Tuesday, September 28, 2010

Mungkin perlu lebih fokus



Assalamualaikum!


Hai kawan kawan... anda semua sihat belaka? Tiba baik hati tanya semua orang. HAHA. Sekali sekala kan bertanya kesihatan orang kan sebab orang yang sihat jangan di sangka tidak sakit, orang yang sakit jangan di sangka dia betul betul sakit, kadang kadang orang yang tak sakit, lagi sakit daripada orang yang sakit.



 Saya tengah celaru sekarang, bukan sebab masalah kulit tapi masalah proposal -_-"



Kulit tangan aku telah mengalami pengelupasan yang melampau sekarang ni. wahah! Cerita gebang, padahal mengelupas kat hujung jari je. heh. Aku tapaham kenapa nak mengelupas bagai sebab aku tak tuka sabun tak tuka lotion tak tuka syampu (ada kaitan ke) tak tuka semua la. Semua barang yang aku guna semua barang yang old old je, mana ada new new.


Nengok ni, nengok! kang genglupas tu. haih. Aku jadi ular sawa sekejap.



Aku rasa tajuk aku buat tak ada kaitan langsung dengan intipati cerita aku nih. Pedulik apa aku, nama lagi bm aku tunggang langgang kan, takpe, tajuk tak ada kaitan tapi isi berguna, masalahnya berguna ke untuk korang. wakakaka, memang tak berguna langsung.


Dahlah, aku nak kopek kopek kulit aku nih, macam dah jadi rutin pulak kan. Seronok pulak rasa. Tiba rasa macam ada kulit baru. Tak sangka aku ni boleh jugak bersalin kulit. Owh ular! kita satu geng, please welcome me to the club. tehehehe!!


Can you all get me out of this celaru celaru situation!!! Please fly fly away lah... Aku nak hidup tenang setenang tenangnya bagai tenang air di kali, nampak tenang jangan di sangka ada buaya.  Buaya pun tak suka orang kacau dia nak bertenang tenang layan feel. Yang kau pergi kacau apasal! Giler mengarut kau malam malam ni, habis english aku campur aduk adun jadi ayat, baru nampak style style budak zaman alaf alaf buat karangan english campur bm letak tanda koma kat atas kalau tak tahu nak translate ayat. Owh! nangis! 


No point sangat dari cerita ular ke cerita buaya.


Good night la kawan kawan sekalian. Have a sweet fairy tales dream.   Jangan mimpi ular sudah, kang esok datang rombongan meminang kang. Aku untung sebab boleh rasa nasik minyak korang.



Sunday, September 26, 2010

Baru aku tahu macam mana kehidupan dekat German



Nota tangan: Entry ni dah lama giler aku nak post. So anggap jela macam entry baru. Wahah!


Guten Tag!



Haritu. Dalam kelas German, aku belajar macam biasa tapi kali ni, Frau (panggilan untuk pensyarah kalau dekat german) bagi kitorang result test haritu. Result aku? Malas la nak cerita, kalau dapat full mark tak hapela jugak -_-"


Harini, aku nak cerita kat korang benda lain. Frau tiba tiba datang mood dia nak cerita kehidupan dia masa dia duduk German dulu. Frau aku ni memang suka bercerita pun, kalau masuk kelas dia, mesti ada je cerita dia akan selit selit sebab tu kadang kadang aku tak sedar kelas dia dah habis. Macam ni la lecturer yang aku suka. Big applause!


Frau cerita tentang macam mana tempat tinggal dekat sana. Eceli dekat sana, diorang tinggal dalam one big family dalam satu rumah, kira ada atuk nenek moyang semua lah. Tapi yang uniknya rumah diorang bertingkat tingkat dan setiap tingkat didiami oleh anak masing masing. Contohnya, tingkat yang pertama dihuni oleh nenek, tingkat yang kedua dihuni oleh parent diorang dan atas sekali dihuni oleh anak anak diorang  So, kiranya, diorang nak privasi masing masing la. Menarik bukan.


Frau cerita ada sorang membe german dia, sangat eksaited bila dapat pindah rumah. Padahal pindah naik tingkat atas je pun. Tapaham aku. So, frau cerita lagi, bila diorang dapat pindah ke atas, so privasi diorang tak akan dikacau oleh parent diorang, sukati je nak buat apa. Nak buat tuuuuuuuuuuuuutttttttttttttt pun tak ada orang nak halang.


Diorang ni speaking german la. Aku nak tulis german nya tak tahu pulak aku, kena sambung sampai level 4 la. Frau cakap even dah hamik level 4 pun ada jugak yang tak tahu nak buat ayat sendiri. -_-".

