Showing posts with label gelak guling2. Show all posts
Showing posts with label gelak guling2. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Alkisah masa present speech com dulu



Ini cerita lama. Masa awal awal second year dekat UKM, aku amik subjek speech communication.


Setiap student yang amik speech com, diberi tugasan, buat satu presentation, tak kesahlah tajuk apa. Kisah ko dengan nenek ko pergi mancing ikan ke, kisah kau dengan beruk ke, kisah ko pergi kedai nak beli barang tapi las las lupa nak beli barang apa ke. Suka hati kau la. 


Yang aku pulak, buat tajuk pasal "how to get rid from a person admire you" camtulah lebih kurang tajuk dia. Best tak tajuk aku? Best kan? Yang lagi best, aku just edit sikit sikit je slide dia sebab ini slide kitar semula punya. Aku pernah buat tajuk ni masa first year dulu dalam kelas English for Science and Technology (EST). Aku dah amik est kat sekolah dulu, kena hamik lagi. cis! EST adalah subjek yang aku amik masa SPM dulu dan disebabkan EST, aku tak dapat straigth A's. Dem!


Masa kelas tu, kitorang buat tajuk ni, tapi by group la. Membe aku punya edit slide tu jadi cantik giler babeng, ada kartun gerak gerak. comel! Sape taknak tengok slide camtu kan.


So, aku dengan muka tak malunya guna balik slide tu untuk present speech com aku. Sorrylah puan lecturer (apa ntah nama lecturer aku tu, lupa suda, yang penting dia punya senyum aku ingat), saya dah taktahu nak pikir tajuk apa. Baik aku amik tajuk yang orang memang suka nak dengar ni. Sape taksuka tajuk pasal love love ewww ewww ni kan. Even, adik shin chan yang kecik tak pandai jalan tu pun tahu dah cinta cinta ni. Gatal! memang dah sah keturunan shin chan. 


Panjang pulak mukadimah nih, ok lah, aku nak stat lah ni, disebabkan aku duduk kolej paling ulu sekali, aku terpaksa bersiap macam lipas kudung. (Lambat bangun tu perkara biasa) Nak pergi fak kena naik bas, tertinggal bas, memang kena tunggula, tapi aku pernah je jalan kaki dari kolej ke fak. Masa tu, nak exam tapi bas tak ada. T__T


On that time, aku main sarung je baju kurung kat badan aku yang comel lote nih. Aku tak gosok kot baju tu sebab baju tu memang set set tak payah gosok. Memang baju kurung feberet aku la tuh. Padahal baju kurung tu aku tibai akak aku punya. kehkehkeh. Daripada baju kurung dia banyak banyak terbiar buat pekasam, baek aku pakai kan.


Dengan konfidennya berbaju kurung, aku pergilah kelas, nak present slide aku yang agak dinanti nanti jugak tajuknya. kahkahkah. Sampai sampai je, nampak puan lecturer nak masuk bukak pintu. Masuk bilik, gelap! sebab nak present slide kan. Kang tak nampak. So, orang tak nampak sangat la baju kurung aku. Dahlah warna hitam. Feberet lagi!


Dan, sampailah turn aku present dengan berpakaian baju kurung ayu ayu. Cerita punya cerita, sampai habis aku present. Puan lecturer suka tengok slide aku. Dia gelak lagi! Ini mukadimah lagi lah korang. Adeh!


Dah habis present, aku jalan lenggang lenggok tali kecapi senang perut suka hati pergi ke bus stop. Ok, inilah kemuncak cerita aku ni. Tengah tengah tunggu bas sampai mata melilau tengok orang lalu lalang, usha pakwe ensem, tiba tiba aku terasa nak usha kain aku. Pandangla bawah. Korang tahu tak aku nampak ape? tahu tak? Punyalah terkejut sampai rasa nak jerit biar sampai pakwe ensem pandang aku. 


