Showing posts with label rumetku. Show all posts
Showing posts with label rumetku. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Aku teringat rumet dekat matrik dulu. Rindulaaaa... sama mereka..:(



Tiba -tiba aku teringat dekat rumet2 kesayangan masa kat matrik n9 dulu. Seyes aku rindu giler babun dengan mereka. Ke manakah kamo-kamo semuaa menghilang. Saya rindu sama kamooooo... chewahhh..  Kat matrik aku dapek 3 sekaligus rumet. Yehaaaaa!! Tiba suka tak memasal. Yela, ramai2 besh sikit. Boleh talking, talk.. talk.. cheer.. cheer.. banyak banyak sket.



Inilah aku masa kat matrik dulu. hihi. Asal gamba ni nampak cam den ni pendek. ish3.. Muka serabai giler, memang den tak reti nak dress up dress up bagai ni. wakakaka..




Hamik kau! Besa gedabak muka masing2 aku tauk kat sini. HAHA. Eceli ada sorang lagi, tapi tak cukup space. hihi..




Ini dia lagi sorang. Ayu gitu. bersimpuh-simpuh. hihi. Ifa nama dia. Sekarang dia belajar kat UNIMAS amik zoologi kalau tak silap. Lepas ni, kalau kucing den tak sehat, ko tolongla operate eh. *TIBA.. Da la jauh yang amat ekau tercampak. Camnola den nak jumpa ekau nih..



Fairuz
Pergghhh.. tinggi giler budak ini. Memang boleh jadi model tahu tak!! Dia sekarang dekat UMT amik Biodiversity kot, kalau tak silap aku lahh. Kau orang tahu tak biodiversity ni pasal kena ingat nama2 kelas tumbuhan bagai tu. Masa kat matrik dulu, bila nak study bab tu, belum bukak notes lagi aku sudah rasa nak tido. Adeh!! Macam mana la ko boleh survive dengan ini kos.



Izzah
Ini lagi sorang rumet den. Dia dekat UMS amik biologi pemuliharaan. . Dia pown merantau jauh2 jugak. Asal korang ni suka bebenor nak jauh2, tengok cam den ni haaaaa.. dekat je...;p Kalau tak silap kos dia ni selalu masuk hutan kot. Syokkk wooo, feberet den ni kalau jungle trekking sambil melihat flora fauna




Korang semua tahu tak, rumet2 den ni semua amik biologi, aku je sesat amik kimia. ish3. Aku suka taw bab2 biologi ni, lagi2 part reproductive tu. wakakakaakaka. Segar bugar mata den masa kuliah kalau lecturer bincang bab ni.


Aku tak sabar nak jumpa korang ni. Agaknya time korang kawen je kot dapat jumpa. Jangan lupa eh hantar  kad undangan masing2. Aku macam dapat hidu je sape yang kawen dulu.



Oklahhh, nak bermanja2 dengan rumet kejap... beboiiiiii!!!! ^_~



Monday, April 26, 2010

Kotak oh kotak!! Susah nak carik macam nak carik jongkong emas.


Tadi teman kak ira pergi carik katak... (i loike katak,, ngeeee~~)... kotak..  Merayap2 la satu bangi tadi carik kotak.

Kotak yang dicari ini berfungsi untuk menyimpan barang, perkakas, bekas, mangkuk, cawan, gelas dan sebagainya sebagai pembungkus untuk dimasukkan di dalam stor kerana kami perlu licinkan bilik tanpa sebarang sisa2 pepejal mahupun sisa2 kumbahan disebabkan cuti sem pown sudah bermula. Kolej kami tidak membenarkan pelajar2nya menyimpan barang di dalam bilik sebab ketakutan kecuakan ada manusia2 yang rasa dia malas nak keluar duit poket beli barang, last2 hamik barang orang. Dapat free. UNTUNG!


Iklan jap...

Aku ingat lagi masa first year dulu. Lepas balik dari kuliah setelah penat kerah otak, otak aku jadi penat balik sebab melilau pergi carik selipar jamban aku yang hilang kena curik dengan mamat bangla mana ntah. Adoila~ selipar jamban je pown, bape hengget la sangat. Takkan la sampai nak curik. Cantik sangat ke selipar jamban aku tu. Haisshhhhh. Terpaksala aku beli selipar jamban yang agak buruk supaya tahap kebarangkalian selipar jamban aku dicurik semakin berkurang.


