Friday, December 31, 2010

Waiting outside the lines



Ini lagu nana dedicate kat aku. Dia ni memang suka bagi lagu kat aku. Lagi satu aku ni memang malas giler nak hapdate lagu lagu yang terbaru. Kadang kadang tu, lagu dah lama kuar kat radio, aku baru nak layan.Sebab tu aku lagi prefer orang yang bagi lagu kat aku. "Weyh, korang da dengar da lagu bla bla bla, perghhh tha, lagu tu da berabad kot. Carta paling bawah dalam billboard, ko baru nak layan. heh" Perggghhhh... malu den, rasa nak gi amik kursus lagu lagu terkini dalam carta.


Tapi bila dah datang mood aku nak carik lagu, memang sume aku download ahhh, korang sume gebang kat aku lagu bla bla bla, aku subuh subuh lagi da taw! *bangga. tapi before tu aku tengok lirik dulu sebab aku suka lagu berdasarkan lirik dia. Aku tak suka lagu yang ntah hape hape mengarut meraban ni. heh. Lagi lagi lagu lady gaga, pehhhh.. memang meraban lah lagu dia. heh. Tak suka cheq!


Lepas nana bagi lagu ni kat aku, terus aku google lirik dia. Terkejut yang amat aku sebab mati mati aku ingat girl yang nyanyi.heh. Rupanya budak hingusan yang baru berumur 13tahun. 13tahun baru, patutlah, sore pun tak pecah lagi. Justin bibir dulu pun aku hengat girl jugak. Ni memang nak cabar justin bibir ni. Balik umah, terus aku gebang dengan adik aku yang kecik skali tu, ada orang nak fight dengan justin bibir ko.  Mula mula dia hangin, las las dia pun suka jugak, siap like page greyson chance ni. Ko ni memang ada chance betollah. Cerah masa depan. 


Jomla, akhiri tahun baru yang kelam dulu dengan lagu ni. Setiap kali tahun baru, mesti aku excited! Korang tahu kan kenapa!




Greyson chance,waiting ouside the lines




Greyson Chance - Waiting Outside...







You'll never enjoy your life,
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Rules and regulations,
Force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
It's time for you to seize the daaay

Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
The time is now

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
Even if it's just tonight
How you gonnna walk ahead
If you keep living blind

Stuck in the same position,
You deserve so much more
There's a whole world around us,
Just waiting to be explored

Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
The time is now, just let it go

The world will force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What's in you is out there

I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I'm trying to be patient (I'm trying to be patient)
The first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
Go ahead and take it

I'm Waiting, waiting, just waiting I'm waiting
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You'll never enjoy your life
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?




Yela... yela... aku taw la aku ni di takuk lama. Living inside the box lagi. Aku taw la aku ni tak up to date. Orang da pakai selendang, aku pakai tudung bawal lagi. Orang dah make up pakai lipstick bagai, aku still lagi kekalkan kejelitaan warna bibirku. huahuahuahau.. Orang dah habis layan cerita korea, aku baru nak layan, las las kena gelak, kau baru nak tengok cite tu? Aku dah lama khatam dah. ceit! Orang dah ke hulu ke hilir pakai heels aku still lagi pakai selipar jamban. T___T.


Orang dah jelajah 1 Malaysia, aku ni Genting highland kota keriangan tu pun tak pernah pergi lagi. Orang dah siap esaimen, aku baru terhegeh hegeh nak buat. Itu aku taw la. taw la. Aku taw la semua tu. 




Korang tengokla nanti, aku keluar jalan jalan pakai porsche. Korang jangan terkejut pulak!


BYE BYE 2010
WELCOME 2011


 

Thursday, December 30, 2010

Nak celebrate new year dekat rumah



Aku dekat rumah dah ni. Korang tahu tak, aku balik tadi takdapat duduk langsung. Naik rapid, naik ktm, naik bas memang tak duduk. Lepas tu, dapatla duduk sekejap je masa dekat dekat nak sampai bahau tu. heh. Letih mak nokkkss. Aduh! Memang sakit kaki wa cakap sama lu. Da la kaki aku tengah gatal gatal ni. heh. Tiba tiba je ada ruam ruam merah. Gatal woooo, kalau aku garu dengan kadaran yang terus tanpa songsang songsang memang boleh melecet ahhhh. ishhh!!!



korang tahu tak aku tertinggal menatang ni dalam keta nana. cis!! cis!!



Korang tahu tak menatang apa tu. Budu tu wei, buduuuuu. Giler feberet aku tu. Dah lama dah lidah aku tak rasa benda alah ni. ish! Tapi sesampainya aku kat umah, aku tengok ada botol budu atas meja. Halamak, rasa macam nak meloncat macam beruk je. Aku pun apa lagi, basuh tangan, amik pinggan, cedok nasi penuh sepinggan, bubuh lauk, amik budu sket. fulamakkkkkkk, rasa nak nangis dapat makan budu. HAHA. kempunan punya pasal. Lepas tu, aku tambah lagi sepinggan nasik penuh.


