Friday, July 29, 2011

Bai bai CEPP.

Finally, i'm officially done!


Aku dah habis praktikal. yahoooooooooooooooooooooooooo!


Seronok giler babeng! Aku tak sabar nak balik rumah. hohohohho


Bai bai korang, jaga diri.


Selamat menyambut ramadhan. ^______________^

Thursday, July 28, 2011

2 hari lagi


Hai korang selamat pagi. Aku tengah makan laksam ni. Nak mehla datang sini, ada lagi sikit ni. Aku selalu makan laksam nenek aku buat je, tapi kali ni nak try orang lain buat pulak. Boleh tahan sedapla tapi nenek aku buat lagi sedap! hihi.Nak rasa nenek aku buat, meh datang kelantan. 



badan aku dah makin menggemok, naek 2kg sejak aku duduk johor ni. dem!




Bukannya apa, pagi petang siang malam asyik makan je, duet pun laju laju je keluar. Mak aku la bising. Aku takboleh tahan la weyh, nape ntah rasa nak makan je, nak kata aku stress tu ada la sikit sikit, pedulikkan ahhh. Orang cakap, makan je selagi boleh, dah tua nanti ko tengok makanan pun dah tak lalu.



sebenarnya gamba yang aku letak ni, masa aku masuk hutan 4x4 tu. alaaa yang aku eksiden tu.huhu






Bai korang aku nak download cerita. Nanti balik rumah, nak layan semua cerita.










Tuesday, July 26, 2011

Aku eksiden haritu, syukur kerana masih punya nyawa.


Haritu, aku masuk hutan. Taman Negara Endau-Rompin tak silap aku. Naik kereta 4x4. Aku pergi pun  on the spot masa tu kawan aku, sya ajak pergi masuk hutan anjuran kelab cantas, kota tinggi. Memang eksaited wooo mula mula sebab aku memang suka benda benda adventure ni tapi tu lah orang cakap, jangan eksaited sangat, nanti mesti ada benda buruk akan jadi. 



Suka view ni, ni la kereta 4x4 tu



aku paling suka yang kaler hijau ni sebab dia paling style tapi aku tak naik kereta ni before eksiden.



Dang! Seriusly memang benda buruk jadi dekat aku. Aku eksiden for the first time in my life. Syukur pada Allah kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup.


Masa detik detik cemas tu, aku dah pikir, sampai sini ke hidup aku, rasa sedih teramat sangat sebab masih banyak lagi aku perlu buat. Masih banyak lagi aku berhutang dengan orang lagi lagi dengan mak ayah aku. Bila aku bukak mata, aku tarik nafas lega walaupun rasa takut yang teramat sangat.


Eceli, banyak sebab kenapa boleh eksiden, sebab masa tu, jalan sangat berdebu, korang tahu kan jalan dekat tanah merah macam mana, bila bawak laju laju, mesti debu banyak kan, dan serius dekat depan tak nampak even pasang lampu pun. Aku pulak tak adalah pikir buruk pun, just follow the flow je lah kan.


Masa tu, pemandu nak betulkan air-cond dekat side aku, so dia tak nampak dekat depan, bila nak drive balik macam biasa, dia dah terlanggar tebing, lepas tu dia cakap ada lori dekat sebelah sana, aku taknampak ada lori, maybe sebab berdebu. Then, bila langgar tebing, dia putar stereng, terus langgar pokok sawit umur 5tahun. Diorang sume cakap pokok sawit umur 5tahun baru, sampai terbalik kereta, sempat lagi buat lawak masa tu. haih.



  keadaan kereta tu



Masa tu, aku duduk dekat bahagian depan, jadi co-pilot. Korang bayangkanlah jatuh dekat side aku duduk. Nasib baik pemandu tak hempap aku weyh, kalau tak, dekat hospital aku sekarang ni. Memang masa tu tak pakai seatbelt, so bila eksiden, aku terumbang ambing, nasib baik ada pemegang dekat depan, so aku bertaut dekat situ. Aku pegang sekuat hati aku, sampai aku tak dapat keluarkan kata kata, aku tak jerit pun. Tabik spring kat aku weyh. HAHA



view dari belakang



cermin depan dengan cermin tempat aku duduk pecah.



