Saturday, December 1, 2012

Owh December. Be good to me please!


 Bulan baru dan semangat baru. Yeah!




Aku edit sendiri gamba ni. Gamba ni aku ambik masa pegi PCB dulu. Ada mcm gambar kat tumblr tak.hihi


 

Tuesday, November 20, 2012

I have to move on no matter what. Dunia ini sangat hina untuk ditangisi.

Hai korang semua. Harini macam ada rajin sikit nak menaip lepas install blogspot dalam handphone. Walawehhh... I suka I suka. :P Aku sebenarnya rindu giler nak buat karangan ala ala SPM bagi korang baca sampai muntah. Kadang kadang bila da bukak new post, taip sikit.. Backspace backspace.. Tenung lama lama, jalankan cursor belah kanan, terus tekan "x". (always happen all the time. Duh!)

Tahu tak kenapa aku macam excited sikit update blog. Gini cerita dia. Lets the story begin. Ewahhh. Haritu, lepas habis keje. Yana ajak pegi tengok wayang dekat AEON Cheras Selatan. Kenapa jusco tukar nama jadi aeon. Mula mula dengar aku ingat tempat orang jual kereta.HAHA Kitorang gerak pergi sana dalam pukul 6.30 plus hujan lebat giler babeng. Mujur Ruby dah expert jalan shortcut sooo kitorang tak tempuh jem. Smooth je perjalanan even tengah hujan.

Sesampai je, terus carik locker nak isi payung yang basah. Masuk 2 keping syiling 50sen. Nah! Payung mahal i yang hampir patah tersimpan dengan rapi.lalalalalala. Jalan ke dalam mall terus carik tempat wayang. Naik eskelator sampai atas last last jumpa tempat parking. Wahahaha.. Memasing gelakkan diri sendiri. Turun balik baru jumpa wayang. Pegi dekat skrin schedule wayang, kitorang mula berterkam lidah memilih movie apa yang patot and worth it untuk ditonton bersama seisi keluarga dan sedara mara.

U oll taw tak yang i dah set up in my mind yang i nak tengok Skyfall. Malangnya, nasib tak menyebelahi gua. Skyfall tayang pukul 6.30. Sebenarnya.. Sempat je nak tengok sebab awal awal mesti diorang bagi iklan berkilo kilo baru movie start. But that's not my reason sbb yang utamanya aku akan miss solat maghrib kalo aku decide tengok skyfall time tu. Movie maybe habis dalam pukul 8.30. Mana sempat weyh.. Isyak dah awal sekarang. So, pilihan yang aku ada time tu hanyalah Istanbul Aku Datang.

Istanbul Aku Datang adalah movie melayu yang pertama aku tengok kat wayang. Adoi! I break my rules sbb aku biasa layan english movie je lagi lagi yang action.haha. Gedik! So takpe, i follow the flow. Solat itu tiang agama. Aku kena utamakan solat yang wajib daripada rules aku sendiri yang boleh dilanggar dan tidak dipatuhi pada bila bila masa je.

Decisionnya ruby pegi tengok skyfall,  aku dengan yana tengok istanbul aku datang. Walaupun hati meronta ronta nak tengok skyfall sebenarnya. Memang aku datang sini point dia tengok istanbul la weyh. Memang aku "datang"sangat. Btw, ruby ni chinese. Opismate aku yang kepale dia boleh ngam dengan aku. Then.. Lepas solat maghrib, we r going to istanbul.haha. Masuk masuk mmg nampak kosong sangat macam takde orang. Maybe tak ramai yang decide nak tengok wayang time tu.

Selama 1 jam setengah, aku dibekukan dalam wayang tu. Serius sejuk siot! Keluar2 je rasa macam snowman dah. Istanbul aku datang cerita dia memang sweet, se sweet lisa surihani tapi sweet lagi aku.LOL  There's some part dalam cerita ni, iaitu dian (lisa surihani) akan update  blog dia pasal life dia. Love life dia. Comel sangat! Time tu lah aku teringat blog aku. Masa dolu dolu, every inci yang berlaku setiap hari aku rasa nak update dekat blog. That's why lah aku update blog aku sekarang ni. Tu je nak cerita sebenarnya. Okbai.