Ok, sambung balik....

Oleh yang demikian kolej kami telah mengenakan bayaran yang sangat mahal untuk menyimpan barang di stor. Diulang lagi sekali, sangat mahal. 3 kotak barang yang disimpan berharga RM15. Kalau lebih kotak kena tambah duit lagi. heh. CEKIK DARAH NI WEYH... grrrrrrrrr... So, aku dengan wani telah mengambil inisiatif mengkongsi duit untuk tempah stor. Kami tidak peduli jikalau kotak kami terlebih dari tiga kerana kami sangat yakin yang teramat sangat orang kolej takkan masuk dalam stor tu nak check satu2 barang mana yang terlebih 3. Kami sangat bijak kan. Ok, tepuk tangan untuk kami...:p


Sudala tha... balik semula pada cerita kak ira nak carik kotak tadi. Yang atas tu pemanas punggung je. Bagi jari jemari ini laju sket taip kat keyboard ni. heh.


After exam PSM yang memang aku sebelum masuk pown suda muntah awal2 sebab aku memang tahu soalan akan banyak dan aku tak cukup masa nak jawab. So, aku memang suda bersedia awal2 la nak tulis laju2 tapi masa jawab tadi tiba blur sekejap dan masa terbuang. Adoi~

Malas nak cite PSM ni. Balik tu, makan banyak2 then kak ira ajak pergi bangi carik kotak sebab barang dia memang berkilo2 banyak sangat and aku rasa akan hamik masa yang lama untuk dikemas. Sabar ye kak ira, kemas sikit-sikit lama-lama jadi licin bilik kita...weeeeeeee~~

Merata jugakla carik kotak. Berapa kedai da explore tapi tak jumpa. Las2 jumpa satu kedai runcit Ah Chong mana ntah. Tapi yang ni kena bayar la. Kak ira da malas nak putar belit carik yang free tak dapat2, senang cite carik je yang berbayar tapi boleh dibeli oleh semua golongan masyarakat la termasuk aku yang kekeringan nih!!!



Tak dapat payung, kotak pown jadila eh sebab cuaca sekarang memang sangat PANAS dan hangat sampai ke hati usus perut semua ada la.




*Uwaaaaaaaaaaaaa.......... tiba tension balik sebab otak aku berselirat tengok mekanisme dalam biosintesis nih..

Saturday, April 17, 2010

Keluar berjalan2 macam suda habis exam. Yeehaaaaa!!!!


Lepas habis exam amali tadi, kak ira bawak aku keluar. Yeah!!! memang aku suka., kalau bab sonok2 ni!!  Tapi kali ni kak ira bawak adik dia yang dekat SMAP Kajang tu dengan kawan adik dia sekali. Diorang nak beli barang keperluan kat sekolah la. Kiranya aku dengan kak ira jadi penjaga diorang sebab nak beli barang.  Nak outing kan. Owh, jadi ibu bapa sekejap. Ngeeeee~~~



Inilah mereka. Yang tudung hitam tu rumet aku. Adik kak ira, korang carik sendiri. KAH3. Yang ada rupa kak ira tu adik dia la tu. 




Sepanjang jalan2 ni macam2 gak mata aku pandang nak beli itu ini, tapi bila tengok balik dalam purse... tsk.. tsk.. kempunan di situ. Tidak mengapa, tengok orang beli pown saya da suka..:p. 


Eceli mereka2 ini nak beli buku. Yela, diorang pown nak exam gak bukan aku sorang je. Dengarlah nasihat dari yang pakar, kalau da beli jangan lupa buat latihan ye!! Konfem, korang skor exam. Soalan PMR, ulang2 je dik. Nak spot soalan pown senang, kadang kita punya soalan spot lagi betul daripada cikgu punya. KAHKAHKAH.




