Thursday, May 6, 2010

Duduk rumah memang tak tahu nak buat apa


Yeay!!! Akhirnya.. Aku sampai jugak di rumahku yang terchenta.. hehe.. gumbira sekejap tapi busaaaaannnnn... wawawawawawa... seyes tak tahu nak buat apa. adeh!!



Tak senang duduk aku kat rumah ni gara2 tak dapat nak online. Wayar telefon rumah aku putus. Sekarang ni sudah ok. Aku suka. Bila orang telekom sambung je wayar tu balik, laju2 aku hapdate blog ni.. wakakaka..



Oleo.....*tiba




Tiba rasa macam adik2 aku suda tinggi gedabak.. waaaaaaaaaaaa.. macam mana adik boleh lagi tinggi dari akak dia.. owhhh tidakkk..  Korang makan apa nih adik2ku!!!



 Ko muda lagi tapi nampak cam sudah meced



Tak boleh nak upload gamba banyak2 la. Tenet slow.. T_T  Then, dapat jumpa kucing kesayangan. Lama da tak jumpa.



Ini kucing. Nama dia Mikayau. Nape mikayau? Tanya adik aku lah, mana dia dapat. heh



Sampai je dekat rumah, terus aku isi perut banyak2 sampai dua pinggan penuh aku melantak. HAHA. Heaven!! Memang berat badan aku naik macam dipam2. Haritu jumpa membe sekolah, dia cakap aku sudah gemuk.. Waaaaaaaaaaaa.. Tak boleh dietlah dekat rumah. T__T Godaan.. godaan..




*Aku tak boleh nak jelajah blog orang, sebab internet slow giler. Aku makan lagi laju tahu! Adeh!!

Monday, May 3, 2010

Hilang mood short sem aku camnih



Nasib baik nak pergi kelas tadi, ada bas angkut kitorang ramai2. Kalau tak melopong jela jalan kaki. Siap pown suda lambat sebab rasa macam sangat malas nak pergi kelas. Korang bayangkanlah sepatutnya masa cuti macam ni ada kat rumah, tapi kitorang kena menggagahkan diri pergi kelas. Laju2 turun tangga dari tingkat empat nak kejar bas..(-_-")



Serabai giler tudung aku!!! Baru first kelas suda serabai camnih.. adeh!



Masa lecturer masuk kelas, membe aku miza suda mengeluh..."korang lecturer ni strict, abisla... abisla.." adeh! hilang mood aku yang bersemangat nak buat short sem nih!! heh. Hati sudah berkobar2, and take time nak kena masuk kelas tiba2 dapat lecturer strict camnih. Takboleh datang lambat bai. Dia cakap tak hape datang lambat, tapi kira tak datang, dia tak amik attandance korang. Kalau macam tu, baik tak payah datang. Da la muka aku ni memang selalu datang lambat.


Habutla... lecturer suruh datang awal, aku datangla awal, kalau ada lecturer yang tak kesah, memang muka aku la yang lambat... kikikiki..Mula2 suda psycho panggil nama student satu2. Mana yang tak datang kelas, habisla kau orang esok. Adeh!


Korang taw tak aku hamik subjek apa. SEJARAH PEMIKIRAN kaw.. Sejarah tuuuuuu beb, mula2 macam pikir banyak2 kali jugakla nak hamik ke tak subjek ni, tapi memandangkan subjek ni je yang tinggal, yang lain sudah penuh. Memang kejam! Bukak 3 subjek je untuk U3, mana tak penuhnya, konfemla student nak hamik subjek yang besh2, yang tak besh tolak tepi.


Disebabkan aku kena amik U3 dalam mood keterpaksaan, aku hamik jela subjek nih. Kena basuh cuci2 otak aku balik bagi fresh bagi clear nak masukkan semua fakta sejarah yang berkilo2 dalam otak aku nih. Rasa nak pinjam kepala otak akak aku je yang suka menghafal tuh. Balik rumah nak berguru dengan dia. *wink2


Tapi tak apa, tiba2 group kitorang dapat tajuk yang menarik perhatian aku. Tajuk apa?? Korang tunggula nanti aku cerita. Aku sangat berminat nak tahu lagi lanjut pasal tajuk ni. *tiba rasa suka pulak... ngeee~~



Muka sangat gembira lepas habis kelas.


Habis kelas, laju2 pergi makan kat kafe sebab perut lapar dari pagi tadi tak makan.


Iklan kejap
Jalan2 kat pusan tadi, tiba2 nampak benda ni



Nampak tak apa tulis kat banner tu!!! Korang pandai baca kan.
 Tak sangka plak ada sambutan camni kat ukm... hihihi




*Yeay!!!! esok nak balik rumah......

Sunday, May 2, 2010

Mak cik o mak cik... boley senyum2 kambing sikit tak!


Kau orang tahu tak aku tengah marah sekarang nih!!!!
MARAH TAHUUUUUUUUUUUUUUUU...