Perghhh, memang aku dah tak pikir dah bape banyak lemak aku nak ternak nih. dah la haritu baru timbang, terkejut aku dalam guardian tu bila tengok berat. cis!! Orang sekeliling gelak je. cis! Lek lu der.. lek luuuu... macam tak bese berat 51kg. lek ahhhh.. takde hal lah. Bukan susah pun nak turun balik. Berlagak giler! heh. 



 before balik rumah tadi, makan laksa lagi. yeay!!




 cendol jugak



sedap weyhhhhhh!!



Korang kalau datang bangi, singgah la makan laksa kat sini. Kalu budak ukm tak tahu pasal laksa ni, takyah mengaku la ko student ukm. Popular kot benda alah ni. Gerai dia biasa biasa je. Dekat dengan hutan ukm. Kalau korang tengah dok menjelajah hutan tu, tiba tiba tak jumpa jalan keluar, try la carik bau laksa, kejap lagi jumpa exit tu. kehkehkeh. Best makan kat sini sebab surrounded dengan hutan kat sebelah dia. kalau panas tu rasa sejuk je.



Dah bape juta kali dah aku makan kat sini. Tak muak pun. Seyes! Bila lagi la dapat makan. Aku ada sem ni je. Bape bulan je lagi. Mana lagi aku nak carik laksa sebaik dekat sini. heh



 tengokla sampai atip pun teruja.. bila la dapat makan sama sama lagi





olololo, comelnya.. mana datang hangin ntah budak ni tiba tiba ajak makan laksa. heh




aku taw la najib bagi cuti. soooo, korang yang balik kampung nak sambut new year tu bawak slo slow ye. berhati hati di jalan raya.
 comel signboard ni taw tak! kabur la yang slow la tu.



Dah lah dalam bas nak balik rumah tadi berdiri, pehhh pak cik tu bawak macam roller coaster. cis! Nak terkeluar sume barang barang dalam beg aku nih. Nasib tak eksiden je. Aku dah mengucap banyak kali dah dalam bas tu.


Wednesday, December 29, 2010

Bangga aku dapat pergi kelas sabun harini


Pagi tadi seperti biasa kelas pukul 8. Dan dan korang nak tahu, aku dengan eksaitednya telah bangun awal, tak awal sangat la. Dengar alarm aku off jugak pastu tidur balik. Ntah cemana boleh terjaga balik. Time kasih korang korang sume yang telah doakan aku bangun pagi. mueheheheheehehe.. Lepas ni kena bangun pagi pagi. Aku rasa macam tak biasa la sebab dah lama cuti kan. Yeke lama? Layankan jela.



korang taw tak ada orang ngutuk aku pakai selendang tak comel, ini da sehabis comel da aku buat ni. ni yang buat aku malas nak pakai selendang ni. heh. Pastu membe aku cakap apa. "Ahhhhhhh... pedulikkan apa orang cakap, kita mana boleh nak puaskan hati sume orang." Ntah ntah die dengki dengan aku kan kan kan.



Korang pun sama pedulikkan apa orang cakap. Biaq pi la dia. Gwa tak kacau hidup lu, lu jangan kacau hidup gwa.huwahuahuahuahua


Bola sekarang ni weh! bola bola bola. Aku maw tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Nak sangat!! Mana aku nak carik tivi nih. ish! Malas aku nak gerakkan lemak lemak aku ni gi kafe.


Takpela takpela.. aku sokong dari jauh jela. Tarak hal la. Oh Malaysia, tanah tumpah darahku. Peh, time time ni la plak nak patriotik. i patriotik cume tak tunjuk. Cane nak tunjuk. Haaaaa.. contoh yang paling mudah, masa kat sekolah dulu, kalo lagu Negaraku ke hape, MESTI aku berhenti sebab nak menghormati. Padahal berhenti sebab takot cikgu marah. Kalau tak, memang jalan terus je tak pandang kiri kanan. Gwa bizi ni bizi *tiba


Korang taw tak, ada membe aku sanggup gi indon semata mata nak tengok bola. Peh, kau ni lagi semangat nih. Lu jangan wat hal kat sana dah la. Lu support Malaysia banyak banyak.


Team Malaysia, i support u ollsss taw, do all your best. Lu orang kasi hentam sama itu indonesia. Biar diorang sume nangis sampai banjir. Belasah cukup cukup. Tinggi harapan aku nih. Kena all out malam ni even aku tak nonton pun. hihi.


Serius aku nak sangat merasa tengok bola kat stadium! One fine day, aku nak gi. Takdapat tengok kat Malaysia, kat obersea pun boleh.



Monday, December 27, 2010

Tak suka hari isnin! taksuka taksuka taksuka




Kalau hari isnin je mesti mood bertukar. Aku ni memang mudah betullah tuka tuka mood ni. Amik baka sapa ntah. Mak aku ke ayah aku ni. ish! Tak memasal aku salahkan diorang kan. heh


Hari isnin kelas aku pack gila. Bayangkan dari pukul 8pagi sampai pukul 1 takada rehat langsung. peh peh peh... pengsan wa cani beb! Da lepas pukul 1 tu ada pulak kelas pukul 2. Kalau nak diikutkan hati batu aku ni, memang aku tak gi da kelas petang tu. Sorry to say, goodbye my pren laaa. hakhakhak.


