Tuesday, August 31, 2010

Aku mengidam nak makan bubur lambuk




Setiap kali ramadhan, memang tak sah kan kalau tak makan bubur lambuk. Memang ramadhan tu ada cacat cela la kalau tak dapat makan bubur lambuk. Haritu. Aku dengan yan, naik motor bawak ayu ayu, pergi la masjid. Tujuan utama adalah untuk hamik bubur lambuk free.


Sesampai je dekat masjid, tengok banyak giler khemah cantik cantik dengan orang ramai berpusu-pusu. Ada event apakah ini? Mengapa aku tak tahu. cis! kalau tak boleh join sekaki. Malangnya sebab kitorang dah beli makanan dekat bazar, so hajat nak makan dekat khemah cantik terpaksa dihapuskan *sigh


Diorang cakap ada buka puasa bersama PM sebab tu lah ada khemah cantik cantik bagai tuh. heh. PM datang je, ada khemah, makanan sedap sedap. Cuba aku yang datang, nak hamik bubur lambuk pun terbantut bantut terberak berak lepas buka.






Dan keesok esok harinya, aku pergi lagi masjid dalam keadaan tak sihat. Pergilah sebab makan free kan walaupun dalam hati rasa taknak, kat luar hati nak. Kat luar lagi nampak, so nak lah kan. 


Lepas habis buka, nak buang tupperware makanan dekat tong sampah, kitorang ternampak ada kotak isi bubur lambuk. Hati masa tu punyalah melonjak kegirangan sampai rasa nak makan terus bubur lambuk kat tepi kotak tu. Malangnya, korang tahu tak itu bubur lambuk time bila? Itu bubur lambuk masa time PM datang haritu, lagi spesifik, time aku dengan yan memang nak pergi hamik bubur lambuk las las tak jadi tu.


Motip letak bubur lambuk yang semalam punya kat situ tanpa dibuang. Still nampak elok lagi. Selamat tak masuk perut makan je masa tu kalau tak, memang aku pengunjung setia tandas lah haritu gamaknya. Dah lah aku ni jenis main makan je tanpa pikir runding, tanpa teliti dulu kalau kalau dah habis tarikh luput. =_="


Sebelum berakhir puasa ni, aku akan carik jugak bubur lambuk sepenuh tenaga dan kudrat yang ada. kehkehkeh



********************************************



HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA
SWEET 53TH!!!




Saturday, August 28, 2010

Aku sedih bila dengar lagu ni


Petang ini sunyi. Sangat sunyi. Aku sorang sorang lagi dalam bilik. Serius sekarang mahu sangat teman untuk bercerita. Mahu bergelak ketawa macam dulu. Haritu aku jumpa juju, kawan masa kelas EST dulu. Aku kenal dia masa kelas tu even dia budak kimia, dia tegur aku. "tha, aku tengok ko dah tak macam dulu. Dulu ko happy go lucky. Asyik senyum je aku tengok" Serius aku sentap bila dengar.


Dia pun perasaan aku dah berubah even dia tak rapat sangat dengan aku. Aku pun sedar sebenarnya. Orang pun cakap manusia akan berubah kan. So, macam ni lah kot aku berubah. Panjang aku pikir bila juju cakap macam tu. Fikiran menerawang.
 


Aku tiba tiba rasa nak download satu lagu. Aku ada lagu ni dalam folder music aku tapi aku buang sebab jarang dengar. Aku download balik sebab aku dengar lagu ni dekat TV masa balik rumah haritu. Lagu tema dalam satu drama dekat TV3. Apa entah tajuk dia.


AFGAN - PADAMU KU BERSUJUD







Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

[*]
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
[**]
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
[***]
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Back to [*][**][***]
Back to [**][***]
Pada-MU




Air mata keperempuanan aku ni menitik saat dengar lagu ni. Bajet macam hati lembut lembut lah. Keras keras perempuan, lembut je sebenarnya. Sebab tu lelaki kalau nak tackle girl yang ala ala rock rock ni kena pandai mengayat, cakap benda macam sweet sikit, buat muka kesian. Konfem cair la. Tak caya tryla kat awek korang tu.