Tadi aku pergi check in bilik sebab aku hamik short sem. Daripada aku membazirkan cuti aku, tak ada nak buat apa2 dekat rumah tu, tahu menyepahkan rumah je, lebih baik aku bagi otot2, otak2 aku ni bekerja walaupun rasa suda penat tak larat tapi tak hape, itu tugas aku, kalau aku tak buat, aku rugi, aku akan letih nanti third year sebab schedule aku mesti pack giler babun.. Dengan thesis lagi....heh

Pagi2 buta atip suda mesej aku, dia cakap da sampai za'ba dari rumah dialah. Lagi sekali aku cakap dia daripada rumah. Aku??? Bila nak balik rumah nih!!!!! Kau orang tahu tak apa perasaan aku, terpaksa menempatkan diri disini, dikala semua kawan2 aku bersuka ria dekat rumah. Mak aku pulak buat kenduri doa selamat pown aku tak dapat tolong. Memang mak aku da lama niat nak buat, asyik tanya aku je bila aku free, tapi time dia buat, aku tak dapat tolong.... T______T. Kau orang tahu tak cane perasaan aku!!!!!

Yang lagi buat aku geram, masa nak check in bilik tadi. Da la beratur bukan main lama. Tak adalah sampai berjam2 pown, tapi lama jugak aku tak tahu bape lama sebab aku tak sempat pakai jam tadi sebab bangun tidur terus sarung baju, pakai tudung, keluar bilik dengan tak mandi.. oppppsssss... Kau orang bukan tahu aku tak mandi. Ish2.. tapi aku cakap jugak nih...;p

Masa tulis nama, aku da dapat agak da, aku akan dapat tingkat atas sekali. ATAS SEKALI.... TAHU TAK!!!! TINGKAT EMPAT!!! AKU TAK SUKA.. kau orang nak bagi aku kurus ke????????? Lepas tulis nama tu, aku dengan atip pergi masuk pejabat balik nak mintak tukar bilik lain.  Da la ada sejarah hitam kat TINGKAT EMPAT NIH!!!!! SERAM DEN...


Tak hape kau taknak bagi aku tuka bilik, tapi kau buatlah muka paling comel sekali sambil cakap elok2... barulah hati aku yang membara ni tak rasa nak maki hamun kau orang dalam hati batu aku nih!!! Aku hingat lagi muka mak cik tu, mak cik ke??? disebabkan kau buat aku marah, title ko sekarang mak cik walaupun muka ko memang cantik giler babun, kulit licin yang amat tapi disebabkan kau tak serve aku macam aku ni kaum lelaki yang boleh main kenyit2 mata...*tiba.



Ni haaaa bilik baru, penat aku dengan atip punggah katil masuk dalam bilik... eh2 bukan alih katil tuuu rapat2 sebab kitorang nak bermesra-mesraan... wakakakaka...



Korang2 semua, cuba tengok dekat2 hotel ke hape ke?? diorang servis kau orang macam mana. Diorang akan cakap elok2, buat muka paling ayu, paling manis sampai aku yang marah ni pown boleh jadi taknak marah, yang lelaki pulak sampai giler bayang tengok senyuman korang sampai terkenang2, terbayang2, ngigau2.


We are your customer. Please serve us with your good attitude kalau tak nak semua pelanggan lari. Kadang2 aku rasa bagus giler kau punya servis sengih2 tiap2 hari layan pelanggan yang macam2 ragam. Pelanggan tu penting tahu. Tak idup pown perniagaan kau tu, kalau kitorang ni takada. Bankrap!!!!


Kalau boleh, nak je aku cakap, tak apalah, tak jadi nak duduk sini sebab saya rasa tempat lain perkhidmatan lagi bagus lagi mesra alam walaupun tempat tak seGAH dan tak mahal macam tempat kau nih!!!!

Ughhhhh... tak apa, tak apa, aku baik... aku baik.. aku marah kau kat sini je. Kalau kau baca besh sikit sebab nak bagi kau panas hati sampai menggelegak hati sebab aku kutuk kau.

Aku penat dah ni, barang tak habis punggah lagi. (-_-")



Tiba2 lapar balik rasa cam nak makan benda alah ni sebab turun naik tangga banyak2 kali macam kena ragging...heh



*To atip.... thank sangat sebab tolong aku angkut barang2 nih!! Kang aku belanja neslo... ^_^

Saturday, May 1, 2010

Berakhir sudah alam 2nd year


Waaaaaaaaaaaaaa.... sangat penat arini.. Rasa macam baru lepas merentas desa.. Rasa nak golek2 atas katil je sepanjang ari...heee~~ 

Kemas2 barang dalam bilik, (tapi aku rasa macam tak kemas pown, lagi bersepah adalah... adeh!!!), buat2 gagah angkat barang masuk dalam stor, laju2 hantar kunci bilik sebab arini las hantar tapi nasib baik sempat masuk sebab on d spot pukul 12 tu, dia tutup pintu pejabat. Aku taw za'ba nih!!! Mesti nak cekau duit student sebab hantar kunci lambat kena denda. Bijak ye anda..heh



Yang penting za'ba tetap dihati...;p



Nak cerita balik kenangan masa 2nd year ni, aku rasa berabad pown tak habis tahu. Kalu ditimbang, berkilo2 bertan2... Yang penting kenangan second year akan tersemat jauh di dasar minda dan hatiku... chewaaaaahhh... ;p


Aku malas la nak cerita banyak2... wakakkakakakaa.. 
Aku tak ada mood
Aku malas mengarut
Aku da penat. 
Aku da sangap. 
Aku nak balik umah. 
Aku nak makan banyak2
Aku nak tido



*Sangat besh marathon tengok movie....weeeee~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...