Korang anggaplah ni aku tulis dalam bahasa german. kehkehkeh.

Karin: i dapat pindah rumah.

Frau: Wow! dekat mana?

Karin: tingkat atas.

Frau: (Dia dalam hati, kalau setakat pindah ke atas, baik tapayah cakap)kehkehkeh. Frau rasa nak gelak guling guling je, sebab dia tak tahu lagi sistem tempat tinggal dekat german macam mana.

Karin: why are you laughing?

Frau: that's not moving laaaa...


Soooo... karin cerita la blablablablabla.. Panjang lebar dia cerita. Yang penting, itu kira macam dia pindah jugaklah sebab dah ada privasi masing masing. Tak ada sesape kacau. Yang lagi best, malas masak, just turun bawah rumah parent, makan sampai kenyang. Naik atas balik sambung buat kerja. Bahagia hidup macamnih.



Macam ni lah contoh rumah dekat sana




Lagi satu, orang German ni, sangat pentingkan parent diorang. Diorang sanggup berhenti sekolah, berhenti kerja semata mata nak jaga parent diorang yang sudah uzur. Bagus bukan? Kalau dekat sini, ada je yang sanggup hantar parent dekat rumah orang tua. Apa punya anak la macam tu. Mesti korang terpikir kan, kalau diorang berhenti kerja mana diorang dapat duit untuk nak sara diri.


Jawapannya mudah, kerajaan akan bagi peruntukan untuk mereka. Serius! Memang terkejut. So, dekat rumah goyang kaki jela kan. Duit pun masuk. Dekat Malaysia, kalau korang duduk rumah goyang kaki, last last mati kebulur agaknya. Yang lagi taboleyblah, setiap tahun kerajaaan akan support diorang pergi bercuti kat luar negara. Perghhhhhhh!! Ada jugak macam tu. Kira nanti kerajaan akan hantar sekumpulan pekerja sukarelawan untuk jaga parent diorang tu, anak anak diorang pergi bercuti. Tebaeklah German.



Jomlah, tuka kerakyatan German pulak lepas ni. ;p


Haaaa... lagi satu, dekat German diorang memang tak kesah pun kiss sana kiss sini peluk sana peluk sini.  Bukan german je, negara lain pun sama. haih. Frau cakap, kalau tak ada mentaliti yang kuat, boleh hanyut lah masa tu. Frau sendiri cakap cuba tengok budak budak obersea dekat Uk, USA tu sape je yang tak hanyut ada je yang hanyut. Nauzubillah. Mintak jauh. Ada dia cerita, her husband la, dengan muka tak malu pergi sekeh ada sorang couple ni sebab buat benda sumbang, dekat sini la, Malaysia bukan dekat German tu. Kalau dekat German maw dia yang kena sekeh. Yela, kalau ko tu non muslim tak hape jugak kan. Ni malay MEMALUKAN je. cis! Frau dalam hati, cibai punya budak! Ok! Frau aku memang sempoi!


Owh German, here i come! HAHA


Friday, September 24, 2010

Rayaku tidak lengkap tanpa mereka



Seperti biasa, seperti tahun tahun yang sebelumnya, aku akan beraya bersama mereka. Sampai bilalah dapat raya ramai ramai macam ni, makin bertambah tahun, makin sedikit yang ikut beraya. haih. Aku harap dapat kekal sampai bila bila. Even korang ni semua dah beranak pinak, sampai sakit sakit urat pun aku nak raya dengan korang lagi. Terharu la cepat!! ;p



 Inilah manusia manusia yang aku jumpa setiap kali raya




 Tengah tengah syok pergi beraya, aku jumpa satu benda alah ni. Korang taw apa benda ni? Korang tak taw, aku lagi tak tahu!!! Ayat nak stereotype je aku nih. Dia macam ala ala kerepek bawang kot, rasa dia lain sket la, macam mana pulak aku nak cakap rasa dia, yang penting rasa dia lain la, dia lain dan tak sama dengan yang lain sebab tu dia lain. Mengarut!



Lepas raya rumah kawan kawan kitorang pergi rumah cikgu, konvoi ramai ramai. Nak cari rumah cikgu tu punyalah berkerut kerut dahi. Yelah kan pergi setahun sekali. Lainlah kalau tiap tiap hari datang lepak lepak minum petang tu lainlah. hihi




Haaa,, tu yang belakang tudung kaler hijau tu cikgu noraini kidam.