Ok, aku nak tanya korang lagi tahu tak aku nampak apa kat kain aku tu? KAIN YANG AKU PAKAI TERBALIK BEB! lagi sekali. TERBALIK!!! Rasa macam nak sorok muka dekat longkang je masa tu. -_-" Memang aku tak senang berdiri masa tu, otak ligat pikir apa nak buat. Kalau buat cool je biar je kain terbalik macam tu, nampak cam orang serabut pulak.


Las las, dapat idea bernas, aku pergi carik tandas, terbalikkan balik kain tu seperti keadaan asal. Tak! aku tak pergi tandas, aku pergi surau dekat kolej UO masa tu. Sebenarnya masa nak masuk surau tu pun macam nak taknak sebab masa tu pagi lagi siapa yang baik hati sangat pergi surau time macam ni. Aku tak kira, dalam kepala aku, pikir nak bukak kain-terbalikkan-pakai balik tu je.


Fuhhhh!! Lega yang amat bila dapat terbalikkan kain. Rasa macam dapat kain baru. kehkehkeh. Masa tu, baru boleh jalan dengan ayu menggoda...;p Aku tak tahu la kawan kawan aku perasan ke tak masa dalam kelas tu. Aku bernasib baik sebab masa  present bilik tu gelap, so tak nampak sangat kain aku terbalik. selamat! Lagi selamat, nasib baiklah, kain tu terbalik ke tak terbalik ke nampak macam sama jugakla cuma bahagian yang terbalik tu nampak pudar  dengan ada kesan jahitan tapi kalau tengok betul betul, memang aku pakai kain terbalik. heh. Entah apa agaknya aku pikir, sampai kain pun aku pakai terbalik.


Nasib baik aku sendiri yang perasaan. Kalau tak, mahu tak malunya aku kalau orang lain yang tegur! Sejak haritu, memang setiap kali pakai baju kurung, memang aku tengok betul betul.


Nasib baik lagi aku pakai kain yang terbalik, kalau lah aku pakai baju yang terbalik, bukan setakat nak sorok muka kat longkang, memang kena sorok muka pakai kuali sebulan.


BTW, aku dah beli kipas. ngeeee.



Sunday, November 13, 2011

Owh matlutfi.. You always made my day. ALWAYS.



Salam kawan kawan seperjuangan sekalian. Selamat malam, selamat makan malam selamat tido. Aku taw kau orang semua rindu giler dengan penulisan aku yang tak seberapa ni. Aku lagi rindu dengan penulisan dan coretan serta carutan (oooopppssss) aku sendiri. Aku rasa memang dah trend aku akan update sekali sebulan. Nampak tak aku macam busy mengalahkan Lisa Surihani. Apa ada pada lisa surihani? Comel aku lagi. kahkahkah.


Tapi aku on air di sini (owh.. ku ke udara lagi... owh owh owh... ahahahaa) bukan nak cerita pasal Lisa Surihani. Aku bukan lesbo dowh. Aku muslimah sejati. ececece. Aku nak cerita pasal si pujaan hati aku, mat lutfi (Peh! tak menahan, pujaan hati.) Matlutfi tu macam adik la kot. Tak silap aku umur dia 21 tahun. Dah dia tulis kat youtube matlutfi90. Aku dapat agak la dia umur 21tahun. Kang trend memang selalu letak tahun lahir kat belakang nama. haih. Benda dah biasa orang buat. Aku 22 kot. Adoi! Apasal la keluar awal sangat aku ni. Nak buat macam mana mak ayah aku dah create aku awal awal lagi, pagi pagi buta aku keluar. 3.50 pagi. Eh.. tak pasal pasal aku cite benda alah ni. HAHA.


Korang ni, macam tak kenal aku. Mukadimah kalau tak habis 10 perenggan memang tak sah weyh. Tapi aku taw korang korang memang malas nak baca. Membe membe aku yang tahu blog aku ni pun dok merungut malas nak baca aku tulis. Suka tengok gamba je. Dem! Aku apa lagi, kurangkan la letak gamba. wakakakaaka.


