Friday, July 30, 2010

Kempunan

Aku nak tengok midnite movie. Tadi memang dah pergi alamanda. Laju laju jalan nak pergi beli tiket. Sampai sampai je. KECEWA! Orang ramai beratur panjang macam nak berebut dapatkan blackberry free. Owh! blackberry, u asyik goda i la, tergugat iman taw. ;p


Kalau tahu memang dah awal awal reserve tempat. Aku tak pernah reserve reserve ni, selalu pergi beli tiket-bayar-masuk panggung-tengok movie-keluar-seronok.



Aku tak jadi tengok kau si bibir seksi. Aku tak rugi, kau rugi!



The last airbender! i'll be watching you. Just wait for me bebeh. ^_^


Bihun sup dekat Mutiara sedap. *tiba

Thursday, July 29, 2010

Demam main main pun nak kecoh



Woi.. woi.. woi.. kau orang sehat? sehat? Tiba berhati mulia tanya kesihatan orang lain kan. Masalahnya, aku tak sehat ni. Saja mintak simpati. kah kah kah. Dah lama badan aku tak demam, so dia macam terkejut, nasib baik tak teruk macam dulu.


Aku ingat dulu, masa 2nd year, aku demam teruk giler macam aku rasa dah kena H1N1. Kan dulu orang sebuk cerita kiri kanan depan belakang pasal H1N1. Mana tahu aku pun disabitkan kesalahan sebagai pembawa penyakit berjangkit nih.


Malam tu memang aku gigil, sejuk, rasa macam nak rendam dalam air panas even bila rasa badan memang panaslah, bolehlah kalau nak goreng telor, dipersilakan, mana tahu boleh kurang sikit panas kan.


Terpaksa susahkan rumet aku masa tu, Leli, bawak aku pergi hospital yang berdekatan sebab takot tiba tiba dalam perjalanan dah dah dah... ok dah taknak cakap..;p


Dahlah aku pakai stokin macam orang lepas bersalin, memang semua orang pandang aku semacam bila tengok aku pakai stokin! cis! i muda lagi taw.


Best ke baca entry aku yang ni? Aku rasa takbest! cis! Memang kena carik ubat ni.

Wednesday, July 28, 2010

Tak caya ke aku dah kurus. HAHA

Aku nak hapdate blog ni, nak hapdate! tapi pe jadah ntah aku nak cakap. Mana ntah hilang idea idea bernas aku selama ni. Adeh!


Aku hamik gambar dengan manbai.



Aku taw korang tak jeles, mesti korang cakap pe barang bergambar dengan manbai  kan, kalau dengan rain dengan jun pyo, taekyung tak hape gak kan. Aku tak tahu sangat nama artis korea ni, nama aku bagi ni pun bukan nama sebenar. KAH KAH KAH. Eceli, aku pun tak minat sangat artis malaysia ni, manbai ni aku suka satu lagu dia tu je, korang pun tahu lagu apa kan. Manbai ada style wooooo....



Korang tengok gambar kat atas tu, tak rasa aku dah kurus ke. Kurus ni bai, sape suruh orang campak aku duduk kat atas langit ni. Free free je lemak aku hilang. Aku sayang lemak aku...;p



I love the both of you



Kalau tak disebabkan aku ada kelas memandu hari sabtu, dah lama aku cabut balik rumah. heh. Dahlah, aku nak pergi bertapa kejap, mana tahu dapat idea lepas berguru.


Monday, July 26, 2010

Korang nak tahu, this is the FIRST TIME aku pergi Melaka

Aku kepenatan sekarang ni sebab baru je balik daripada Melaka. Korang percaya tak, ni lah kali pertama aku pergi Melaka. Tak tahu la kalau kecik kecik masa mata belum bukak betul betul mak ayah aku ada bawak pergi sana. Tapi aku rasa tak kot even duduk n9 je pun, Melaka aku tak sampai lagi. ish.. ish.. ish.. Kuno kan. ;p


Aku dah lama wish nak pergi sana, akhirnya hajatku yang satu ini tercapai, banyak sangat benda yang menghalang niat suci murni ini untuk melihat tempat yang bersejarah. Tak hapelah, yang penting aku dapat jugak pergi kan.