Sebenarnya, kitorang dulu ada kisah pahit dengan cikgu nih. Disebabkan pengalaman yang pahit bagai ubat doktor bagi tu lah kitorang sampai sekarang rapat dengan dia. Alkisahnya dulu, kitorang satu kelas ni semua bega bega belaka. Taw apa tu bega? Degillah lebih kurang. Cikgu bagi kerja sekolah, kitorang tak siapkan. So, merajuk kemain lah cikgu yang sorang ni. haih. Nak merajuk merajuk pulak dengan kitorang ni. Taw lah kitorang ni star bab bab bagi ayat manis manis ni, so dia pun nak rasa gak. Wahah!


Masalahnya, bukan kitorang malas buat, cikgu tak bagi the exact time bila nak hantar karangan tu. Cikgu noraini ni ajar BM, so kerja dia suruh buat karangan manjang sebab tu lah aku sampai sekarang star bab bab mengarut meraban berjela jela nih. Semuanya sebab dia lah. *tiba.


Bila dia tak cakap bila patut hantar, kitorang satu kelas memang set set buat lambat lambat sekali bila dia mintak kerja tu, masing masing melopong. Habislah habislah, meletus dah gunung berapi, terus cikgu keluar kelas jalan dengan esak tangis, (saja letak cikgu menangis, baru bikin gempak sikit, wakakkakaaka).


Korang semua tahu kitorang buat apa? Satu kelas ni sepakat pergi carik cikgu. Habis pusing satu sekolah macam rombongan sekolah datang nak melawat tengok tengok padahal memang sekolah sendiri. Kitorang steady jela jalan ramai ramai kan, las las jumpa kat mana korang taw. Dekat kantin. Pergi makan rupanya cikgu ni. Aku ingatkan dia pergi tandas menangis teresak esak memikirkan kenapalah anak anak murid dia ni perangai macam nak kena sekeh je.


Habis penuh satu kantin tu kitorang conquer, mak cik kantin dah pelik dah. Dia ingat cikgu ni bawak kitorang datang situ nak belanja makan agaknya. Kalau lah betul tafsiran mak cik tu suko den.  Perut saya kenyang, mak cik pun kayo. Yelah, lepas kitorang habis pujuk tu, mana tahu dia suruh duduk sekali nak belanja makan ke minum ke hape. Malangnya tidak! Pujuk punya pujuk, akhirnya cair gak cikgu ni. "Cikgu, mintak maap ye, Lepas ni, kami janji kami takkan buat lagi" Ke lagi manis ayat dia, aku pun dah lupa.


Haaaaa... macam tu lah lebih kurang alkisahnya. Korang kalau nak bagi cikgu cepat ingat lepas bertahun tahun tak jumpa, buatlah macam kitorang ni, konfem! mesti terus ingat, tak payah pikir, eh kamu ni batch yang mana eh? Cikgu dah lupa pulak. -_-".



HAHA. Aku nak cerita pasal raya, pasal benda lain pulak aku canang. Nasiblah.


Lepas pergi rumah cikgu kitorang dah tak tahu hala tuju, las las pergi tengok wayang ramai ramai masuk pakai baju kurung. Masing masing dapat duit raya kan, apa lagi, joli lah.


Owh, froggie, kau memang idaman kalbu.


Lepas tu, kitorang pergi jalan jalan dekat billion. Niat di hati nak pergi terjah sorang membe kitorang ni, hafifi. dia kerja dekat sana. Las las, dia tengah rehat masa tu, budak budak ni dengan tak ada kerja, pergi belek selai selai bear bear, yang ada kat situ.


Hamik kau, sorang sorang nak buat muka comel comel.






Asal ko ni kurus sangat haaaa...


Acai, tidakku sangka ko pun digodai oleh mereka..;p


Hah! taknak kalah, tak comel pun ko capik terima jelah..;p




Hope jumpa korang lagi raya tahun depan. see ya!


Btw, kitorang dapat jumpa membe kitorang tu, dah nekad nak pergi jumpa kan. Mana boleh batalkan, even budak yang lain dah balik, kitorang yang tegar ni, tunggu sampai malam baru balik. Dapat jugak tengok dia buat kerja. wakakkaakka.


SELAMAT HARI RAYA KAWAN KAWAN

:)



Wednesday, September 22, 2010

finally, P is mine!







