Monday, October 18, 2010

Masa semakin genting



Kalau nak ditolak bahagi dengan makan, minum, mandi, berak, jalan, pusing, cakap, gelak, berapa sangatlah masa yang tinggal untuk nak study. Korang taw kan yang aku dah nak final exam. Eh, korang tak tahu lagilah, aku mana ada cakap lagi kat sini. Aku dah nak final exam dah kawan kawan. Mesti kawan kawan belom lagi kan. Kawan kawan tak kesian ke kat saya yang nak final exam tapi tak ada study week ni. Kesian tahu tak. Tiba baik sangat bahasa kan kawan kawan.


Kalau saya dah baik macam nih, kawan kawan doakan lah saya ye. Doakan saya dapat jawab exam dengan bergaya sekali. Kalau tak dapat jawab pun still bergaya jugak sebab kau boleh ke jadi macam budak UKM, final exam tak ada study week. Budak UKM memang bergaya silala tepuk tangan ramai ramai. Dan korang semua patut bagi award dekat kitorang. Anugerah student yang tak perlu study week untuk menghadapi final exam yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Tengok balik slip periksa rasa nak muntah. Ini first time sejak dekat UKM satu hari ada dua paper.  Masa tu pulak first day exam, 25hb ni. Memang exam blues betollah masa tu. Waaaaa, nak nangis tahu tak! Kalau SPM dulu takpelah kalau ada dua paper. Pagi soklan esei, petang objektif, boleh baling baling dadu je masa tu. Ni tak dua dua paper soklan nak killer je. Aku cuak ni, tahu tak cuak! Aku tak suka kalau bila nak fokus satu subjek, tiba ada satu subjek yang lain ganggu. Tiba subjek yang lain tu nangis kang sebab aku tak pedulik kan dia. Sape suruh nak exam sekali sama sama.


Tapi bila dikenang kenangkan baliklah, kitorang budak oleo ni kira bertuah la berbanding budak pure chem. Kau orang semua nak tahu paper budak pure macam mana. Tak silap aku diorang ada 9 paper kot untuk final, aku 5 je. So, tarikh exam diorang adalah satu paper sehari. Tiap tiap hari ada paper wa cakap sama lu. Ini, bukan setakat muntah darah, dah koma agaknya tahu tak! Kitorang budak oleo ni, adalah lah jugak gap nya, sampai gap lebih 10 hari pun ada tahu tak! Rasa masa tu nak act macam dah habis exam je. hihi.






Kepada kawan kawan pure chem aku sekalian, bersabarlah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Speechless! Masing masing merungut dan sampai ada yang nangis tahu tak! Stress weyh macam nih. Jangan ingat student ni macam robot, give us some space boleh tak! Kesian korang. Sabarlah korang, kalau tak tahan sangat pergi mintak dengan pihak pengurusan. Lagi satu kalau result jatuh please jangan salahkan kitorang.


Even, korang nampak macam cool je tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tahu korang boleh buat. Korang boleh!


Dengan study week tak ada, korang paham tak situasi yang sangat genting sekarang ni, bukan rasa macam telur dihujung tanduk tapi telur tu dah merekah nak pecah dah kot. This sem is very the worst la dengan pengurusan yang tak teratur. Macam mana nak hidup weyh kalau tak ada study week. Minggu ni kira macam study week jugaklah tapi still ada kelas. Apakah? Aku nak rasa, nak feel study week tu. Nak! Tahu tak aku nak. Bangun pagi, seperti luar biasa sangat aku bangun pagi ngadap buku. Dah tak ada study week, cane aku nak bangun pagi, even kelas dah banyak habis pun still rasa macam ada kelas lagi. I want that feeling when i in study week. Lain weyh rasa dia.lain sangat!



Untuk kawan kawan pure chem sekalian, good luck korang!

2 comments:

Aniza said...

salam

biasalah dik bila bergelar pelajar. masa sangat cemburukan kita. so pandai2 urus masa k ^_^

chill!

t-ha said...

tq akk 4 ur advice :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...