Aku kalau tengah bosan atau moody, aku suka carik benda yang boleh hiburkan hati aku. So, aku tengoklah video mat lutfi ni. Rupa rupanya dia baru je post video ni. Aku baru nak tengok. Poor me! =.="


Yang aku geramnya, mana satu ntah dia punya offial fanpage. Memang tak ada eh? Yang aku like dulu ntah mana hilang ntah. Jadah betol mat lutfi ni. Kau memang tak ada fanpage ke weyh. Pegi buatlah. Aku peminat tegar ni nak like page kau. Tengok aku dah tak up to date haaaa.







Ni latest video dia. Perghhhhhhhh. Memang terbaek wa cakap sama lu. Tiba tiba aku terlupa nak maki hamun orang disebabkan tengok video dia. Sakit perut aku gelak weyh. HAHA.




Ada lagi satu video dia yang aku suka. Ni haaaaaaaa






Ahahahaahahahahaa. Memang video dia sume best best weyh. 



*Kalau korang nak tahu, aku dulu taksuka mat lutfi ni. Orang dok canang sana sini aku buat bodo je. Kesian kau matlutfi, aku takpandang kau langsung. Kesian. kahkahkah. Aku mula kenal Anwar hadi, pastu baru matlutfi. Sebab tu aku malas tengok dia. lalalala~ Aku tertengok video dia pun sebab kawan aku yang ajak tengok, kalau tak, memang sampai sekarang tu aku takkan tengok. But now, aku pulak dok tergila gila. haih. 



**Hai mat lutfi. \(^_^)/





Sunday, April 17, 2011

Cerita ziarah kubur



Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau 40-an telah diperhatikan jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak 3 kali sehari.



Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada sesetengah orang beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang jirannya bertanya ' Awak ni terlalu cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian. " Sebenarnya sebelum Maznah meninggal, beliau berpesan pada saya, kalau hendak kahwin pun tunggula sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Jadi saya perlu siram kuburnya supaya cepat tumbuh...."




*Aku tengah bosan ni. benci betol aku buat esaimen tak jumpa jumpa isi nak tulis apa. adeh!

AYUH!!!! belajar bahasa jopun





01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI



perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanyalah kebetulan sahaja. sekian.





Saturday, January 22, 2011

Tragedi palam pencucuh

 
Kesian korang kan aku asyik hidangkan entry yang menusuk jiwa raga je. Aku pun tak suka sebenarnya. Siapa suka? Nampak sangat kau tak suka aku hidup senang kan. heh. Korang ni memangla jangan la bagi aku sedih sedih camnih. Gwa sedih, kang lu orang baca entry gwa semua sedih. Daripada korang semua tengah gembira tahap maksima tiba tiba sedih menonggeng baca entry aku yang ke laut ni.


Sejak aku bagi entry sedih sedih ni, otak aku dah jem sampai tak tahu nak bagi entry yang berbunga bunga lagi. ish! Korang ingat aku suka ke letak post sedih sedih ni. Der... der semua.., gwa tak suka der. Gwa tak suka sampai gwa rasa semua orang gwa nak buat lawan der. Saje aku nak tunjuk brader sikit kat sini. Takot tak? Takot tak? HAHA.


Sebenarnya kan, aku ada satu benda nak cerita kat korang semua ni. Aku rasa kalau korang tak tergelak terbahak bahak tergolek golek, aku rasa better korang pergi check psikologi dekat hospital tanjung rambutan. Sekarang jugak taw! Tunggu apa lagi. Move! move!! Padahal aku tak cerita pun lagi. kahkahkah


Sebenarnya tak adalah kelakar sangat pun cerita ni, korang tak nak tergelak pun tak apa, paling koman pun tersengih la sikit bagi sejuk sikit hati aku ni tengok. Penat aku bercerabih dekat sini. Korang boleh buat dun know je. Butthurt aku kang. Tapi korang jangan lupa pergi buat check up dekat hospital ye. Mana la taw kan. haha.


