuba kau orang tengok sang arjuna kat luar sana, baju takde, tak basuh, apa susah, pinjam membe sudah, harini aku pakai baju ni, esok pulak kau pakai. Patotlah, kadang kadang aku lalu sebelah lelaki busuk je bau. hapak! Tak pun, wangi bila kau sembur minyak wangi hugo boss ke 1 dozen dekat baju kau tuuu. padahal tu baju membe kau pakai semalam. haih. Tak pun, pinjam boxer membe, harini sorang pakai belah luar, esok sorang lagi pakai belah dalam. Goli den! Eh, aku nak kutuk girl bukan guy, korang tunggula aku wat entry khusus kutuk lelaki pulak. baru adil dan saksama. wakakakaka. sesiapa terasa padan muka...;p


Sem ni, aku dah jarang shopping. Giler SENGKEKLAH! Duit aku banyak dilaburkan ke arah lain. Nasib baik untuk pelaburan seumur hidup. i girl kan, mestilah nak shopping! hihi



5. Muka gelap tangan gelap

Weyh, cuba kau tengok muka aku ni, belang dah weyh, macam kuda belang pun ada jugak. Ada tak korang cakap macam tu, ada tak? Mesti ada punya. Cuba ko tengok tangan aku ni haaaaa, putih lagi tangan minachi agaknya. waaaaaaaaaaa... dah gelap!! kahkahkah,. Gelak! Muka gelap sikit je dah kecoh bagitahu semua orang, korang tak perasan ke? tyra banks tu gelap jugak relax je boleh jadi model dengan saiz badan s lagi tu. Tapaham aku!


6. Baju raya

Sempena mood raya ni, aku nak cerita laaa. Mesti penuh kat jalan tar tu dengan perempuan pergi carik baju raya. Tak caya pergilah tengok sendiri nanti. Yang sebok nak beli baju raya girl je, guy relax relax je. Baju raya tak ada sebat jela atok nenek punya ke. Janji ada baju, kuar jalan raya, perut kenyang. Contohnya ayah aku, kitorang punyalah cuak nak beli baju raya apa , ayah aku steady je tak ada baju raya, dia tak kesah pun. Las las, aku yang belikan untuk dia.


7. Air mata

Asal nak nangis je, point dekat girl. asal cerita sedih je point dekat girl. Contoh aku bagi, bila tengok cerekarama dekat rumah, hari sabtu pukul 10, kan ada banyak cerita sedih sedih. Bila part sedih je, aku jeling dekat mak aku, perggghhhh, dah bergenang, tunggu nak tumpah je tuuu, toleh ayah aku pulak, memang tak ada perasaan, boleh dia cool je cabut janggut seciput guna duit satu sen. Makin laju adalah, sampai hilang dah janggut dia. wakakkakakaa.


Kadang kadang aku pelik jugak, lelaki ni tak ada perasaan ke hape. Punyalah si girl tu menangis giler babeng punya sedih, dia boleh cool je. Alah, cool kat luar je tu, dalam hati banjir dah tu. kihkihkih.  Eceli, guy tak suka tengok girl menangis. Lelaki lemah dengan air mata perempuan, lagi lagi kalau girl tu dia sayang. kan? kan? kan?





8. Bilik bersepah

Ini lagi satu masalah, cuba try masuk bilik girl. Perghhhh... kemas! licin! tak ada kulat! Cadar tegang! Cuba masuk bilik guy! Dah masuk satu langkah, terpaksa keluar balik. Itu kalau girl yang masuk, kalau kawan lelaki diorang selambek je sebab bilik diorang pun sama. Sebenarnya, aku tak suka bila membe perempuan masuk bilik, kutuk cakap bilik kau bersepah! TAK SUKA! Bilik aku, aku punya suka lah. Kau tak suka duduk jauh jauh. Bukan aku nak cakap bilik aku bersepah ke hape, masalahnya, takkan bilik kau tu bersih licin berkilat for 24hours, mesti  ada time tunggang langgangnya.


Cuba kau orang tengok bilik guy, macam tongkang pecah! even bersepah, relax je study, even banyak baju tak basuh sebulan dua bulan ke. Bilik bersepah pun, diorang pointer 4 flat jugak! Apa kes! Lepas ni, kena buat sepahlah dalam bilik, baru boleh dapat 4flat. Wahah!






9. Baju tak gosok

Weyh, kau tengok girl tu pakai baju tak gosok, tudung tak gosok, euuuwwwwwww!!! Dah lah, malas nak cerita part ni. sesi kutuk mengutuk je ni tapi yang aku perasan guy je yang jarang gosok baju. Malas katanya! haih.


10. Bila bergaduh, merajuk, tak puas hati antara satu sama lain


Benda ni dah lama aku tengok  dan perhatikan. Girl kalau bergaduh dengan membe dia, memang tragis, takdelah tragis sampai nak bunuh bunuh. Maksudnya, diorang akan menyalahkan antara satu sama lain.  Tikam kawan dari belakang. Banyak je contoh aku nak bagi sebenarnya, dengan kawan kawan di sekeliling aku. -_-". Berapa lama lagi kau orang nak bergaduh merajuk bagai haaaaaaa. Tak ingat ke dulu dia pernah buat baik dengan kau, selalu tolong kau, selalu ambil berat pasal kau.

Sebenarnya, aku respect dengan kaum lelaki, bagi aku diorang amat pentingkan kawan. REALLY! tapi mana tahulah kan ada je yang sebaliknya kan. Hati manusia siapa yang tahu. Aku suka tengok guy bila diorang berjumpa tepi jalan. Diorang akan hulur tangan dan bersalaman. Boleh jugak aku katakan di sini... chewahhhh... "guys are like the ants" korang tahu maksudnya? Korang pernah tengok tak semut dari dekat? Diorang akan beratur macam budak sekolah then bila diorang selisih dengan semut yang lain, diorang akan bersalaman dan bertegur sapa. Bagus bukan? Tak caya. korang pergi carik semut sekarang. Cepat!

Aku mula terpikir, kenapa girl tak buat macam tu haaaaaaa... Jumpa kawan tepi jalan then bersalaman,  tapi diorang hanya senyum dan hye hye bye bye je.



hihi... comel ^^



Girl yang tengah baca entry aku mesti tengah panas je sekarang ni. Mendidih kau! Jangan risau, aku pun ada alami masalah yang sama. Kalau dah namanya perempuan takkan lari dari benda benda ni, ye dak??


Sebab tu lah orang cakap girl ni komplikated. Banyak sangat benda kena jaga. Buruk sikit orang dah mengata kaw kaw punya. Kadang kadang aku pernah wish nak jadi lelaki. wakakakakakaa. as simple as that. tapi sebenarnya, hidup lelaki lagi komplikated.


Muhasabah diri. Jangan nak asyik salahkan orang lain je.  ^_____^


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...