Thursday, May 31, 2012

Aku otw nak ganti. Kau orang dah ganti ke belum? Ke kau orang dah habis ganti. hikhik. Pegi tepi sudut tutup muka. *malu.




Aku rasa lega gila sebab baru abis ganti puasa sehari. Ada 9 hari lagi. Arghhhhhhhhh... bapak banyak lagi. . Baru habis ganti sehari dah kecoh.hahahahaa. Korang ingat senang ke nak istiqamah puasa even sehari je pun. Kiri kanan buat aku tergoda. Lagi lagi time rehat. Dahlah tak kuar rehat, officemate yang chinese pulak bawak bekal makan dalam opis. Bau diaaaaaaaaaaaa perghhhhhhhhhhhh. Memang menusuk kalbu. Kalau boleh nak mintak sikit makan sekali. 


Tapi kan, aku curious jugak ni, adakah diorang semua tengah makan babi? Aku dah lah terliur kemain. Astaghfirullahalazim. GILO. Macam mana la nanti bulan ramadhan. Kadang kadang bila rehat, ada je macam macam aroma dekat opis tu. Pilih je nak apa, aroma petai pun ado.


 Jap jap selingan jap.



 ini buat masa birthday ayah haritu. 28/5

comel kan. aku taw comel. sedap pun sedap. nanti nak buat lagi.hihi



Eceli, aku terlupa bape hari kena ganti. Last last, aku decide nak ganti seploh hari. Lagi afdhal. Biarlah lebih pun yang penting jangan kurang. Sebabnya kenapa aku ganti seploh hari kerana due period aku paling lama pun seploh hari. Macam tu la tambah tolak bahagi darab.


Yang aku sedihnya, tempat mak cik yang aku selalu beli nasik petang petang lepas balik keje tu tutup pulak. Rasa macam nak duduk hentak hentak kaki je kat situ biar mak cik tu dengar aku nak beli nasik dekat dia. Dah lah aku memang tak ada mood nak masak. Dugaan. Seyes memang dugaan. 


Last last, aku masak bubur je. Main campak je sume dalam periuk. Lebih air sekilo dua kilo. Jadilah bubur aku.wahahhahahaa.

Alhamdulillah.. kenyang pun. Terima kasih Ya Allah.


#Seyes! Aku mengidam McD skang ni. (Memang betol betol perot naga+gajah, sampai haousemate aku pun terkejut tengok aku makan banyak gile.)



Saturday, May 12, 2012

Kerja memang sampai bila bila pun tak sudah



Sekarang ni, dah 5 bulan lebih aku keje. Bosan tu memang bosan sebab tiap tiap hari mengadap benda yang sama je, jumpa orang yang sama, mengumpat orang yang sama. wakakakakaa. Dah siap keje harini, esok dapat pulak keje yang baru. Tak siap keje harini, memang bertimbunlah keje kau nanti. =,="


Aku kalau bosan bosan keje, selalu lepak lepak borak dengan nizam,kak lina dengan eri tapi kadang kadang selalu kena marah dengan manager. Bajet bukak pintu bilik filling dengan cekak pinggang, "fatihah....bla bla blaaaaaa..." argggggggggggghhhhhh, aku pun dah lali. Aku buat muka dengan bangangnya keluar dari bilik.HAHA.


Serius aku cakap life keje memang bosan. Life sebagai student lagi seronok. Kalau dah keje banyak sangat benda kau kena pikir. Macam macam benda kau nak beli dan patut beli. Itu ini semua tak ada. Kadang kadang rasa serba salah sebab asyik mintak tolong orang lain sebab kita serba tiada. Cari rumah sewa bagai nak gila. Scroll mudah.my dengan ibilik.com banyak banyak kali kalau kalau ada orang post bilik kosong. Last last tersilap mesej orang nak carik bilik jugak. Finally, carik rumah sama sama dengan pencarik bilik tu jugak.HAHA.


Kadang kadang rasa macam papa kedana. Selalu menghitung hari bila gaji nak masuk supaya kaya balik. Arghhh, memang hidup ni macam roda. Kejap kaya kejap miskin. Nak kaya hari hari takboleh ke?


Kepada kawan kawan yang dah grad dan bakal grad. Please prepare ur mental n physical. Ya, memang seronok bila dah grad. Rasa macam dah lepas 1 beban yang sangat besar tapi kau tak akan tahu apa yang jadi dekat kau lepas ni melainkan kau sendiri yang mengalaminya. Paham? Tak paham tak apa sebab kau belum mengalaminya.


Owh, ini selingan. Jom amalkan doa ni ye kawan kawan.

 


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." 

(Surah Ibrahim: ayat 40-41)



Apa apa pun selamat bekerja kawan kawan. Pada yang belum keje selamat mencari keje dan be prepared. Bila kau dah kerja, macam macam ragam orang yang kau akan jumpa. Tak kiralah tua dengan muda. Cina ke melayu ke india ke bangla ke indon ke. Semua jadi kawan kau. Tadehal. Belajar dulu, environment kau dengan orang lebih kurang sebaya je. Dah keje, macam macam umur, perilaku orang kau boleh jumpa. Nak taw, tryla keje. Good Luck dari i untuk uollllllsss.hehe


*Tqa, happy convocation! ;)




Saturday, May 5, 2012

Dare to be


“Dare to Be

When a new day begins, dare to smile gratefully.

When there is darkness, dare to be the first to shine a light.

When there is injustice, dare to be the first to condemn it.

When something seems difficult, dare to do it anyway.

When life seems to beat you down, dare to fight back.

When there seems to be no hope, dare to find some.

When you’re feeling tired, dare to keep going.

When times are tough, dare to be tougher.

When love hurts you, dare to love again.

When someone is hurting, dare to help them heal.

When another is lost, dare to help them find the way.

When a friend falls, dare to be the first to extend a hand.

When you cross paths with another, dare to make them smile.

When you feel great, dare to help someone else feel great too.

When the day has ended, dare to feel as you’ve done your best.

Dare to be the best you can –At all times, Dare to be!”





Source:  Islamic Quotes 



Meaningful phrases kan? Heeee :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...