Aku dulu pergi sekolah bawak motor. Merempit! Dengan baju sekolah aku merempit ni. Lepas habis sekolah je, keluar pintu pagar, carik motor, start motor, pulas pulas minyak, carik membe nak merempit. Padahal tak cakap apa pun nak ajak merempit. Bila ada orang selisih je dengan motor aku atau kata yang lebih senang potong queue la, aku jadi hot la. Dia bawak lagi laju dari aku. Peh, aku dah panas satu badan ni. Aku pun apa lagi, siap sedia tangan kaki semua tanpa menghiraukan adik aku kat belakang tu ada lagi ke tak, aku kejar lah motor yang berani memintas ku. Dah dapat pintas balik, aku puas. HAHA


Disebabkan motor aku ni paling hensem sekali dekat sekolah. Ada pulak orang yang iri hati. Yelah, motor aku menjadi kegilaan ramai. Siapa yang tak puas hati kan. Motor aku kan popular, semua orang nak aim. Lepas tu, ada orang buat onar dengan motor aku. Dia pergi cabut palam pencucuh motor aku. Korang tahu ke menatang apa palam pencucuh tu. Konfem ada yang terpinga pinga ni.




Ni lah menatang tu. Palam pencucuh tu skema sangat. Apa ntah nama yang selalu orang sebut. Aku tahu yang skema je sebab aku memang skema.




Masa tu, aku ada kelas tuisyen petang. Motor aku park tempat biasa lah. Kalau tuisyen kan, tak banyak sangat motor kan. Motor yang ada hanya motor yang tuannya ada kelas tuisyen je lah. Tak akan lah yang tak datang kelas, motor dia pulak tiba tiba ada kat situ kan. Korang semua terlupa ke pagi tadi pergi sekolah bawak motor. Las las mak korang tanya, "eh leman, asal ko tercungap cungap ni. Bawak motor pun tercungap cungap ko? Leman dah dah terpinga pinga, rupa rupanya dia terlupa dia bawak motor. Padan muka kena jalan kaki. hahahahaahhaahahahaa. (Saje je tambah cerita sket, korang jangan konpius pulak cerita leman dengan cerita aku, cerita leman part ni je. Cerita aku, semua part)


So, disebabkan motor tak banyak, motor aku telah menjadi daya tarikan, sang pencuri palam pencucuh. cis! Eceli, yang curik palam pencucuh tu, membe sekelas aku jugak. Dia ni memang suka betul buat jahat dengan aku. Memang set nak carik gaduh je. Dia memang tak akan bagi aku hidup senang. Boleh dikatakan, aku dengan dia ni memang tak boleh berjumpalah. Ada je benda nak diperdebatkan. Sampai kawan aku cakap apa, korang ni gaduh gaduh, keji keji, kang kawen esok lusa kang. Owh! itu tidak mungkin, mustahil dan impossible sama sekali. Runtuh satu rumah nanti sebab asyik bertekak je. Aku no taste dekat dia ni sebab bukan type aku pun. Set set nak gaduh bolehlah. Dia ni gatal dow, sume kawan kawan aku dia nak ngurat. Adalah dia nak ngurat kawan aku sorang ni, sampai sekarang tak dapat. Padan muka ko. hahahahahaa. Sape suruh jahat sangat!


Sampai sekaranglah aku still bermusuh dengan dia, padahal aku satu geng dengan dia. Bila cuti, jumpa je, lepak sama sama tapi mulut memang keji mengkeji la. Saje nak bikin aku hot.



Ni lah geng aku! Carik la mana satu budak tu. Korang nampak muka macam samseng tu lah dia.