Sungguh khusyuk di situ mencari buku



Aku teringat masa zaman sekolah dulu2, kalau nak dekat2 exam, mesti beria pergi kedai buku carik buku nak buat latihan. WOW!!! aku sangat rajin dulu. Satu subjek memang tak cukup satu buku latihan. Kena banyak ni. Kadang2 tu rembat buku kat sekolah, cikgu kasi, hamik la apa lagi kan tapi kena pulangkan balik. Aku lupa la rasanya aku pulangkan kot...:p. Kalau time giler meroyan study, buku  mesti keliling pinggang, bilik aku tu bersepah2 cam tongkang pecah. Habis taw aku buat tapi sekarang ni, nak wat satu soalan pown aku da merungut. adeh! Sebab dulu, boley tengok jawapan yang letak kat belakang or letak kat tengah. Kalau aku baik sikit, aku koyakkan jawapan, kalau tak aku bia je. HAHA. Sangat berkesan taktik ini. Sila la amalkan..;p


Lepas lenguh kaki ke hulu hilir carik buku dengan pen, SEKEJAP, cakap pasal pen ni aku memang da lama nak carik pen tapi disebabkan kesumberdapatan untuk memiliki pen berkurang, aku terpaksa hold dulu niat aku, guna je mana2 pen yang ada untuk exam ni. haishhhh. Banyak gak aku beli pen tadi, lepas ni boleyla wat notes kaler2 cam dulu, tiba rasa nak beli pen kaler banyak2... Tak lupa, aku belikan pen untuk ko jugak eh cik wani. Aku sure bagi "discount" kat ko!! HAHA



Belom abis lagi ni,  Kitorang pergi pasar malam pulak, memang niat suci nak beli makanan untuk alas perut waktu malam. Tapi sungguh malang tidak berbau, hujan mencurah2 macam tak nak berhenti. Aku hingat pakcik2 kat pasar malam nak bungkus balik kedai diorang tapi sebaliknya pulak. Diorang sungguh steady menunggu sehingga hujan berhenti. Nak carik rezeki kan, mana taw ada jugak orang nak datang beli. 

Adeh! Lama woooo terperangkap dalam hujan tu. Aku sangat letih sampai 1 kedai pak cik muthu kot nama dia aku tawaf, da taw ni mana letak semua barang. Da boleh da saya promot kedai pak cik.



Jom, sesi mempromot



Ikan bilis tanpa taik sooo, tak payah susah kopek!!!  nak masak, terus campak dalam kuali.





Aiskrim memang tak sedap makan waktu hujan, sooo tak payah beli....:P



Ok, tu je yang sempat dipromot sebab tiba2 lampu terpadam gara2 kilat yang sangat kuat sabung menyabung nak lawan setan. Kak ira cakap, kalau ada kilat tu, nak halau setan sebenarnya. Betul ka?? Orang dulu2 punya hipotesis kot. HIHI.



Kami jadi tugu kat sini, KONFEM! kedai pak cik muthu laku.. agagagagaga...



Nak dekat setengah jam kot jadi tugu kat kedai pak cik tu. Macam2 benda aku boley buat masa tu tahu, lagi2 berblog ni..heh. Nak tak nak kitorang redah saja hujan itu, pergi masuk kereta dengan pakaian tak basah sangat sebab lari laju2 sambil sengih comel2. HAHA. Terbantut aku nak berbelanja kat pasar malam.  KEMPUNAN!!! =.=".



*Memang seharian suntuk aku melagha arini. THA oi!!! exam 4 paper lagi eh, jangan lupa!!!!

Friday, April 16, 2010

Aduh! melepas roti hot dog aku


Aku tersedar dari tidur pagi tadi, aku jenguk kat luar tingkap memang gelap giler. Da subuh ka? Then, aku tengok kat luar ada lori besar yang cam lori yang selalu hantar roti kat kedai2 runcit tu. Satu warna merah, satu warna putih. 

Aku da pelik da, asal anda datang menjual waktu2 macam ni? Da desperate giler ke nak jual roti. Then tengok kak ira masuk dalam bilik, maybe dia keluar kot. Kak ira cakap lori kat luar tu jual roti hot dog. Uish, rasa nak laju laju gi beli je. Aku da terliur sebab kalau bangun tidur memang perut aku menjerit2 suruh diisi.

Aku da gembira nak pergi beli ni. Tak ke korang pelik aku boleh beria nak gi beli roti semata2, pagi2 buta camtu. Ntah roti tu datang dari mana agaknya. Kalau da lapar, semua benda buruk, aku pikir baik je. heh. Bila nak melangkah keluar je, aku dengar orang panggil aku..............

