Saturday, April 2, 2011

This is the facts about me







Kan dalam entri ni aku kena buat 7 things about myself. So, aku tengah merajinkan diri. Keluarkan semua fakta fakta tentang aku. Yang baik sila ikut, yang tak baik jangan ikut (eh ada ke yang tak baik, mana ada mana ada ;p).


1. Aku sekarang ni tengah belajar lagi dekat UKM. Final year student. Sape tak taw apa tu ukm. gi masok gua. Dalam lebih kurang seminggu lagi aku final exam.  Lepas tu nanti, aku praktikal. Dan aku dah sahkan pun tempat praktikal aku. Aku tak tahulah betol ke tak decision aku pilih tempat tu. Yang lagi dua aku terpaksa tolak even ada satu yang dekat dengan rumah aku. Aku tak tahulah, kadang kadang aku tak reti nak buat keputusan sendiri. Kadang kadang aku rasa keputusan yang aku buat tu salah lagi lagi kalau parent aku tak suka *SIGH*


*AKU TAK SABA NAK HABIS NI WEYH! SEBULAN JE LAGI. SEBULAN!


2. Aku lagi suka makan nasik daripada fast food
aku kalau makan nasik, takpayah cakap la. 3 pinggan penuh aku boleh habis. Serius aku tak tipu. Tipu seksa mati seksa kan. Benda ni akan terjadi kalau aku balik rumah, memang tiba tiba selera aku mencanak naik. Selera gajah aku dah mai dah. Kat bilik aku mana jumpa biskut biskut bagai nih. Kalau tiba aku rasa nak makan barula aku terhegeh hegeh beli.


3. Aku suka makan chicken wing
Dulu kepak ayam adalah part yang aku paling benci sekali. Memang aku tak suka tapi sekarang ni, kalau pergi kafe memang wing yang aku cari. Tu tandanya aku nak kena fly kot. hihi. BTW, aku ANTI-DRUMSTIK ye. Take note please!!! Bukan anti tak makan langsung tapi kalau boleh aku nak elak sebab ada orang tak reti masak, kadang kadang ada lagi warna merah darah kat tulang tu. heh


4. Aku tak reti nak order air kalau dekat kedai makan
Setiap kali pergi mapley ke warung mana mana ke, aku memang blur setiap kali nak order air. Lama giler aku pikir. Sampai si waiter-abang ensem (saje nak bagi dia tunggu lama lama sebenarnya-boleh cuci mata. HAHA) boleh terduduk duduk tunggu aku order. Kalo makan dekat kolej, mostly air kosong je aku minum sebab tu kot aku selalu berak.


5. Aku tak reti nak ikat bungkusan guna getah. Pelik tak? HAHA
seyes aku tak reti. Ada masa tu, aku nak beli bihun sup. Boleh aku cekau sorang kawan aku, tolong bungkuskan kicap pedas untuk aku sebab aku memang FAIL bab bab ikat ikat ni. Aku penang try ikat laju laju macam orang buat tu. Seyes fail! Sampai skang aku tak pandai. phewwwww~



6. Aku mandi lama
Seyes aku mandi memang lama giler. Kadang kadang kena perli dengan membe aku. Apalah yang ko buat dalam shower tu. Ko masak nasik ke goreng pisang. Macam tu lah lebih kurang. Kadang kadang tu, bila aku bangun lambat nak gi kelas, siap membe aku dah warning awal awal, ko takpayah mandilah tha. Jawabnya nanti, ko gi kelas dalam bilik air jela. Sebab tu kadang kadang kalo aku bangun lambat, aku tak gi kelas. Nanti aku tak mandi, tak syok wooo, belajar belajar tak mandi. Rasa macam blur blur je.


7. Aku tengah try nak main gitar ni
Aku ada gitar kat bilik tapi aku simpan buat pekasam. ahahahaha. Ni pun kes selalu perli dengan membe aku sebab aku peram je gitar tu bukan nak main. Nantilah, aku tak ada masa. SEYES! Aku minat dengan gitar dah lama dah. Tunggulah tiba masanya aku goreng sama itu gitar. hohoho

 
8. Makan sangat banyak
Bila kau orang tengok pinggan yang di isi dengan nasik dan lauk tanpa melihat siapa si pemilik juadah tersebut, mesti korang takkan percaya itu adalah hak milik mutlak seorang gadis yang comel.  Point ni macam sama dengan no.2 je tapi belasah lah aku malas nak edit dah.


9. Aku tak suka belajar sorang sorang
Ini bertentangan dengan aku masa zaman sekolah duu. huhu. Maksudnya kat sini, bila aku tengah study, aku suka ada kawan sebelah aku sebabnya, bila aku konfius or blur dengan benda yang aku tak paham, aku boleh tanya. Kalau sekolah dulu takpe, semua cikgu dah suap, so ko takpayah susah tanya membe ke hape.. tapi tu lah, sampai sekarang pun aku belajar sorang sorang. huuuuuu~


10. Aku suka window shopping
Kalau korang nak tahu, aku boleh berputar dekat shopping complex tu selama berjam jam tanpa beli apa apa pun. ahahahahahahaaa. sengal tak! Sian kawan kawan aku kena teman budak comel ni. Naseb bek aku comel kalo tak, mesti korang taknak teman. kan kan kan! ahahaa. Sampai membe aku cakap apa, habislah suami ko nanti tha oi! Boleh kurus gara gara ikut ko pergi shopping. lalalalalalala~ KESIAN! ;p


11. Aku giler katak
Bukan katak hidup tu weyh. Korang nih, agak agakla. Aku geli gatal hidup gerutu gerutu tu. Aku suka patung katak yang comel comel tu. Serius cute giler!! Rasa nak picit picit. Owh comel comelsssssssssssss... Lepas ni kalau nak bagi hadiah birthday, janganlah kejam sangat bagi katak macam dalam cite ali setan tu. Kang aku ishtyharkan perang dingin dengan korang kang.

 


Macam dah lebih 7 je ni. Pedulik ahhh.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...