Korang... korang... korang semua!!!!!! aku dah lulus test jpj. Uhhhh, sungguh gembira sampai tidak terkata kata. Lepas ni, aku boleh bawak korang jalan jalan. hihi. Syukur sangat sangat dah lulus. Thanks banyak banyak untuk kawan kawan kesayangan. Banyak bagi aku support. Korang memang terbaik!!! Wa tabik sama u olzzzz!!! ^_______________^



Selamat tinggal AMN academy



Banyak suka dan duka aku lalui di sini, even untuk beberapa bulan je. Banyak ragam orang aku tengok. Kan orang cakap, makin kita jauh berjalan makin banyak pengalaman, sebab tu aku suka pergi jalan jalan.  Sambil berjalan boleh kuruskan badan.. ;p. Berat aku dah naik!! Semua gara gara sogokan makanan yang melimpah ruah. Mana taknya, sebelum masuk tidur, aku bedal nasik sepinggan 2 pinggan. Rasakan! Kadang kadang, dekat kawasan rumah aku tu pun aku tak habis jalan jalan lagi akibat kekangan masa. HAHA. tipoooo, duduk rumah aku mana keluar. Aku budak baik. hihi.


Bagi aku, memandu tu sangat penat. Aku tabikla pada orang yang bawak kereta berjam jam lamanya. Lagi lagi kalau bawak kereta manual. Kaki boleh kejang beb! Baru aku tahu macam mana ayah aku rasa. Selama ni, dia je yang drive sorang sorang bila balik kampung dari negeri sembilan sampai kelantan. Sampai je kampung, mesti ayah tidur. Dia nampak sangat penat. Pernah aku cakap dekat ayah, nak tolong bawakkan tapi aku tak ada lesen lagi masa tu. haih. Sekarang dah ada, bolehlah aku ganti tempat ayah aku. ^___^



 Nanti aku mesti rindu nak naik van AMN, dan port aku dengan membe aku selalu dekat belakang. port baekk punya!! :)


Monday, September 20, 2010

Kisah malam raya & 1 syawal



Lepas habis berbuka je, terus aku tercongok depan TV. Alasannya, aku nak tengok pengumuman raya. Aku tak mahu terlepas! Bagi aku, pengumuman raya itu adalah satu agenda yang sangat penting dan perlu di masukkan di dalam diari kehidupan setiap tahun. Sesiapa yang tak tengok pengumuman raya, sangat rugi! rugi! Tahu kenapa? Sebabnya, korang takkan jumpa lagi pengumuman seperti ini. Korang kena tunggu setahun lagi untuk berjumpa dengannya. Wahah! itu, bukan alasan yang kukuh! ;p


ishh, korang ni, bagi aku lah, kalau tak tengok pengumuman raya tu, rasa macam raya tu tak ada feel la, macam ada something wrong. Paling koman pun, korang dengar je da cukuplah.


Cepat! pergi hamik pen, conteng dekat kalendar 2011, korang nak tengok pengumuman raya. Masalahnya, kalendar 2011 dah ada yang produce ke? kahkahkah. Korang gunakanlah cara apa sekalipun, asalkan raya 2011 korang MESTI TENGOK pengumuman raya.


Punyalah lama aku tunggu bila dia nak umumkan, sampai aku rasa nak terberak pun aku tahan dulu. Korang tengok betapa gigihnya aku nak tengok sampai rutin harian aku hold dulu semata mata nak tengok rutin tahunan. haih. Jangan tiru aksi aku ye, kang tak memasal, berak yang dari 5 minit, bertukar jadi 5 jam kang gara gara korang tahan berak lama sangat, so tak jadi nak berak, postpone pulak untuk esok, las las berak keras. Wakakakakaka. Tak pasal pasal aku cerita pasal berak. btw, lepas aku dengar pengumuman raya tu, aku terus pergi berak lah. KAHKAHKAH.


Dan seperi biasa malam raya macam ni, kitorang kemas kemas rumah siapkan mana yang patut, tak payah siapkan mana yang tak patut, contohnya assigment! Motip sangat nak buat assigment waktu waktu macam nih. Kang tak memasal jadi stress kang.


Tengah tengah dalam kesibukan menyiapkan persiapan raya, terdengar satu suara comel yang gemersik lagi merdu di kejauhan.............



"Emakkkkkkkkkkkkk!!! adik aty lupa beli tudung raya."


"Macam mana ni mak????"



Emak aku dah hangin dah time nih!! Saje je anak dia nak bikin panas kan. Terimo yola omak, den ni memang macam ni.


Inilah salah satu rungutan yang mak aku terpaksa terima di malam raya. HAHA.