"Tha... tha..... tha...."

Owh, siapa pulak yang kacau ni, bila aku bukak mata je, tengok muka kak ira tengah sengih2. Aku tengok kat luar da terang benderang da. Bukan cam tadi. Waaaaaaaaa, MIMPI rupanya. Adoi~ melepas roti hot dog aku. haissshhhh.. Kak ira bantai gelakkan aku! Siot betol kak ira. Nasib baik dia kejut aku sebab nak ajak gi makan, sebab memang aku kelaparan.



Lebih kurang camnila muko den. Muncung2 kalau tak dapat makan masa kecik2 dulu.



Bab2 tidur ni memang den suko. Siapa tak suka tidur? Meh habaq sini. Lagi skali cheq tekankan kat sini. Cheq memang suka tidur. Bukan setakat i love food tapi i love sleeping too. Tidur lepas makan tu memang syiokkkk...tapi aku jarang tidur lepas makan ni...hihihi.. jaga, jaga buncit perot kang!

Siapa kalau tidur tak pernah mimpi??? tipooola. Lagi2 kalau mimpi ko tu, mimpi fulamaaakkk punya besh. Dapat wang tunai juta2 lemoon ke, dapat jumpa idola kacak2 ala2 korean look yang memang korang giler minat sampai gunting gambar kat majalah tampal kat dinding semua, tak pown, mimpi ada putera raja datang selamatkan ko dari bahaya ke, romantik beb...:p
 


 Muka gatal disitu..:p


Tapi, aku hangin betul kalau tengah mimpi indah2 tiba ada orang kejut suruh bangun. Aduh, asalla kejut  time part klimaks. Den tak dapat nak taw ending dia. Mana taw lori yang datang tu  putera raja yang datang nak minang den ke. Bawak semua hulubalang2 dia, tak guna kuda da, guna lori je, boley sumbat semua. KAHKAHKAH.



Owh, sodapnyo den tido cam ala2 sleeping beauty gitu. kih kih kih



*Banyak gamba baby ni, korang pilihla yang mana satu gamba aku masa kecik2 dulu. HAHAHA

Saturday, April 3, 2010

Gara-gara kelaparan


Tadi rumetku, kak ira bawak gi pasar malam dengan wani and kak nad eh...eh... tuka2 aku nak panggil kak nad, kak naim pulak lepas ni sebab baru tadi aku tahu yang naim tu bukan nama ayah dia, nama dia rupa2nya. Ok, kak naim, baru stylo.

Pasar malam ni sebelah je dengan sekolah SMAP Kajang. Da alang2 kak ira nak jumpa adik dia kat sekolah tu nak bagi ubat ulser. Senang je pasar dekat sebelah sekolah, tiap2 ari sabtu, boleyla budak2 sekolah nak keluar pergi beli tapi bukan senang2 macam tu je nak keluar. Sekolah kan semua benda kena lapor diri. 

Disebabkan aku dengan rumet aku kebulur tak makan lagi dari pagi. Nampak je makanan kat pasar sampai rasa nak beli semua. Rambang mata wooooo tengok makanan sambil bau makanan yang menusuk ke kalbu sambil telan air liur rasa nak makan sekarang jugak.


Tengok ni apa kitorang beli. Mula2 ni pown rasa macam tak cukup. Macam2 ada. Pilih je mana berkenan di hati.



Malangnya, beria beli semua2 ni lepas makan nasi je terus da tak larat nak makan. Semua da tersadai sambil lunjur-lunjur kaki. Ni la jadinya kalau da rakus sangat nak makan. So, korang2 semua kalau perut tu da lapar tahap cipan janganla rasa macam korang ada 4 perut macam lembu tu. Beli mana korang rasa mampu nak makan je. Aku takpe kot sebab rasa cam ada seploh perut kot. ahaks!~ Selagi boley isi, aku isi. Time kita muda ni la nak rasa semua benda, da tua kang takde selera da. Deria rasa pown da kureng..ngeee~~

Tengah2 malam buta ni aku sempat abiskan apam balik dengan keropok lekor.


* Aku tak sabar nak rasa sandwich yang kak ira nak buat.

