Tuesday, April 20, 2010

Say NO to NESCAFE!!!

Korang korang semua pernah tak rasa camni???? Tingtong... tingtong. Adeh! Aku sangat tak betul masa jawab exam tadi. Seyes kepala hotak aku tengah biol. Mata pown suda macam panda (@_@)



Haiyaaaaakkkkk!!!! Bertahanlah mataku...



Camnila jadinya kalau bajet bagus sangat stay up sampai pagi2 buta tapi, tidur juz 3 jam je.  Study las minit, la katakan.. Ahaks!~ Aku memang suka study las2 minit ni. KAHKAHKAH. Tiba2 semangat nak belajar semalam membuak2 sampai boleh stay up tak tidur sampai pagi.

Then, masa jawab exam KP tadi, aku memang blank, rasa macam terhuyung-hayang walaupun tengah duduk. Sangat tak betol beb. Disebabkan aku PERNAH RASA TINGTONG SEBELUM NI, aku da taw la cane nak menghadapi ujian yang getir itu. Chewaaahhh...:p Tapi, masa tu, situasinya lain sebab aku bangun pagi, tak nak bagi tertidur balik, so aku minum kopi. Ini lagi kaw dari nescafe tahu. haishhhhhh.

Ini semua gara2 terpengaruh dengan tipu daya dan hasutan wani, sogok aku suh minum nescafe. Aku ni da la anti-nescafe. Memang aku tak suka nescafe, kalau aku minum memang seyesla tak ngantuk tapi lepas tu aku mesti jadik blur giler meroyan.

Moralnya, korang tak payahla bajet nak minum benda alah yang memang korang rasa tak boleh nak adapt lagi2 time exam ni. Orang lain minum nescafe, ko pown nak minum jugak!!! Owh, copycat itu tidak bagus ye!! DISLIKE!!!

TAWAKAL untuk paper KP nih!!! Asal soalan taknak bagi banyak lagi. heh.


*Aku tengah gembira sekejap sebab gap lama before exam lepas ni, seminggu tuuuuuuuuuuu.. HEAVEN!!!

Sunday, April 18, 2010

Milik siapakah liquid paper ini?? Wajah cantik bagaikan putera...... *TIBA


Masa tengah2 aku guna liquid paper ni, aku teringat something. Eceli liquid paper yang aku guna sekarang ni, bukan hak mutlak aku. Milik orang lain tahu!!! tapi aku tak tahu siapa.

Da berabad da liquid paper ni dengan aku sebenarnya. Sejak dari first year lagi. Lama aku simpan tuuuu. Tapi disebabkan liquid paper aku suda habis, aku terpaksa guna. HAHA. Daripada beli baru lebih baik aku guna. Betul tak???

Korang nak taw mana aku dapat?? 

Aku dapat liquid ni masa wat amali kimia. Ada sorang membe aku nak pinjam liquid paper tapi aku tak bagi aku punya sebabnya memang aku takde liquid paper masa tu...:p Aku pown apa lagi, rembat je liquid paper sape2 ntah yang ada kat atas meja tu. Tapi yang aku ingat aku hamik liquid paper ni kat meja budak2 lelaki. Budak lelaki mana memang aku tak tahu la. Ramai kot masa tu. Adeh!!!

On that time, liquid paper tu, memang tersimpan kemas dalam pensel case budak tu. Bukan dia letak sepah2 pown, selambek aku godek pensel case dia gara2 nak bagi kawan aku tu. Tapi sumpah aku tak tahu siapa punya. Bila membe aku pulangkan balik liquid paper tu, aku tak taw nak bagi siapa.  Aku ada tanya  sorang budak lelaki ni, dia cakap bukan dia punya. heh. Takkan aku kena wat announcement, tampal iklan sana sini sesiapa ada hilang liquid paper sila jumpa aku, nanti semua orang pikir, owh sangat naif budak ini ye. Ok nak wat cam mana lagi, rezeki aku disitu sebab dapat liquid paper. :)

Last2 aku simpan buat koleksi, seyes memang aku tak guna. AKU SIMPAN!!! Sebab aku suda ada liquid paper sendiri. Liquid paper budak ni aku guna time sesak je. Macam sekarang ni. Lalalalaalalalaaa~~




 Owh liquid paper!! Siapakah gerangan tuan ko yang sebenarnya.