Korang tahu tak, sebenarnya dalam kereta ni ada tong gas! Tong gas nak masak masak tu. Nasib baik tak meletop kereta ni weyh. Kalau tak korang tak jumpa da aku, nak hapdate blog sume ni. Aku bersyukur lagi sekali Ya Allah. Syukur sangat sangat.



 masa ni, as tengah tenangkan aku, serius keluar air mata aku weyh. Sampai aku tak tahu apa perasaan aku sebenarnya masa tu.



 zoom sikit. Thank you as! sebab ko ada, masa tu tenangkan aku, serius aku takot sangat.



kereta dah tegak. kereta ni kebal kot. Tak kemek mana pun, dia kemek sikit je kat tepi. On the spot, diorang terus betolkan kereta tu.



Syukur sangat sebab aku tak cedera apa apa, pemandu (skema tak aku tulis pemandu.hihi) jelah, berdarah dalam mulut, bahagian gusi. Aku just sengal sengal badan jela. Pergi klinik pun just dapat ubat tahan sakit. Memang nak solat pun kena ambik masa bila nak tukar posisi. Nak telengkan kepala, rasa seksa giler, lagi lagi bila bangun tidur. 


Dah dua hari benda ni berlaku dan PASTI AKU AKAN INGAT SEUMUR HIDUP AKU. Badan aku still sengal sengal lagi. Kalau ada orang urut aku kan best, sape nak urut aku, mehla sini.hihi.


Untuk kawan kawanku di luar sana, bawak kereta elok elok ye, jangan jadi macam aku. Tak payah nak laju sangat lah, lagi lagi kalau jalan yang tak elok ni. Utamakan nyawa korang, takpayah nak berlagak kereta mahal mahal kau nak tunjuk kat orang betapa hebatnya kereta kau. Bila dah kena, baru taw nangis nak kena repair bagai.


*Sebenarnya, diorang letak kitorang sorang satu kereta, sebab kitorang ada 5 orang, so setiap sorang satu kereta, kitorang kena berpecah la. Korang nak taw, lepas eksiden tu, aku dapat naik kereta hijau tu tengok tengok, aku ni berdaulat taw, sape suruh tak bagi aku naik kereta tu, last last aku dapat naik jugak. HAHA.


Korang drive kereta elok elok ye! Pandang depan je. Jangan angau! Jangan mengelamun. Pakai seatbelt. Ingat tu! Pesanan ikhlas daripada nurul fatihah ^____^



Thursday, July 21, 2011

Finally.. rasa macam dah lepas beban 100kg


Akhirnya, semua dah berakhir. Prof Ambar datang awal awal pagi sampai aku terkejut beruk bila dia masuk bilik. Giler kentang. 


Yang penting semua dah setel. Aku setel. Sekarang ni, aku tengah tunggu nak habis je. Minggu depan aku habis dan setel semuanya. I can't wait for dat time. Tak sabar weyh!


Cepatlah sikit masa, time aku nak cepat cepat ni lah kau gerak lambat kan. haih



Tuesday, July 19, 2011

AKU BOSAN TAHU TAK!



Duduk di suatu sudut, di celah celah keheningan kota. Sambil merenung burung, ayam, kucing yang bertelagah sesama sendiri. Manusia berkejar kejar mencari sesuap nasik. Cacing di dalam perut berbunyi bunyi minta di isi. Ikan di kolam bernyanyi nyanyian sebab dapat makan roti yang dah habis tarikh luput. Kambing dan lembu meragut rumput tanpa memikirkan kenaikan berat badan. Aku berfikir sejenak, kenapa aku risau sangat berat aku naik.  