 *************************************************************

Ini entry untuk malam pulak



Aku tak tahu nak buat apa. Dari tadi nak buat kerja asyik tak jadi. Las las, aku decide bukak youtube, type HAGEMARU. Mungkin boleh menggembirakan hati buat seketika. Tengah tengah aku syok layan perasaan yang mengganggu hati dan sanubari, tiba tiba ada orang ketuk pintu. Terkejut! Takut! Manalah tahu kan. Entah sape sape agaknya. Aku dengan beraninya bukak la pintu Terkejut lagi! Tin rupanya. Datang bilik aku semata mata nak tengok condition dan keadaan aku yang tak terurus ni.


Tin! the truth is, AKU TERHARU! tak sangka ko datang carik aku sejauh ini. Ceh, jauhlah sangat kan. Bajet macam ala ala kaunselor tak bertauliah nak selamatkan orang dari bunuh diri la. HAHA.


Nana dengan tin, aku tahu korang risaukan aku. Tak sangka bila aku menjauhkan diri, lagi korang carik aku. Tak ada niat pun nak jauhkan diri dari kawan kawan kesayangan tapi tak sanggup nak bebankan korang dengan masalah aku yang entah di mana akhirnya. Ok! air mata menitik lagi.


Wani, Baini dengan tin tunaikan hajat yang tak seberapa aku ni, pergi McD. Excited! Even tertukar burger pun aku tak kesah. Thanks korang! i appreciate it.




True friends see the hurt in your eyes and others are fooled by your smile.



Wednesday, August 25, 2010

Selamat bersahur semua

Giler kentangla, tak sangka aku bangun sahur harini. Tepuk tangan untuk aku. lalalalalala. Selalu memang liat. Tak sangka harini bangun jugak.






Ingat masa kecik kecik dulu, sangat liat nak bangun sahur. Kalau mak gerak pakai mulut, mesti tak bangun.  Mesti nak kena angkat, seret bawak sampai meja makan. Kalau tak, sahur dalam mimpi jela. Siangnya, cacing kelaparan menari dalam perut. Even dekat meja makan pun tutup mata lagi. Comel je kalau tengok adik adik aku buat macam tu. Rindu nak sahur dekat rumah. Kalau dekat sini, sahur kena bangun sendiri, aku tak sahur


Bila dah mengantuk, makan pun sambil tutup mata tapi selera aku tetap besar jugak. ;p Semua yang ada atas meja tu, aku bedal je semuanya. Dan yang the best thing masa kecik kecik dulu. After sahur, kitorang adik beradik akan kumpul satu tempat, main jutaria. Yes! jutaria. Korang pernah dengar? Pernah main? Bohongla kalau kecik kecik dulu korang tapernah main benda alah ni. Pergi beli sekarang! main je even dah besar pun. Seronok tahu!
 
 
 

Hai, pak cik! i ingat u lagi


Serius! Memang seronok. Rasa nak roboh rumah. Ayam yang tengah tidur pun boleh terjaga agaknya. Semua adik adik aku berebut nak beli tanah masing masing. Kecoh! Tak mengantuk. Ini caranya supaya tak tidur lepas sahur, kalau eksaited terlebih mesti sampai bankrupt baru berhenti.


Kalau tak pun, mak aku sediakan doh untuk buat kuih raya, then kitorang buat bentuk dia. Macam macam bentukla ada. Kadang kadang adik aku buat baling baling je doh tu. Yang hanginnya je, dah lepas bakar, tak boleh makan, kempunan! Pandai ye mak aku, taknak bagi kuih dia cepat habis. Pandai lagi mak aku taknak bagi anak anak dia tidur. Las las lepas tu, tidur jugak sebenarnya. Tahun ni, ntah ada ke tak agaknya kuih raya buatan sendiri. -_-".



 Sedapnya kalau dapat nasik lauk telur goreng sekarang ni!


Selamat bersahur semua


:)



Monday, August 23, 2010

Moga esok baik baik saja






Ya Allah perasaan takut itu datang lagi


Kali ini lagi hebat!


Moga esok dipermudahkan.




Sunday, August 22, 2010

Masih kosong lagi



Lama dah aku tak tulis entry panjang panjang. Kali ini, aku dengan berbaik hati, bersenyum lebar nak tulis. Aku nak cerita apa ntah. HAHA. Eceli, macam macam benda aku nak cerita. Kalau nak ikutkan, baru jugak la aku jadi student final year ni tapi bagi aku, macam kosong lagi. Ye, kosong lagi. Dekat kelas, masih di awang awangan.


