Wednesday, July 21, 2010

Belajar bahasa German sangat seronok

Guten tag!



Aku baru je habis kelas bahasa German ni. Korang tak pelik kenapa aku hamik bahasa ni. Aku pun pelik. HAHA. Aku rasa macam nak try bahasa yang lain dari percakapan orang kot tapi sumpah memang best. Masalahnya cuma kena lembutkan je lidah aku yang memang sudah sedia keras. Kalau boleh rendam lidah masak dalam air panas bagi lembut pun takpe. kah3



Greeting



Masuk kelas je terpinga pinga, hamik kau sebijik bila lecturer speaking german. Satu hapak aku tak paham. Tak hape, tak hape... orang cakap slow slow kan. Kita budak baru belajar. Mana taw nanti aku boleh mengurat Podolski. Habislah ko wani, mesti podolski pilih aku nanti. HAHA




hai podolski, k├Ânnen wir uns treffen?



Dalam kelas tadi, lecturer aku, Pn. Shima, kalau dalam German kena panggil Frau Hassan. Ikut nama bapa kita la. Dia cerita pengalaman dia belajar dekat german dulu. Serius masa first year belajar dia terpinga pinga. Tak paham pun apa orang cakap. Then, dia tak attend kelas pun first year tu sebab dekat sana memang belajar bahasa german


Eceli best belajar sana sebab diorang tak kesah student attend kelas or not. Maksudnya diorang tak hamik attandance la. Nak bandingkan dekat ukm ni, boleh bilang lah lecturer mana yang tak amik attandance. Pn. Shima pun cakap dia tak suka style amik2 kedatangan ni. Datang ke tak datang, it depend on ourselves, kita taknak belajar tak payah datanglah kan.


Jomlah belajar kat german, tak datang kelas, tak ada orang nak marah. heh


2 comments:

ShaHiRah HayAti said...

weee...teha bajar bahasa german...

t-ha said...

hehehee... sy budak bru blaja lg kak ira

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...