Thursday, May 13, 2010

Aku suka jadi pemerhati


Eceli, aku suka tengok orang, suka jadi pemerhati, suka tengok macam mana penampilan orang, style orang, cara orang berjalan, cara orang makan, cara orang bercakap, semua2 lah senang cerita. Orang tua2 ada cakap, penampilan boleh menyerlahkan macam mana personaliti seseorang individu tu.


Daripada pemerhatian aku ni lah, aku tahu orang tu macam mana. HAHA. Cam tok dukun pown ada nih, boleh baca2 orang pulak.


Macam mana rupa kalau orang marah, suka, sedih, dan macam mana rupa orang yang tergesa2 datang lambat pergi kuliah ke hape. Kadang2 kalau nasib korang kurang baik, mulala aku nak mengutuk. HAHA. Bak kata kawan aku,


"budak tu tak bersalah pown, asal ko beria kutuk dia"


Korang tahu tak aku kutuk pasal apa, mestilah aku kutuk sebab aku tengok daripada pandangan mata aku ni, rasa kurang enak dan meluatkan or tingkah laku individu tu aku tak suka. Barulah aku kutuk. Takkanlah tak memasal aku nak kutuk individu yang baik sopan santun di khalayak ramai. Kalau yang macam ni, aku puji lah.


Memang itu sudah sifat aku kot, kalau duduk dekat satu2 tempat, mata aku sudah melilau2 tempat lain. Pembetulan eh dekat sini, mata aku yang melilau ni bukan untuk melihat benda yang tak elok, melihat benda yang entah apa2.


Apa guna mata kalau bukan untuk melihat. Kenapa mesti mata fokuskan kepada sesuatu benda, sedangkan keliling kita, kiri kanan kita itu adalah salah satu ciptaan Allah yang dicipta supaya kita pandai menikmati walaupun dengan menggunakan mata.


Memang betul kita perlu tundukkan pandangan lagi2 daripada godaan sang lelaki, tapi yang korang nak pandang lelaki tu apa hal, mestilah orang akan pikir ko ni gatal mengeyam pandang lelaki lama2..heh


Guna mata korang yang cantik itu untuk melihat dunia. Bagi aku, kalau aku dapat kesempatan untuk keluar berjalan2 dengan membe, time ni lah mata aku berfungsi dengan baik sekali, sekalipun rabun.


**************************************


Korang nak tahu tak masa sekolah dulu, masa tu ada program kat sekolah aku. Sekolah rendah taw. Aku ingat lagi. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada la aktiviti dia, aku sudah tak ingatlah aktiviti apa. Then, tengah2 buat aktiviti tu, tak semena2 aku merenung dekat luar tingkap bilik darjah sebab aku nampak sesuatu. Korang tahu tak aku nampak apa? Bukan hantu lah, kalau tak, da lama aku histeria dekat situ.


Aku just nampak sebatang pokok yang berbunga dengan bunga warna kuning. Lebat pulak tu. Macaam ala2 pokok sakura tu. Cantik beb!! Tapi aku tak tahu apa nama pokok tu...=_="



Bukan pokok ni.. aku rasa pokok tu sudah kena tebang lah.... T______T




Lama aku tengok pokok tu, sebab cantik sangat sampai akak fasi panggil baru aku sedar..hihi. Pokok tu lagi menarik perhatian aku daripada aktiviti yang akak tu buat. Entah2, aku sibuk merenung pokok tu, kawan2 aku sibuk tengok aku sampai naik hairan kenapa aku pandang pokok tu lama2. Wakakakakakaaa. Nak buat macam mana, pokok tu lagi cantik daripada korang...;p


****************************************


Korang tengok kat sini betapa aku menggunakan mata aku untuk melihat.


Bila berjalan2 aku akan melihat, merenung dan memerhati. Betapa indah alam ciptaan Allah. Rugi kalau korang tak guna nikmat mata itu. Daripada pandangan mata pun kita sudah dapat satu pengalaman taw walaupun kita tak pernah mengalaminya sebab hanya mata dapat menceritakan segala2nya.


Tapi, kalau mata lelaki yang melilau2, aku tak suka! Lelaki ni bukan boleh percaya, tengok sesuatu tapi benda lain korang pikir... heh. Den dapek laki camnih, memang den sekeh yo.. perempuan tak apa. Wakakakakkaaaa.. *Tiba rasa cam tak patut..hihi



*Saya nak guna mata sekarang sebab nak tengok muvie... jom2... weeeeee~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...