Publish! From my handphone. :)

Saturday, August 11, 2012

Well said enough








 Dalam kepala otak gwa pikir nak balik rumah je. Tolak tepi semua benda. HAHA



OK bai.




Thursday, August 9, 2012

I'm sorry


From the bottom of my heart, i'm truly sorry. For the people that i've hurt. And of course YOU, Ya Allah. Tiba tiba hati aku jadi sayu. Rasa macam nak menangis last last memang aku menangis. Menaip pun sambil menangis. Menangis sebab fikir dosa dosa yang lalu. Kadang kadang fikir macam aku lagi pentingkan hal dunia dari akhirat. Ya Allah, i'm sorry. Kadang kadang iman jadi rendah sampai semua nak ikut hawa nafsu. Kadang kadang hati jadi geram dan marah semuanya gara gara nafsu.


Aku sedih Ya Allah. Sedih sangat. Rasa macam diri ni loser nak mampus. Banyak kurang kiri dan kanan depan dan belakang. Terlalu banyak. Sampai aku pikir, apa faedahnya aku hidup dekat dunia kalau tak ada bekalan untuk akhirat. Sedih weyh. Rasa nak menjerit.


Kadang kadang rasa marah yang amat, kenapa mesti aku yang terima ujian ini, kenapa bukan orang lain. Dan aku terpikir sejenak, teringat satu qoute " don't you ever compare your life with others, you don't even know what they have been through" I just like this qoute. It makes me feel calm and comfort. Allah tak akan menguji umatnya di luar kemampuan. Dah banyak kali aku dengar ayat ni. Tapi kadang kadang tetap rasa tak mampu nak hadapi ujian yang Allah bagi. Sungguh. :'(


Ya Allah, kuatkan aku. Jadikan aku seorang hamba yang terus istiqamah di jalanMU. Sesungguhnya aku ini manusia kerdil yang kadang kadang mudah terpengaruh dengan hal dunia. Sungguh kadang kadang aku tak mampu, kadang kadang aku rasa dah jatuh tersungkur. Kadang kadang dah rasa macam banyak sangat buat salah dengan orang. Kadang kadang rasa macam dah banyak sangat sakitkan hati orang. I'm sorry. Truely sorry.


Ya Allah,

Be with me for every step that i take,
Guide me for every decision that i make,
Help me when life gets rough,
Protect me when i'm fall,
Hear me when i'm call,
May I always be in YOUR loving hand.

Ameen


Sincerely,
 me.


Sambil kesat air mata, aku dah rasa lega sikit. Nak solat kejap pastu tido. Good nite hamba hamba Allah sekalian!




Sunday, July 29, 2012

Why?


Hati aku tak tenang tadi. Aku jadi macam blur+tak sedap hati+rasa nak nangis+nak menjerit. Campurlah semua. Tak tenteram weyh. Last last pegi solat, dengar ayat al-quran, terus aku jadi tenang sikit. Thanks Allah. Sebenarnya, dari semalam lagi aku rasa macam ni. Dun know whyyyyyy... hoooo (ala ala lagu norah jones).


Kenapa ntah aku buat write up sejak berhari hari yang lepas tak jumpa jugak benda yang nak dicari. Rasa loser weyh! Rasa nak menangis. Dahlah dalam bilik ni sorang. Dinding tengok aku pun dah kesian aku rasa. Nasib baik ada kau blog. Aku nak delete blog sebenarnya tapi macam ada benda yang menghalang. Apa ntah. 






# Eceli, aku nak tukar link blog aku ni, tengah mencarik carik link yang dewasa sikit. Link sekarang rasa macam kelakar. HAHA. Rasa macam geli geli. HAHAHA.



Sunday, July 22, 2012

Happy fasting u olls



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk korang semua. Selamat menjalani ibadah puasa. First time puasa sebagai seorang pekerja bukan pelajar lagi.