Aku pernah hilang liquid paper dulu. Perggghhhhh, merana hidup tahu. Da la baru beli. Penuh lagi isi dia, penutup dia pown tak tercemar lagi dengan taik2 liquid paper tu. Nak je aku hamun siapa yang curik!!! (macam tu la kot, perasaan budak tu masa aku rembat liquid paper dia. HAHA. KESIAN DIA...:p) Liquid paper mahal sekarang ni beb. Lagi mahal daripada sepinggan nasik lomak yang aku beli kat kafe tu. heh

Korang selalu tak hilang harta alat tulis ni??? Aku selalu beb, lagi2 pemadam yang kecik comel lote tu.  Sebab kalau main lawan pemadam ke hape ada la orang dengki hamik pemadam aku. Aku sungguh banyak  koleksi pemadam dulu macam2 bentuk rupa dan saiz. Las2 semuanya GONE entah ke mana. Kalau dulu, aku mesti tulis nama tak kira la dekat pen ke, pensel ke, pembaris ke, semua2 la yang aku rasa aku punya even kerusi meja kat sekolah pown aku conteng. wakakakakakaa...

So, moralnya... korang tulisla nama kat harta benda korang tu supaya kalau aku curik pinjam, senangla nak pulangkan balik.


*Kepada pemilik liquid paper ni, kira halal jela eh bagi aku guna....:p

Saturday, April 17, 2010

Keluar berjalan2 macam suda habis exam. Yeehaaaaa!!!!


Lepas habis exam amali tadi, kak ira bawak aku keluar. Yeah!!! memang aku suka., kalau bab sonok2 ni!!  Tapi kali ni kak ira bawak adik dia yang dekat SMAP Kajang tu dengan kawan adik dia sekali. Diorang nak beli barang keperluan kat sekolah la. Kiranya aku dengan kak ira jadi penjaga diorang sebab nak beli barang.  Nak outing kan. Owh, jadi ibu bapa sekejap. Ngeeeee~~~



Inilah mereka. Yang tudung hitam tu rumet aku. Adik kak ira, korang carik sendiri. KAH3. Yang ada rupa kak ira tu adik dia la tu. 




Sepanjang jalan2 ni macam2 gak mata aku pandang nak beli itu ini, tapi bila tengok balik dalam purse... tsk.. tsk.. kempunan di situ. Tidak mengapa, tengok orang beli pown saya da suka..:p. 


Eceli mereka2 ini nak beli buku. Yela, diorang pown nak exam gak bukan aku sorang je. Dengarlah nasihat dari yang pakar, kalau da beli jangan lupa buat latihan ye!! Konfem, korang skor exam. Soalan PMR, ulang2 je dik. Nak spot soalan pown senang, kadang kita punya soalan spot lagi betul daripada cikgu punya. KAHKAHKAH.




Sungguh khusyuk di situ mencari buku



Aku teringat masa zaman sekolah dulu2, kalau nak dekat2 exam, mesti beria pergi kedai buku carik buku nak buat latihan. WOW!!! aku sangat rajin dulu. Satu subjek memang tak cukup satu buku latihan. Kena banyak ni. Kadang2 tu rembat buku kat sekolah, cikgu kasi, hamik la apa lagi kan tapi kena pulangkan balik. Aku lupa la rasanya aku pulangkan kot...:p. Kalau time giler meroyan study, buku  mesti keliling pinggang, bilik aku tu bersepah2 cam tongkang pecah. Habis taw aku buat tapi sekarang ni, nak wat satu soalan pown aku da merungut. adeh! Sebab dulu, boley tengok jawapan yang letak kat belakang or letak kat tengah. Kalau aku baik sikit, aku koyakkan jawapan, kalau tak aku bia je. HAHA. Sangat berkesan taktik ini. Sila la amalkan..;p


Lepas lenguh kaki ke hulu hilir carik buku dengan pen, SEKEJAP, cakap pasal pen ni aku memang da lama nak carik pen tapi disebabkan kesumberdapatan untuk memiliki pen berkurang, aku terpaksa hold dulu niat aku, guna je mana2 pen yang ada untuk exam ni. haishhhh. Banyak gak aku beli pen tadi, lepas ni boleyla wat notes kaler2 cam dulu, tiba rasa nak beli pen kaler banyak2... Tak lupa, aku belikan pen untuk ko jugak eh cik wani. Aku sure bagi "discount" kat ko!! HAHA



Belom abis lagi ni,  Kitorang pergi pasar malam pulak, memang niat suci nak beli makanan untuk alas perut waktu malam. Tapi sungguh malang tidak berbau, hujan mencurah2 macam tak nak berhenti. Aku hingat pakcik2 kat pasar malam nak bungkus balik kedai diorang tapi sebaliknya pulak. Diorang sungguh steady menunggu sehingga hujan berhenti. Nak carik rezeki kan, mana taw ada jugak orang nak datang beli. 

