Friday, July 23, 2010

It's showtime :)


Korang suka tengok wayang? AKU SUKA! Korang nak ajak aku tengok banyak banyak kali dalam satu hari pun aku tak kesah. Yang penting cerita lain lain. Aku tak suka tengok cerita yang sama banyak banyak kali, bagi aku dah tak ada surprise da. Kita dah tahu macam mana plot cerita dia. Aku pelik kenapa orang sanggup habis duit pergi wayang, tengok cerita yang sama. Rugi beb!


Haritu, sempat aku tengok 2 movie tapi bukan hari yang sama la, aku tak penah lagi sehari tengok 2 movie. Nanti aku nak try. hihi. Aku sempat tengok Predator dengan The Sorcerer's Apprentice. SUMPAH dua dua cerita best! Tak rugi la kalau korang pergi tengok.







Cerita ni pasal seorang merlin yang turunkan kuasa sihir dia dekat anak muridnya sebelum dia mati. So, sebelum dia mati dia arahkan seorang anak murid dia, Balthazar yang tak makan dek usia. Mula mula aku pelik, kenapa si Balthazar ni tak tua even sudah hidup selama beratus ratus tahun.  Dia sudah disihir la tu supaya tak tua. Kalau lah boleh tak tua seronok tu. Sihir tu kurafat ye kawan kawan, jangan berani berani nak try. Cerita ini hanya sekadar fantasi sahaja. Kalau cerita cerita melayu yang fantasi, aku boleh jamin tak best. Siapa cakap best, meh sini bagitahu aku...;p


Dave, hensem kan kan kan. Ok! aku punya. HAHA



Ok, sambung.. cari punya cari, dia jumpa la dengan merlin punya next successor tu, Dave. Yang aku suka, Dave ini sangat sangat la naif dan lampi. Part tu yang lawak sebenarnya, korang tengoklah nanti. Dave ditugaskan untuk melawan kuasa jahat daripada menakluki dunia. Akhirnya, yang baik mestilah menang, siap boleh hidupkan orang mati lagi. ish.. ish.. ish..








Aku malas la nak cerita pasal predators ni. Korang nak tahu, pergi tengok sendiri. HAHA. Yang penting, dua dua cerita yang aku tunjuk ni seronok , best, 5 star. Bagi aku yang suka cerita action la. Kalau aku pergi cinema aku takkan tengok cerita yang jiwang jiwang karat ni. Sekali pun tak pernah, bagi aku rugi!


Aku tengah mengidam nak pergi tengok midnite movie ni. Siapa nak bawak?


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...