Aku dah gelisah dah. Habis aku tawaf satu rumah bagitahu semua mahkluk yang wujud dalam rumah itu bahawasanya aku terlupa nak beli tudung. Maksudnya di sini, aku bukan terlupa, aku bajet macam nak pergi beli lambat lambat sikitlah, malas nak beli awal sangat. Yang aku nih, memang dah nak nyawa nyawa ikan nak raya dah baru pikir nak beli. adeh!


Habis aku kena lecture sekali dengan mak aku. wakakakaka. Aku apa lagi, pergi geledah almari baju mak aku. Tengok kat bahagian tudung, aku selongkar satu satu. Mak aku tak tahu. hihi. Masa tengah tengah dok cari tu, tiba tiba................


jeng jeng jeng..............





jeng......... jeng........





jeng..........................................




wakakaakakaka... saje bagi saspen.




Aku jumpa satu tudung lama corak corak. dan aku rasa itu bukan tudung lama sangatlah, aku tapernah tengok pun mak aku pakai tudung ni. Nampaknya, anak dia yang comel ni lah yang pakai...;p



haaaaaaaaaaaaaaaa... comel? comel? comel tak? ;p




tengok dari gamba nih, nampak macam aku bau songkok adik aku kan. haih. -_-"



Masa ni, baru balik dari kubur, rupa rupanya, dah 8 tahun arwah wan tinggalkan kami dan sudah 9 tahun arwah atuk tinggalkan kami. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. amin.



ini anak cousin aku, wani. soooo, kira dua pupu aku lah. kupu kupu pun bolehlah.





yang pakai baju merah mak ngah kat belakang tu, sepupu aku, kak ayu. eh kejap, dia memang anak mak ngah aku pun. kebetulan!



Korang agak agaklah, padan tak dengan baju raya aku yang kaler peach ni? Kejap aku tengok ok je, kejap macam tak! Takpelah, aku belasah je pakai. Asalkan aku ada tudung, itu kira tudung raya la jugak kan sebab baru first time pakai. hihi.



Dah! itu je nak cerita sebenarnya. wakakakakakakaa.




fyi, tahun ni, family aku tak balik kelantan. SEDIH! dah dua tahun dah tak dapat balik.T__________T

Friday, September 10, 2010

Ucapan raya dariku untukmu ;p






Dikesempatan ini,

inginku menyusun sepuluh jari kaki,
jari tangan,
sambil buat muka comel sekali,
memohon kemaafan,
andai ada tersilap kata,
terkasar bahasa,
terumpat sini sana,
terambil makanan tidak semena mena,
terguris hati,
terguris perasaan.



Korang!!! bawak balik kuih raya banyak banyak, nanti aku tolong habiskan ye...;p

salam dihulur dengan kasih mesra
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

=))


Yang cute lagi gojes, 
t-ha


Thursday, September 9, 2010

Selamat tinggal ramadhan kareem.


Sedih. Ramadhan dah nak habis. Korang tak sedih ke? Aku sedih. Sedih sebab kalau bulan puasa la dapat kumpul makan ramai ramai satu family, makan ramai ramai dengan membe, siap boleh main masak masak lagi. Kalau time tak puasa, ada tak macam tu, tak ada kan? Kalau ada pun sekali sekala je. =_=". 


Memang aku admit kalau kecik kecik dulu, tak sabar sangat nak raya. Setiap hari mesti countdown bila nak habis puasa. 10 hari lagi, 5 hari lagi, sehari lagi, yeay!!! ESOK RAYA! Kalau baju raya tak siap lagi, dah macam cacing kepanasan. Pergi dekat satu sudut, nangis! Sekarang ni bila dah dewasa, eceh, dewasa la sangat, itu semua sudah tidak berarti. ahaks~  Tak ada baju raya pun dah tak kesah. Raya pun macam tak raya. Banyak giler esaimen. Serius! Memang aku tak akan buat dekat rumah esaimen esaimen ni semua, habislah aku lepas raya ni. Padah!


Masa kecik kecik dulu, bila nak tunggu pengumuman raya, mesti geram! Lambat sangat! Aku boleh pergi jerang air masak nasik lagi nak tunggu pengumuman raya tu. Macam tadilah, punyalah lama bila nak tunggu pengumuman raya. Aku suka dengar! Tapi tak suka tunggu! Kadang kadang sedih sebab bukan esoknya raya. Mesti mengeluh. Alaaaaaaaaaaaa... kenapa bukan esok. Bila dah besar ni, aku cool je. Lagi suka ada. Sebab aku tahu lambat lagi untuk jumpa satu bulan yang mulia ni. Bulan yang tak ada setan durjana, hanya nafsu semata mata kalau buat jahat tu. Nak pergi tandas sorang sorang pun tak takot!