Tapi disebabkan aku ni lagi kuat dari setan, dia tak berjaya hasut aku. Padan muka ko setan. Aku berjaya! Setan memang musuh utama la skang ni. Kalau kelas pagi je, mesti aku tewas, ni sume gara gara setan. Ni sume salah setan. Kuang ajaq la setan nih! Gi jauh jauh la tak yah kacau hidup aku boleh tak.


Memang betollah setan ni musuh utama manusia. Aku hangin betul! Kan best kalau setiap bulan, bulan Ramadhan, setan tak ada. Best sikit. Tapi aku rasa, time bulan puasa pun malas nak gi kelas. wakakaakakakakakakakaa.. cane tuh. heh


Peh, sok pun kelas pukul 8 jugak. Adoi! Adoi! Masalahnya kan kan. aku tidur awal pun terlajak jugak. cane tuh? Lepas ni, memang kena tidur lambat lagi lah. Dalam kelas memang tingtong la wa cakap sama lu. ish!


Korang doa banyak banyak aku gi kelas pagi esok! Jangan lupa taw!




Sunday, December 26, 2010

Crying out for oreo cheese cake

Korang tahu tak aku bosan bila ditinggalkan keseorangan macam nih. Memang mati kutu la wa cakap sama lu der! Kutu pun mati tengok aku bosan camnih. ish!


Da la dengan perut kelaparan ni. Tiba aku terpikir nak makan kek. Sedap wooo kalau dapat oreo cheese cake depan mata. Memang aku tak gerak mana mana dah.



sedapnyaaaaaaaaa... nampak macam aiskrim pun ada gak nih



nak!!! nak!!! nak!!!! 



Sebenarnya, aku ada resepi nak buat kek ni tapi ntah bila ntah nak buat. ish! Benda alah ni senang nak buat sebab tak payah nak bakar dalam oven. Just letak dalam peti ais je bagi sejuk. Kalau nak buat kat kolej pun boleh.


lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




Nomo nomo nomoooo bogoshippeosseo




Giler ahhh.. memang aku dah addicted giler dengan citer gumiho ni. Dahla aku tak pernah wat review drama korea ni. Harini mana datang hanginnya ntah. Aku pun tak taw. Korang layankan ajelah ye. Memang aku takkan bagitahu la cane sinopsis cite ni. Korang pi tengok sendiri la. Baru ada feel sket. Aku pun tengah layan feel sorang sorang nih. kehkehkeh.



My girlfriend is nine-tailed fox




 



 waaaaaaaaaaa... comel!



Aku nak tunjuk kat korang benda alah ni sebenarnya. Dalam banyak banyak part dalam drama ni, aku paling suka part ni. Siap aku rakam video lagi ni. Korang tengok eh. Tengok taw. Kalau berukband korang wat hal ke hape, tunggu jugak sampai habis loading. Tak kirala kalau kena tunggu sampai esok ke. huahuahuahua.  Rugi tak tengok weyh. Rugi!! Kalo nak gi berak tu, takpayah la tahan dulu, sementara dia loading,  gi je berak dulu. Da habis berak, konfem boleh tengok. Ni part yang best weyh. Kawaiiii...




video



Nak upload video bapak lama. ish!


Aku nak sambung tengok. Aku tak habis lagi 2 episod. Sempat lagi aku hapdate blog. hihi




Saturday, December 25, 2010

Tanpa korang korang sume di sisi, aku pasrah

Sunyi giler kalau weekend kita sorang sorang duduk dalam bilik. Kawan kawan lain balik rumah, bergembira dengan famili. waaaaaaaaaaaa.. jeles!!


 masuk lab skang kena pakai goggle. kalau tak kena hambat kuar. aku tak pernah pakai pun, setakat ni tak kena hambat lagi la






oit tin, balik cepat laaa... banyak harta karun aku kat bilik ko tu. Cemana boleh sampai cirit birit nih. heh. Kata perut kebal cam aku. Padahal aku pun penah cirit birit dulu. Menatang apa ntah aku makan. Men bedal je. ish!




Nak rasa macam mana duduk dalam penjara, weekend takyah la balik rumah. Korang kunci bilik ketat ketat. Makan je apa yang ada dalam bilik. Kalau takde jugak, ikat perut korang tu. kahkahkah. Sebijik situasi macam aku sekarang tapi ada la jugak makanan dalam bilik ni walaupun macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Habis tu, malam cemana? waaaaaaaaaaaaaa... nangis perut aku!


Baju tak basuh lagi, aku carik sabun tak jumpa... huahuahuahua



Friday, December 24, 2010

Harini saya happy!