Ni video matluthfi yang terbaru. Comel giler. Yang penting dia pandai buat nasik lemak tu.kehkeh (tapi aku rasa macam kawan dia je yang buat nasik lemak tu) Takpelah... layannnnnnnn.haha








Selamat berbuka. Harini aku makan daging masak kicap, emak bagi bekal tadi. Pagi pagi dah tung tang tung tang dapur dengar emak masak sebab nak gerak balik awal. Aku mengidam daging masak kicap semalam, pastu harini emak masak. Selonok tak terkata. Sayang emak! :)


Kepada yang gemok makan sikit je. Kepada yang kurus makanla banyak banyak (macam aku. :P) Btw, adik aku cakap aku dah kurus. wahahahahaha. Selonok lagi. So, aku boleh makan banyak.lalalala~


Selamat mencari pahala berganda ganda.



Dalam video ni, matluthfi ada tulis, "Berbuka puasa dengan nasi lemak adalah bid'ah dholalah."
 
Eceli, aku pun kurang faham apa itu bid'ah dholalah. Try tengok link ni. Semoga bermanfaat, :)
Apakah itu bid'ah dholalah
makna bid'ah dholalah


Wallahualam. :)


Saturday, July 7, 2012

Short note






"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)"
(Surah Luqman 31: 17)



Tarik nafas dalam dalam, hembus. Thanks Allah. :)




Tuesday, June 19, 2012

There's a be "a moment to remember"



Harini aku macam teruja giler nak update blog. Rasa macam eksaited nak menaip.heee. Aku sebenarnya nak amik mood nak menaip. Punyalah pegi masak air panas, tuang dalam cawan bila tang nak amik milo peket, aku terkedu sekejap. Wuuuuuuu. Milo paket aku dah habis. *Facepalm* wuuuuuuu. Apasal la aku tak perasan. Adoiyai. Sedih giler weyh. Rasa macam nak pegi mintak sedekah dekat jiran sebelah, milo sepeket. Seyes tengah rasa nak minum milo sekarang ni.


Tapi takpelah, aku update jugak walaupun tak dapat milo, tapi dapat roti cheese dengan roti gardenia bran & wheatgerm (light fibermeal). Full name aku bagi.hihi. Sambil sambil aku menaip sambil mengunyah,, tapi air takde. Arghhhhhhh. Rasa macam loser makan roti takde air milo.


Haritu pegi ceramah Oki Setiana Dewi dengan Wardina Safiyyah dekat Setiawangsa. Gigih aku nak pegi jugak sebab aku rasa aku patut pegi dan perlu pegi. Banyak pengajaran dan input yang aku dapat daripada diorang ni. Lepas ni, kalau ada ceramah dia lagi, aku nak pegi tapi kalau boleh yang takpayah bayar punya la.wakakakakaka. Sebab yang aku pegi ni kena bayar tiket RM40.



Takdapat real dengan fake pun jadilah.hihi



Aku pegi dengan diorang. kawan masa zaman sekolah dulu. Yang tudung pink tu alilah, aku selalu jumpa dia kalo balik pun. Tu yang dekat tengah tu, lama giler aku takjumpa dia. Stat dia pindah masa darjah 3. So sekarang baru jumpa dia. Lama woooooo. Tak sangka jumpa balik. Rasa macam eksaited giler. And aku baru tahu sebenarnya dia je yang pindah, rumah dia tak pindah pun. Kalo camtu boleh lepak lagi nanti bila balik rumah.heeee



Pamplet diorang.



Yang sonok dan teruja dan terkejut lagi, aku jumpa ili kat sana. Membe masa study kat UKM dulu. (Dulu? Owh, rasa macam dah tua,haha)



Before kitorang nak berpecah ke destinasi masing masing pada esoknya, kitorang pegi makan dekat Kenny Rogers. First time aku makan kat kenny rogers. haha. Kesian. :P



Last but not least, ini peringatan untuk korang. 



As usual I took from tumblr.



Aku nak pegi mandi, solat, siapkan esaimen yang sepatutnya hantar harini tapi takjadi hantar sebab opis tiba tiba takde tenet. Macam taw taw je aku tak siap lagi.ahahhaha. Pastu aku nak tidoq.