Aku malas lah nak cerita pengalaman puasa aku masa kecik kecik dulu. Kebanyakannya, aku banyak tak ingat. Kalau aku nak tahu jugak, aku kena soal selidik sorang sorang macam mana ragam aku puasa dulu. Even, masa darjah satu pun aku tak ingat aku duduk sebelah sape. Boleh pulak membe sekolah aku ingat lagi. Apa aku buat masa darjah satu. Memang terbaiklah ko wahab. Haaaaa, wahab la yang duduk sebelah aku masa darjah satu. Aku tak ingat pun, dia pulak boleh ingat. wakakaka. Kesian ko dapat kawan macam aku nih. *sigh.






Btw, untuk kesekian kalinya, aku nak wish untuk semua umat islam di luar sana. Haaaaaa, jap  jap sebelum tuu, aku nak cerita, aku ada sorang membe chinese, wee chern nama dia. Saja lah aku nak bagitahu, sempena bulan ramadhan yang mulia ni, dia pun puasa jugak. Aku tak tahulah dia dapat puasa penuh, full 30 hari ke apa, tapi aku salute dekat dia.  Walaupun bukan islam, tapi keinginan dia untuk berpuasa tu tinggi. Moga dia dapat hidayah daripada Allah. Tapi kan, aku konpius, apa hukumnya, orang yang bukan islam turut sama berpuasa?


Even, umat islam sendiri pun bukan macam tu. Satu hari dekat tempat aku belajar memandu. Dengan selambek badak je ada sorang mamat ni hisap rokok, nak je aku marah dia. Oi cik abang tak hensem, kalau kau nak sangat hisap rokok, tapayah lah tunjuk depan semua orang. Kau tak malu ke haaaaa. Aku sedih tengok! Lagi sedih kalau mak bapak dia tahu anak dia macam tuuuttt punya perangai. Dah besar panjang nak kena ajar jugak ke. heh.


Lagi satu, masa aku nak balik rumah haritu. Masa tu aku dalam bas dari seremban. Tengah tengah aku jengah ke luar tingkap, dalam mood nak mengelamun tu, aku ternampak sekumpulan remaja, dengan muka paling slenge sekali minum air botol. Memang kacau mood aku tengah puasa lah time tu. Kaw kaw punya minum, memang tak ada selindung selindung lagi. Geleng kepala aku tengok. Budak kecik umur 7 tahun pun sanggup  tahan lapar, sampai melepet lepet lah perut aku tengok., ni kan pulak diorang yang memang konfem berupaya. Kalau girl takpelah kau nak excuse, ni tidak, dia lelaki.


Eh, kejap, kejap, ada lagi aku nak cakap nih, masa aku tunggu bas nak balik raya, adelah seibu seanak orang indonesia tengah tunggu bas jugak. Aku curik curik dengar diorang cakap, tapi aku tak rasa aku curik curik dengar, memang diorang cakap kuat dan memang sengaja nak bagi aku dengar. heh. Diorang boraklah sesama sendiri, ada jugak certain bahasanya aku tapaham, pekat sangat, ligat otak aku nih pikir. haih. Then, anak dia cakaplah, raya dekat indon dengan malaysia lain. Lagi meriah! ceit! Panas nih! Kalau dekat indon, start 15 ramadhan, orang dekat sana dah busy buat kuih raya. Suasana raya tu macam dah terasa. Kuih raya semua buat sendiri, mana ada beli. Bukan macam dekat Malaysia, semua malas! kuih raya semua nak beli je.


Waaaaaaaaaa... aku sentap giler dengar. SENTAP! Punya kaw kaw dia kutuk beb! Aku terpaksa la tahan telinga aku yang sudah kepanasan nih. Memang dugaan bulan puasa betul. tapi kalau nak diikutkan logiklah, memang betul pun. Kebanyakan orang sekarang dah malas nak buat kuih raya sendiri. Masing masing busy dengan kerja. Tak ada masa. Kalau dekat indon maybe diorang suri rumah sepenuh masa, sebab tu lah diorang ada masa nak buat. Untung orang yang jual kuih raya. Lepas ni, aku nak jual kuih raya lah.. wakakakaka.