Apa nak jadi dengan aku ni, aku pun tak tahu. Dahlah minggu ni dah start midsem. Serius! Memang dalam hati takut. Hati aku ni dah , menggigil dah sebenarnya. Kalau boleh tunjuk, memang aku nak tunjuk. Kenapa aku tengok orang lain relax je? Tapaham aku. 






Dah makin lama belajar, makin lama hidup tiba kadang kadang ada satu waktu, aku rasa malas giler sangat yang amat nak belajar. Korang pernah ada rasa camtuh kan. Ada kan? Bukan aku sorang kan ada gejala ni. Serius weyh, kalau aku tak reti nak adapt memang boleh tewas.Huwargggghh!


Sekarang ni, dah 12 ramadhan. Nak dekat suku dah kita berpuasa. Eceli, aku tak pernah lagi buka sama sama dengan rumet aku. Dia busy la. Asyik keluar je. Aku? Memang selalu kena tinggal. Huwargghhh! Jangan ingat aku tak ngam dengan dia. Aku ok je dengan dia,


Lupa nak cerita. Sem ni, aku dapat rumet baru lagi. Aku memang selalu kena tuka rumet. Nasib! Rumet aku kali ni, budak bisnes. Umo dia 24 tahun. Macam akak akak aku jugak la kiranya. Memang dah nasib aku jugak dapat rumet yang akak akak ni sampai aku ni pun nampak cam akak akak. Aku muda la. Sem ni dia dah habis, so kemungkinan kecil, sem depan aku dapat rumet baru lagi. Sila bagi budak muka tabesalah ini rumet yang besh. Tiba cuak. Harap sem depan tak ada rumet. HAHA.


Aku nak cerita lagi pasal kafe dekat za'ba ni. Makin dah sayu layu kuyup. Dah ada kunjungan dari orang luar mahupun orang dalam. Kalo beli tu memang kena buat muka terpaksa pergi beli makanan sebab itu je yang ada. Haishhhh. Memang aku geram! Semua makanan feberet aku, aku tak dapat lagi nak rasa. Memang kadang kadang kitorang beli dekat luar, bazar ramadan. Setakat ni, aku tapernah lagi pergi sana semenjak start puasa ni. Siapa mahu bawak aku? hihi.


Disebabkan cafe yang memang 'sucks' ni, kitorang nak mohon tuka kolej, dah pergi tanya haritu tapi dia suruh datang minggu depan sebab dia nak proses untuk budak budak yang buat rayuan. MENYESAL tak mintak masa isi UPP dulu sebab  diorang cakap student 3rd year senang nak tuka kolej. Patotla ramai kawan kawan za'ba aku dah tak nampak, rupa rupanya awal awal lagi diorang dah blah. cis!




Saturday, August 21, 2010

What i feel right now

Sekarang ni,
aku duduk sorang sorang lagi dalam bilik.
sebabnya rumet aku pergi tidur bilik membe dia.
Huwarggghhhhh!!
selalu kena tinggal.


Sekarang ni,
aku nak siapkan assigment aku
tak apa buat sikitsikit asalkan siap.


Sekarang ni,
aku nak stay up lagi sampai pagi
aku nak sahur tapi sekarang ni aku tengah kunyah makanan. HAHA
Semalam nak stay up tapi tak jadi, memang tido mati! huh!



Malam malam aku sendiri, tanpa cintamu lagi. HAHA



Sekarang ni,
rasa macam nak balik rumah.


Sekarang ni,
rasa macam nak hold je waktu
sebab 2 minggu akan datang menjadi hari yang sangat busy.
banyak test midsem
dengan esaimen lagi tak siap.
Nangis!


Sekarang ni,
aku rindu kawan kawan aku.


Sekarang ni,
aku nak niat puasa.


Sekarang ni,
dah malam.


Kenapa aku rasa sekarang ni, aku macam dah mengantuk!





