Tuesday, August 16, 2011

Eh cepatlah buat tajuk, cite ana lulu nak start da ni.haih





Usahlah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaaan.
Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah?
Itulah rumah akhirat.
Pujilah Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.


Aku tak pergi terawih harini. Cadang macam nak pergi tapi tiba tiba hujan pulak. Lepas tu dia macam berhenti balik, lepas tu dia macam hujan balik. Main main pulak dengan aku. Aku sekeh kang. HAHA. Eh lupa pulak, mestilah aku bagi alasan hujan sebab aku pergi surau jalan kaki je. Tak main la naik moto keta bagai. Surau sekangkang kera je pun.


Aku malas la nak pakai payung bagai ni. Leceh. Kang kotor telekung aku kang sape nak jawab. Eceh! Buat alasan je tahu, dah taknak pergi tu cakap jela taknak pergi. Giler takboleh blah dow alasan aku. 


OK lah aku nak solat isyak. Lepas tu aku nak tengok cite ana lulu dekat tv3. Boleh tahan gak cite ni sampai aku tersangkut paut. Try la layan se round. Konfem melekat.hihi


Selamat melakukan amal jariah di bulan ramadhan. Mengaji jangan lupa ye kawan kawan!


:)



Thursday, August 11, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Misi mengemas bilik



Aku rasa terlebih rajin harini korang tahu tak. Tiba tiba rasa nak kemas bilik. Bayangkan la dah bertahun tahun aku tak kemas bilik. Yela bukan ada masa pun, balik rumah pun jarang sekali. Nak balik kemas bilik tu memang no no la. Baik aku tidur. 


Tadi aku kemas bilik secara super combo. Habis semua sampah sampah, habuk daki dan sebagainya aku kerjakan. Aku rasa macam nak cat bilik tapi tak tahulah ayah aku tu. Tengok gaya macam tak dapek je. Ahhhhhhh... biala, asalkan bilik aku kemas, cat cat ni nantilah. Persetankan semua itu. haha.


Eceli tu pun tak habis kemas lagi. Ayah aku suruh sambung esok, so esoklah sambung. Mana tahu ayah aku ubah pikiran (memang takdapekla.haha).


Esok lepas sahur kalau aku ni, nafsu tidur tu tak kuat (macam kuat je..lalalala), aku sambung la kemas lagi. Sebenarnya aku nak setelkan buku buku, kertas, pensil, pen dan segala macam harta benda aku. Nak susun balik. Yela dah tak belajar dah. Tapi yang penting aku takkan buang la. Aku sayang weyh. Nanti boleh tunjuk dekat anak cucu cicit den nanti. Camnilah ghupe oyang ko belajar dulu. kahkahkah.


Selamat malam korang semua. Esok jangan lupa bangun sahur. Seronok duduk rumah ni sebab sahur mesti mak kejut even dah tua bangka pun. I like you very strong la mak! Sayang you lebih. hihi.




Monday, August 8, 2011

Bila perut meragam


Hai kawan kawan. Selamat menahan makan, menahan minum dan menahan nafsu. Jangan puasa yangyok ye. Ahhh... macam cakap dengan budak kecik. Alah, tapi kan, sekarang kan, ramai je orang tua bangka tak puasa. Tengok berita banyak orang tua kena tangkap sebab tak puasa. Apa daaaa.. malu la sikit. Orang cina dengan india pun tahu hormat orang islam yang puasa, ni kan kita sesama islam. ececece.. bertazkirah pulak aku. kahkahkah. besela kan. Aku dah lama dah menulis sejak merantau ni. hihi


Psttt..pstttttt.. Korang nak tahu satu cerita tak! Aku bosan tak tahu nak cerita kat sape. Aku cerita kat sini jela. Eceli, aku baru sampai umah malam tadi. Penat dia masih terasa dan korang nak tahu. Sengal masa eksiden tu datang balik. Tiba tiba je. Sengal dowh badan aku. Arghhhhhhhhhhh..


Aku nak cerita kat korang moment or detik detik kecemasan aku semalam. Semalam perut aku kosong sebab aku tak sahur lagipun aku tengah tetttttttttt so aku malas la nak sahur, apa guna Allah bagi cuti kan, ada peluang makan la kan. Yang aku peliknya, aku tak makan mende pun perut aku boleh meragam. Dem la. Lepas tu, aku try carik toilet dekat area shell tu. Berputar aku carik toilet ladies tapi tak ada. Las las, baru aku perasan diorang campur toilet lelaki dengan ladies. Dem lagi!


Masa tu, ada pak cik cina tu, dia yang suruh aku masuk situ sebab dia tengok aku dok tercarik carik toilet. Aku pun apa lagi meluru masuk la tanpa memikirkan akan ada si jantan jantan yang akan masuk toilet sekali. Perut meragam dah weyh. Aku dah tak boleh tahan. Asalkan semua sampah keluar dari perut aku baru aku boleh pikirkan benda lain.


Bila sampai masa nak keluar, ramai pulak yang masuk tandas, nasib baikla pintu tandas tu ada lubang sket taw, so aku boleh tinjau. Kalau tak ada langsung, memang aku buat muka paling cool sekali la keluar tandas tu. HAHA. Otak ligat memikirkan idea bagaimana nak keluar.


Bila aku tengok je semua orang dah keluar, cepat cepat aku bukak pintu, terus blah dari situ. Aku tak taw la, ada mamat sorang ni perasan aku ke tak. Sebab aku tunggu dia membuang lama sangat, bila dia keluar, aku pun ikut keluar, dia toleh aku kat belakang. haha. Aku rasa nak gelak je masa tu sebenarnya. Tapi takpelah, bulan puasa kan.


Alah, aku membuang kat tandas lelaki je pun. Apa ada hal. Korang pernah? Tak pernah kan. Nak taw thrill tak thrill try la. haha.


Korang tahu tak aku banyak sangat kisah berkaitan nak berak memberak ni. Aku ni jenis yang selalu berak weyh (ceh, itu pun nak bagitaw ke? please la. haha). Tak nak la cerita banyak banyak, nanti korang pulak tak lalu nak berbuka. wakakakakaka.



Nah! Special kiss untuk korang. #macam muka tahan kentut je. haha




OK. Bai korang. Aku ingat nak sambung tido la. Tadi jaga, nampak adik aku yang form 5 tu siap siap nak pergi sekolah. Aku siap boleh tanya dekat dia, "eh syapik, ko pengawas ke? akak tak taw pun". haha. Apa punya akak la. Berkurun tak balik rumah macam ni lah jadinya. haih.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...