Saturday, March 20, 2010

tetamu tidak diundang


eceli, kalo nak taw dan sebenarnya aku cam takde entry nak post apa harini... lepas tu tiba2 petang tadi dapat idea nak post apa... disebabkan serangan daripada tetamu yang tak masuk beri salam ni... men sergah2 je... aku terus nak post benda ni...

yela... aku tengah khusyuk wat kerja... tiba2 datang... kalo ko ensem takpe jugak... dapatla aku cuci mata... ni da la hitam golap, tak mandi pagi, gigi ko je nampak, taik gigi ntah bape inci ntah.. aku ingat ko datang nak belajar dengan aku ke hape... las2 ko nak nak carik gaduh lak... ape kes!!!! 

aku pown apa lagi... kalo da nak gaduh.. aku set je, memang da tak kesah da spesies aku ke tak... kali ni senjata aku selipar. ko! senjata apa... setakat tunjuk muka yang gerun tu... si MONYET.... aku tak takot... ceit!!!




 ko bajet nak tunjuk terer la eh... boley panjat sini sana... showtime la ni petang2...


ko ingat aku takot! padahal aku memang da gigil kepala lutut time tu... lemah longlai rasa.... seyes weyh... ok! tuka mood marah kepada ketakutan plak... yela, aku da la sorang2 dalam bilik tadi... monyet ni datang je... terus melaung panggil wani... cepat2la wani datang tengok kenapa... mana la taw aku nak bagi jongkong emas ke hape kat dia ke... sorry la wani... tunggu aku kaya dulu...

tapi, si wani ni... bukan nak tolong aku halau... tolong aku jerit je... aku yang tak berani ni... tiba2 lak kena berani... ni sape yang ketakutan ni... ko ke aku?? ahaks~ 

aku pown apa lagi... senjata time tu hanyalah selipar dengan berperisaikan daun pintu... senjata alaf baru nih!!! memang aku syorkan... kalo tak, takkan boley halau punya... monyet degilos nih!! selepas beberapa balingan selipar sampai selipar jamban bersepah2 dalam bilik aku... selipar jamban kak ira jatuh bawah, tak memasal kena jogging turun bawah amik... penat wooo..... oksigen.... oksigen.... ngeeeee



disebabkan wani kesian kat ko... dia bagi makan biskut tiger nak bagi ko lari laju...  supaya orang tak cari ko masuk jail... tapi, demand giler kot boley dia wat dunno... korang taw... boley dia gi belasah amik oren kat  mangsa lain, pandai ko eh! bajet ko nak jaga kulit je, nak makan oren yang ada vitamin c yang boley halang ko dari demam... takpe2... ko memang tricky punya monyetta... 



kalo ada jodoh kita jumpa lagi eh!!! padahal dalam ati da memang tak nak da... aku ingat da takde da serangan monyet ni... sebab da lama tak nampak... mesti korang... (cehhh, korang... cam kawan ko lak tha..:p) da jumpa port baek punya... malangnya datang lagi... sooo, moralnya, aku kena tutupla tingkap petang2... giler sesak kot nafas... haish...



benda comel harini...



alarm clock wani baru dapat guna setelah ko bertungkus lumus nak masukkan bateri tak dapat las2 bila masuk bateri, kuar ayam kokok... ni kalo ko tak bangun pagi jugak ni aku tak taw la...




kak ira bagi.. dia dapat adiah membe kawen... comel2... poyo giler tha benda alah sapu tangan kocik ni pown nak upload... sukati... sukati... sebab dia comel2... ayu2 gitu... hik3



eh2, jap2 ada lagi benda comel aku nak tunjuk... ni lagi comella... 

jeng.. jeng... jeng..



ni dia... ni dia.. comel tak.. comel tak... agak kabur disitu sebab wani kena sorok2 tangkap belakang aku takot dia perasan ada mamarazzi kat situ...heh.. aku terserempak dengan dia masa teman kak ira gi alamanda semalam.. kak ira nak beli hadiah kawen untuk membe dia... kalo la dapat pakwe camni sorang tak pandang lain da... hahahahahaa... demand2... dia pak arab celup mat salleh... memang terbaek punya 'gene' la weyh... sapa tak nak... kah3... memang mata aku pandang dia je... gatal ko tha... sejak bila ni....:p