Friday, August 20, 2010

Waterworld - cerita yang aku tengah cari sekarang ni

Aku nak sangat tengok cerita ni. Haritu balik rumah aku tak sempat nak tengok sampai habis. Beria tengok, las las TV yang tengok aku. Cerita ni besh. Yang penting action la. Aku rasa ini cerita lama la. Pelakon pelakon dia pun aku tak kenal. -_-"

















Banyak pulak gamba aku letak. Mana aku nak carik cerita ini. Adoi! Somebody help me!


Ini trailer dia.








Thursday, August 19, 2010

Seronok buka puasa dengan kawan kawan kesayangan



Tak sangka! dapat jugak buka puasa samasama even masing masing busy memanjang. Mengalahkan menteri. Menteri pun relax je aku rasa dalam bilik, just arahkan orang je. Kan mudah kalau begitu. Goyang kaki, gaji besar. Huh!


Yang lagi aku hangin ni, dekatdekat nak raya ni la lecturer semua gatal nak buat test. Huwarggghhhh. Dahlah notes aku banyak tunggang langgang. Aku jadi rasa tertonggeng tonggeng pulak. haishhh. Tapi, keje banyak ke hape ke, ada je masa nak beriadah bermesra mesraan dengan kawan kawan. Macam harini la.


Kitorang decide nak makan dekat PMFST tapi tengah tengah jinjing makanan kiri kanan ni, nampak selautan manusia kat sana, ada event apa ntah. Punah harapan. Terpaksa pergi bilik tin yang 'sempit' tu sebab kitorang agak ramai. 12 orang aku rasa. Tengok! Sepakat tak kami.



Tak lengkap kalau tak ada. Umpama kalau pakai kasut, mesti dua belah, taboleysebelah je. Jangan tiru peribahasa aku ni, aku main belasah je.




Dulu, aku tak suka kurma tapi disebabkan Yusuf Taiyoob la, aku jadi suka. Terima kasih sebab menepati selera saya. Yusuf Taiyoob ni, nama orang ke? Ke just brand semata-mata? Jawablaaaa..


Ini adalah antara menu berbuka kami.



Ayam percik. Sape yang cubit ayam ni???



Segala jenis popia ada sebenarnya. Ini sebahagian je. Kawan kawan aku ni memang giler popia rupanya. Baru aku tahu.



 Murtabak Singapore
Inilah makanan yang aku idam idamkan sepanjang bulan puasa ni. Akhirnya dapat jugak aku merasa, even diorang cakap dekat Muar lagi sedap tapi Bangi punya brand pun sudah ok la. 




Kenapa aku rasa ini popia jugak. Yela, ni memang popia. -_-"




Puding caramel.
Tak sedap yang ni, keras!



Banyak lagi menu eceli, ni je yang sempat aku snap. Semua makanan dalam gamba ni dah kena makan sikit. Cis! Kitorang semua decide solat maghrib dulu, lepas tu baru makan. Takot takot nanti semua jadi ular sawa, bontot pun dah berat nak bangun.

Jemput makan kawan kawan






Tangan sape la ni.







Dan akhirnya, kitorang basuh mulut dengan buah duku langsat kak ira bagi, ex-rumet aku. Owh! sangat susah macam mana nak bezakan duku, langsat, duku langsat. Habisla semua orang keluarkan hujah masingmasing. Kalau aku, susah apa, makan jela, nama nama ni belakang cerita. HAHA.



After solat isyak, kitorang baca yasin ramai ramai. Lepas tu, korang rasa, kitorang buat apa?? Yeay!!! jom mengumpat. KAHKAHKAH. Mungkin bila berkumpul begini, baru tahu itu ini. Katak tidak di bawah tempurung lagi. Dah pandai merayap rayap, kat atas meja aku ni ada satu.


Hope sangat lepas ni, boleh buka puasa sama sama lagi. Mesti seronok!



Wednesday, August 18, 2010

Saat kakiku melangkah di bumi Melaka


Ceh, tajuk nak puitis je kan. HAHA. 


Dalam ENTRI LEPAS, aku cerita kat korang sikit pasal Melaka kan. Eceli entry ni dah basi sebenarnya, tapi aku nak post jugak. Aku tak kira! Aku eksaited nak cerita kat korang, aku pergi Melaka haritu. Taktahu kenapa eksaited, maybe sebab beria nak pergi sana kot! Ramai yang gelakkan aku sebab nak tak pernah pergi sana. Adeh! Aku kecik kecik dulu, di ajar duduk rumah je. Lari keliling rumah aku tahula. Tu kira macam aku travel satu dunia la tu.



