Wednesday, September 8, 2010

Buku resepi saya



Sejak zaman sekolah lagi, aku suka buat biskut or kek tapi kalau diberi pilihan, aku takkan buat kuih kuih tradisional ni, aku tak minat.. Disebabkan aku rasa banyak sangat resepi yang aku ada, so, aku dengan rajinnya telah mewujudkan sebuah buku resepi sendiri.


Semangat tak aku? Siap ada buku resipi sendiri. Korang perasan tak setiap kali nak raya, mesti ada rancangan masak memasak biskut raya bersama chef terkenal. Masa dulu, aku mesti tunggu segmen riang ria raya bersama chef wan. Aku mesti tengok rancangan ni sebab macam macam biskut raya chef wan ajar. Kalau ada resepi baru dan menarik perhatian aku, aku tulis dalam buku ni.


Hengkau orang nampak tak, siap aku tampal lagi gamba biskut raya di situ. Eceli la kan, aku gunting biskut raya tu dalam buku resepi yang mak aku beli. kihkihkih. Senyap senyap je, mak aku tak tahu tu...;p
 tak pun aku hamik dalam majalah atau surat khabar.



Buku ni dah season dah. Lama dah tak hapdate resepi dalam buku sampai sudah berulat ulat tapi buku ni still bagi khidmat dekat aku sampai sekarang lebih lebih lagi kalau time nak dekat raya ni.


Aku suka buat kuih raya sebab tu kalau raya mesti ada biskut aku akan buat sendiri tapi sejak dua menjak raya ni sudah jarang. T______T


Ini antara biskut raya yang aku selalu buat setiap kali raya.


Kuih bangkit


Biskut mazola


 Biskut arab


 Biskut sarang semut



 Semprit


 
 Biskut cornflakes



 Kuih siput
Tapi yang ni, mak aku yang selalu buat adunan dia, aku tukang gentel je..;p



 
 Tat nenas


Banyak lagilah sebenarnya, malas dah nak letak satu satu... hihi. Eceli, aku tapernah buat lagi biskut almond london kegemaran ramai tu, selalu beli je. Rasa tahun ni, entah aku buat ke tak agaknya kuih raya, sebab orang lagi prefer makan kerepek je sekarang nih! Kalau budak budak kecik datang raya, kerepek yang habis dulu, siap mintak tambah lagi =_="

 
Sekarang ni, aku dah ada resepi baru, cream puff. Aku dapat dari coursemate aku, rabi. tapi aku tak try buat lagi. Bila la dapat buat ni!!!

2 comments:

noly undefined said...

actelly...kta ad 1hobi y sm...nt b0le la share2 ye....bskut2 y kt ats uh sy da buat except bangkit....sy p0n ad koleksi rsepi mcm awk :)

t-ha said...

yeke... kte suke buat kueh2 ni tp skg da makin mls.. hehe
tq dtg blog sy! ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...