Lepas habis je kelas, aku terus la pergi dekat motor aku. Aku dah tak sabar nak merempit ni. Bila tekan je starter, dia tak maw hidup. Aku dah cuak dah. Apa motor ni, tak pernah pernah buat hal dengan aku. Tiba tiba je. Then, aku try start manual. Habis tenaga dah aku guna. Tak boleh jugak. Dari kejauhan si Zaki bukan nama sebenar ni dah gelak gelak dah. Aku macam dah boleh hidu je ni kerja dia. Bila gelak dia makin rancak, memang tidak dapat dinafikan lagi, itu memang kerja dia. Cis!


Terus aku turun dari motor. Tanya macam gengster kan. Terus dia tunjuk palam pencucuh tu dekat aku sambil gelak gelak. Kuang ajaq punya budak. Mula lah aku sumpah seranah dia dekat situ. Boleh dia gelak gelak lagi. cis! cis! Then, aku suruh dia pasang balik menatang tu. Aku mana reti nak pasang. Dia cakap apa dengan aku. 'Bawak macam pelesit reti, pasang palam pencucuh pun tak reti... pooooodaaahhhhh! (Sambil buat tangan macam karam sigh walia). Macam tu lah lebih kurang dia cakap, aku ingat ingat lupa.


Lepas tu, barulah motor aku boleh hidup balik dan aku boleh merempit balik rumah. Aku malas layan si bedebah tu, sebab dia tak makan saman. Aku marah pun dia buat dun know je. Memang sengaja lah nak bagi aku panasssssssssss je. Bukan setakat tu je kerja jahat dia. Banyak lagi. Nama lagi musuh ketat kan.


Jaga la kau, esok lusa aku balas. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!


Peh.. aku rindu giler nak bawak motor. Apa khabar agaknya motor kesayanganku di rumah setelah aku memperturunkan kepada adik adikku untuk di bawa ke sekolah.



Tuesday, June 22, 2010

After 2 years, aku jumpa....


Aku eksaited sebenarnya sekarang ini. Masa nak balik ukm tadi, aku terserempak dengan seorang membe satu praktikum dengan aku, masa dekat matrik n9 dulu. Giler tak sangka kau!! 


Siapa dia??????? 


siapakah............




jeng........... jeng.......... jeng............




ini dia.... mizan



Sekarang dia study dekat utm amik pendidikan math. Nasib ko la mizan dapat math. Terima jela ye walaupun tak suka...:)


Tak dapat borak lama2, sebab dia berhenti dekat Nilai. Nak stay dekat usim tengok debat. Ok, dia memang budak debat. Salute sket ye. Mizan, lepas ni belajar rajin2, ada rezeki, kita jumpa lagi... weeeeeeeee~


                                                                                                            



Nak tahu satu cerita... meh sini.. yang penting tak ada kaitan pun dengan entry aku yang kat atas ni. Saja aku nak selit.


Ada seorang pak cik, dia memang handal main boling. Satu hari dia main boling, sangat bergaya sampai dapat jatuhkan pin sampai 200 lebih. Aku pun tak pernah dapat camtu...T_T. Tapi, pak cik ni pelik sebab orang sekeliling gelakkan dia,wth.. sepatutnya diorang tepuk2 tangan goyang2 kaki la kan. Lepas tu, baru dia perasan rupa2nya seluar dia terkoyak dekat bahagian belakang. Kat bontot la senang cerita, besar pulak tu, sampai pak cik tu cover dengan baju dia pun still nampak lagi koyak tu. Ok, pak cik memang lawakkkkk, sakit perut aku gelak weyh...


MyEm0.Com

Friday, April 16, 2010

Aduh! melepas roti hot dog aku


Aku tersedar dari tidur pagi tadi, aku jenguk kat luar tingkap memang gelap giler. Da subuh ka? Then, aku tengok kat luar ada lori besar yang cam lori yang selalu hantar roti kat kedai2 runcit tu. Satu warna merah, satu warna putih. 