Sebenarnya apa point aku nak cakap ni, aku pun tak paham. Aku bosan la weyh. Datang keje tak buat benda ni weyh. Buat repot baru muka depan ni.




suasana di tempat keje




Minggu depan aku dah blah, aku taknak rindu kau pun bilik, kau takpayah rindu aku nangis nangis. Aku takkan datang sini lagi. Kita berpisah buat selamanya. kah kah kah


Rasa macam nak suruh korang menari je bagi terhibur sikit hati aku ni. Aku kebosanan tahap optimus prime dah ni. Mana sentinel aku nak kasi sengat sikit. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh... Please lah muncul sentinel. Walaupun kau dah mati, hidup lah balik buat kali kedua, aku tak sabar nak bukak langkah dah ni.


Peh.. kalau bedal nasik 2 3 pinggan pun sedap ni. Aku tak ada hal je. 


Semua orang membuta dalam bilik ni, kebosanan jugak mungkin. Ke korang pergi berperang malam malam. haih. 


OK sekian. Kalau aku bosan lagi aku sambung. 



Hectic day, itu semalam sebenarnya. ;p


Aku bosan lah weyh. Dah akhir akhir ni dah tak ada kerja sangat. Kena buat repot je. Jadah ntah aku nak mengarut dalam repot tu. haih.








Tinggal minggu depan je, lepas tu aku nak blah dari sini. Semak je.

Friday, July 15, 2011

Apa aku patot buat weekend ni

Aku tak ada plan lah sabtu ni, mesti bosan giler duduk bilik. Adoi!


21hb prof ambar datang cepp. Dahlah report dengan slide tak buat lagi. Aku kena pulun buat ni. adoi!





Kalaulah rumah aku dekat dah lama aku blah balik rumah. =,='

Tuesday, July 12, 2011

Nak jadi positif, sape bagi aku negatif, aku bako!


Hidup aku huru hara semenjak dua menjak ni. Kadang kadang aku rasa nak tepuk bahu diri sendiri dan kata 'well done! you make it!' 


Aku tak sangka aku boleh lalui dengan sendiri. Seram woooo. Sampai aku rasa takut lagi. tapi tak ada. Pertolongan dariNYA sentiasa ada. Yang penting aku kena kuat.


Walau apa pun berlaku lepas ni, aku kena kuat dan positif. Kau boleh nurul fatihah! 






Monday, July 11, 2011

Itu semua karma

Jangan sedih bila ujian menimpa. Itu semua karma.







Nanti aku nak update kat korang masa aku pergi jenjalan. Arghhhhhh.. aku ni duit dah tak ada pun ada hati nak melilau. haih




Jimat sikit nurul fatihah jangan nak berbelanja sangat!

Friday, July 8, 2011

i should make a BIG decision!


PATUT KE AKU SAMBUNG MASTER!
ARGHHHHHHHHHHHHHH!






I DON'T KNOW HOW TO MAKE A DECISION.

Thursday, July 7, 2011

Because.....

Apa ntah aku nak tulis sebenarnya. haih.




 tak sangka ada yang kejung







Arghhhhhhhh... habis semua kasut selipar aku terbarai! benci!

Monday, July 4, 2011

Week 10 flu


sekarang da minggu ke 10 aku kat CEPP. Ada 3 minggu lagi nak habis. taksabanyewwwwwwww! Bebudak laen da lama habis da. wuwuwuwuwu~


Weekend aritu, aku pergi desaru dengan membe aku tapi yang sadisnya, bateri kamera aku dah kong. Kejap hidup kejap mati. Adoi! Yang aku ni bebal sangat tak cek kamera aku dulu. apa hal! Rasa nak hantuk kepala dekat dinding je.


Tapi takpelah, benda benda macam ni ada hikmah. takpayah nak sedih sangatlah! think positive.


Cepatlah pukul 5 aku nak balik ni.hihi


Babai korang. :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...