Eksaited sangat hamik gamba ni berlatar belakang kan A Famosa




Giler tak! Nampak aku ni macam ala ala rombongan budak sekolah yang baru nak mengenal bandar Melaka. Wani yang melantik diri sendiri jadi tour guide, berkata kata pujangga bahawa sekeliling A Famosa ni dulu adalah laut. Jadi daratan ni sebab kena tambak la, kalau tak, nak pergi sini memang kena naik feri la, sampan ke, macam seronok, dayung sendiri lagi seronok. Ok! mengarut.


Sebelum pergi jalan jalan buang lemak dekat bandar Melaka, kitorang memenuhkan perut dulu dekat rumah wani. Yang taboleyblah, datang makan rumah dia, duduk 2 saat, terus blah. Sorrylah mak wani, kami kejar waktu. Anak suami kat rumah kelaparan kang. *tiba. Yang lagi lagi lagi taboleyblah nya ada ke patot si wani boleh lupa jalan nak balik rumah dia. Kalo ko dah tak balik setahun dua sebab belajar obersea tak hape gak. Ohohohoho.. Wayar mana shot dalam kepala dia sampai nak pergi rumah dia sendiri pun boleh lupa jalan. Adeh! Lepas ni, kalau nak pergi rumah wani, kena tanya dia dulu ingat jalan ke tak.



Dekat rumah wani. Kekenyangan. Aku makan nasi dua pinggan. Orang lain sepinggan je. Setakat dua pinggan, AKU DAH BIASA.




Laut. Belakang rumah wani ada laut. i jeles u! Sangat sangat tenang kat sini, tapi satu je, tak boleh mandi manda kat sini. Kalau boleh, mesti wani sudah jadi pengunjung tetap aku tahu tu. Nak berasmaradana pun sedap. KAHKAHKAH




Jom kita gerak pergi bandar Melaka. Nak cari parking sangat susah woooo.




Dataran Pahlawan. Rasa nak guling guling je atas padang ni. Kena control perangai budak budak aku, ramai yang memerhati. ihiks.



Siapa ada bom? Nak pinjam. Rasa boleh guna lagi meriam ni.




Nampak tak ada guys kat belakang tu. Tak nampak? 2 kali jumaat lagi la tuuu. Guys tu tengah belajar main biola kat dalam tu. Ada sorang pak cik tu ajar main and diorang bagila duit sikit. Macam nak terai, tapi aku tengok yang try mat salleh je. So, tak jadi.



Then, panjat tangga naik atas. Penat! Rasa macam mendaki tembok besar China je. Macam aku pernah daki. Ok! satu hari nanti!




Monumen apa ntah sebelah tu. Tak baca pun.




Gamba ni, nampak aku tinggi. KAHKAHKAH



Kepenatan!



 Jom balik.



Serius! Nak datang Melaka lagi. Tak puas!




Tuesday, August 17, 2010

Still waiting




HIJAU DAUN - SUARA (KU BERHARAP)











di sini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi

aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu


bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

(*)
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

(**)
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya


*addicted giler dengan lagu ni sekarang.



Friday, August 13, 2010

Lipas punya pasal, terbantut aku nak makan laksa dengan telur



Begini ceritanya bermula, semalam beli makanan nak berbuka dekat bazar ramadhan. Yan dengan adib tolong belikan makanan untuk aku. Then, kitorang buka sama sama dekat bilik aku. Bila manusia yang sekepala, hati lain lain berkumpul satu bilik, majlis berbuka puasa yang dianggar satu jam, boleh jadi berjam jam. Korang memang terbaek la. Lepas ni kita buka samasama lagi. Boleh karok lagu raya lagi, main spontan, mana tak nya sampai tengah malam baru semua pulang ke lubuk. ish ish ish. Eh, kejap, wani pun ada sekali. Hai, wani!!! Aku nak cerita pasal laksa semalam ni.