Aku da pelik da, asal anda datang menjual waktu2 macam ni? Da desperate giler ke nak jual roti. Then tengok kak ira masuk dalam bilik, maybe dia keluar kot. Kak ira cakap lori kat luar tu jual roti hot dog. Uish, rasa nak laju laju gi beli je. Aku da terliur sebab kalau bangun tidur memang perut aku menjerit2 suruh diisi.

Aku da gembira nak pergi beli ni. Tak ke korang pelik aku boleh beria nak gi beli roti semata2, pagi2 buta camtu. Ntah roti tu datang dari mana agaknya. Kalau da lapar, semua benda buruk, aku pikir baik je. heh. Bila nak melangkah keluar je, aku dengar orang panggil aku..............

"Tha... tha..... tha...."

Owh, siapa pulak yang kacau ni, bila aku bukak mata je, tengok muka kak ira tengah sengih2. Aku tengok kat luar da terang benderang da. Bukan cam tadi. Waaaaaaaaa, MIMPI rupanya. Adoi~ melepas roti hot dog aku. haissshhhh.. Kak ira bantai gelakkan aku! Siot betol kak ira. Nasib baik dia kejut aku sebab nak ajak gi makan, sebab memang aku kelaparan.



Lebih kurang camnila muko den. Muncung2 kalau tak dapat makan masa kecik2 dulu.



Bab2 tidur ni memang den suko. Siapa tak suka tidur? Meh habaq sini. Lagi skali cheq tekankan kat sini. Cheq memang suka tidur. Bukan setakat i love food tapi i love sleeping too. Tidur lepas makan tu memang syiokkkk...tapi aku jarang tidur lepas makan ni...hihihi.. jaga, jaga buncit perot kang!

Siapa kalau tidur tak pernah mimpi??? tipooola. Lagi2 kalau mimpi ko tu, mimpi fulamaaakkk punya besh. Dapat wang tunai juta2 lemoon ke, dapat jumpa idola kacak2 ala2 korean look yang memang korang giler minat sampai gunting gambar kat majalah tampal kat dinding semua, tak pown, mimpi ada putera raja datang selamatkan ko dari bahaya ke, romantik beb...:p
 


 Muka gatal disitu..:p


Tapi, aku hangin betul kalau tengah mimpi indah2 tiba ada orang kejut suruh bangun. Aduh, asalla kejut  time part klimaks. Den tak dapat nak taw ending dia. Mana taw lori yang datang tu  putera raja yang datang nak minang den ke. Bawak semua hulubalang2 dia, tak guna kuda da, guna lori je, boley sumbat semua. KAHKAHKAH.



Owh, sodapnyo den tido cam ala2 sleeping beauty gitu. kih kih kih



*Banyak gamba baby ni, korang pilihla yang mana satu gamba aku masa kecik2 dulu. HAHAHA

Thursday, April 8, 2010

Karam Singh Walia, you buat i tergelak sampai sakit perut taw

Ayat power Karam Singh ni pown aku hamik kat orang jugak. Sakit perut aku baca woi! Ni betol ke karam Singh punya ayat ni??? Aku konfius disitu sebabnya Karam Singh bukan mewah dengan peribahasa ke?
 
Kalau nak ikutkan memang betul pown ayat ni tapi tak boley dikategorikan sebagai peribahasa sebab peribahasa kan memang ada maksud yang tersirat. Kalau ini terang tang tang tu la maksud yang dia nak sampaikan.




Aku suka giler tengok Karam Singh bila jadi reporter. Akhir2 sekali mesti cakap sepatah dua kata peribahasa yang mungkin orang Melayu pown lupa peribahasa tu wujud sebenarnya. Tabik springggg ah Karam Singh!


*Tak sabar nak tengok Karam Singh jadi pembaca berita untuk buletin utama plak. Asal tv3 tak bagi?? Konfem rating naik!