Sambil menaip sambil mengunyah lagi. Hidup makan! Yeah!





Thursday, May 31, 2012

Aku otw nak ganti. Kau orang dah ganti ke belum? Ke kau orang dah habis ganti. hikhik. Pegi tepi sudut tutup muka. *malu.




Aku rasa lega gila sebab baru abis ganti puasa sehari. Ada 9 hari lagi. Arghhhhhhhhh... bapak banyak lagi. . Baru habis ganti sehari dah kecoh.hahahahaa. Korang ingat senang ke nak istiqamah puasa even sehari je pun. Kiri kanan buat aku tergoda. Lagi lagi time rehat. Dahlah tak kuar rehat, officemate yang chinese pulak bawak bekal makan dalam opis. Bau diaaaaaaaaaaaa perghhhhhhhhhhhh. Memang menusuk kalbu. Kalau boleh nak mintak sikit makan sekali. 


Tapi kan, aku curious jugak ni, adakah diorang semua tengah makan babi? Aku dah lah terliur kemain. Astaghfirullahalazim. GILO. Macam mana la nanti bulan ramadhan. Kadang kadang bila rehat, ada je macam macam aroma dekat opis tu. Pilih je nak apa, aroma petai pun ado.


 Jap jap selingan jap.



 ini buat masa birthday ayah haritu. 28/5

comel kan. aku taw comel. sedap pun sedap. nanti nak buat lagi.hihi



Eceli, aku terlupa bape hari kena ganti. Last last, aku decide nak ganti seploh hari. Lagi afdhal. Biarlah lebih pun yang penting jangan kurang. Sebabnya kenapa aku ganti seploh hari kerana due period aku paling lama pun seploh hari. Macam tu la tambah tolak bahagi darab.


Yang aku sedihnya, tempat mak cik yang aku selalu beli nasik petang petang lepas balik keje tu tutup pulak. Rasa macam nak duduk hentak hentak kaki je kat situ biar mak cik tu dengar aku nak beli nasik dekat dia. Dah lah aku memang tak ada mood nak masak. Dugaan. Seyes memang dugaan. 


Last last, aku masak bubur je. Main campak je sume dalam periuk. Lebih air sekilo dua kilo. Jadilah bubur aku.wahahhahahaa.

Alhamdulillah.. kenyang pun. Terima kasih Ya Allah.


#Seyes! Aku mengidam McD skang ni. (Memang betol betol perot naga+gajah, sampai haousemate aku pun terkejut tengok aku makan banyak gile.)



Saturday, May 12, 2012

Kerja memang sampai bila bila pun tak sudah



Sekarang ni, dah 5 bulan lebih aku keje. Bosan tu memang bosan sebab tiap tiap hari mengadap benda yang sama je, jumpa orang yang sama, mengumpat orang yang sama. wakakakakaa. Dah siap keje harini, esok dapat pulak keje yang baru. Tak siap keje harini, memang bertimbunlah keje kau nanti. =,="


Aku kalau bosan bosan keje, selalu lepak lepak borak dengan nizam,kak lina dengan eri tapi kadang kadang selalu kena marah dengan manager. Bajet bukak pintu bilik filling dengan cekak pinggang, "fatihah....bla bla blaaaaaa..." argggggggggggghhhhhh, aku pun dah lali. Aku buat muka dengan bangangnya keluar dari bilik.HAHA.


Serius aku cakap life keje memang bosan. Life sebagai student lagi seronok. Kalau dah keje banyak sangat benda kau kena pikir. Macam macam benda kau nak beli dan patut beli. Itu ini semua tak ada. Kadang kadang rasa serba salah sebab asyik mintak tolong orang lain sebab kita serba tiada. Cari rumah sewa bagai nak gila. Scroll mudah.my dengan ibilik.com banyak banyak kali kalau kalau ada orang post bilik kosong. Last last tersilap mesej orang nak carik bilik jugak. Finally, carik rumah sama sama dengan pencarik bilik tu jugak.HAHA.


