Thursday, September 9, 2010

Selamat tinggal ramadhan kareem.


Sedih. Ramadhan dah nak habis. Korang tak sedih ke? Aku sedih. Sedih sebab kalau bulan puasa la dapat kumpul makan ramai ramai satu family, makan ramai ramai dengan membe, siap boleh main masak masak lagi. Kalau time tak puasa, ada tak macam tu, tak ada kan? Kalau ada pun sekali sekala je. =_=". 


Memang aku admit kalau kecik kecik dulu, tak sabar sangat nak raya. Setiap hari mesti countdown bila nak habis puasa. 10 hari lagi, 5 hari lagi, sehari lagi, yeay!!! ESOK RAYA! Kalau baju raya tak siap lagi, dah macam cacing kepanasan. Pergi dekat satu sudut, nangis! Sekarang ni bila dah dewasa, eceh, dewasa la sangat, itu semua sudah tidak berarti. ahaks~  Tak ada baju raya pun dah tak kesah. Raya pun macam tak raya. Banyak giler esaimen. Serius! Memang aku tak akan buat dekat rumah esaimen esaimen ni semua, habislah aku lepas raya ni. Padah!


Masa kecik kecik dulu, bila nak tunggu pengumuman raya, mesti geram! Lambat sangat! Aku boleh pergi jerang air masak nasik lagi nak tunggu pengumuman raya tu. Macam tadilah, punyalah lama bila nak tunggu pengumuman raya. Aku suka dengar! Tapi tak suka tunggu! Kadang kadang sedih sebab bukan esoknya raya. Mesti mengeluh. Alaaaaaaaaaaaa... kenapa bukan esok. Bila dah besar ni, aku cool je. Lagi suka ada. Sebab aku tahu lambat lagi untuk jumpa satu bulan yang mulia ni. Bulan yang tak ada setan durjana, hanya nafsu semata mata kalau buat jahat tu. Nak pergi tandas sorang sorang pun tak takot!


Aku malas lah nak cerita pengalaman puasa aku masa kecik kecik dulu. Kebanyakannya, aku banyak tak ingat. Kalau aku nak tahu jugak, aku kena soal selidik sorang sorang macam mana ragam aku puasa dulu. Even, masa darjah satu pun aku tak ingat aku duduk sebelah sape. Boleh pulak membe sekolah aku ingat lagi. Apa aku buat masa darjah satu. Memang terbaiklah ko wahab. Haaaaa, wahab la yang duduk sebelah aku masa darjah satu. Aku tak ingat pun, dia pulak boleh ingat. wakakaka. Kesian ko dapat kawan macam aku nih. *sigh.






Btw, untuk kesekian kalinya, aku nak wish untuk semua umat islam di luar sana. Haaaaaa, jap  jap sebelum tuu, aku nak cerita, aku ada sorang membe chinese, wee chern nama dia. Saja lah aku nak bagitahu, sempena bulan ramadhan yang mulia ni, dia pun puasa jugak. Aku tak tahulah dia dapat puasa penuh, full 30 hari ke apa, tapi aku salute dekat dia.  Walaupun bukan islam, tapi keinginan dia untuk berpuasa tu tinggi. Moga dia dapat hidayah daripada Allah. Tapi kan, aku konpius, apa hukumnya, orang yang bukan islam turut sama berpuasa?


Even, umat islam sendiri pun bukan macam tu. Satu hari dekat tempat aku belajar memandu. Dengan selambek badak je ada sorang mamat ni hisap rokok, nak je aku marah dia. Oi cik abang tak hensem, kalau kau nak sangat hisap rokok, tapayah lah tunjuk depan semua orang. Kau tak malu ke haaaaa. Aku sedih tengok! Lagi sedih kalau mak bapak dia tahu anak dia macam tuuuttt punya perangai. Dah besar panjang nak kena ajar jugak ke. heh.


Lagi satu, masa aku nak balik rumah haritu. Masa tu aku dalam bas dari seremban. Tengah tengah aku jengah ke luar tingkap, dalam mood nak mengelamun tu, aku ternampak sekumpulan remaja, dengan muka paling slenge sekali minum air botol. Memang kacau mood aku tengah puasa lah time tu. Kaw kaw punya minum, memang tak ada selindung selindung lagi. Geleng kepala aku tengok. Budak kecik umur 7 tahun pun sanggup  tahan lapar, sampai melepet lepet lah perut aku tengok., ni kan pulak diorang yang memang konfem berupaya. Kalau girl takpelah kau nak excuse, ni tidak, dia lelaki.


Eh, kejap, kejap, ada lagi aku nak cakap nih, masa aku tunggu bas nak balik raya, adelah seibu seanak orang indonesia tengah tunggu bas jugak. Aku curik curik dengar diorang cakap, tapi aku tak rasa aku curik curik dengar, memang diorang cakap kuat dan memang sengaja nak bagi aku dengar. heh. Diorang boraklah sesama sendiri, ada jugak certain bahasanya aku tapaham, pekat sangat, ligat otak aku nih pikir. haih. Then, anak dia cakaplah, raya dekat indon dengan malaysia lain. Lagi meriah! ceit! Panas nih! Kalau dekat indon, start 15 ramadhan, orang dekat sana dah busy buat kuih raya. Suasana raya tu macam dah terasa. Kuih raya semua buat sendiri, mana ada beli. Bukan macam dekat Malaysia, semua malas! kuih raya semua nak beli je.


Waaaaaaaaaa... aku sentap giler dengar. SENTAP! Punya kaw kaw dia kutuk beb! Aku terpaksa la tahan telinga aku yang sudah kepanasan nih. Memang dugaan bulan puasa betul. tapi kalau nak diikutkan logiklah, memang betul pun. Kebanyakan orang sekarang dah malas nak buat kuih raya sendiri. Masing masing busy dengan kerja. Tak ada masa. Kalau dekat indon maybe diorang suri rumah sepenuh masa, sebab tu lah diorang ada masa nak buat. Untung orang yang jual kuih raya. Lepas ni, aku nak jual kuih raya lah.. wakakakaka.



Untuk terakhir kalinya


selamat bersahur semua


^__________^




Oklah korang, aku nak continue main game zombie. Aku jadi teruja bila adik aku dah berjaya kalahkan aku. Padahal dia baru start main. Memang gigih dia. Tak hape. Tak hape. Jaga ko! Rasakan serangan balas dari kakakmu ini...;p


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...