Monday, April 5, 2010

Cerita pak cik gembala biri-biri


Aku tak boleh tidur sekarang ni. Jam tidur aku da berubah sejak start study week (-_-") . Haishhh... Kena betulkan balik ni. Aku nak korang baca cerita kat bawah ni yang sampai boleh aku gelak sorang2 pagi2 buta ni. Aku hamik cerita ni pown kat group sekolah aku kat fb. Ada sorang membe aku post. LAWAKSSSSS.......


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama…

Pemuda : @#$%^&**&^%$#...




* Kredit to capik sebab post cerita ni...^_^

Friday, March 19, 2010

remember! teh susu tak sama dengan neslo


arini aku lunch dengan atip dekat kolejku yang terchenta.... lama aku tunggu ko gi amik kunci... las2 ko gi masuk bilik, sekali dengan baju ko tuka... tengah2 syok makan sambil ngumpat2....


"atip, asal tak sedap air ni..... bukan macam yang ko bagi kat aku malam haritu"

"hah??? tak sedap??? ...... atip da melopong......... O_O  "biasa je rasa dia.... ok je"

"eh, tak la.... sangat tak sedap!!!! mana ko beli ni.... ????, air yang malam tu lagi sedap.... BETUL"

"aku beli kat setia murni la.... lorrr, air yang malam tu, bukan teh susu.... ni teh susu...."


perrrgghhhhhh..... atip da bantai gelakkan aku kuat2 kat kafe tu.... cover sket weyh.... aku tak puas ati... asal ko gelak2 ni weyh.... muka aku terpinga2 cam orang hilang anak....


"hahahahahhaaaa.............. tha.... tha.... air yang malam tu neslo la... nescafe campur milo... opkos la lain rasa dia.... campuran dua perisa.... lagi sedap kot.... lagi kaw.... lagi pekat!!!!! yang ni teh susu.... one perisa only.... opkosla rasa biasa je...... hahahahaahahahhaa" kalo ko tak kenal jenis2 ikan ok la lagi.... ni air pown tak kenal...... hahahahahaahahhaa"


ko bantai gelak lagi atip!!!!!!!!!!! adoi, MALU siot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! malu.... malu.... cane aku boley tak taw..... aduh!!!!!!!!! naseb bek depan ko atip.... kalo depan mak mentua mati aku!!!!! aku jarang beli air yang bersusu ni kat kafe.... selalu minum air kosong je... tak pown soya.... saje nak cover balik....:p


lepas makan tu.... terus aku ajak atip gi beli neslo..... still tak puas ati nih!!! sebab nak rasa balik neslo tu....  memang lain kot rasa dia..... jangan aku ketagih neslo sudaaaaa........

*ADEH!!!!

Monday, February 8, 2010

wishing, sky juice moment



HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
NURUL IZZATI BT. BAHARUM....
selamat datang ke alam remaja...hik3
may God bless you always...
blaja rajin2, bia dapat straight A'S in SPM
perjalanan hidupmu masih panjang
soooo... jangan sia2kan
teruskan mendaki hingga sampai ke menara gading
akak sentiasa doa untuk ko
gud luck k!!!!! (^_~)


diala satu2nya adik perempuanku.... bab2 makan memang lagi no 1 dari aku... setiap kali den balik umah... mesti ukur sape lagi besar... hak3..
aku cam da taw da sape pemenangnya...:p



aku wish lambat kat dia sebenarnya... sebabnya malam before birthday dia... aku sangat2 tension dengan exam mid sem penentuan struktur molekul (psm)... sampai aku terlupa beday dia... petang baru aku teringat... takpela... yang penting akak wish... hik3... sampai dia terharu... suka2...

sebenarnya aku baru je abis exam psm tu... nana tros bawak aku, atip, wani dengan ee... gi melantak kat BBB tom yam kat bangi... sume da kebuluran lepas jawab soklan  yang banyak sampai tak cukup masa nak berangan nak tido..... terkial2 nak jawab soklan tu... haish..

kitorang apa lagi... memenuhkan perut la supaya hilang sume tekanan itu... hik3... sangat sedap tom yam dia... sapa yang suka pedas kaw... kaw... cam aku nih... memang ak syorkan makan kat sana... ceh... tha da jadi ambassador plak... tapi satu je tak puas ati tapi memang lawak gilos... 

dalam kedai...

