Tuesday, December 20, 2011

Recuva not actually recover my merlin. dem!




Sekarang ni aku tengah menggila tengok cerita merlin. Aku taw cerita ni memang dah berabad dan aku baru nak layan. =.=" Bila dulu orang sibuk sibuk nak tengok tapi seperti biasa aku buat bodo je. Well you know me. Eh, you don't know me. HAHA.


Aku ni ada hangin dia, kalau taknak tengok cerita tu, even cerita tu hot ke box office ke, ada aku kesah. Memang aku tak layan. Korang sogok la apa pun. Tapi bila datang hangin aku nak tengok cerita, memang habis sume cerita aku download, even cerita tu memang dah berkurun pun, aku layan jugak. Yang penting best. Cerita waterworld yang berusaha keras aku carik dulu tu ntah haram jadah bila ntah aku dapat jumpa. Payah nak carik cerita lama ni.haih



 The adventure of merlin.
Adventure movie, drama are always my favourite.



Tapi sekarang aku sedih. Taw sebab apa? Sebab season 2 dengan season 3, aku pegi delete. Tak ke bebal aku ni, cerita belom tengok lagi aku da delete. Aku ingat cerita ni tak best. Tapi sangkaan aku meleset, cite ni best gwa cakap sama lu. Best weyh. SERIUS! Kalau orang panggil cakap bangunan runtuh ke rumah terbakar ke, memang aku tak layan der. Cerita aku lagi penting.


Arghhhhhhhh... aku sedih ni weyh. Aku malas giler nak download cite banyak banyak episod ni. Boleh jadi rangka aku nak tunggu dia siap download. So, aku try another way. Aku carik software untuk restore fail yang dah delete. So, aku jumpa software called Recuva. Software ni free tak payah bayar. Jenuh jugak nak carik sebab kebanyakan software kena bayar. Demmit! Takpun free trial dapat recover untuk 1gb file. Setakat recover 1gb, jadahnya video aku banyak giler nak recover ni. Memang awal awal tu aku sumpah seranah lah. haha. Nasib baik jumpa Recuva. Thank you.


#Kalau korang nak software Recuva ni, pi google sendiri la. Malas aku nak carik balik link dia.



 
 Budak kecik kat tengah ni jahat sebenarnya. Apasal la merlin pi selamatkan dia. ish!

                

Sebenarnya kan, memang taknak thank you sangat la sebab bila da dapat recover, last last cerita merlin keluar jadi cerita korea. Kali ni memang aku berapi rapi la. Baran je rasa. Kalau ada orang sebelah aku, memang lama dah tendang.


Jadi, kesimpulannya, aku kena download la balik cerita merlin ni. Daripada recuva tu, aku ada la dapat certain certain episod untuk season 3. Season 2 memang dah burn la. Aku amik kat orang je pun cerita ni. So, rasa macam tak loser sangat sebab bukan aku yang download.  Masalahnya sekarang, internet kena laju kalau nak download, ni internet macam haram. Babun laut betul. cis!









Waaaaaaa... aku nak tengok cerita merlin. *NANGIS* Dah lah sekarang ni dah season 4. Arggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh. Stress! Takpe takpe, aku download sikit sikit. Sikit sikit lama lama jadi bukit. *Jom menabung. lalalala~





Friday, December 9, 2011

Forgiving is such a wonderful work you can ever done in this world.



Hai kawan kawan semua...


Tadi aku bukak fb, aku terpandang post adik aku. Dia post satu video dekat youtube. Mula mula aku malas je nak loading video tu. Mood nak tengok video tak ada masa tu. Senang cerita tak ada perasaan la.


Tapi bila aku tengok ramai yang post, baru terhegeh hegeh nak loading. Tu la manusia kan, kadang kadang benda yang tak popular, benda yang tak ada daya tarikan, orang malas nak pay attention, masing masing buat bodo je. Orang selalu tengok luaran dulu, bila buruk, buang. Bila cantik, simpan bawak tido pun boleh. Nak promo cam ombak rindu memang takdapat la. Hati aku tak berombak pun nak tengok ombak rindu ni. Baik aku makan. Kenyang sikit. Owh tomato. *lapar*


So, aku loading la video ni. Time ni laju sket maybe sebab sume orang tengah tido, so tenet laju la. Korang tengok la video ni, tak rugi pun. Free je, nak tengok ombak rindu, kena bayar tiket wayang, melayang seploh hengget. (Tiba tiba meroyan anti ombak rindu. wakakaka) Aku jamin. Kalau tak best, aku belanja korang mekdi.hehe







Lepas aku tengok video ni, aku admit, air mata aku hampir nak menitis. Hampir je. Belum menitis lagi. kehkehkeh. This video bring a lot of meaning, kalau korang hayati betul betul. Kalau korang tengok video ni sambil dok pegang enset, balas mesej pakwe kau memang tak la.


