Saturday, June 4, 2011

New experience! Apa yang new tu aku kena senyap jela, nanti ada orang mara. Aku rilex je. lalalala~




Hai engkorang engkorang semua. Bertemu kita kembali dan aku hapdate live daripada rumahku yang tercinta dengan titisan titisan air hujan menjunam di atap rumah. Daun daun yang kering menjadi segar bugar, pokok pokok yang kekuningan kembali menghijau, tanah tanah yang tak ada cacing tiba tiba ada cacing. Syukur! Hujan ni nikmat taw tak! Kejap lagi den rasa cam nak tido ni haaaa. kehkehkeh.


Aku baru je sampai rumah malam tadi. Dalam pukul 12 lebih camtu la sebab bas lambat sampai. Dari skudai ke rumah aku ada la dalam 5jam. Dalam bas aku dok membuta je. Ngantuk kot. Balik rumah, terus aku bedal nasik sebab aku lapar nak matik! Kebulur aku lepas bangun tidur. Da lepas makan, aku tidur balik. kahkahkah.






Aku cuti tak lama pun. sampai ahad je. Aku pikir macam nak ponteng je isnin tu memandang SV aku takde kan tapi takpelah. Ku turutkan jua walaupun kehendak hatiku tidak memahukannya. Tapi aku manusia biasa yang hatinya lembut di dalam keras lagi berbisa. Alahai, aku nak terai guna ayat hiperbola ni weyh. Dia macam ada double meaning, tu yang aku suka tu. Baru berkerut kerut sikit dahi korang nak pikir kan. ;p




ce teka mana beg aku. ce teka!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...