Welcome!
 Ini air terjun buatan



Sebenarnya, tak rancang pun nak pergi Melaka. i loike! Aku suka benda yang tidak dirancang. Lagi seronok. Sebelum pergi Melaka tu, kitorang decide pergi Sungai Tekala dekat Semenyih tak silap. Eceli, aku yang ngada ngada nak ikut wani dengan membe dia, budak budak sains marin. Diorang memang dah rancang nak mandi sungai, aku just follow jela sebab utamanya, ukm tak ada elektrik semalam, heh. Siapa boleh tahan duduk dalam bilik macam cacing kepanasan. Jadi, aku decide ikut diorang. Aku   sengaja tak pergi acara sukaneka anjuran kelab oleoku tersayang. HAHA. Sukaneka je kot, baik aku pergi mandi sungai.


Lepas habis mandi manda, kitorang tak tahu arah tuju nak ke mana, pikir punya pikir, mulut siapa ntah yang berkata kata manis, ajak pergi Melaka, saat aku dengar je, hati sudah melompat kegirangan. SERIUS memang nak lompat betul betul, tapi ramai kan orang sekeliling kang tak pasal pasal aku dilabel 'mental' heh.


Tak jauh pun sebenarnya, lebih kurang dalam 2 jam sampaila dekat Melaka. Enjoy this pic dulu.



Bangunan apa ntah ;p




Ini tugu untuk ktm berhad, belakang tu ada replika keretapi dulu dulu



 Ni dia replika tu
Seriously, aku rasa macam dah tak reti macam mana nak bergambar!
Kaku semacam T____T



Banyak lagi gamba, aku tak hamik lagi dengan kawan kawan, sudah dapat nanti aku cerita lagi k! Banyak benda aku nak cerita ni. Nantikannnnnnn.... chewahhh, macam promosi filem pulak.


Oklah, nantikan kemunculan filem terbaru, gelagat budak yang baru pertama kali pergi Melaka.


Tungggggggggggguuuuuu..............



Sunday, July 25, 2010

Happy birthday my dear adik




Harini hari kelahiran adik aku yang bongsu ke 12 tahun. Sudah besar rupanya ini budak. Setiap kali aku balik rumah, mesti dia ukur ketinggian dengan aku, tengok siapa lagi tinggi. Well, tinggi aku lagi lah kan. hihi. Rilek adikku, beberapa tahun lagi, kamo tinggi melangit lah, macam adik adik aku yang lain. Geram! Aku pendek. cis!



Muhammad Al-hafizi


Kalau aku dekat rumah, mesti dia duduk dekat dekat dengan aku tanya kerja sekolah. Kadang kadang, aku yang kena buatkan kerja sekolah dia. adeh! Aku suka bila dia dapat homework buat karangan, dia akan set masa, buat sepantas kilat supaya tak kalah dengan masa and he always done with it.


The fact is dia memang suka bergambar macam aku. Like akak like adik kan. Very very camwhore.







Ok lah adik sempena hari baik ni, i wish


Belajar rajin rajin, make your parent proud of you.
Good luck untuk UPSR, kak aty tahu adik boleh buat! Gambatte!!
May Allah always bless you
Kak aty sayang adik



Bila tengok gambar gambar dia, aku rasa dia dah makin besar, bukan macam dulu dulu aku selalu dukung, air milo aku kena buat, telur aku kena gorengkan. Pergi tandas aku temankan. Sekarang ni semua dia buat sendiri.



Rambut sekarang mana main sikat tepi, dah terjongket jongket dah.
Rambut memang always keras!



You're roxxxx!!!




i loike this pic.
Matang giler muka ko adik



Friday, July 23, 2010

It's showtime :)


Korang suka tengok wayang? AKU SUKA! Korang nak ajak aku tengok banyak banyak kali dalam satu hari pun aku tak kesah. Yang penting cerita lain lain. Aku tak suka tengok cerita yang sama banyak banyak kali, bagi aku dah tak ada surprise da. Kita dah tahu macam mana plot cerita dia. Aku pelik kenapa orang sanggup habis duit pergi wayang, tengok cerita yang sama. Rugi beb!


Haritu, sempat aku tengok 2 movie tapi bukan hari yang sama la, aku tak penah lagi sehari tengok 2 movie. Nanti aku nak try. hihi. Aku sempat tengok Predator dengan The Sorcerer's Apprentice. SUMPAH dua dua cerita best! Tak rugi la kalau korang pergi tengok.