Kadang kadang rasa macam papa kedana. Selalu menghitung hari bila gaji nak masuk supaya kaya balik. Arghhh, memang hidup ni macam roda. Kejap kaya kejap miskin. Nak kaya hari hari takboleh ke?


Kepada kawan kawan yang dah grad dan bakal grad. Please prepare ur mental n physical. Ya, memang seronok bila dah grad. Rasa macam dah lepas 1 beban yang sangat besar tapi kau tak akan tahu apa yang jadi dekat kau lepas ni melainkan kau sendiri yang mengalaminya. Paham? Tak paham tak apa sebab kau belum mengalaminya.


Owh, ini selingan. Jom amalkan doa ni ye kawan kawan.

 


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." 

(Surah Ibrahim: ayat 40-41)



Apa apa pun selamat bekerja kawan kawan. Pada yang belum keje selamat mencari keje dan be prepared. Bila kau dah kerja, macam macam ragam orang yang kau akan jumpa. Tak kiralah tua dengan muda. Cina ke melayu ke india ke bangla ke indon ke. Semua jadi kawan kau. Tadehal. Belajar dulu, environment kau dengan orang lebih kurang sebaya je. Dah keje, macam macam umur, perilaku orang kau boleh jumpa. Nak taw, tryla keje. Good Luck dari i untuk uollllllsss.hehe


*Tqa, happy convocation! ;)




Saturday, May 5, 2012

Dare to be


“Dare to Be

When a new day begins, dare to smile gratefully.

When there is darkness, dare to be the first to shine a light.

When there is injustice, dare to be the first to condemn it.

When something seems difficult, dare to do it anyway.

When life seems to beat you down, dare to fight back.

When there seems to be no hope, dare to find some.

When you’re feeling tired, dare to keep going.

When times are tough, dare to be tougher.

When love hurts you, dare to love again.

When someone is hurting, dare to help them heal.

When another is lost, dare to help them find the way.

When a friend falls, dare to be the first to extend a hand.

When you cross paths with another, dare to make them smile.

When you feel great, dare to help someone else feel great too.

When the day has ended, dare to feel as you’ve done your best.

Dare to be the best you can –At all times, Dare to be!”





Source:  Islamic Quotes 



Meaningful phrases kan? Heeee :)





Tuesday, April 10, 2012

Blackout




Tadi rumah sewa aku blackout. Terkapai kapai bagai nak giler. Nasib baik housemate aku ada kalau tak, lintang pukang aku dalam rumah ni meroyan sorang sorang. Dia yang cuaknya sebab meter yang utama kat  luar rumah ni macam berapi rapi dengan ada sparkle bagai.


Cuak bai. Housemate aku,nurul dah kecuakan giler babeng dah. Pastu aku tanyalah dengan cool nya. Apa pasal cuak sangat ni, selalu dia yang cool taw. Dia kata apa, dia pikir umah kitorang dah nak meletop dah ni. Macam mana nak amik sume barang, kang tak sempat kang. wahahahaha. Lawak untuk harini.


Tapi kan kan, aku memang cuak gak sebenarnya. Tak pernah tengok meter berapi rapi camtu.kehkeh. Lantas, housemate aku terus kol tuan rumah suruh datang sekarang jugak sebab kitorang sume bergelap. Kitorang tunggu depan rumah sambil makan tembikai dengan coklat sambil bergosip. Comel kan.hihi


Sebenarnya, plug dekat rumah ni memang ada masalah, dah banyak kali betolkan still masalah lagi. Kali ni start balik bila aku try guna periuk nasik. Bila guna je terus dia tendang suis sume pastu lampu berkelip kelip macam dekat kelab malam. Sape nak berjoget meh lah datang umah aku.hihi tapi BUAT MASA NI, memang dah oklah sebab tuan rumah dah betolkan, masa hadapan? Tu belom letak peti ais dengan mesin basuh lagi kalo letak memang betol betol dia tendang nanti.haih.


Tapi takpelah itu semua dugaan. Baru adventure! hihi


Nak pegi mandi pulak, tadi taksempat mandi.huuuu. Pastu solat pastu tido. Esok cuti. Yeay! (Sekarang ni public holiday adalah hari yang ditunggu tunggu dan suatu nikmat yang tidak terhingga bagi orang yang bekerja.haha)


Bai. Bilik air dah panggil.