Adeh! Lama woooo terperangkap dalam hujan tu. Aku sangat letih sampai 1 kedai pak cik muthu kot nama dia aku tawaf, da taw ni mana letak semua barang. Da boleh da saya promot kedai pak cik.



Jom, sesi mempromot



Ikan bilis tanpa taik sooo, tak payah susah kopek!!!  nak masak, terus campak dalam kuali.





Aiskrim memang tak sedap makan waktu hujan, sooo tak payah beli....:P



Ok, tu je yang sempat dipromot sebab tiba2 lampu terpadam gara2 kilat yang sangat kuat sabung menyabung nak lawan setan. Kak ira cakap, kalau ada kilat tu, nak halau setan sebenarnya. Betul ka?? Orang dulu2 punya hipotesis kot. HIHI.



Kami jadi tugu kat sini, KONFEM! kedai pak cik muthu laku.. agagagagaga...



Nak dekat setengah jam kot jadi tugu kat kedai pak cik tu. Macam2 benda aku boley buat masa tu tahu, lagi2 berblog ni..heh. Nak tak nak kitorang redah saja hujan itu, pergi masuk kereta dengan pakaian tak basah sangat sebab lari laju2 sambil sengih comel2. HAHA. Terbantut aku nak berbelanja kat pasar malam.  KEMPUNAN!!! =.=".



*Memang seharian suntuk aku melagha arini. THA oi!!! exam 4 paper lagi eh, jangan lupa!!!!

Friday, April 16, 2010

Aduh! melepas roti hot dog aku


Aku tersedar dari tidur pagi tadi, aku jenguk kat luar tingkap memang gelap giler. Da subuh ka? Then, aku tengok kat luar ada lori besar yang cam lori yang selalu hantar roti kat kedai2 runcit tu. Satu warna merah, satu warna putih. 

Aku da pelik da, asal anda datang menjual waktu2 macam ni? Da desperate giler ke nak jual roti. Then tengok kak ira masuk dalam bilik, maybe dia keluar kot. Kak ira cakap lori kat luar tu jual roti hot dog. Uish, rasa nak laju laju gi beli je. Aku da terliur sebab kalau bangun tidur memang perut aku menjerit2 suruh diisi.

Aku da gembira nak pergi beli ni. Tak ke korang pelik aku boleh beria nak gi beli roti semata2, pagi2 buta camtu. Ntah roti tu datang dari mana agaknya. Kalau da lapar, semua benda buruk, aku pikir baik je. heh. Bila nak melangkah keluar je, aku dengar orang panggil aku..............

"Tha... tha..... tha...."

Owh, siapa pulak yang kacau ni, bila aku bukak mata je, tengok muka kak ira tengah sengih2. Aku tengok kat luar da terang benderang da. Bukan cam tadi. Waaaaaaaaa, MIMPI rupanya. Adoi~ melepas roti hot dog aku. haissshhhh.. Kak ira bantai gelakkan aku! Siot betol kak ira. Nasib baik dia kejut aku sebab nak ajak gi makan, sebab memang aku kelaparan.



Lebih kurang camnila muko den. Muncung2 kalau tak dapat makan masa kecik2 dulu.



Bab2 tidur ni memang den suko. Siapa tak suka tidur? Meh habaq sini. Lagi skali cheq tekankan kat sini. Cheq memang suka tidur. Bukan setakat i love food tapi i love sleeping too. Tidur lepas makan tu memang syiokkkk...tapi aku jarang tidur lepas makan ni...hihihi.. jaga, jaga buncit perot kang!

Siapa kalau tidur tak pernah mimpi??? tipooola. Lagi2 kalau mimpi ko tu, mimpi fulamaaakkk punya besh. Dapat wang tunai juta2 lemoon ke, dapat jumpa idola kacak2 ala2 korean look yang memang korang giler minat sampai gunting gambar kat majalah tampal kat dinding semua, tak pown, mimpi ada putera raja datang selamatkan ko dari bahaya ke, romantik beb...:p
 


 Muka gatal disitu..:p


Tapi, aku hangin betul kalau tengah mimpi indah2 tiba ada orang kejut suruh bangun. Aduh, asalla kejut  time part klimaks. Den tak dapat nak taw ending dia. Mana taw lori yang datang tu  putera raja yang datang nak minang den ke. Bawak semua hulubalang2 dia, tak guna kuda da, guna lori je, boley sumbat semua. KAHKAHKAH.



Owh, sodapnyo den tido cam ala2 sleeping beauty gitu. kih kih kih



*Banyak gamba baby ni, korang pilihla yang mana satu gamba aku masa kecik2 dulu. HAHAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...