Orang cakap kalau kita hepi sangat tak boleh sebab nanti mesti sedih. Dan aku akuinya, memang tepat sekali. Sangat tepat!! Aku tak nafikan. Harini aku gembira sangat. Aku takot sat sat lagi mesti aku sedih. Tak nak lah. Aku nak gembira selalo.



masa ni pun tengah hepi




 masa ni pun, even dalam tandas! ^^




Dan dan yang paling hepi sekali, aku dapat beli something yang aku idam idamkan. seronok tidak terkata, rasa macam nak belanja korang pizza dan buat free photoshoot. kehkehkeh



time nih. fuhhh... fuhhh... lagilah sonok



sem ni kena berjimat. so aku makan megi je. tunggulah aku kawen dengan anak tan sri nanti, 10 kotak megi aku beli.. hakhakhak



hepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....


^______________^



tak taw nak buat apa weekend ni. ish!   





Wednesday, December 22, 2010

Tiba tiba aku rasa down! Many secrets that i can't reveal.



Aku tak tawla nak cerita macam mana lagi dah. Rasa sedih sangat sangat sekarang ni. Down sangat! Memang betol betol menguji keimanan dan ketabahan aku. Aku ni manusia biasa je. Ada hati dan perasaan. Ada rasa rendah diri dan banyak kekurangan. Seyes memang banyak kekurangan. :(


Sekarang pukul 2.48pagi dan aku still berjaga. Aku tak dapat tidur weyh. Tiba tiba macam macam benda bermain di fikiran. Memang kadang kadang rasa nak tumbang. Banyak benda yang aku simpan sendiri. Takut nak cerita dekat orang sebab takot bebankan orang lain. tapi kadang kadang beban ni tak tertanggung sorang sorang. Aku perlukan seorang pendengar yang setia.


Makin hari, aku rasa makin takot. Sangat! Sometimes aku pikir, betol ke apa yang aku buat ni. Aku men redah je tanpa pikir panjang. Aku mengaku memang sometimes aku akan bertindak melulu. tanpa pikir akibat dan orang di sekeliling aku. Kadang kadang aku rasa, aku sendiri yang create masalah aku sendiri. Aku sendiri yang tak nak keluar dari kepompong masalah tu dan biar je diri yang hina ini bergelumang dengan masalah yang sama.


Tolonglah, sometimes rasa macam dah give up dengan semua ni. Rasa dah tak tertanggung lagi. Aku tak tahulah kenapa, bila time nak happy sekejap, mesti tiba tiba datang tsunami. Kenapa tak bagi aku bahagia lama lama. Aku pun nak jugak rasa. Peh.. air mata dah terjurai dah ni. Hilang macho kalau sume orang tengok. ish!


Memang betol orang cakap, "don't compared ur life with others because u didn't know how theirs life about . tapi aku selalo compare life aku dengan orang laen. Mengarut je nak compare compare. Terima jela seadanya. 


Why i see macam a lot of people don't like me? Kadang kadang rasa diorang talam dua muka. Am i not good enuf as ur friends? I really scared now! i'm scared to think about my life in the future. I'm afraid if i cannot  make my parents proud of me. Sometimes, feel like i dah fell down. Tersembam ke bumi.


Seriously, i'm not in mood right now. Memang dah hancur lebur. I admit yang emosi cepat sangat berubah. Daripada rasa happy giler babeng, terus jadi moody. See. Aku ni memang mudah terpengaruh dengan emosi. Susah jadi baik ni, semua orang nak take advantage. 


Never take someone for granted, maybe by now they are always there doing ordinary things again and  again. sometimes it doesn't make sense but you will never know the importance of that person until they choose to leave and you will realized how badly you miss that person and all that nonsense things that she/he used to do coz maybe she/he the only one who can turn 'ordinary' into someting special.


Eceli, aku takot dengan life aku sekarang. Most of my friends makin jauh. Dah jarang boleh jumpa. Friends comes and go. Ntah ke mana mana ntah. ish! Aku rasa macam makin stupid, tak clever macam dulu dah. Mana ntah pergi brain aku. Makan hangin dekat hawaii apa tak balik balik. Rasa macam orang nak tengok aku pun macam nak taknak je. Baek tengok kambing. Lagi baik agaknya.


Esok, eh harini kelas pukul 8 lagi, aku tak rasa macam akan ke kelas. Give me some space. tapi lab aku! warghhhh!!! Banyak benda nak setel.


i need to change. SERIOUSLY!


Tuesday, December 21, 2010

Rosak tangan kalau tiap tiap hari camnih



Harini kelas aku start pukul 8pagi dan seperti 'tak biasa', aku tewas!! Bayangkanlah pagi pagi yang sejuk tu, mana aku tak lena tidur. Lepas dengar bunyi alarm, aku terus off. Nampak sangat niat nak bangun gi kelas tu tak ada. heh.



padan muka aku! aku tak bangun, continue with dreaming jela. heh



Then, aku gerak gi fak dalam pukul 11 sebab banyak lagi keje aku tak siap. Kalaulah aku ni anak sultan ke  tan sri ke apa, nak je aku hired hulubalang ke PA ke suh tolong aku buat keje. Penat la weyh. Bila nak habis ni. Sabun pun tak siap lagi. Aku tak saba nak buat sabun ni. tak sabaaaaa. 


