Tuesday, July 26, 2011

Aku eksiden haritu, syukur kerana masih punya nyawa.


Haritu, aku masuk hutan. Taman Negara Endau-Rompin tak silap aku. Naik kereta 4x4. Aku pergi pun  on the spot masa tu kawan aku, sya ajak pergi masuk hutan anjuran kelab cantas, kota tinggi. Memang eksaited wooo mula mula sebab aku memang suka benda benda adventure ni tapi tu lah orang cakap, jangan eksaited sangat, nanti mesti ada benda buruk akan jadi. 



Suka view ni, ni la kereta 4x4 tu



aku paling suka yang kaler hijau ni sebab dia paling style tapi aku tak naik kereta ni before eksiden.



Dang! Seriusly memang benda buruk jadi dekat aku. Aku eksiden for the first time in my life. Syukur pada Allah kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup.


Masa detik detik cemas tu, aku dah pikir, sampai sini ke hidup aku, rasa sedih teramat sangat sebab masih banyak lagi aku perlu buat. Masih banyak lagi aku berhutang dengan orang lagi lagi dengan mak ayah aku. Bila aku bukak mata, aku tarik nafas lega walaupun rasa takut yang teramat sangat.


Eceli, banyak sebab kenapa boleh eksiden, sebab masa tu, jalan sangat berdebu, korang tahu kan jalan dekat tanah merah macam mana, bila bawak laju laju, mesti debu banyak kan, dan serius dekat depan tak nampak even pasang lampu pun. Aku pulak tak adalah pikir buruk pun, just follow the flow je lah kan.


Masa tu, pemandu nak betulkan air-cond dekat side aku, so dia tak nampak dekat depan, bila nak drive balik macam biasa, dia dah terlanggar tebing, lepas tu dia cakap ada lori dekat sebelah sana, aku taknampak ada lori, maybe sebab berdebu. Then, bila langgar tebing, dia putar stereng, terus langgar pokok sawit umur 5tahun. Diorang sume cakap pokok sawit umur 5tahun baru, sampai terbalik kereta, sempat lagi buat lawak masa tu. haih.



  keadaan kereta tu



Masa tu, aku duduk dekat bahagian depan, jadi co-pilot. Korang bayangkanlah jatuh dekat side aku duduk. Nasib baik pemandu tak hempap aku weyh, kalau tak, dekat hospital aku sekarang ni. Memang masa tu tak pakai seatbelt, so bila eksiden, aku terumbang ambing, nasib baik ada pemegang dekat depan, so aku bertaut dekat situ. Aku pegang sekuat hati aku, sampai aku tak dapat keluarkan kata kata, aku tak jerit pun. Tabik spring kat aku weyh. HAHA



view dari belakang



cermin depan dengan cermin tempat aku duduk pecah.



Korang tahu tak, sebenarnya dalam kereta ni ada tong gas! Tong gas nak masak masak tu. Nasib baik tak meletop kereta ni weyh. Kalau tak korang tak jumpa da aku, nak hapdate blog sume ni. Aku bersyukur lagi sekali Ya Allah. Syukur sangat sangat.



 masa ni, as tengah tenangkan aku, serius keluar air mata aku weyh. Sampai aku tak tahu apa perasaan aku sebenarnya masa tu.



 zoom sikit. Thank you as! sebab ko ada, masa tu tenangkan aku, serius aku takot sangat.



kereta dah tegak. kereta ni kebal kot. Tak kemek mana pun, dia kemek sikit je kat tepi. On the spot, diorang terus betolkan kereta tu.



Syukur sangat sebab aku tak cedera apa apa, pemandu (skema tak aku tulis pemandu.hihi) jelah, berdarah dalam mulut, bahagian gusi. Aku just sengal sengal badan jela. Pergi klinik pun just dapat ubat tahan sakit. Memang nak solat pun kena ambik masa bila nak tukar posisi. Nak telengkan kepala, rasa seksa giler, lagi lagi bila bangun tidur. 


Dah dua hari benda ni berlaku dan PASTI AKU AKAN INGAT SEUMUR HIDUP AKU. Badan aku still sengal sengal lagi. Kalau ada orang urut aku kan best, sape nak urut aku, mehla sini.hihi.


Untuk kawan kawanku di luar sana, bawak kereta elok elok ye, jangan jadi macam aku. Tak payah nak laju sangat lah, lagi lagi kalau jalan yang tak elok ni. Utamakan nyawa korang, takpayah nak berlagak kereta mahal mahal kau nak tunjuk kat orang betapa hebatnya kereta kau. Bila dah kena, baru taw nangis nak kena repair bagai.


*Sebenarnya, diorang letak kitorang sorang satu kereta, sebab kitorang ada 5 orang, so setiap sorang satu kereta, kitorang kena berpecah la. Korang nak taw, lepas eksiden tu, aku dapat naik kereta hijau tu tengok tengok, aku ni berdaulat taw, sape suruh tak bagi aku naik kereta tu, last last aku dapat naik jugak. HAHA.


Korang drive kereta elok elok ye! Pandang depan je. Jangan angau! Jangan mengelamun. Pakai seatbelt. Ingat tu! Pesanan ikhlas daripada nurul fatihah ^____^



2 comments:

Yunne Osman said...

ish, ngeri tengok keadaan kereta tu terbali. mujur la takde pape. tp adventurous sungguh teha skrg ni =)

t-ha said...

alhamdulillah, tu la selamat xde pape. tha suka adventure ni kak nurul. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...