Friday, December 10, 2010

Kalaulah buat lab ni dapat jongkong emas kan best !



Korang tahu tak setelah beberapa saat, beberapa jam, beberapa ketika aku tunggu, akhirnya... dapat jugak aku run soxhlet aku. Eceli, nak run soxhlet kena tunggu turn sebab ukm kan tak banyak duet nak bagi kat pelajar dia sorang satu alat radas kat each student. Kalau nak jugak bukak makmal sendiri laaa. Dahlah kemain mahal satu satu alat radas dalam makmal tu. Kalau aku buat rompakan tu, perghhhh berbaloi. Kaya... kaya.. kaya..!!


Korang bayangkanlah tisu yang macam tisu tandas tu tapi yang ni uprage sket la, 1 gelung tu harga rm300. haaaaaaaaaaa... try carik kat pasaraya sana, mana nak dapat tisu segelung harga rm300. Aku tak sangka aku guna tisu harga dia 3ratus. Kalau tak, selalunya aku guna tisu yang 20sen tu je wat lap mulut yang comel ni, ke air hingus yang keluar akibat demam yang tak sudah, tak pun air hidung meleleh gara gara makan panas. fuh! mabeles!


p/s:- aku lupala nak snap gamba tisu tu, nanti aku masuk lab, aku bagi tunjuk sama itu tisu kat korang. Mesti korang tak sabar nak tengok kan. alaaaa, tisu dia macam tisu tandas je pun tapi besar sikit laaa.. tapi yang besnya tisu ni, lepas da pakai, korang basuh,sidai then boleh pakai balik, sebab tu kot mahal boleh pakai banyak banyak kali. kalau tisu yang bese bese ni, mana dapat nak pakai banyak banyak kali. lap air hingus sikit, nak punah. Tisu tu macam kain pun ada jugak.


ok! selesai cerita pasal tisu.


Ini pasal rambutan aku pulak, tadi aku sempat dry sampel rambutan lagi. then buang segala kulit dia. jenuh kau nak buang kulit. Kalaulah ada mesin membuang kulit, dah lama aku order kat lab assistant, encik hasan. kitorang buat tesis nak bahan alat radas, men order je kang en. hasan bagila. aku mintak dapur dia bagi aku dapur. tak caya? haaa nanti aku tunjuk.



biji Nappeleum Lappaceum L.



yang ini lepas di blend. bau dia macam kacang tanah. seyes. rasa nak makan je.


then, run soxhlet. sementara tunggu turn tu, aku rendam dulu sampel dengan hexane. baru minyak dia keluar sikit sikit.




eceli, soxhlet method untuk ekstrak minyak, sebab tu ramai yang guna. sooo, first come first serve, aku ni last come last serve laaa... hahahahha. 



nampak tak lelaki kat belakang tu, tu la en hasan. sempoi en hasan ni. i loikeee!! sorry la ye en hasan, saya nak snap soxhlet je tersnap gambar dia skali. nanti kita tangkap gambar berdua ye. hihi ;p



korang nampak tak tong yang ada kepala biru tu, dalam tu lah aku kena letak ais. turun naik tangga kena gi amik ais kat tingkat bawah. mana tak penatnya. penat wooooo... suhu kena maintain 5-10celcius. 



Harini sepanjang hari aku dekat lab. Penat tu tak yah nak cakap apa lah. Aku tak tahu macam mana korang boleh tahan dari pagi sampai petang. tiap tiap hari pulak tu. Penat dia lain taw daripada penat gi kelas dari pagi sampai petang. Kalau puasa tu rasa macam nak berbuka je. Kalau lapar tu, memang terus je gi makan even tengah buat lab pun, tak pasal pasal suruh membe tolong tengokkan kerja aku. gilir gilir la kan. aku makan dulu, lepas tu, ko pulak. camtula.




 masa ni aku dah sangat penat dah. terpaksa la senyum jugak. ada orang tangkap gamba kan. hihi



Isnin ni, lab lagi.. waaaaaaaaaa... tiba rasa macam penat balik. Korang korang semua yang balik rumah tu, balik sini cepat!!!!! Baru berapa saat korang melangkah keluar aku dah bosan dah. ish!



*korang doa doa la untuk aku supaya aku dapat hasilkan minyak rambutan banyak banyak. Baru berbaloi aku tunggu turn soxhlet, baru berbaloi aku kepenatan dalam lab tu, ulang alik turun tangga. Doakan taw! banyak banyak!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...