Cerita ni pasal seorang merlin yang turunkan kuasa sihir dia dekat anak muridnya sebelum dia mati. So, sebelum dia mati dia arahkan seorang anak murid dia, Balthazar yang tak makan dek usia. Mula mula aku pelik, kenapa si Balthazar ni tak tua even sudah hidup selama beratus ratus tahun.  Dia sudah disihir la tu supaya tak tua. Kalau lah boleh tak tua seronok tu. Sihir tu kurafat ye kawan kawan, jangan berani berani nak try. Cerita ini hanya sekadar fantasi sahaja. Kalau cerita cerita melayu yang fantasi, aku boleh jamin tak best. Siapa cakap best, meh sini bagitahu aku...;p


Dave, hensem kan kan kan. Ok! aku punya. HAHA



Ok, sambung.. cari punya cari, dia jumpa la dengan merlin punya next successor tu, Dave. Yang aku suka, Dave ini sangat sangat la naif dan lampi. Part tu yang lawak sebenarnya, korang tengoklah nanti. Dave ditugaskan untuk melawan kuasa jahat daripada menakluki dunia. Akhirnya, yang baik mestilah menang, siap boleh hidupkan orang mati lagi. ish.. ish.. ish..








Aku malas la nak cerita pasal predators ni. Korang nak tahu, pergi tengok sendiri. HAHA. Yang penting, dua dua cerita yang aku tunjuk ni seronok , best, 5 star. Bagi aku yang suka cerita action la. Kalau aku pergi cinema aku takkan tengok cerita yang jiwang jiwang karat ni. Sekali pun tak pernah, bagi aku rugi!


Aku tengah mengidam nak pergi tengok midnite movie ni. Siapa nak bawak?


Wednesday, July 21, 2010

Belajar bahasa German sangat seronok

Guten tag!



Aku baru je habis kelas bahasa German ni. Korang tak pelik kenapa aku hamik bahasa ni. Aku pun pelik. HAHA. Aku rasa macam nak try bahasa yang lain dari percakapan orang kot tapi sumpah memang best. Masalahnya cuma kena lembutkan je lidah aku yang memang sudah sedia keras. Kalau boleh rendam lidah masak dalam air panas bagi lembut pun takpe. kah3



Greeting



Masuk kelas je terpinga pinga, hamik kau sebijik bila lecturer speaking german. Satu hapak aku tak paham. Tak hape, tak hape... orang cakap slow slow kan. Kita budak baru belajar. Mana taw nanti aku boleh mengurat Podolski. Habislah ko wani, mesti podolski pilih aku nanti. HAHA




hai podolski, können wir uns treffen?



Dalam kelas tadi, lecturer aku, Pn. Shima, kalau dalam German kena panggil Frau Hassan. Ikut nama bapa kita la. Dia cerita pengalaman dia belajar dekat german dulu. Serius masa first year belajar dia terpinga pinga. Tak paham pun apa orang cakap. Then, dia tak attend kelas pun first year tu sebab dekat sana memang belajar bahasa german


Eceli best belajar sana sebab diorang tak kesah student attend kelas or not. Maksudnya diorang tak hamik attandance la. Nak bandingkan dekat ukm ni, boleh bilang lah lecturer mana yang tak amik attandance. Pn. Shima pun cakap dia tak suka style amik2 kedatangan ni. Datang ke tak datang, it depend on ourselves, kita taknak belajar tak payah datanglah kan.


Jomlah belajar kat german, tak datang kelas, tak ada orang nak marah. heh


Monday, July 19, 2010

Rasa macam baru pertama kali tulis blog



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Testing... testing... testing


Firstly, memang serius aku tak tahu nak start daripada mana. Rasa macam sudah lama giler tak hapdate blog. Kau orang rindu aku tak? Aku tak rindu korang. hahahahahahahaa...;p


Eceli nak cakap busy pun tak sebabnya kerja sekolah tak banyak lagi, so nak cakap banyak lepak lepak main main pun tak jugak. Tapi yang pentingnya mood nak tulis blog tak ada. Kenapa ntah. Korang tahu kenapa. Cis! cis! tiba rasa macam marah pada diri sendiri sebab tak hapdate.