Untuk terakhir kalinya


selamat bersahur semua


^__________^




Oklah korang, aku nak continue main game zombie. Aku jadi teruja bila adik aku dah berjaya kalahkan aku. Padahal dia baru start main. Memang gigih dia. Tak hape. Tak hape. Jaga ko! Rasakan serangan balas dari kakakmu ini...;p


Wednesday, September 8, 2010

Buku resepi saya



Sejak zaman sekolah lagi, aku suka buat biskut or kek tapi kalau diberi pilihan, aku takkan buat kuih kuih tradisional ni, aku tak minat.. Disebabkan aku rasa banyak sangat resepi yang aku ada, so, aku dengan rajinnya telah mewujudkan sebuah buku resepi sendiri.


Semangat tak aku? Siap ada buku resipi sendiri. Korang perasan tak setiap kali nak raya, mesti ada rancangan masak memasak biskut raya bersama chef terkenal. Masa dulu, aku mesti tunggu segmen riang ria raya bersama chef wan. Aku mesti tengok rancangan ni sebab macam macam biskut raya chef wan ajar. Kalau ada resepi baru dan menarik perhatian aku, aku tulis dalam buku ni.


Hengkau orang nampak tak, siap aku tampal lagi gamba biskut raya di situ. Eceli la kan, aku gunting biskut raya tu dalam buku resepi yang mak aku beli. kihkihkih. Senyap senyap je, mak aku tak tahu tu...;p
 tak pun aku hamik dalam majalah atau surat khabar.



Buku ni dah season dah. Lama dah tak hapdate resepi dalam buku sampai sudah berulat ulat tapi buku ni still bagi khidmat dekat aku sampai sekarang lebih lebih lagi kalau time nak dekat raya ni.


Aku suka buat kuih raya sebab tu kalau raya mesti ada biskut aku akan buat sendiri tapi sejak dua menjak raya ni sudah jarang. T______T


Ini antara biskut raya yang aku selalu buat setiap kali raya.


Kuih bangkit


Biskut mazola


 Biskut arab


 Biskut sarang semut



 Semprit


 
 Biskut cornflakes



 Kuih siput
Tapi yang ni, mak aku yang selalu buat adunan dia, aku tukang gentel je..;p



 
 Tat nenas


Banyak lagilah sebenarnya, malas dah nak letak satu satu... hihi. Eceli, aku tapernah buat lagi biskut almond london kegemaran ramai tu, selalu beli je. Rasa tahun ni, entah aku buat ke tak agaknya kuih raya, sebab orang lagi prefer makan kerepek je sekarang nih! Kalau budak budak kecik datang raya, kerepek yang habis dulu, siap mintak tambah lagi =_="

 
Sekarang ni, aku dah ada resepi baru, cream puff. Aku dapat dari coursemate aku, rabi. tapi aku tak try buat lagi. Bila la dapat buat ni!!!

Sunday, September 5, 2010

Photoshoot raya




Ini kisah masa hari jumaat, aku gagahkan diri untuk bangun dari tidur. Sebabnya, malam tu aku tidur lambat kerana pergi berjimba dengan kawan kawan oleo, kitorang buka puasa sama sama, makan steamboat kau. Eceli, this is the first time aku makan steamboat, sebab tu lah bila diorang ajak, aku on je. Nantilah, aku buat entri khas makan steamboat dengan diorang.


Sekarang ni, aku nak cerita pasal benda lain. Pagi tu, aku bangun lambat, terlepas 2 kelas. Haih! Then, aku terus gosok baju kurung. Bukak beg, selongkar carik baju kurung. Aku tak letak baju kurung dalam almari sebab aku jarang pakai. Punyalah lama aku pikir nak pakai baju apa. Yelah, harini aku ada photoshoot raya. Bajet macam ala ala artis je. hikhikhik. Aku seronok!





Then, petang tu, aku terkedek kedek pergi kelas dengan berbaju kurung. Seronok tengok kawan kawan yang lain pun ayu berbaju kurung. Ada sorang membe aku cakap, sape entah membe aku tu, aku tak ingat, dia cakap, guy suka tengok girl pakai baju kurung sebabnya, nampak seksi. Tang mana entah seksinya tuh, tapaham aku!


After kelas habis, kitorang mulakan sesi fotografi. Eceh, bajet macam artis lagi kan. Banyak gamba aku nak letak ni, korang tengoklah ye, tak muak pun sebab kawan kawan aku semua cun cun.
















Aku dianiayai, punyalah comel aku nak pose tu. Jaga ko tin! Kita tunggu next photoshoot pulak..;p


Mereka adalah salah dua orang mangsa photographer kami






Kahkahkah, hilang keayuan aku dengan gamba nih. HAHA



Eceli, gamba ni tak edit. Cantik kan.