Saturday, April 7, 2012

Bermalas malasan




Aku sangattttttttttttttt malas harini. Dari pagi tadi tak mandi mandi lagi. Baju aku basuh malam tadi, tadi aku baru sidai. Wahahaha.



Kejap lagi aku nak sambung tengok cite leverage lagi. Kenapa sume website download movie under maintainance ni. Arggghhhhhhhhhhhhhhh... Ni mesti mediafire punya pasal lah ni. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Meroyan!




Friday, April 6, 2012

Leverage time




Nak layan cite leverage pulak. Weeeee. Storyline lebih kurang je macam cite hustle.




Arghhhhhhhhh... mastermind dia takhensem tapi nasib baik kau bijak. Layan~


Aku ada sampai season 3 je ni. Adoi. Nak download ni yang aku malas ni. Dalam cite ni, aku suka parker dengan hardison sebab diorang comel. ^^



Bai nak layan leverage sambil makan nasik lemak free.hihi



Sunday, April 1, 2012

My first working experience




Kalau korang nak tahu, ini memang first time aku keje. Before this, aku tak pernah bekerja. Masa lepas SPM dulu pun, berbulan bulan aku dok perabih boreh dekat rumah sambil goyang goyang kaki tengok tv. Lepas matrik pun sama, aku tak keje. Ada yang sama macam aku? Yeah! Kita geng. Give me five!


Mula mula rasa macam shock jugakla. Dah lama lama, rasa macam pergi kuliah, masuk lab sume kan. Dan lagi lagi lagi lagi lagi lama, BOSAN DOW! Buat benda sama tiap tiap hari. Hadap benda sama tiap tiap hari. Adoiyai. Tapi takpe, aku keje dapat duet, belajar takdapat duet. So, baik keje. Agak agak, bila boleh naik gaji. HAHA.


Ini first gamba aku time tengah keje.hehe. Lain maksudnya dengan gamba masa first time keje. Keliru? Ce baca betol betol balik. Takpaham pegi masuk tadika. Saje nak tunjuk kat korang. Taw korang rindu. Tak payah nak geleng geleng cebik bibir, aku taw dalam hati kata ya.hihi



Lab coat ni maseh bersih dan suci je. Sekarang ni, mak datuk, bagi free kat orang pun taknak kot. Cepat betol kotor. Kadang kadang aku bantai je pakai tak basuh.lalala~ Haritu basuh pakai  vanish, tak hilang pun. Kwanghajar punya vanish, nak kena aku ajar ke camne nak buang kotor kotor semua. Bagi berus nak?haha.



#Aku bermusuh dengan vanish sekarang. :P




Benda yang aku pegang dalam gamba kat atas tu namanya soothing fluid. Tempek la kat muka korang. Sejuk je rasa. Nak rasa? Belilah.haha




Dah 3 bulan aku keje. Harini masuk bulan ke 4.



Saturday, March 31, 2012

Kemon! Stress je pun.HAHA




Masalah tu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Walau apa pun yang berlaku ingat DIA, minta tolong dengan DIA. Allah tidak pernah menolak setiap doa daripada umatnya. Cuma balasan doa itu cepat ataupun lambat. Kalau cepat, bersyukurlah. Kalau lambat, DIA ada perancangan yang lebih baik untuk kita.


Stress dan tekanan tu perkara biasa bagi aku, kadang kadang sampai dah lali. Yang penting, tarik nafas panjang panjang, ingat DIA. InsyaAllah, dia sentiasa ada untuk menolong. :)



Sumber: fb ustaz don daniyal




" Hasbunallahuwa ni'mal wakil"



Jom amalkan.

^____^







Friday, March 30, 2012

House painter




Lepas makan double cheese burger mcD, aku sambung keje yang tertunggak haritu. Aku pegi cat dalam bilik. Aku bosan taktaw nak buat apa. Aku amik tangga cat bilik.  Kadang kadang macam rasa pekerja pembersihan tingkap bangunan pencakar langit. Giler high imagination sampai ke situ aku pikir padahal tak ada la tinggi mana aku panjat.hikhik.


