Friday, September 16, 2011

Hati semakin dewasa

Assalamualaikum


Seriously aku rindu giler nak update blog aku. Kadang kadang bila taip, aku tekan backspace takpun delete terus entry. Rasa macam tak ada mood nak tulis. Tapi seriously aku rindu nak menaip. Nak menceritakan kisah duka lara hidup aku. chewahhhhhhh.


Sebelum tu,


Aku dengan rasa rendah diri dan hina, ingin menyusun 10 jari kaki dan tangan. Mohon ampun dan maaf tulus dari hati. Aku tahu banyak salah dan silap yang aku buat (owh air mata bergenang) lebih lebih lagi dengan orang orang yang dekat dengan aku. Terima kasih sebab tahan dengan perangai aku yang ntah apa apa ni. Kadang kadang giler dan emo itu datang secara spontan, aku tak boleh nak kawal. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


nampak dewasa tak? dewasa tak? :p



Raya tahun ni tak macam raya seperti tahun tahun sebelum ni. Dengan rasa bangganya aku cakap, aku tak pergi jalan raya langsung. Memang betol aku tak tipu. Rumah saudara mara pun aku tak pergi inikan rumah kawan kawan, lagi aku tak pergi. Raya aku macam chaotic giler. Huru hara la senang.


Baju raya, kasut raya, selendang raya semua aku tak beli. Aku tak tahu kenapa aku tak beli. Semua pakai brand lepas punya. Lagipun kalau aku beli pun, memang aku tak pergi mana mana pun dan rasa syukur pulak aku tak beli. Bersederhana itu kan bagus. Tak elok membazir. Tuhan marah.


Beberapa hari sebelum raya, atok aku masuk hospital. Aku panggil dia tok ayah tapi ini atok sebelah mak. Plan mula mula memang kitorang satu family raya dekat negeri sembilan tapi last minit balik kampung, kelantan sebab tok ayah tak sihat. Yang sedihnya tak semua balik kelate, kitorang divide separuh raya n9 separuh raya kelantan. Ayah aku raya dekat n9, mak aku raya dekat kelantan. Korang boleh bayangkan tak bila time raya tak semua family ada. Seriously sedih wa cakap sama lu. Tapi aku tahankan je sebab tok ayah sakit.


Masa raya pertama, aku duduk hospital sepanjang hari. Jaga tok ayah. Family mak aku semua ada lah masa tu. Walaupun tak semua family aku ada, tapi aku syukur sangat sebab tok ayah macam dah nak sihat. Tok ayah duduk hospital selama seminggu. Dan selama itulah aku ulang alik pergi hospital. Macam pergi jalan raya gituuuuwww.hehe.



ini tok ayah. masa ni, dia dah sihat sikit. alhamdulillah.



Kalau korang nak tahu, tok ayah aku ni hyper dow, tak boleh duduk diam. Sikit sikit nak turun katil. Sikit sikit nak gerak sana gerak sini. Padahal sakit nih. Dia asyik teringat lembu dia je. Eceli, tok ayah bela lembu. Kalau tiap kali raya haji, mesti dia korbankan satu lembu. Lembu tok ayah comel. Patotlah dia asyik teringat je. ahahahahahaha. 


Kadang kadang aku tengok kelakar pulak. Maybe aku hyper ikut atok aku kot.hihi. Lagi satu, atok aku takboleh tinggal sorang sorang, mesti kena teman. Kalau tak dia nak balik rumah. Memang pandaila tok ayah ni bikin taktik. Yela, korang bayangkan la, tinggal dekat hospital sorang sorang lagi lagi masa raya, mana tak sadisnya. Jadi, mesti kena ada orang temankan dia.


Tapi sebenarnya, aku syukur sangat sebab tok ayah aku dah sihat. Lagi satu, aku suka atok ayah ni, sebab dia tak liat kalau makan ubat. Kalau orang suruh dia makan ubat, dia makan je. Senang! Cuma tu lah, hyper bebenor. ish ish ish.


************************************


Fawwaz Aiman



Terkejut tak tiba tiba aku letak gambar budak kecik ni. Dia cousin aku, raya haritu, aku main main dengan dia la. Sambil sambil makan kueh raya, tengok drama raya, aku gomol la budak ni. Nasib baik dia ada, terhibur sikit hati aku ni. Aku memang suka giler budak kecik, baby baby tu. Tapi kadang kadang diorang tak suka aku, tak paham aku.ahahaha. Tunggulah aku buat anak sendiri. muahahahahaahhaa. Boleh aku gomol sepanjang masa. ;p



******************************************


Lagi satu,


26hb september, aku konvo. Happy graduation to me. Aku sedih campur gembira nak konvo ni sebab macam macam berlaku dekat diri aku tapi aku layankan je. Mood nak konvo tu memang tak ada. Seriuosly aku cakap. Kadang kadang rasa nak belajar balik, nak jumpa kawan kawan balik. DEM I MISS THAT MOMENT!   ***Korang semua tak rindu aku ke (duduk dekat penjuru, tutup muka).


Aku rindu sangat dengan kawan kawan aku. Buat giler dengan korang semua tapi tu lah, 3 tahun tu hanya sekejap. Sekejap sangat.  Sampai aku tak sangka aku dah habis belajar. Tolonglah ingatkan aku bahawasanya aku sudah semakin dewasa. Korang tak rasa ke penulisan aku dah makin dewasa? kahkahkah. Dewasa tak apa, biar awet muda. Baru kelas nyah! ahahahahaha.



Bai korang. Jaga diri elok elok. Jangan stress stress. Aku gerak dulu. 




Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya pada hari Jumaat itu ada suatu saat, apabila seseorang memohon kebajikan (berdoa) kepada Allah pada saat itu, nescaya Allah akan mengabulkan permohonannya itu dan saat itu hanya sebentar.” [0804] 


Rasulullah saw. bersabda '' Sesungguhnya ALLAH swt. tidak memandang kepada tubuhmu dan bentuk rupamu, tetapi Dia memandang hati mu. '' [ Hr. Muslim ] .



InsyaAllah, jika ada kesempatan, aku update lagi.


Salam. :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...