They are "in love"












Tangga ini kami yang punya!



Sangat sweet gamba ni.

Then, kitorang akhiri dengan buka bersama sama, masak bersama sama. Main bersama sama, gelak bersama sama. Semua bersama sama lah.


Boleh tak aku cakap, aku malas nak cerita banyak banyak, kawan kawan aku ni kacau mood aku betol, punyalah semangat aku nak hapdate blog, diorang suh aku buat nasik goreng. Takpe. Kali ni, aku buat spesel untuk korang sebab korang nak exam kan esok.


Btw, nasik goreng aku pedas, nanti kalau tengah tengah exam, perut korang memulas jangan salahkan aku. kihkihkih.


Thursday, September 2, 2010

Stress tu kita sendiri kena pandai kawal




Ada orang cakap dekat aku, kalau kita stress, kita sendiri kena kawal. Jangan bagi stress tu menguasai diri sendiri. Serius! Kadang kadang aku tak reti nak kawal. Aku bagi je stress tu menular dan bermaharaja lela di segenap sanubari aku nih! Aku layan je perasaan tu sampai aku sendiri tak terurus. Owh! bolayan. Lebih tepat lagi, jiwa kacau la tu. Memang fikiran sangat serabut lah. Kadang kadang aku nak sangat kehidupan tanpa perlu pikir masalah dan beban yang tersemat di jiwa.


Haritu, ada student UKM bunuh diri, terjun dari tingkat 4 kolej za'ba. Berani betol! =_=". Kalau tak silap dia bunuh diri sebab stress, ke sebab frust. Tak tahulah tu. Maybe tak boleh nak adapt lagi dengan kehidupan dekat UKM yang penuh dengan onak liku yang berduri sebab dia baru first year kan.


Kalau nak cerita lah pasal first year dulu, memang tekanan jugaklah bagi aku. Dengan rumet aku giler annoying lah. Sekarang ni, aku dah lama dah tak nampak dia. Mana entah. Dengan segala macam karenah manusia. Nasib baiklah iman masih kukuh di dada, aku tak buat benda benda yang entah apa apa ni. Cuma tu lah, STRESS!






Akibatnya, jerawat tumbuh kemain banyak lagi. Mana la aku tak stress. Cubalah kalau jerawat tak tumbuh, senanglah sikit aku nak kurangkan stress aku nih. Ini tak, makin stress, makin subur pulak kau ye jerawat. Entah baja apa aku guna sampai membesar dengan sehat walafiat tu. Dah mati satu jerawat, naik satu lagi! Memang dah boleh jadi ladang jerawat dah ni. Kalau boleh jual, untung aku nih!


Kerja yang sangat banyak dengan kehidupan yang makin lama makin mencabar. Lagi tua, lagi banyak dugaan rupanya. Aku nak jadi kanak kanak baliklah. Tapayah  pikir semua benda. Dalam kepala, hanya pikir keseronokan je. Pagi bangun makan, mandi, berak pun suruh mak basuhkan. Petang keluar dengan membe main kejar kejar, malam menangis suruh mak dodoi sebab tak boleh tidur. "Owh, anak ku si cantik manis, tidurlah sayang" Macam tu lah lebih kurang. Kalau dah besar macam ni menangis, sape nak dodoi? kalau suruh emak maw kena pelangkung sekali kang. kehkehkeh.


So, sekarang ni, aku tengah stress nak siapkan assigment before balik raya ni. Yang aku perasan la sejak masuk final year, lecturer tak main dah assigment satu dua muka surat, semua main 10 muka surat. Tak pun 30 muka surat. Muntah! Mana nak cekau fakta fakta kimia sampai puluh puluh muka surat. Kalau suruh aku buat karangan Dollah jumpa hantu sampai terkencing kencing atas tilam takpe la jugak, senang aku nak goreng, las las cerita, rupa rupanya mimpi, Memang dah style zaman sekolah dulu, cerita punyalah suspen sampai aku pun kecut perut. Penyudahnya, MIMPI! Memang drama melayu betullah mimpi mimpi nih! heh.


Belum kira lagi assigmnet lepas balik raya, lagi stress aku rasa. Dengan mid sem satu paper lagi. Presentation lagi. Dengan tesis yang entah bila bila aku nak start buat. Ok! stress sekarang.



Hamik kau, sampai laptop pun nak gigit.



Tipooola kalau korang tapernah stress selama korang hidup ni. Aku cuma curious macam mana korang atasi stress tu..


SAY NO TO STRESS



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...