Harini aku wat IV (iodine value). Tu pun ada benda terlupa nak buat. cis! Haruuuuuuu je. Yang penting lagi, aku ni dah la tak suka pakai glove. Rasa nak pegang sume benda pakai tangan camtu je. Kena chemical, aku wat selambek badak je. Pehhh, habis lab memang dah dapat rasa kesan kesan die. Tak payah tunggu 2 3 hari, sejam 2 jam lepas tu dah menunjukkan implikasi. ceh, cam teruk sangat je. Korang jangan tiru cam aku ni haaaaa. giler pemalas!! nak pakai glove pun tanak! Rosak.. rosakk.


Lagi satu aku nak cerita, aku duduk kolej zaba lagi. Nak wat cemana aku 'sayang' zaba lebih lagi. so, nak gi fak memang kena menapak tunggu bas lagi. Kalo aku tak tahan, memang aku setinggan la kat uo tu. Dekat sikit nak gi fak. Buat letih aku je tunggu bas ni. Penat taw tunggu.


Rasa nak gi jalan jalan. Panjat gunung pun jadilah.




Monday, December 20, 2010

Wednesday, December 15, 2010

Ni lah tisu yang harga rm300 tu



Kan dalam ENTRI NI aku ada cerita pasal tisu yang harga 3ratus kan kan. Ni haaaaa aku nak tunjuk kat korang camne ghupe sebenar dia. Bulat ke lonjong ke segi empat ke, oval ke kan.


drum sikit....

jeng... jeng.. jeng..




 lu olang jangan pandang sebelah mata sama ini tisu haaaa. ini tisu bukan sebarang tisu



 ini tisu mahal punya









Gambar minah arab kat atas ni tak ada kena mengena dengan tisu harga 3ratus. Aku letak gamba dia sebab yang aku perasan. Orang orang yang belah belah arab sana, suka minum air bergas. Memang itu style diorang kah? Tak kira lah waktu apa pun. Masa makan nasik ke roti ke. Asyik minum air gas je. Ini teori aku sendiri lah. Tak tahu la betul ke tak. Aku kan suka tengok orang. Pelik sikit je, terus gebang cerita dekat blog. Mana lagi aku nak cerita kan. Blog je yang ada. hihi.






Tuesday, December 14, 2010

Beli hot tiket dapat pizza sepapan. mabelles!



Tadi kan, tadi kan lepas habis lab je. Terus keluar pergi kajang, carik pizza hut semata mata. Las las bukan semata mata pergi pizza hut tapi pergi makan tempat lain jugak. Korang tahu tak kalau beli hot tiket rm15 yang maxis dok promo promo tu, korang akan dapat beli piza, hanya berbekalkan duet seringgit. peh.. pehhh.. blink.. blink aku. Cepat korang pergi beli hot tiket sekarang!! Kang melopong tak dapat.


Tiba tiba adib ajak makan piza kan. Nak kata dia tengah banyak duet tak jugak sebab tak pasal pasal nak belanja pizza. Masing masing semua duet kering kontang sekarang ni. Tak sangka maxis ni baik hati nak bagi pizza kan dengan duet seringgit ni. i lap u lah maxis. selalu mengutuk je sebab memang line selalo buat hal. ish!



eceli ni gambar masa gi makan pecal ayam semalam






atip dengan pokok krismas


Sebenarnya, pizza dia kecik je makan sorang pun tak kenyang kot. heh. Kalau aku la. Orang lain aku tak tawla sebab perut aku memang perut gajah. Ke perut aku lagi besar dari gajah. tapi berbaloila dengan duet seringgit tu.


atip



adib


Penat tunggu padahal tunggu pizza kecik je pun. Kitorang take away je sebab nak makan benda alah tu then gi carik kopitiam makan pizza dekat situ.



 ni la pizza tu. kecik kan? aku tak sempat nak hamik gambar, diorang dah bedal dulu. Nampak sangat kebulur. HAHA



rakus!



 ni makanan kat kopitiam tu. pun tak sempat nak hamik makanan die dah licin. kahkahkah



yang penting dapat minum cool blog. lama da tak minum benda alah ni.



saya gembira sebab dapat keluar jalan jalan walaupun duet tengah kering. hihi



Thanks korang teman aku, bawak aku, accompany aku keluar jalan jalan even gi makan pizza kecik je. Aku gembira sangat sebab dah lama tak keluar habiskan duet. Bila la ada banyak duet dalam dompet nih. ish! Kawen dengan bill gates la camnih..;p


*Minyak aku dah nak jadi. excited!!!



Sunday, December 12, 2010

Belum tengok result lagi tapi rasa macam nak tercabut jantung nih



Result dah lama keluar tapi aku tak tengok lagi result aku. Aku takot weyh. Perghhhh.. giler babeng punya cuak wa cakap sama lu.. Gigil kaki aku ni bila pikir pikir.


