Friday, May 28, 2010

Di kala hujan lebat, kilat sabung menyabung.....



Lepas lunch hour tadi, aku, adib dengan ee.. terperangkap di dalam hujan yang sangat lebat.



Sampai payung yang dibawa ini tidak dapat digunakan kerana ketakutan kecuakan, kilat akan meyambar



Oleh itu, kami telah men'decide' untuk membuat sesi mem'promot' kolej za'ba. Kolej tumpah darah kami. Kami selaku duta kolej, akan mempersembahkan kepada anda beberapa fasilitis yang wujud di sini.



Kedai asas
Walaupun mahal sampai tercekik2 tapi tetap mak laku kerana kedai ini yang selalu mencurik perhatian berbanding kedai lain. Tapi aku lagi suka kedai abang besar sebab dia mesra rakyat. kikikiki..



Street IT
Sesiapa yang rasa laptop dia sudah berkarat atau berkulat, hantar la kat sini.
Beli kat sini kalau ada sale je, kalau tak lagi baik pergi pc fair



Telefon awam
Kesian telefon ini sebab dia tidak berguna. Hanya dicari bila kredit kong.
Korang je bukan aku.
So.. lebih baik vandalisme... wakakaakka..



Sedang asyik... asyik.. asyiknya bercinta... *tiba. Asyik mem'promo'. Datang kelibat manusia ini



Dia mempunyai niat yang tidak baik kerana ingin merompak... ish3
Jangan tiru aksi di atas...;p



Oleh itu, datang seorang rakan datang menasihati supaya buat jahat jangan sekali, buat baik berpada-pada.



Hujan lebat membuat perut berbunyi meronta mahu diisi lagi. 
Rasa sangat rakus mahu menerkam ini roti..heh



Daripada mencuri, lebih baik ke surau kan?? ^_^



Itu sahaja iklan promosi dari kami.
Ada masa ketemu lagi, kami akan mempromot benda lain pulak... agagagaga




*Sangat suka bila hujan...^_^


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...