Rumet aku pulak, awal awal lagi dah blah balik rumah. i jeles u. cis!! tak hape tak hape, aku nak gerak balik dah ni, tunggu aku taip benda alah ni dulu. Sempat lagi u olsss. KAHKAHKAH


Aku pesan dekat yan suruh belikan laksa untuk aku sahur esoknya. Bajetla macam nak sahur kan. Tapi aku makan tengah malam buta. Kira macam sahur gak lah tu kan. Giler malas kau nak bangun sahur, wish sangat kalau ada orang kejut bangun sahur. -_-"


Disebabkan laksa tu dah kejung, aku panaskanlah dulu, tuang kuah dalam periuk, campak laksa sekali, telur aku letak dalam mangkuk. Aku sengaja taknak masukkan telur sebab nanti takut kuning telur dia hancur, aku taksuka kalau hancur, nanti aku tak makan.


Ish, malasnya nak cerita satu satu, korang tengoklah, gambar pun sudah menceritakan segalanya. ececeh..



Lipas: "padan muka ko manusia, sape suruh dedah makanan... HAHAHAHAA"




Lepas ni, aku kena bawak tudung saji la. Motip sangat tiba tiba ada lipas. haishhhh... Rumet aku rajin sapu bilik. aku?? erkkkkk.... tengok jela dia sapu. ;p Nasib baik aku ni bukan anti lipas. Tapaham aku kenapa orang takut sangat dengan lipas. Lipas comel apa tapi comel katak lagila. KAHKAHKAH




Aku pun tak tahu kenapa aku letak gamba ni... lalalalalala.




Dah lah, mahu siap siap. Aku balik rumah lagi minggu ni. Tiba rasa stress sebab pergi kelas tadi, mencurah curah assignment aku dapat. Bukan satu tapi dua. Tambah pulak ada mid sem lepas ni. Huwarrrrghhhhh. NANGIS!!


Mak.... masak sedap sedap!! nak nasik 2 pinggan. ke 3 pinggan. HAHA

Wednesday, August 11, 2010

First day puasa yang sangat bermakna



Harini aku dengan kawan kawan kesayangan buka puasa dekat masjid. SERONOK!!  Pukul 6.30 dah gerak pergi masjid, nampak sangat eksaited tu. Orang lain sume datang 15-10 minit nak berbuka. Eceli, kalau makan dekat masjid, boleh dapat makanan free. Kenapa aku baru tahu harini setelah bertahun tahun aku bermastautin dekat ukm ni, baru sekarang aku tahu buka dekat masjid dapat makan free. Kenapa? kenapa? why? why? adeh!



Habis aku kena gelak dengan semua orang tadi sebab baru tahu kat situ dapat makan free. Tak hape tak hape, cheq tak kesah, lepas ni memang masjidlah jadi tumpuan. Dahlah sekarang ni aku memang nak berjimat duit kan. Duit aku sekarang mengalir macam air buangan mesin basuh baju je. cis!



Ini atip, aku sudah reserve nak makan berdua je dengan dia,tapi apakan daya, tabaek tamak kan. Tuhan marah.




Dekat masjid, mereka bagi makanan dalam dulang sebenarnya, satu dulang lima orang. Korang suka makan ramai ramai satu dulang? Aku suka beb! Even dalam pinggan pun aku pernah makan ramai ramai. tryla seronok. Rasa macam rezeki itu dikongsi bersama walaupun kadang kadang benda tu sikit.



Menu berbuka tadi. Sedap kan untuk dikongsi bersama 5 orang. Serius! kekenyangan.



Lepas makan, kitorang ramai ramai solat terawih. Baru rasa macam ramadhan bila nampak ramai orang solat samasama kan. Teringat masa solat terawih dekat rumah dulu. Lepas habis penuhkan perut , terkedek kedek jalan kaki pergi surau. Surau depan rumah je, tu yang best tu.



Yang lagi seronok, dekat surau pun dapat makanan lagi. Kadang kadang tu tapau bawak balik rumah. KAHKAHKAH. Meletop perot!!!



Tak sabar nak berbuka puasa dekat rumah. ^__________^

Tuesday, August 10, 2010

Semoga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan


Sangat sangat eksaited nak tunggu ramadhan kali ini. SANGAT!! Kalau ingat balik pengalaman puasa memang banyak sangat. Sehari suntuk pun tak habis nak cerita.