Kadang kadang rasa tangga bergoyang goyang nak jatuh. Aku macam cool. Padahal dah cuak giler babeng. Yang penting bilik aku dah cantik. Cepatlah bagi tepukan gemuruh.hikhik. Tapi malangnya, tengah tengah tunjuk berani, cat pulak habis. Adoiyai. Kacau mood betol la. 


Seluar tight kesayangan aku habis kena cat. :( Takpe cat ni senang tanggal, jangan nak degil lagi dah la. Padahal dulu dah rendam dalam vanish pun takluak jugak. Takpaham aku, vanish ni tipu eh. Ish! Jangan percaya iklan dalam tv tu. Banyak tipu maaa.. :P


Tangga yang aku guna ni tuan rumah punya, dia tinggalkan masa rumah black out haritu tu. Bila ntah nak amik balik, nanti nak ambik, jangan lupa bawak peti ais. Bila ntah nak bagi. (Sebenarnya kan, tangga ni dah penuh dengan cat, aku tak lap pun.huahuahua)


Malam ni sorang sorang sebab housemate semua balik rumah.huuuu





Sunday, March 25, 2012

I'm on twitter. Yeehuuuu




Tadi aku bosan giler, tak taw nak buat apa. Aku pegila buat twitter. Bajet nak artis la kan buat twitter bagai. Dah habis edit profile kat twitter semua. Aku post 1 tweet. Then, dengan bangang nya, aku pegi deactivate twitter. HAHAHAHA.


Dah buat twitter, pastu deactivated balik. Yeay! Aku memang bebal. Yeay! Kalau aku nak log in balik pun boleh sebab dia ada lagi. After 30 days, baru akan delete permenantly. Kalau nak ikutkan hati aku, memang nak delete terus je. Tapi takboleh plak macam tu. Ntah ke apa bongok sangat aku ni baru buat bape minit nak delete dah.


Aku memang macam ni, kadang kadang buat keputusan tanpa pikir panjang. Kadang kadang tu pulak, dah pikir panjang pun tak reti jugak nak buat keputusan. Serius bebal!


Paling koman pun, aku dapat gak post 1 tweet. Kau ada? *Mood bangga. Wahahahha



Aku lapar!



Saturday, March 24, 2012

Miserable





Aku rasa miserable giler skang ni. Rasa macam kosong je. 


It's just like this song.






"Welcome To My Life"


Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place,
Like somehow you just don't belong
And no one understands you?
Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room
With the radio on turned up so loud
That no one hears you're screaming?

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more
Before your life is over?
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No, you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
And no one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
You never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like (What it's like)

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life





Serabut weyh. Serabut!




Friday, March 23, 2012

Plan nak balik rumah tak jadi.



Sepatutnya, aku plan nak balik rumah harini. Tadi thumbprint tepat tepat pukul 6 sebab nak gerak pergi ktm kajang. Before nak balik tu, aku kol ayah aku  dulu, tanya sempat tak nak sampai seremban before pukul 8.30. Ayah aku cakap tak sempat, :( pastu tanya akak aku pulak, dia kata sempat. Aku pun rasa sempat tapi jalan tengah jam, memang tak sempatlah gamaknya. Masa tu kan semua orang balik keje. huuuu. Sedih aku.


Kalau korang nak taw, bas las seremban-bahau pukul 8.30 malam. Kenapalah dia cepatkan. Dulu pukul 9malam skang dia ubah awal setengah jam. Camnila camnila, saja taknak bagi aku balik rumah. :(


Kajang-seremban ambik masa lebih kurang 1 jam. So at least pukul 7 tu aku dah kena naik ktm. So, tak balikla aku harini. Sedih sebab habis kerja lambat, kalau nak balik lepas ni, aku kena balik sabtu.


Kebosanan la aku gamaknya cuti ni. Adoi. Kak hawa balik rumah, nurul pulak ada OT esok. huuu :(


Asal sabtu ahad je mesti bosan. :"(





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...