Sunday, March 4, 2012

Alkisah masa present speech com dulu



Ini cerita lama. Masa awal awal second year dekat UKM, aku amik subjek speech communication.


Setiap student yang amik speech com, diberi tugasan, buat satu presentation, tak kesahlah tajuk apa. Kisah ko dengan nenek ko pergi mancing ikan ke, kisah kau dengan beruk ke, kisah ko pergi kedai nak beli barang tapi las las lupa nak beli barang apa ke. Suka hati kau la. 


Yang aku pulak, buat tajuk pasal "how to get rid from a person admire you" camtulah lebih kurang tajuk dia. Best tak tajuk aku? Best kan? Yang lagi best, aku just edit sikit sikit je slide dia sebab ini slide kitar semula punya. Aku pernah buat tajuk ni masa first year dulu dalam kelas English for Science and Technology (EST). Aku dah amik est kat sekolah dulu, kena hamik lagi. cis! EST adalah subjek yang aku amik masa SPM dulu dan disebabkan EST, aku tak dapat straigth A's. Dem!


Masa kelas tu, kitorang buat tajuk ni, tapi by group la. Membe aku punya edit slide tu jadi cantik giler babeng, ada kartun gerak gerak. comel! Sape taknak tengok slide camtu kan.


So, aku dengan muka tak malunya guna balik slide tu untuk present speech com aku. Sorrylah puan lecturer (apa ntah nama lecturer aku tu, lupa suda, yang penting dia punya senyum aku ingat), saya dah taktahu nak pikir tajuk apa. Baik aku amik tajuk yang orang memang suka nak dengar ni. Sape taksuka tajuk pasal love love ewww ewww ni kan. Even, adik shin chan yang kecik tak pandai jalan tu pun tahu dah cinta cinta ni. Gatal! memang dah sah keturunan shin chan. 


Panjang pulak mukadimah nih, ok lah, aku nak stat lah ni, disebabkan aku duduk kolej paling ulu sekali, aku terpaksa bersiap macam lipas kudung. (Lambat bangun tu perkara biasa) Nak pergi fak kena naik bas, tertinggal bas, memang kena tunggula, tapi aku pernah je jalan kaki dari kolej ke fak. Masa tu, nak exam tapi bas tak ada. T__T


On that time, aku main sarung je baju kurung kat badan aku yang comel lote nih. Aku tak gosok kot baju tu sebab baju tu memang set set tak payah gosok. Memang baju kurung feberet aku la tuh. Padahal baju kurung tu aku tibai akak aku punya. kehkehkeh. Daripada baju kurung dia banyak banyak terbiar buat pekasam, baek aku pakai kan.


Dengan konfidennya berbaju kurung, aku pergilah kelas, nak present slide aku yang agak dinanti nanti jugak tajuknya. kahkahkah. Sampai sampai je, nampak puan lecturer nak masuk bukak pintu. Masuk bilik, gelap! sebab nak present slide kan. Kang tak nampak. So, orang tak nampak sangat la baju kurung aku. Dahlah warna hitam. Feberet lagi!


Dan, sampailah turn aku present dengan berpakaian baju kurung ayu ayu. Cerita punya cerita, sampai habis aku present. Puan lecturer suka tengok slide aku. Dia gelak lagi! Ini mukadimah lagi lah korang. Adeh!


Dah habis present, aku jalan lenggang lenggok tali kecapi senang perut suka hati pergi ke bus stop. Ok, inilah kemuncak cerita aku ni. Tengah tengah tunggu bas sampai mata melilau tengok orang lalu lalang, usha pakwe ensem, tiba tiba aku terasa nak usha kain aku. Pandangla bawah. Korang tahu tak aku nampak ape? tahu tak? Punyalah terkejut sampai rasa nak jerit biar sampai pakwe ensem pandang aku. 


Ok, aku nak tanya korang lagi tahu tak aku nampak apa kat kain aku tu? KAIN YANG AKU PAKAI TERBALIK BEB! lagi sekali. TERBALIK!!! Rasa macam nak sorok muka dekat longkang je masa tu. -_-" Memang aku tak senang berdiri masa tu, otak ligat pikir apa nak buat. Kalau buat cool je biar je kain terbalik macam tu, nampak cam orang serabut pulak.


Las las, dapat idea bernas, aku pergi carik tandas, terbalikkan balik kain tu seperti keadaan asal. Tak! aku tak pergi tandas, aku pergi surau dekat kolej UO masa tu. Sebenarnya masa nak masuk surau tu pun macam nak taknak sebab masa tu pagi lagi siapa yang baik hati sangat pergi surau time macam ni. Aku tak kira, dalam kepala aku, pikir nak bukak kain-terbalikkan-pakai balik tu je.


Fuhhhh!! Lega yang amat bila dapat terbalikkan kain. Rasa macam dapat kain baru. kehkehkeh. Masa tu, baru boleh jalan dengan ayu menggoda...;p Aku tak tahu la kawan kawan aku perasan ke tak masa dalam kelas tu. Aku bernasib baik sebab masa  present bilik tu gelap, so tak nampak sangat kain aku terbalik. selamat! Lagi selamat, nasib baiklah, kain tu terbalik ke tak terbalik ke nampak macam sama jugakla cuma bahagian yang terbalik tu nampak pudar  dengan ada kesan jahitan tapi kalau tengok betul betul, memang aku pakai kain terbalik. heh. Entah apa agaknya aku pikir, sampai kain pun aku pakai terbalik.


Nasib baik aku sendiri yang perasaan. Kalau tak, mahu tak malunya aku kalau orang lain yang tegur! Sejak haritu, memang setiap kali pakai baju kurung, memang aku tengok betul betul.


Nasib baik lagi aku pakai kain yang terbalik, kalau lah aku pakai baju yang terbalik, bukan setakat nak sorok muka kat longkang, memang kena sorok muka pakai kuali sebulan.


BTW, aku dah beli kipas. ngeeee.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...