cak!
ok, ni budak sekolah


Memang banyak aku nak cerita ni sebab seminggu tak hapdate blog. Aku buat ringkasan jela. Nasib baik kat sekolah dulu ada buat rumusan daripada karangan panjang berjela jela, dipendekkan sependek pendeknya. Jenuh aku nak kira patah perkataan satu satu. Aku ni jitu orangnya, so aku kira words satu satu bukan macam orang lain kira satu baris then darab dengan baris yang lain. Huh! Pemalas ye korang! Bajet nak jimat masa exam. Tapi cukup je masa aku jawab exam dulu. Siap boleh berangan kahwin dengan Edward Cullen. Ok! Masa SPM, aku tak kenal lagi siapa dia edward cullen. Nampak sangat menipu. HAHA


Masa awal awal minggu ni, aku banyak jugak keluar dengan kawan kawan kesayangan. Sebab tu aku busy kot. Busy sebab banyak sangat undangan. Kalau orang sudah undang, aku ikutla, tak baik menghancurkan harapan orang kan. Orang je yang selalu hancurkan harapan aku. :(


Yang paling best sekali, manusia yang  aku cakap nak jumpa dulu, aku dah jumpa. Serius aku SANGAT SUKA! Rasa macam blind date pun ada jugak. Malangnya, aku tak ambik gambar dengan dia. Kiranya the latest photo of us la. Macam mana aku boleh lupa ni. Ish.. ish.. ish..


Biasa bagi budak final year macam aku ni, kena cari tajuk tesis. So sekarang aku dalam dilema. Tajuk tesis mana yang seronok dan boleh dimakan begitu sahaja, maksudnya memang makanan aku la tu.


Dah lah, malas tulis lagi. Korang tak penat baca? Aku penat!



 Godek godek album, gamba ni aku suka :)
penghibur duka lara


Saturday, July 10, 2010

Nak cuti lagi

Esok sudah kena gerak balik ukm. 


Waaaaaa, rasa macam nak cuti lagi. Tak cukup!


Saya mahu cuti lagi!

Malas nak packing barang. Malas!



Friday, July 9, 2010

Budak kecik pun tahu.........

Harini aku nak buat entry comel boleh tak? Nampak sangat tak ada kerja nak mengarut apa.



Ini budak kecik.





Budak kecik pun tahu solat itu tiang agama.




Budak kecik pun tahu kalau solat jemaah dapat pahala 27 kali ganda





Budak kecik pun tahu melepak




Budak kecik pun tahu hamik gamba dekat cermin.




Budak kecik pun tahu nabil tu raja lawak. Lawak ke? Boleh laaaa




Budak kecik pun tahu apa itu cinta. Belajar dulu budak2 semua. heh




Budak kecik pun tahu pakai spec besar2, letak kat kepala




Budak kecik pun tahu macam mana nak buat kakak dia gelak




lagi



dan lagi



Dahlahhhh, memang sah2 aku mengarut. Geram aku tengok pic adik aku ni. Nasib kau lah adik, sape suruh letak gamba dalam lappy akak. HAHA



Thursday, July 8, 2010

Best ke mencarut?



Bila aku rajin nak blogwalking. Aku jadi rajin nak jelajah blog orang, teroka satu2 entry dia. Kadang-kadang ada blog tu, aku klik older post sebab aku suka baca blog dia. 


Ada pulak, aku jumpa blog orang yang banyak giler mencarut. Asal kau orang suka mencarut haaaa??? Babi, syial, apa lagi haaaaaa?? Aku tak tahu laaa sebab memang aku tak mencarut. So, aku tak tahu!! Suci tak aku? Yeah!! Terima kasih.


Serius aku tak suka, lagi2 kalau girl yang tulis. Kalau kau orang tulis je tak hape bagi aku tapi bila bercakap tu, kalau aku jadi lelaki pun terus tolak tepi masuk gaung da. heh.

 Marah dia
 

Kalau aku, setakat bodoh bangang bodoh bangang je. Ok, siottt pown selalu aku sebut!! wth,wtf... tulis je.


WTHeck!! Amik kau aku mencarut sekali.


Wednesday, July 7, 2010

i wish



Boys, just do it!


Tell her you think she's cool. 