"bang, nak sky juice 2"

hah?? sky juice takdela"

confident giler abang waiter tu jawab... aku rasa cam nak tergelak guling2 time tu jugak... cover2 dulu tha...

"eh..bang, air kosong la"

"oooo....ok2"

lepas je abang waiter tu blah... kitorang sume bantai tergelak besar... kecuali wani... ko pown sama je tak taw... sky juice=air kosong la... sapa ntah letak nama bajet nak xklusif je... perghhh... memang sangat best la tengok muka abang tu... mesti dia masok kat dapur sambil tutup muka dengan kuali.... kah3



sky juice aka air batu = air kosong juga air sejuk.... kecik giler cawan dia.. naseb bek free...


Thursday, January 21, 2010

ohhh.....no!!!!!

ohhh....no!!!! arini aku wake up early in d morning sebab memang nak g klas... sampai kat kelas... bukak pintu.... kosong...... tak de langsung 'homo sapien' dalam tu.... oh no!!!!! aku salah klas ke???? rase cam da betol je.... aku datang awal sangat ke??? tapi da pukul 8...takkan sume orang ngah kumpul air liur basi lagi...  jari-jemariku bergerak pantas, tros kol nana...

"nana, klas ade ke tak ni"

"klas cancel...prof jumat ade hal urgent kat airport...aku baru je dapat mesej ni.... da siap da nak tunggu bas"

memang naseb ko baekla nana... sebab tak gi klas lagi... aku ingatkan klas cancel sebab ade taklimat dekan kat fakulti... ramai staf2 ukm beratur sambil nyanyi lagu negaraku... teringat plak aku zaman sekolah dulu2... opkos sume orang kene berhenti kan tyme nyanyi tu.....except sorang je yang tak berhenti... MAHESH... nak taw nape... korang tengokla cite talentime...memang terbaekla cite ni...

then, aku balik kolej semula disebabkan d next klas lambat lagi....haish... naseb badan... memang naseb lagi sebab aku sorang jela naek bas tu... sampai pak cik bas tak perasan pown aku nak naek...lepas die turunkan bala tentera die... ohhh noooo!!!!! pak cik bas tros tutup pintu sebab tak perasan ade orang nak naek.... ohhh no!!!!!! pak cikkkkkk!!!!!! sekejap!!!!!!!!!!!!! aku tawla aku kecik...sampai pak cik tu tak perasan aku da bertugu kat situ.... pak cik tu sengih2 je tengok aku naek.... lagipown tyme pagi2 bute camni mane ade orang nak balik kolej... sume orang berkejar-kejaran ,  berpusu-pusuan nak gi klas... aku je relax nak balik za'ba... sempat lagi aku borak2 dengan pak cik bas ni... siap bagi nasihat yang berguna untuk aku... saye akan ingat pak cik!!!!!!!!!!!!! ^_^

then, pagi tu jugak... si wani ajak aku dengan nana g bank islam nak wat kad  sebab kad die hilang .. sian ko wani... orang sume tengah enjoy sakan...gi shopping bagai...ko???? jap lagi ari ko...berjimat cermat dahulu... then, baru boley ko siap sedia duet untuk membelanjakan sume duet ko untuk aku...:p

kat bank islam.... ohhh no!!!! lame giler tunggu... bape juta kali si wani ni amik turn... las2 ko tak dapat gak di'serve' oleh abang ensem... kempunan...... hahahahaa


wani dengan muke kebosanan....cam cacing berak kapur... lembu berak hijau...



nana plak sampai da tetido2.... memang cam tido kat umah sendiri.. da tak ingat ape da... orang angkut ko masok dalam guni pown ko rase cam mimpi agaknye.... hahaahahaa


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...