Daripada aku pikir pikir. Baik aku tak payah ambik pusing. Result exam selalo akan kacau mood aku. So, better aku tak payah tengok dulu. Rasa rasa macam dah basi je, orang dah tak gembar gemburkan, baru aku check. 


Tolongla jangan cite pasal result exam depan aku. Down aku camnih kang. Aku taw lah korang sume hebat hebat. Aku nih dah lah lampi. ish! Tengok result kang rasa macam nak ketuk ketampi kang.



Dahlah, aku nak sambung tengok cerita playful kiss. Sweet giler cite ni. Result result ni tolak tepi dulu.



Saturday, December 11, 2010

Jeles gilerla tengok orang keluar jalan jalan



Peh... peh... peh... aku bukak blog orang lain sume nak gebang cerita pergi jalan jalan sana sini. Aku jeles ni weyh. Jeles! Hari sabtu macam nih memang seronok pergi jalan jalan. Aku pulak duduk dalam bilik layan muvie, maen game, online, makan, tidur. Gemokla aku camnih weyh tak gerak gi mana mana. Kesian tak aku, kesian tak. waaaaaaaaaaaa... sedih la camnih. Rasa cam duduk dalam penjara pun ada gak nih! ish!


Serius sem ni aku memang tak banyak keluar jalan jalan. Memang  tak ada masa wa cakap sama luuuu, kalau ada masa pulak time time macam nih, duet sume dah kering. Nasib! nasib! Kalaulah ada sugar daddy ni seronok ni. wakakakakakaakaka. Aku songlap duet dia, joli!!! hakhakhak.


Duet aku memang kering kontanglah sekarang nih. Rasa macam pengemis pun ada jugak. hahahahahahaha. Nak bayar makanan pun kadang kadang pakai  duet sen sen je. Mak cik kedai pun suka aku bagi duet sen sen. Sengih je pandang bila tengok aku sebok kira duet. Memang lama la aku kat tempat cashier tu.Yang penting terisik gak perut aku. kehkehkeh. Perut penting taw. Jagalah perut anda. Jangan biarkan ia kelaparan. hihi.



Ok lah.. chow!!! aku merajuk dengan korang sume (motip sangat aku nak merajuk kan.. euwwww ;p )




Friday, December 10, 2010

Kalaulah buat lab ni dapat jongkong emas kan best !



Korang tahu tak setelah beberapa saat, beberapa jam, beberapa ketika aku tunggu, akhirnya... dapat jugak aku run soxhlet aku. Eceli, nak run soxhlet kena tunggu turn sebab ukm kan tak banyak duet nak bagi kat pelajar dia sorang satu alat radas kat each student. Kalau nak jugak bukak makmal sendiri laaa. Dahlah kemain mahal satu satu alat radas dalam makmal tu. Kalau aku buat rompakan tu, perghhhh berbaloi. Kaya... kaya.. kaya..!!


Korang bayangkanlah tisu yang macam tisu tandas tu tapi yang ni uprage sket la, 1 gelung tu harga rm300. haaaaaaaaaaa... try carik kat pasaraya sana, mana nak dapat tisu segelung harga rm300. Aku tak sangka aku guna tisu harga dia 3ratus. Kalau tak, selalunya aku guna tisu yang 20sen tu je wat lap mulut yang comel ni, ke air hingus yang keluar akibat demam yang tak sudah, tak pun air hidung meleleh gara gara makan panas. fuh! mabeles!


p/s:- aku lupala nak snap gamba tisu tu, nanti aku masuk lab, aku bagi tunjuk sama itu tisu kat korang. Mesti korang tak sabar nak tengok kan. alaaaa, tisu dia macam tisu tandas je pun tapi besar sikit laaa.. tapi yang besnya tisu ni, lepas da pakai, korang basuh,sidai then boleh pakai balik, sebab tu kot mahal boleh pakai banyak banyak kali. kalau tisu yang bese bese ni, mana dapat nak pakai banyak banyak kali. lap air hingus sikit, nak punah. Tisu tu macam kain pun ada jugak.


ok! selesai cerita pasal tisu.


Ini pasal rambutan aku pulak, tadi aku sempat dry sampel rambutan lagi. then buang segala kulit dia. jenuh kau nak buang kulit. Kalaulah ada mesin membuang kulit, dah lama aku order kat lab assistant, encik hasan. kitorang buat tesis nak bahan alat radas, men order je kang en. hasan bagila. aku mintak dapur dia bagi aku dapur. tak caya? haaa nanti aku tunjuk.



biji Nappeleum Lappaceum L.



yang ini lepas di blend. bau dia macam kacang tanah. seyes. rasa nak makan je.


then, run soxhlet. sementara tunggu turn tu, aku rendam dulu sampel dengan hexane. baru minyak dia keluar sikit sikit.




eceli, soxhlet method untuk ekstrak minyak, sebab tu ramai yang guna. sooo, first come first serve, aku ni last come last serve laaa... hahahahha. 



nampak tak lelaki kat belakang tu, tu la en hasan. sempoi en hasan ni. i loikeee!! sorry la ye en hasan, saya nak snap soxhlet je tersnap gambar dia skali. nanti kita tangkap gambar berdua ye. hihi ;p



korang nampak tak tong yang ada kepala biru tu, dalam tu lah aku kena letak ais. turun naik tangga kena gi amik ais kat tingkat bawah. mana tak penatnya. penat wooooo... suhu kena maintain 5-10celcius. 