Monday, February 1, 2010

wishing to leli

today is my ex-rumet birthday....Suhaili bt M.Noor yang ke-22.... leli da tue...hahahahahaa... nak kawen nanti, jangan lupe ajak tha taw... actually, aku dapat se'roommate' dengan leli untuk satu sem je... sebabnye..leli tak hantar surat pengesahan kolej... mase first2 dapat taw... sedey sangat2... sebab da besh da duduk sebilik dengan leli... leli, silakan terharu.... hik3...

mase awal2 sem dulu, leli mesej pagi2 bute kate nak sampai kat UKM, aku da gembira giler sampai rase nak lompat bintang je.... las2, dapat taw, leli kena tukar bilik... perasaan aku masa tu memang tak keruan la... aku tak nak pisang berbuah dua kali... bia pisang dalam farmville je berbuah dua kali... huhuhu... yela... serabut aku pikir sapekah gerangan rumet baruku... adakah kerabat diraja??? artis??? dukun??? hahaahhaaa... tha da merepek.... bila rumet baruku, kak ira da datang, cam lega je....sebab kak ira pown besh jugak... pale pown giler2 cam aku gak....^_^ 

aku sangat sensitif bila bercerita soal roommate... coz my roommaate will influence me... aku harap leli berbahagia di sana.... cewahhhhh.... cam jauh je...jangan lupa tha taw!!!!!


 HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
LELI DANIELLA
ENJOY UR BIRTHDAY
I'LL MISS YOU

tyme ni mase nak gi jalan2 kat TAR... bila la dapat kuar sama2 lagi...



gambar ini sungguh kabur...tak taw nape... pengcahayaan tak betol kot.. asalkan senyum2 kambing nampak gigi suda...


Saturday, January 30, 2010

entry for today

arini cuti + takde wat pape dalam bilik... aku cakap dengan rumet aku... aku ade dinner oleo sabtu minggu depan...

"kak ira, tha dinner minggu depan.... tak beli baju lagi... tak taw nak pakai baju ape"

"yeke??? dinner tu tema ape???"

"glamourous garden"

"oooo....kalo camtu, cam baju ala2 gaun la tu... jomla kak ira bawak tha gi beli baju dinner"

"wah!!!! betol ni???"

"yup"

aku teruja giler bila kak ira cakap nak bawak and teman aku gi beli baju dinner.... suke2...


ni la rumetku.... kak ira... kelegaan jelas terserlah... pabila bawu lepas masok tandas... pagi2 bute da melepas... hahahahaaa


pastu.... kak ira, bawakla aku dengan wani kecik gi cari baju dinner....kitorang gerak pagi2 bute tu... kak ira cakap, kene gerak pagi sebab takut takde parking...


eh.... eh... wani ke yang bawak kereta ni?? bia betol!!!!!!!!!!


sebenarnye cik wani ni, nak idup enjin pown tak lepas...... hahahahaaaa.... then, kitorang gi la merata-rata sampai lenguh kaki2 nak cari baju..... PERHATIAN!!!!! aku ni memang cerewet sket kalo bab2 shopping ni... memang akan duduk lame dalam satu kedai... walaupown pada pengakhirannye, aku tak beli langsung.... besh gak tu.... try baju diorang banyak2... las2 blah camtu je....

then... melantak jap kat kfc...sebab wani da kebulur.... mesti ko rase sampai nak makan baju yang aku pakai tu kan...hahahahaaa... let's go for lunch!!!!


yeah!!!! muke kekenyangan bersama rumetku...

after makan tu la baru jumpe baju dinner yang sesuai.... gumbira.... gumbira... hik3... kredit tuk kak ira and wani sebab tolong jadi consultant tak bergaji...


*sebenarnye.... arini beday sorang membe yang aku rapat mase kat matrik dulu....


 
ni la nad... yang berbaju putih tu... yang sorang lagi tu, abaikan saje...ahaks... oh! muke zaman hingusan....


nad ni la yang aku cite kat korang dalam entry sebelum ni... yang aku tak sempat nak amik gamba die tu... gembira sangat2 bila dapat jumpe dia mase tu......

TO NAD.....




 MAY GOD BLESS YOU ALWAYS.....
I REALLY ENJOY WHEN SPEND TIME WITH YOU... 
I REALLY MISS THE TIME WE SPEND TOGETHER 
FRIENDSHIP FOR EVER MY FRIEND


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...