Tell her why you think she's cool. 
Smell her hair.
Talk to her in movie theatres.

Pick her up and pretend you're going to throw her in the river, she'll scream and fight you but secretly, she'll love it.
Hold her hand and skip. Hold her hand and run. Just hold her hand.
Pick flowers from other peoples gardens and give them to her. 

Tell her she looks pretty.

Let her pay for stuff if she want to. 

Introduce her to your friends as The coolest girl i know. 

Sit in the park and talk to her. 

Take her to the library and playgrounds and train stations. 




Tell her dirty jokes. Tell her stupid jokes.

Write poem about her. 

Just walk around with her. 

Throw pebbles at her window at night. 

When she start sweaing at you, tell her you love her. 

Take her to shows of bands she's never heard of. 

Hold her hand in the mosh pit. Let her fall asleep in your arms.


Call her. Call her back if she call you. 

Sing to her, no matter how bad you are. 

Carve your names at the tree.

Get her mad, then kiss her. 

Give her piggy-back rides. 

Go see her band play even if they really suck, and tell her they were great.

Give her space if she needs it. 

Push her on swings. 

Stay up with her all night when she's sick. 

Make up pet name for her, but cool ones, not sappy ones. 

Teach her guitar. 

Lend her your cds. Write on her. Make her mixtapes.Write her letters. 

If she asks you to go to a show with her, go! even if it means a 5 hour train trip. 

Take her to cool shops and let her take you to even cooler ones. 

Listen to all the band she mentions. Don't tell he that her favourite band suck. 

When she's sad, hang out with her or stay on the phone with her, even if she's not saying anything. 

Buy her ice cream.

Let her take all the photos of you she wants.

Look into her eyes. 

Slow dance with her, even if the music is fast. 

Kiss her in the rain. 






When you fall in love with her, tell her
 
 

Tuesday, July 6, 2010

Aku nak jumpa kau tapi kenapa asyik tak jadi



Dekat matrik dulu, aku rapat giler dengan sorang minah ni. Ke mana-mana aku akan pergi bersama-sama dia, tapi bukan selalu ikut bontot dia sebab bontot ko tak besar pown even ko berusaha nak besarkan dengan jogging tiap2 petang.


Korang tahu tak budak ini ratu jogging. Aku giler jogging dulu pun disebabkan dia. Tiap2 petang lepas kelas, mesti dia singgah bilik aku ketuk pintu, kejut aku dari tidur lena sang puteri salju. Da la aku selalu tidur petang2, gara2 kepenatan lepas otak bekerja keras, tapi dia pulak nak otot aku bekerja keras. Adeh!! 


Bukan satu pusingan dia balun 7 or 8 pusingan, ke sepuloh ko balun, sampai merah2 muka rasa macam terbakar ko kerjakan aku suruh jogging sekali. Memang mantap la, aku tak jumpa lagi orang yang boleh joging macam dia kat sini. Aku dengar cerita kat maktab pun dia jogging jugak. Terbaekkk la ko!! Nanti masuklah lumba lari, lawan dengan negro, konfem ko menang..;p



Athiah


Aku cilok gamba atas ni kat fb dia. Aku rasa ini gamba dia yang terbaru kot. Akhirnya, dapat jugak ko lepas gian nak pergi i-city. Haritu dia ajak aku, tapi masalahnya, aku tak tahu di manakah lokasi tempat itu, yang aku tahu ia cuma terletak di shah alam. Memang tempurung lah aku ni. heh. 


Aku pown tak tahu bilala dapat jejakkan kaki kat sana. Siapa yang sudi bawak aku? Meh aku belanja ayam goreng KFC yang black pepper punya, spicy sudah bertukar kepada black pepper! aku tahu lantas haritu pergi KFC mintak spicy, malu sekejap sebab orang KFC cakap yang spicy sudah tak jual, nampak lagi aku tempurung di situ ye kawan2.


Memang dia selalu tanya bila aku free, so dia boleh jumpa aku yang comel lote ni. Aku tahu ko sudah rindu aku. kikikiki. Ngaku yola.