Harini sepanjang hari aku dekat lab. Penat tu tak yah nak cakap apa lah. Aku tak tahu macam mana korang boleh tahan dari pagi sampai petang. tiap tiap hari pulak tu. Penat dia lain taw daripada penat gi kelas dari pagi sampai petang. Kalau puasa tu rasa macam nak berbuka je. Kalau lapar tu, memang terus je gi makan even tengah buat lab pun, tak pasal pasal suruh membe tolong tengokkan kerja aku. gilir gilir la kan. aku makan dulu, lepas tu, ko pulak. camtula.




 masa ni aku dah sangat penat dah. terpaksa la senyum jugak. ada orang tangkap gamba kan. hihi



Isnin ni, lab lagi.. waaaaaaaaaa... tiba rasa macam penat balik. Korang korang semua yang balik rumah tu, balik sini cepat!!!!! Baru berapa saat korang melangkah keluar aku dah bosan dah. ish!



*korang doa doa la untuk aku supaya aku dapat hasilkan minyak rambutan banyak banyak. Baru berbaloi aku tunggu turn soxhlet, baru berbaloi aku kepenatan dalam lab tu, ulang alik turun tangga. Doakan taw! banyak banyak!



Thursday, December 9, 2010

Asal aku tengok korang ni semua muka macam tak ada perasaan je haaa



Aku dekat UKM lagi. Still bergelut dengan tesis dan bergelumang dengan bahan bahan kimia. Aku perhatikan wajah kawan kawan aku satu persatu, ada yang blur, ada yang lost, ada yang hilang arah, ada yang moody. Bukan sama ke meaning semua ni. haha. Saja nak panjangkan ayat.


Maybe sebab eksperimen yang leceh penat dan kadang kadang kena ulang banyak banyak kali kalau tak jadi. Aku takot weyh. Hope semuanya OK!



Shania Twain - You've got a way







You've got a way with me
Somehow you got me to believe
In everything that I could be
I've gotta say-you really got a way 
You've got a way it seems
You gave me faith to find my dreams
You'll never know just what that means
Can't you see... you got a way with me 

It's in the way you want me
It's in the way you hold me
The way you show me just what love's made of
It's in the way we make love 

You've got a way with words
You get me smiling even when it hurts
There's no way to measure what your love is worth
I can't believe the way you get through to me 

It's in the way you want me
It's in the way you hold me
The way you show me just what love's made of
It's in the way we make love 

Oh, how I adore you
Like no one before you
I love you just the way you are 

It's in the way you want me
It's in the way you hold me
The way you show me just what love's made of
It's in the way we make love 

It's just the way you are



Comel kan lagu ni.. kan kan kan... Tengah feeling ni!

Wednesday, December 8, 2010

Rasa macam dapat lappy baru



Tadi aku pergi servis laptop. Kena rm40. Mahal ke murah ni weyh? Sekali format, back up dengan repartition. Apa benda entah repartition nih. Tuan servis laptop ni tanya la, nak wat repartition ke tak? Aku ye kan jelah. wakakakakakaa. Nampak sangat aku tak tahu apa apa. huh!


Repartition tu apa?


Kalaulah aku reti format sendiri kan bagus. Jimat duet weyh. Sebab tu orang cakap sape sape yang amik IT ni untung, ada problem pasal laptop, semua bagi kat dia, padahal prob tu kita boleh selesaikan sendiri. Mesti dalam hati diorang cakap, "perggghhhh, benda mudah senang simple mimple macam sebelah mata boleh buat. Kalau macam ni selalu kaya aku". Tu lah untungnya diorang ni. Laptop rosak je anta kat diorang, laptop slow pon anta kat diorang.



ini desktop aku. seyes comel. Rasa macam nak tengok lama lama


Kalau nak diikutkan hati, memang aku taknak servis laptop aku ni. Dahlah tengah sengkek, lepas servis laptop, aku kol mak bagitahu laptop dah ok. Mak aku kemain marah lagi. Dia cakap, takpayahlah servis dulu kalau tahu tak ada duet. Sedih! T_____T


Aku servis laptop pun sebab dia slow giler babunlah. Aku sempat berak makan minum solat tu pun kena tunggu lagi baru boleh nak online. Tak pun tengah tengah online, dia hang. Perghhh, sape tak hangin, tengah tengah sibuk buat kerja, tiba tiba slow macam kura kura. Anak panah bertukar jagi gegelung biru yang berputar. Memang sejak dari dulu aku anti dengan gegelung biru tu. Saja nak buat aku hot. Lagipun before ni, aku pakai vista. Memang lembaplah. Siott punya vista, i dah setia dengan u beberapa tahun, u buat i macam ni kan tskkk.. tskkk.. tskkkkkk...


