Sunday, September 26, 2010

Baru aku tahu macam mana kehidupan dekat German



Nota tangan: Entry ni dah lama giler aku nak post. So anggap jela macam entry baru. Wahah!


Guten Tag!



Haritu. Dalam kelas German, aku belajar macam biasa tapi kali ni, Frau (panggilan untuk pensyarah kalau dekat german) bagi kitorang result test haritu. Result aku? Malas la nak cerita, kalau dapat full mark tak hapela jugak -_-"


Harini, aku nak cerita kat korang benda lain. Frau tiba tiba datang mood dia nak cerita kehidupan dia masa dia duduk German dulu. Frau aku ni memang suka bercerita pun, kalau masuk kelas dia, mesti ada je cerita dia akan selit selit sebab tu kadang kadang aku tak sedar kelas dia dah habis. Macam ni la lecturer yang aku suka. Big applause!


Frau cerita tentang macam mana tempat tinggal dekat sana. Eceli dekat sana, diorang tinggal dalam one big family dalam satu rumah, kira ada atuk nenek moyang semua lah. Tapi yang uniknya rumah diorang bertingkat tingkat dan setiap tingkat didiami oleh anak masing masing. Contohnya, tingkat yang pertama dihuni oleh nenek, tingkat yang kedua dihuni oleh parent diorang dan atas sekali dihuni oleh anak anak diorang  So, kiranya, diorang nak privasi masing masing la. Menarik bukan.


Frau cerita ada sorang membe german dia, sangat eksaited bila dapat pindah rumah. Padahal pindah naik tingkat atas je pun. Tapaham aku. So, frau cerita lagi, bila diorang dapat pindah ke atas, so privasi diorang tak akan dikacau oleh parent diorang, sukati je nak buat apa. Nak buat tuuuuuuuuuuuuutttttttttttttt pun tak ada orang nak halang.


Diorang ni speaking german la. Aku nak tulis german nya tak tahu pulak aku, kena sambung sampai level 4 la. Frau cakap even dah hamik level 4 pun ada jugak yang tak tahu nak buat ayat sendiri. -_-".

Korang anggaplah ni aku tulis dalam bahasa german. kehkehkeh.

Karin: i dapat pindah rumah.

Frau: Wow! dekat mana?

Karin: tingkat atas.

Frau: (Dia dalam hati, kalau setakat pindah ke atas, baik tapayah cakap)kehkehkeh. Frau rasa nak gelak guling guling je, sebab dia tak tahu lagi sistem tempat tinggal dekat german macam mana.

Karin: why are you laughing?

Frau: that's not moving laaaa...


Soooo... karin cerita la blablablablabla.. Panjang lebar dia cerita. Yang penting, itu kira macam dia pindah jugaklah sebab dah ada privasi masing masing. Tak ada sesape kacau. Yang lagi best, malas masak, just turun bawah rumah parent, makan sampai kenyang. Naik atas balik sambung buat kerja. Bahagia hidup macamnih.



Macam ni lah contoh rumah dekat sana




Lagi satu, orang German ni, sangat pentingkan parent diorang. Diorang sanggup berhenti sekolah, berhenti kerja semata mata nak jaga parent diorang yang sudah uzur. Bagus bukan? Kalau dekat sini, ada je yang sanggup hantar parent dekat rumah orang tua. Apa punya anak la macam tu. Mesti korang terpikir kan, kalau diorang berhenti kerja mana diorang dapat duit untuk nak sara diri.


Jawapannya mudah, kerajaan akan bagi peruntukan untuk mereka. Serius! Memang terkejut. So, dekat rumah goyang kaki jela kan. Duit pun masuk. Dekat Malaysia, kalau korang duduk rumah goyang kaki, last last mati kebulur agaknya. Yang lagi taboleyblah, setiap tahun kerajaaan akan support diorang pergi bercuti kat luar negara. Perghhhhhhh!! Ada jugak macam tu. Kira nanti kerajaan akan hantar sekumpulan pekerja sukarelawan untuk jaga parent diorang tu, anak anak diorang pergi bercuti. Tebaeklah German.



Jomlah, tuka kerakyatan German pulak lepas ni. ;p


Haaaa... lagi satu, dekat German diorang memang tak kesah pun kiss sana kiss sini peluk sana peluk sini.  Bukan german je, negara lain pun sama. haih. Frau cakap, kalau tak ada mentaliti yang kuat, boleh hanyut lah masa tu. Frau sendiri cakap cuba tengok budak budak obersea dekat Uk, USA tu sape je yang tak hanyut ada je yang hanyut. Nauzubillah. Mintak jauh. Ada dia cerita, her husband la, dengan muka tak malu pergi sekeh ada sorang couple ni sebab buat benda sumbang, dekat sini la, Malaysia bukan dekat German tu. Kalau dekat German maw dia yang kena sekeh. Yela, kalau ko tu non muslim tak hape jugak kan. Ni malay MEMALUKAN je. cis! Frau dalam hati, cibai punya budak! Ok! Frau aku memang sempoi!


Owh German, here i come! HAHA


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...