Hihi... sengaja aku nak letak gamba nih sebab dulu dekat matrik dia suka tengok mamat ni sebab dia buat burger sedap. Adeh!! Dia buat burger sedap pun ko sudah jatuh hati. Tengoklah macam merpati berjoli joli sampai baju pown sama, ekau songih pun sampai nak kuar taik telinga...;p



Sebenarnya, ada lagi sorang skandal dia kat kafe C. Habislah kau tiyah, semua aku bongkar... wakakakaka. Ada abang pakai cap tu, selalu nak usha dia sebab tengok mata dia yang kaler hazel tu. Memang cantik. Oklah, aku pun mengaku memang mata ko cantik.



Aku rindu kat ko siot!!! meh la jumpa.. meh meh...;p



Aku tak sabar nak tengok style rambut ko. Adakah macam dulu lagi, ataupun sudah berubah. wakakakaka. Aku takkan lupa peristiwa di kedai gunting rambut itu. Hanya kita berdua saja yang tahu..;p Papehal, rambut ko, aku hengat dulu!!


Monday, July 5, 2010

Dunia maya banyak yang menipu, kadang-kadang aku tak suka



Kau orang suka alam maya? Alam yang kita tak nampak hanya dunia di hujung jari. Hanya tulisan yang menggambarkan seseorang, hanya gambar tak bergerak sebagai tanda orang itu wujud. Serius, kadang-kadang aku tak suka sebab dunia alam maya lain, kat luar lain. Ada certain2 orang la. 


Kadang-kadang aku rasa dunia alam maya sucks!!! Useless!! No meaning. Sebab bagi aku, aku suka yang real life, kenal orang secara bersemuka, depan mata. Aku lagi suka real life. No hipokrita!


Dalam FB baik bukan main!!! Kat luar macam haraaaammmmmmmmmmmmmm... heh

Sunday, July 4, 2010

Masih adakah peluang kedua untuk aku?



Peringatan dulu aku bagi sebab aku rasa entry ni panjang. Kalau rasa berminat bacalah sampai habis, kalau tak, tak payah baca pun tak hape..




 Ini gambar dulu2. Zaman muda mudi. Sengaja aku letak sebab entry ni flashback punya cerita.



Rasa sangat2 sedih bila ingat balik benda yang kita dapat peluang depan mata tapi terpaksa dilepaskan disebabkan banyak reason dan sebab aku memang sangat kuno tak tahu benda itu begitu bermakna untuk aku. Kadang2 kalau orang cerita baru aku sedar dan paham sebenarnya, aku sudah melepas. Tak kesahla melepas apa pun, yang penting banyak benda aku melepas bukan dari segi education je tapi dari macam2 segi lagi. heh


After habis sekolah lepas SPM, korang semua mesti terkial2 kan isi borang sini sana nak masuk universiti ke hape. Samala macam aku jugak. Bila ingat balik seyes aku memang terumbang ambing tanpa ada orang yang guide aku, Seyes aku tak tahu. Aku tak tahu mana yang aku perlu buat. Memang totally aku depend on myself. My parent hanya bagi sokongan je. Mana yang terbaik  untuk aku, tu yang terbaik untuk mereka.


Korang pernah mimpi tak, nak study luar negara, over the sea. Siapa yang tak ada angan2 macam tu beb. Sekarang ni bila tengok orang lain yang study luar negara, memori tu datang. Ceit, macam memori yang sungguh tragis plak kan.


Aku memang dapat tawaran itu. Tajaan FELDA lagi tu. Siapa taknak beb. Study over the sea  tapi malang tidak berbau aku tak dapat pergi sebab kos yang aku sangat2 nak tak cukup syarat. kikikiki...  Kos lain aku tak berminat la. Padan muka ko tha, study bagai nak rak dapat result gempak pun kalau ada subjek yang slek.. still tak dapat jugak. Perasaan aku masa tu, memang tak dapat digambarkan dengan cermin mata aku nih!!!! 


Korang pernah rasa tak... pernah tak???????? Arrrrrrrrggggggggghhhhhh

Siapa yang patut aku salahkan time ni??

Kalaulah aku dapat undurkan waktu nak aje aku betulkan waktu tu.


