Sunday, July 4, 2010

Masih adakah peluang kedua untuk aku?



Peringatan dulu aku bagi sebab aku rasa entry ni panjang. Kalau rasa berminat bacalah sampai habis, kalau tak, tak payah baca pun tak hape..




 Ini gambar dulu2. Zaman muda mudi. Sengaja aku letak sebab entry ni flashback punya cerita.



Rasa sangat2 sedih bila ingat balik benda yang kita dapat peluang depan mata tapi terpaksa dilepaskan disebabkan banyak reason dan sebab aku memang sangat kuno tak tahu benda itu begitu bermakna untuk aku. Kadang2 kalau orang cerita baru aku sedar dan paham sebenarnya, aku sudah melepas. Tak kesahla melepas apa pun, yang penting banyak benda aku melepas bukan dari segi education je tapi dari macam2 segi lagi. heh


After habis sekolah lepas SPM, korang semua mesti terkial2 kan isi borang sini sana nak masuk universiti ke hape. Samala macam aku jugak. Bila ingat balik seyes aku memang terumbang ambing tanpa ada orang yang guide aku, Seyes aku tak tahu. Aku tak tahu mana yang aku perlu buat. Memang totally aku depend on myself. My parent hanya bagi sokongan je. Mana yang terbaik  untuk aku, tu yang terbaik untuk mereka.


Korang pernah mimpi tak, nak study luar negara, over the sea. Siapa yang tak ada angan2 macam tu beb. Sekarang ni bila tengok orang lain yang study luar negara, memori tu datang. Ceit, macam memori yang sungguh tragis plak kan.


Aku memang dapat tawaran itu. Tajaan FELDA lagi tu. Siapa taknak beb. Study over the sea  tapi malang tidak berbau aku tak dapat pergi sebab kos yang aku sangat2 nak tak cukup syarat. kikikiki...  Kos lain aku tak berminat la. Padan muka ko tha, study bagai nak rak dapat result gempak pun kalau ada subjek yang slek.. still tak dapat jugak. Perasaan aku masa tu, memang tak dapat digambarkan dengan cermin mata aku nih!!!! 


Korang pernah rasa tak... pernah tak???????? Arrrrrrrrggggggggghhhhhh

Siapa yang patut aku salahkan time ni??

Kalaulah aku dapat undurkan waktu nak aje aku betulkan waktu tu.


Satu lagi, aku suda masuk matrik masa tu. Masa dekat matrik dulu, seyes aku rasa down masa minggu orientasi. Asal korang oriented orang macam kitorang ni kuli batak korang. Memangla aku tak pernah masuk asrama. Kalau orang yang masuk asrama da biasa la kan. Even, memang aku dapat SBP dulu tapi aku tak pergi. Ramai orang cakap aku rugi sebab tolak tawaran tu, masa tu aku memang nekad. Sebab jiwa dan raga aku ada kat sekolah lama. Suda biasa dengan suasana dan persekitaran dekat sana. Da biasa bergaul dengan rakan2 dan cikgu yang memang da kenal aku. Nak cakap aku femes la kot masa tu. Wakakakakaka... Muntah sekarang!!!


Then, bila aku tengok balik budak2 kat sekolah asrama, aku rasa macam nak rasa je masuk sekolah asrama. Padan muka ko tha! Dulu berlagak sangat. Tapi yang ni aku tak heran sangat sebab kegemilanganku tercipta di sekolah lama. weeeekkkssss.. Just cuma aku nak rasa je macam mana suasana belajar kat sana. Kena buli ke hape, aku kena buli or aku yang buli orang. HAHA.


Sebabnya aku tak pergi SBP kerana diri ini tidak suka kalau ada orang yang atur masa aku. Memang tak suka beb. Aku tak suka orang buat jadual untuk aku. Makan time ni, solat time ni, tidur time ni. Uggghh, memang tak suka. Kat sekolah dulu cikgu pernah suruh aku buat jadual belajar sendiri, pukul berapa bangun, study pukul berapa. Aku buat nih!! Sebab ikut cakap cikgu kan, tak baik melawan. Tapi sebaliknya yang berlaku, aku buat jadual tapi aku BREAK THE RULES. Baik tak payah buat kan. Sebab tu la aku tak suka sekolah asrama.


Aduh! tunggang terbalik da cerita aku... korang wat2 paham jela eh. Kalau tak paham sila pahamkan sampai paham...heh.


Ok, balik semula masa kat matrik, aku dapat tawaran asasi UPM. Banyak kali jugak aku pikir, nak masuk sana ke tak. Las2 aku decide, aku stay je kat matrik. Tiba da sayang pulak, maybe da jumpa membe dengan rumet yang baik2 kot. So, bila orang UPM call, aku tolak dengan hati terbuka, chewaaaahhhhh...:p Then, ada pulak satu saat dekat matrik, bila rasa tension belajar, aku rasa menyesal pulak tolak tawaran tu. Aduh! macam lalang la ko ni tha oi... lalalalalaalala~~


Eh, kejap2 ada lagi ni disebabkan aku tak isi borang tajaan FELDA tu, aku rasa down then aku amik inisiatif lain dengan isi borang study dekat Indonesia. Hihihi. Poyo tak aku time ni. Korang taw kan kalau study kat Indon kena amik exam dulu before masuk sana. Adeh! Ni pown aku pikir banyak kali jugak. Malas nak amik risiko, tak pasal2 tak pass kena reject sebab dia tanya cam soalan2 SPM je pown da la time cuti panjang masa tu, aku pown malas nak bukak buku nak study balik semua subjek. Gilark apa!


Sekarang ni semuanya da terkubur aku tak dapat nak ulang semua2 tu. Aku kena terima apa yang aku ada sekarang nih!!


Korang kalau suda dapat peluang mana2 just grab it. 

Nak dapat balik peluang yang kedua itu sangattttttttt susah.


Jangan sia2kan peluang yang ada. Aku bukan nak cakap aku ni bagus sangat, kalau korang sudah nekad dengan apa korang nak, just do it. Even kalau korang bercinta pown nak dapat peluang kedua pun susah kan.


So, sekarang ni, aku da tua bangka nak dapat peluang ni lagi. Memang suda takkan dapat pun. Aku nganga jela tengok orang lain belajar di sana. Tapi tak mengapa, cikgu aku pun cakap mana bumi dipijak disitu langit dijunjung, mana2 pun korang pergi tetap akan balik pada tanah tumpah darah sebab hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 


Lagipun, kalau belajar jauh2 rindula dekat orang2 tersayang. Aku study kat ukm ni pun da meroyan da sebab lama tak balik rumah. Korang yang study kat obersea tu, kena tahanla weyh, zaman sekarang suda maju, kalau rindu ym sudaaaaaaa....:p


Mungkin pintu masa depan aku disini bukan di SANA..


*Thank you sebab baca aku merapu nih...heeeeee~~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...