Then, masa aku tengok video ni, aku teringat kawan kawan kesayangan aku, aku teringat orang yang banyak aku sakitkan hati. Aku teringat bila kita together gather. Aku jadi rindu. Korang semua apa habaq? Lama tak dengar cerita noh. 


Sejak menjadi terlebih 'dewasa' ni, baru aku tahu nilai maaf itu sangat tinggi harganya. Sangat indah. Selama ni, bila ada orang yang menyakitkan hati, aku jadi benci giler giler. Rasa macam budak tu annoying nak mampos. Kejam tak aku. 


Bagi aku, orang yang memaafkan orang lain sangat mulia hati dia. I just wanna be that person. InsyaAllah. Pray for me. Aku tengah berusaha ke arah itu walaupun kadang kadang kawan ada yang menyakitkan hati. Sometimes, I can't bear with it. Rasa nak lempang laju laju kat situ jugak tapi bersabarlah. tahan kemarahan tu. Setan dok joget joget tengok kalau korang marah. Fikir lah balik, kita pun ada buat salah jugak.


Tapi bila kita sendiri yang memaafkan, rasa dia lain. Rasa tenang, rasa yang tak boleh digambarkan dengan perasaan. ececece. Lagi satu, kalau korang rasa macam susah nak maafkan orang, cuba jauhkan diri dari dia untuk sementara waktu. Tak payah nak pay attention sangat pasal dia. Itu yang selalu aku buat selama ni. Jauhkan diri. Memang berkesan.


Masa tu, korang berdoalah untuk dia. Moga Allah lembutkan hati dia. Yes, prayer will heal everything. ^^





Korang janganlah sampai mengelak dari dia sampai dah tak kawan. No laaaa. Itu bukan caranya. Fikir balik apa kebaikan yang dia dah buat dekat kita. Mesti banyak, sebab kita tahu dia kawan kita. Mesti banyak benda yang dia dah tolong kita. Banyak benda yang kita dah kongsi dengan dia, even kalau pergi mana mana pun kalau terlupa bawak towel, kongsi je takde hal. Kata membe. Duit pun kadang kadang terlupa nak bayar, mintak halal semua makan minum ye. heeeeee~


Bestfriend yang kita kenal bertahun tahun pun kadang kadang kita rasa dia annoying. Aku pun ada rasa macam tu jugak. Tipulah kalau korang tak pernah rasa. Tapi lumrah la tu, tak semua benda dalam persahabatan tu indah. Ada turun naik dia. Korang ingat bercinta je indah indah. Banyak bikin serabut adalah. Baik bercinta dengan Allah, tenang sikit hati aku ni.








Lagi satu yang aku suka pasal video ni, bila kawan dia berhujah, (eceh berhujah takboleh blah ayat aku) dan recite ayat Al-quran. Aku sangat suka dengar orang yang bercakap sambil recite ayat Al-quran, aku macam respek dekat dia. Rasa macam, untungnya aku ada kawan yang macam ni. Mengeluarkan ayat suci Al-quran berbanding orang yang lebih suka kepada mencarut dan mengarut.


Even kau orang tengah berdebat dengan kawan memasing over one problem, ce try recite ayat Al-quran sepam dua, maw dia ternganga or kehilangan kata kata. Kan kita hidup dekat dunia ni berpandukan Al-quran dan sunnah.


"Dan bersegeralah kamu memohon ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa,
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
 (Surah Al-Imran:133-134)


Tapi apa salahnya kalau kita yang jadi macam budak tu. Recite Al-quran, anywhere everywhere (dalam jamban tak payahla, agak agakla weyh) walaupun kita tengah berseronok sekalipun. Caranya, bila baca Al-quran tu, tengokla terjemahannya sekali. Kalau tak ada terjemahan Al-quran, pergi beli sekarang. CEPAT! Go, go, nampak langit, lari! *tetiba.



Thursday, December 1, 2011

Aku update sikit. sikit je takbanyak.





Aku demam


huwarghhhhhhhhhhhh!!!!



Suara pun dah macam ekzos kereta baru nak up. Kalau karok boleh pecah mic ni. wakakaka. 

sakit tekak. sakit tekak. sakit tekak.

hidung tersumbat.




maybe sebab cuaca tak menentu kat sini. kejap turun hujan, kejap turun salji. eh?





#Kalau dapat burger daging double special layan gak nih. Tak sedar diri tengah demam. Selera tetap macam naga. :P





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...