Satu lagi, aku suda masuk matrik masa tu. Masa dekat matrik dulu, seyes aku rasa down masa minggu orientasi. Asal korang oriented orang macam kitorang ni kuli batak korang. Memangla aku tak pernah masuk asrama. Kalau orang yang masuk asrama da biasa la kan. Even, memang aku dapat SBP dulu tapi aku tak pergi. Ramai orang cakap aku rugi sebab tolak tawaran tu, masa tu aku memang nekad. Sebab jiwa dan raga aku ada kat sekolah lama. Suda biasa dengan suasana dan persekitaran dekat sana. Da biasa bergaul dengan rakan2 dan cikgu yang memang da kenal aku. Nak cakap aku femes la kot masa tu. Wakakakakaka... Muntah sekarang!!!


Then, bila aku tengok balik budak2 kat sekolah asrama, aku rasa macam nak rasa je masuk sekolah asrama. Padan muka ko tha! Dulu berlagak sangat. Tapi yang ni aku tak heran sangat sebab kegemilanganku tercipta di sekolah lama. weeeekkkssss.. Just cuma aku nak rasa je macam mana suasana belajar kat sana. Kena buli ke hape, aku kena buli or aku yang buli orang. HAHA.


Sebabnya aku tak pergi SBP kerana diri ini tidak suka kalau ada orang yang atur masa aku. Memang tak suka beb. Aku tak suka orang buat jadual untuk aku. Makan time ni, solat time ni, tidur time ni. Uggghh, memang tak suka. Kat sekolah dulu cikgu pernah suruh aku buat jadual belajar sendiri, pukul berapa bangun, study pukul berapa. Aku buat nih!! Sebab ikut cakap cikgu kan, tak baik melawan. Tapi sebaliknya yang berlaku, aku buat jadual tapi aku BREAK THE RULES. Baik tak payah buat kan. Sebab tu la aku tak suka sekolah asrama.


Aduh! tunggang terbalik da cerita aku... korang wat2 paham jela eh. Kalau tak paham sila pahamkan sampai paham...heh.


Ok, balik semula masa kat matrik, aku dapat tawaran asasi UPM. Banyak kali jugak aku pikir, nak masuk sana ke tak. Las2 aku decide, aku stay je kat matrik. Tiba da sayang pulak, maybe da jumpa membe dengan rumet yang baik2 kot. So, bila orang UPM call, aku tolak dengan hati terbuka, chewaaaahhhhh...:p Then, ada pulak satu saat dekat matrik, bila rasa tension belajar, aku rasa menyesal pulak tolak tawaran tu. Aduh! macam lalang la ko ni tha oi... lalalalalaalala~~


Eh, kejap2 ada lagi ni disebabkan aku tak isi borang tajaan FELDA tu, aku rasa down then aku amik inisiatif lain dengan isi borang study dekat Indonesia. Hihihi. Poyo tak aku time ni. Korang taw kan kalau study kat Indon kena amik exam dulu before masuk sana. Adeh! Ni pown aku pikir banyak kali jugak. Malas nak amik risiko, tak pasal2 tak pass kena reject sebab dia tanya cam soalan2 SPM je pown da la time cuti panjang masa tu, aku pown malas nak bukak buku nak study balik semua subjek. Gilark apa!


Sekarang ni semuanya da terkubur aku tak dapat nak ulang semua2 tu. Aku kena terima apa yang aku ada sekarang nih!!


Korang kalau suda dapat peluang mana2 just grab it. 

Nak dapat balik peluang yang kedua itu sangattttttttt susah.


Jangan sia2kan peluang yang ada. Aku bukan nak cakap aku ni bagus sangat, kalau korang sudah nekad dengan apa korang nak, just do it. Even kalau korang bercinta pown nak dapat peluang kedua pun susah kan.


So, sekarang ni, aku da tua bangka nak dapat peluang ni lagi. Memang suda takkan dapat pun. Aku nganga jela tengok orang lain belajar di sana. Tapi tak mengapa, cikgu aku pun cakap mana bumi dipijak disitu langit dijunjung, mana2 pun korang pergi tetap akan balik pada tanah tumpah darah sebab hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 


Lagipun, kalau belajar jauh2 rindula dekat orang2 tersayang. Aku study kat ukm ni pun da meroyan da sebab lama tak balik rumah. Korang yang study kat obersea tu, kena tahanla weyh, zaman sekarang suda maju, kalau rindu ym sudaaaaaaa....:p


Mungkin pintu masa depan aku disini bukan di SANA..