Tapi sekarang... lajuuuuuuuuuuuuuu... i lap u lah window 7!

Monday, December 6, 2010

Selamat tahun baru hijrah 1432

Assalamualaikum


hai.. hai korang.. bajet sekarang tahun baru hijrah baru kau nak bagi salam kan cik tha. Semoga anda anda sekalian sihat sejahteralah hendaknya.


Eceli,aku baru sampai ukm. Penat lah jugak walaupun duduk je kan. Korang tak penat ke duduk lama lama? penat kan? Berdiri penat, duduk penat, makan pun penat, nak berak lagilah penat nak meneran bagai tu, lagi lagi kalau sembelit, perggghhhh, rasa macam nak terberanak pun ada. HAHAHAAHA.


Aku balik rumah haritu, aku carik rambutan lagi. Nasib baiklah jumpa. Ada lagi sisa sisa dekat pokok. Korang tahu tak dah berkurun aku tak panjat pokok, tiba tiba haritu aku bajet macam ala ala tarzan yang berpengalaman, cuma tak ada bunyi je... oooo hooooo ooooooo hoooooooo...


Mula mula nak panjat memang cuak. Dah lah kaki aku ni dah lama tak maen panjat panjat ni. even katil double decker dekat rumah tu pun dah lama aku tak panjat, ni kan pokok rambutan. fuhhh, rasa macam kembali ke zaman kanak kanak. hai awak awak semua, jomla join saya panjat pokok. Umur kite baru 10 tahun. kehkehkeh


Banyaklah jugak rambutan aku dapat, tapi tak tahulah dapat minyak banyak mana. Korang doakan lah aku banyak banyak supaya minyak yang aku dapat pun banyak banyak ye. Aku cuak ni. Lagi cuak dari test driving korang tahu tak!!


Sempena tahun baru ni, jom kita buka buku baru. Yang dah lepas tu, biar je lepas. lets bygone be bygone.  Kita buat azam baru. Aku pun tak tahu apa azam aku sebenarnya..;p yang penting, aku nak orang disekeliling aku bahagia. Jom kita buat pahala banyak banyak. Nanti Allah suka. Mesti DIA sayang kita banyak banyak nanti.


Nak tidur, jangan lupe gosok gigi ye. =)




Wednesday, December 1, 2010

Selamat pagi semua

Guten morgen!


Wahhh, awal giler aku bangun harini. HAHA. Bukan nak cakap aku bangun lambat, tak! Sebab selalu kalo dekat rumah memang lambatla aku bangun. kahkahkah. Memang telinga aku ni dah biasa la dengar mak aku bebel. Aku ni bukan apa, nama lagi kan cuti, bagilah chance aku nak bermesra dengan katil. bantal even itu bukan hak milik aku pun.


Semalam pun tidur lambat, borak dengan membe dengan rancaknya dalam satu bilik. Sampai tak habis kan. Aku rasa sekarang ni macam nak kuar gi jalan jalan je. gi jela mana mana pun. Asalkan hati meloncat loncat kegembiraan. shopping ke hape kan. seronok weyh! seronok! Ko dapat test baju dalam test room pun dah kira ok dah. Dapat juga merasa pakai even tak beli pun. kahkahkah.









Korang taw tak aku dah lama giler  tak mengarut macam ni. Aku rindu lah nak mengarut macam ni selalu. Macam mana la aku nak mengarut, kalau mood aku sendiri tak stabil kan. hihi. Asyik asyik mood tak stabil. Apa nak jadilah ko ni tha oi!


Muka yang sangat eksaited sebab dah dapat rambutan. 


 
Dia yang tolong aku carik rambutan. Aku sayang ko ketat ketat



 korang jangan ingat pokok yang kecik ni tak banyak buah. Nak togel pokok ni aku kerjakan buah dia. HAHA


Eceli, rambutan aku still tak cukup lagi. Aku kena balik rumah carik lagi rambutan. Harap harap, adalah lagi sisa sisa dekat pokok. Owh rambutan berbuahlah banyak banyak, aku nak buat minyak ni. Mana taw minyak rambutan aku ni boleh jadi minyak kereta. 


Petrol kan dah naik skang ni. Asyik minyak naik je, tapaham aku. Bukan Malaysia ada tempat carigali minyak sendiri ke tapi tulah, bak kata lecturer aku, sampai bila nak tahan kan, laslas habis jugak minyak tu kau orang korek. ish ish ish. Akhirnya, pergi mana mana jalan kaki. Sihat sket tubuh badan. Ni tak, nak bersenam pun malas apatah lagi maen badminton. kahkahkah.


miss u olzzzzz!!!





Byebye korang. Aku nak gi mandi. Bangun bangun tidur, terus aku terjah laptop, on9. Dengan muka tak basuh, mulut tak kumur. hahahaahahahahahahaa. Tulah, sape suruh kol aku pagi pagi mintak soxhlet yang aku nak guna. haih,


Perut berkeroncong nih!!! cacing berjoget joget kelaparan. haih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...