Saturday, July 3, 2010

Kalau berdaya, kenapa mahu minta sedekah??



Kadang2 aku pelik tengok pengemis2 kat luar sana. Nak gelarkan mereka pengemis pun aku rasa anda semua tak layak langsung. Sebabnya, aku tengok pengemis alaf baru sekarang ini, semua cukup sifat, sihat walafiat.


Mengapa anda tidak menggerakkan diri anda untuk mencari kerja? Demand sangat ke anda sampai tak dapat kerja? Lebih baik jadi tukang cuci jamban daripada peminta sedekah. Mengapa perlu minta sedekah sedangkan sihat walafiat boleh mintak kerja? Mengapa mahu memalukan diri sendiri duduk tengah jalan hulur2 tangan. Anda tahu kan, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menadah.


Aku nak cerita masa aku picnic dengan mak cik aku dekat pantai dulu. Adalah seorang pak cik ni datang hulur tangan. Aku pikir lain. Apa jadahnya pak cik ini hulur tangan. Pakaian dia pun bukan macam pengemis. Macam rakyat biasa je aku tengok. Lepas tu, aku hasut mak cik aku supaya tak bagi duit dekat dia. Jahat tak aku? Tiba rasa cam jahat pulak, halang mak cik aku nak buat baik. Then, aku tak tahulah mak cik aku bagi ke tak lepas tu.


 Macam ni laaa, lebih kurang pak cik tu, sihat je, badan tough lagi...;p


*Aku tulis ni, macamlah pengemis baca blog aku. adeh! Mana tahu, ada je pengemis yang celik it... wakakakaka



**Rasa macam sangat kurang beramal jariah.. T_T


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...