*Thank you sebab baca aku merapu nih...heeeeee~~~

Saturday, July 3, 2010

Kalau berdaya, kenapa mahu minta sedekah??



Kadang2 aku pelik tengok pengemis2 kat luar sana. Nak gelarkan mereka pengemis pun aku rasa anda semua tak layak langsung. Sebabnya, aku tengok pengemis alaf baru sekarang ini, semua cukup sifat, sihat walafiat.


Mengapa anda tidak menggerakkan diri anda untuk mencari kerja? Demand sangat ke anda sampai tak dapat kerja? Lebih baik jadi tukang cuci jamban daripada peminta sedekah. Mengapa perlu minta sedekah sedangkan sihat walafiat boleh mintak kerja? Mengapa mahu memalukan diri sendiri duduk tengah jalan hulur2 tangan. Anda tahu kan, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menadah.


Aku nak cerita masa aku picnic dengan mak cik aku dekat pantai dulu. Adalah seorang pak cik ni datang hulur tangan. Aku pikir lain. Apa jadahnya pak cik ini hulur tangan. Pakaian dia pun bukan macam pengemis. Macam rakyat biasa je aku tengok. Lepas tu, aku hasut mak cik aku supaya tak bagi duit dekat dia. Jahat tak aku? Tiba rasa cam jahat pulak, halang mak cik aku nak buat baik. Then, aku tak tahulah mak cik aku bagi ke tak lepas tu.


 Macam ni laaa, lebih kurang pak cik tu, sihat je, badan tough lagi...;p


*Aku tulis ni, macamlah pengemis baca blog aku. adeh! Mana tahu, ada je pengemis yang celik it... wakakakaka



**Rasa macam sangat kurang beramal jariah.. T_T


Friday, July 2, 2010

Yes! i'm january baby

Siapa lahir bulan Januari? Siapa? Siapa? Angkat kaki tangan semua. Let's check it out january newbies... hihi.







Pretty/handsome. 
Loves to dress up.
Easily bored. 
Fussy.
Seldom shows emotions.
Takes time to recover when hurt. 
Sensitive.
Down-to-Earth. 
Stubborn


Serius, semuanya betul. HAHA

Kalau korang nak tahu korang punya, pergi check sendiri...:)
WHICH BABY ARE YOU?




Tak memasal aku post benda ni. HAHA. Layan jela...;p.



Thursday, July 1, 2010

Jerawat tumbuh bagai cendawan, gara-gara makan belacan



Kau orang tahu tak aku sekarang mengalami gangguan masalah kulit muka. Giler kau! Aku rasa ini first time aku alami double prob macam nih.. Muka aku naik jerawat berkilo-kilo tambahan pula muka makin hitam macam bontot kuali. Adeh! Dah la aku ni memang hitam, kang tak pasal2 bontot kuali pown kalah dengan muka aku ni. waaaaaaaaaaaaaaaaa....


Disebabkan masalah ini, aku tanyala mak aku sebab musababnya, then mak aku tanya ala2 macam conan edogawa tuh..;p. Apa aku makan sejak dua menjak ni. Mak den memang terer bab2 camnih. Siasat punya siasat, mak aku buat konklusi, muka aku naik jerawat sebab aku makan belacan. T__________T


Kalau korang nak tahu, aku suka giler kot makan belacan. Korang bayangkanlah, makanan dekat ukm semua tak pedas. Apa lagi yang pedas kalau bukan belacan. Mak cik2 kafe bukannya nak ambik port selera aku, dia amik port selera suka hati dia je..heh


So, mak aku sudah warning awal2, jangan berani2 sentuh belacan da. Lepas jerawat2 semua sudah terhapus, aku makanlah balik. wakakaakka. Mana boleh tahan sehari tak makan pedas. Dekat rumah tak hapela, mak memang tahu selera kepedasan aku memang tahap langit ketujuh. So, memang jarang dapat belacan sebab sambal mak buat sudah pedas. i loike!!!



Aku nak muka macam ni balik. Aku tak kira!




Kalau sesiapa yang resdung tu jangan sesekali makan belacan. Kalau kau orang nak hidung gatal2 ngongak, makan lah. Ada aku kesah. Aku bagi nasihat je. Jangan sesekali nak cuba. Gatal taw!


Aku nak try pakai cream lain lahhh.. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...