Kalau bulan puasa je, mesti makanan je yang ada dalam pikiran. First sekali mesti pikir, buka ni nak makan apa eh? eh? Seyes kadang kadang, bukan kadang kadang, MEMANG rambang la mata nak makan apa untuk buka puasa. Lagi lagi kalau gi bazar ramadhan. Nak beli tu, nak beli ni, las las terbiar macam tu je tak makan. heh


Dekat rumah tapayah cakaplah. Kalau nasik tak cukup satu pinggan. Kalau air memang tak cukup satu jenis, memang berjenis jenis gwa balun beb!! Las las kenyang minum air. Tapi aku tak, KAHKAHKAH. Setakat air je apa barang beb! Perut aku besar! lalallaalalalala.


Kalaulah aku boleh spend the whole ramadhan dekat rumah kan seronok. Tapayah susahsusah gi carik sesuap nasik nak berbuka. Aku terkilan sebenarnya, banyak dah kafe dekat za'ba ni dah kena tutup. Dahlah makanan dekat kafe tu kadang kadang tak menepati selera gajah aku ni. cis!! Alamatnya, aku buka minum air kosong ke kang. JIMAT! ;p




Jom korang, kita kumpul pahala banyak banyak bulan puasa kali ini. 




Eceli setiap kali ramadhan, mesti aku suka dengar lagu kat bawah ni. Tacing giler!!!!








Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua



Sebelum berakhir watikah ini, selamat berpuasa untuk semua umat islam di seluruh dunia. Carilah keberkatan dalam bulan puasa ini. Untuk aku jugak, semoga bulan bulan yang menjelma ini akan membuat hati menjadi lebih tenang. amin



Tak saba nak raya... KAHKAHKAH. Baju raya dah siap btw. hihi



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK







Thursday, August 5, 2010

Jiwa kacau


Ok lah.. ok lahhh, memang jiwa tak tenteram sekarang ni. Nak marah orang pun ada jugak. Siapa rasa bermurah hati nak pinjamkan telinga dia, aku nak marah dia sampai merah merah.


Bila rasa marah macam ni, rasa nak solat, zikir banyak banyak tapi kalau i solat sekarang i dosa, sooo sekarang ni kena muhasabah diri, kena banyak banyak bersabar. Memang selalu malang tak berbau betollah, cuba kalau malang tu berbau memang semua orang taknak dekatdekat dengan aku, bau sampah je. heh



Muka ini up sikit dari minah indon, nak jadik bibik pun mahal gajik



Kau orang bagilah aku kerja apapun sekarang ni memang aku tak akan dan taknak dan takmahu buat. Geram sungguh aku. Banyak sangat bad luck sejak akhirakhir ni. Wth happen eceli, aku pun tak tahu. Memang hell la. hell hell..


Rumah tu memang dah panggil aku balik sekarang ni. Kau tunggulah rumahku aku sampai kejap lagi, kau bukan ada kaki nak gerak kan.


Apa korang akan buat kalau jiwa kacau? Makan? Tidur? Lari? Makan? Lagi makan. Oklahhh, kalau aku, aku memang makan banyak banyak lah sampai aku dah terberak berak dah ni. I memang suka ternak lemak, lemak pun tahu i sayang dia.



Please bagi budak muka tabesalah ni balik umah jumpa makbapak dia.



Jangan jadi macam aku lah korang. Tak best pun. tak selonok pun. Meluat lagi adalah. haktuih... tuih... tuih.. Sebok je nak bagitahu semua manusia jiran kambing lembu ayam tok nenek, jiwa tengah diblender halus halus sekarang nih.


Sudahlah taksuka emo emo ni.

Wednesday, August 4, 2010

Memang roda itu selalu di bawah



Mungkin nasib tidak menyebelahi. Mungkin ada hikmah. Mungkin perlu buat lagi yang terbaik. 


Memang gagal itu sentiasa ada, cuma kadang-kadang tak tahu macam mana nak tangani. Memang boleh memakan diri.


Walaupun selalu gagal, aku berharap ada yang beri semangat. Ada disisi bila diri perlu sokongan.


Mungkin aku patut pergi untuk menenangkan diri.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...